ads

Rabu, 16 April 2014

03 di pasir puteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di pasir puteh - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di pasir puteh</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2014 11:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di pasir puteh</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2014 11:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Gerbang KBBRI: Makmal memproses dadah diserbu <b>di Pasir Puteh</b>

Posted: 20 Feb 2014 05:58 PM PST

PASIR PUTEH: Tiga termasuk pasangan suami isteri ditahan bersama bahan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah dalam serbuan ke satu rumah di Kampung Gong Pasir dekat sini, petang kelmarin.

Lelaki berusia 47 tahun bersama isteri berusia 42 tahun dan rakan berusia 37 tahun dikatakan menjadikan rumah yang disewa hampir sebulan lalu itu sebagai makmal mini memproses dadah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, mereka ditahan sepasukan anggota  polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu  Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh yang mengepung rumah mereka jam 1.45 petang.

"Kita menemui pelbagai bahan dalam bentuk cecair dan pepejal selain peralatan seperti balang kaca, kelalang  kon yang diletakkan di atas meja. Selain itu kita juga menemui  periuk dan peti sejuk kecil yang digunakan untuk memproses sesuatu dipercayai dadah.

"Mereka yang merupakan penduduk tempatan dan didapati positif dadah itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang media di Dewan Impiana, IDP Pasir Puteh di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua JSJN Kelantan, Deputi Superintenden Mit Emong dan Pegawai daripada Cawangan Narkotik IPD Pasir Puteh, Inspektor Nor Amarina Shamsuddin.

Mohd Kamal berkata, barangan yang dirampas akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengesahkannya dan sebuah  kereta jenis Proton Persona turut dirampas.

Menurutnya, salah seorang daripada mereka yang ditahan mungkin mempunyai kemahiran dalam memproses  bahan tersebut kerana memiliki rekod ditahan atas kesalahan hampir sama di Johor pada tahun 2008.

"Ini merupakan kes pertama seumpamanya di daerah Pasir Puteh dan kami menganggap ini merupakan kejayaan besar. Untuk itu, kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang menyalurkan maklumat kepada kami untuk bertindak. Saya berharap masyarakat terus memainkan peranan bagi membolehkan kita membendung aktiviti membabitkan dadah di daerah ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 21 Februari 2014

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved