Khamis, 10 April 2014

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


6 Gambar Kebakaran <b>di</b> Stesen Minyak <b>Gua Musang</b>

Posted: 02 Apr 2014 11:23 PM PDT

6 Gambar Kebakaran di Stesen Minyak Gua Musang | 11 orang cedera dengan seorang daripadanya dilaporkan kritikal akibat disambar api berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Persiaran Raya di sini malam tadi.
Api dipercayai berpunca dari tumpahan minyak petrol dari sebuah lori tangki yang sedang mengisi minyak di situ, kira-kira pukul 10.10 malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata mangsa yang kritikal dikenali sebagai Muhamad Azman Hamat, 18, yang terbakar di seluruh badan.


Mangsa yang berasal dari Kampung Seberang Lembaga, Sungai Terah di sini kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu.

Sepuluh yang lain dilaporkan melecur dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.


Mereka dikenali sebagai Nor Azila Amira, 23, Nor Marisah Mihd Yusuf, 20, Nor Asyikin Mohd Salleh, 20, Mihd Shair Hafizi, 24, Mihd Zul Idzhar Akmal, 16, Tengku Ahmad Afqih Tengku Abdullah, 20, Sayang Nor Ilyani, 23, Mohamad Quizuel Hakim Bahri, 20, Siti Zabariah Idris, 53 dan Mohd Ikhwan, 25.

Saiful Bahri berkata kejadian berlaku ketika para mangsa sedang makan di kawasan Dataran Kesedar Putra yang terletak berhampiran stesen minyak berkenaan. Beliau berkata empat buah kereta dan tiga motosikal milik peniaga dan pelanggan turut hangus.


Mengulas lanjut mengenai kabakaran itu, katanya petrol yang tumpah dari lori tangki itu dipercayai mengalir ke deretan gera-gerai makan berkenaan.

"Api daripada gerai menjual burger kemudiannya dipercayai menyambar petrol yang mengalir itu dan terus merebak hingga membakar gerai yang lain menyebabkan para pelanggan bertempiaran menyelamatkan diri.

"Namun kita masih menjalankan siasatan rapi ke atas kejadian itu," kata Saiful Bahri.


Sementara itu Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Machang, Che Rusli Che Sulaiman berrkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.16 malam dan menggegaskan 10 anggota bersama sebuah jentera.

Beliau berkata sebaik pihaknya tiba, mereka mendapati berlaku letupan kuat akibat api membakar kereta dan motosikal yang terdapat di situ.

Api dapat dikawal daripada merebak dalam masa 10 minit. Punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/11-melecur-disambar-api-di-stesen-minyak-1.266750
http://brotherssam.blogspot.com/2014/04/terkini-6-gambar-sederet-kedai-di.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads