ads

Isnin, 14 April 2014

03 di rantau panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di rantau panjang - Google Blog Search


pil kuda dan heroin bernilai rm5.7 juta dirampas <b>di rantau panjang</b>

Posted: 10 Apr 2014 09:30 PM PDT

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 199,791 biji dipercayai pil kuda dan 350 botol berisiheroinyang keseluruhan dianggar bernilai RM5.7 juta dalam Ops Cantas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang pada Selasa lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk JalaluddinAbdul Rahmanberkata ia merupakan hasil serbuan ke atas sebuah rumah kira-kira 9 malam yang turut menyaksikan penahanan seorang wanita warga Thailand yang berumur 40 tahun bersama empat kanak-kanak berusia antara dua hingga 12 tahun.
"Dadah disembunyikan dalam lubang yang ditutup dengan jubin dalam rumah berkenaan.
Bagaimanapun suspek utama iaitu seorang lelaki yang dipercayai suami wanita itu, melarikan diri sebelum serbuan dilakukan.
"Polis telah mengenal pasti lelaki rakyat tempatan berumur 47 tahun itu yang disyaki mengedar dadah di Kelantan dan Terengganu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (tengah) menunjukkan sebahagian 199,791 biji dipercayai pil kuda dan 350 botol berisi heroin yang dianggar bernilai RM5.7juta. 
Siasatan awal mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kata Jalaluddin sambil menambah pihaknya percaya pil kuda itu dijual dengan harga RM25 sebiji.
Wanita tersebut direman seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut manakala empat kanak-kanak berkenaan dibebas dengan jaminan.
Jalaluddin berkata pihaknya telah meminta kerjasama polisThailandbagi mengesan lelaki itu yang disyaki melarikan diri ke negara jiran berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved