ads

Ahad, 27 April 2014

03 di galas kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 03:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Malapetaka Untuk PAS <b>Di Kelantan</b> | OB21NET

Posted: 14 May 2012 03:19 AM PDT

Ceramah Hassan Ali


Ramai pemimpin PAS masih berpendapat Kelantan adalah tiang seri pengarang jantung hati PAS, rakyatnya setia sehidup semati kekal bersama PAS dan kebangkitan semula pengaruh UMNO serta pemimpinnya walau secuit pun tidak mampu menggugat keteguhan sokongan rakayt Kelantan kepada Nik Aziz selaku pemimpin PAS tersohor.

Itu kata pemimpin PAS yang saban hari aktif dengan dakyah mendokrinkan khalayak umum melalui ceramah politik siang malam tanpa henti dan dek kerana yakin dokrin tersebut telah mendarah daging dalam jiwa raga umat, mereka menjadi takbur dan lupa diri bahawa pembalikan hati dan fikiran manusia tetap juga di dalam kekuasaan Allah s.w.t.

Ambil contoh dua peristiwa berikut yang berlaku hanya dalam jangka waktu lebih sebulan sahaja. Perbandingan kedua-duanya membuktikan tak selamanya PAS berupaya mengongkong pemikiran rakyat Kelantan khususnya penyokong mereka sendiri.

Pada 12 Mei 2012 lepas bertempat di Pasir Puteh Kelantan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali dalam siri jelajah roadshownya berjaya menarik perhatian lebih 3,000 orang hadirin yang turut dihadiri oleh ramai penyokong dan ahli PAS Pasir Puteh.

Sekalipun banner dan poster pemberitahuan majlis banyak yang ghaib tiba-tiba dua tiga hari sebelum majlis berlangsung, namun majlis tetap berjalan dengan jayanya.

Berbeza sekali dengan majlis ceramah yang di hadiri Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang suatu ketika dulu biasanya mampu menggamit perhatian tidak kurang empat lima ribu pendengar pada satu-satu majlis, namun akhir-akhir ini penampilan Mat Sabu dan ramai pemimpin PAS semakin suram sambutannya dari kalangan rakyat Kelantan.

Misalnya pada 29 Mac 2012 lepas, Mat Sabu dan beberapa pemimpin Pas Pasir Puteh telah mengadakan ceramah perdana di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh namun kehadirannya agak mendukacitakan. Kehadiran pendengar boleh dikira dengan jari hanya 30 orang saja yang hadir.

Ceramah Mat Sabu.

Agak jarang sebenarnya kehadiran khalayak di majlis ceramah PAS Kelantan kurang daripada seratus orang, kecuali di negeri-negeri kubu kuat UMNO sahaja pernah berlaku sedemikian.

Malah di saat Nik Aziz sedang melalui zaman gelapnya sekarang inipun masih lagi dapat tarik perhatian sekurang-kurangnya 5,000 pendengar berbanding minima lebih 10,000 orang tiap kali berceramah sebelum ini, tapi Mat Sabu dah berjaya memecahkan rekod sebagai pemimpin kanan PAS yang pertama terpaksa berceramah di hadapan 30 orang sahaja pendengar. Malu… Malu..

Jauh bezanya antara 3,000 dengan 30 orang. Satu malapetaka besar untuk PAS Kelantan di saat-saat menjelangnya pilihanraya umum ke 13. Ini semua tanda-tanda pengaruh PAS kian merudum dan bakal berhadapan cabaran paling gentir dalam sejarah pilihanraya di Kelantan.

Satu dua perkara yang perlu kita sedari, tanda-tanda kemerosotan sokongan rakyat kepada PAS Kelantan semakin ketara semenjak kemenangan nyawa-nyawa ikan PAS dalam PRK Manek Urai beberapa tahun lalu diikuti dengan gelombang merah di PRK Galas yang menyaksikan PAS jatuh terbungkam kira-kira lebih setahun setengah yang lepas.

Dan apa yang terjadi pada majlis penerangan PAS di Pasir Puteh Kelantan pada Mac lepas hanyalah lanjutan kepada proses kemerosotan yang sedang dialami oleh PAS Kelantan tika ini. Jika ia berterusan tentu saja akan bertukar menjadi malapetaka untuk PAS dan Nik Aziz.

Tidak mustahil dalam PRU akan datang, keputusan pilihanraya umum yang selama ini memihak kepada PAS Kelantan mungkin akan berubah. Kalaupun PAS masih kekal memerintah barangkali ia hanya mengulangi peristiwa gentir 2004 yang menyaksikan kerajaan PAS Kelantan memerintah negeri dalam keadaan nyawa dihujung tanduk.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved