Meninggalkan Baling, Kedah jam 11 pagi , melalui Pengkalan Hulu ke Gerik
Buat pertama kali, kami akan melalui Lebuhraya Timur Barat. Jarak antara Gerik di Perak dan Jeli di Kelantan lebih kurang 124 KM dan kami bercadang singgah bermalam di Kota Bharu.
Anak-anak yang masih ceria.
Sekitar kawasan Tasik Banding, Perak
Kehijauan dan panorama segar sepanjag lebuhraya .
Lokasi ini di puncak Banjaran Titiwangsa
Tiba masa untuk bentang tikar dan hidang mangkuk tingkat. Bekalnya cuma nasi kosong, ikan masin, ayam goreng dan sambal bilis… nikmatnya tak terhingga.
Selepas melepasi kesesakkan teruk di Bukit Kebun dan persimpangan Pasir Mas hingga ke bulatan sebelum Jambatan Sungai Kelantan, kami tiba di Wakaf Che Yeh hampir jam 6 petang.
Kebanyakkan hotel di kawasan ini dah penuh, hotel ke 6 baru ada bilik.
Cadang nak berfoye-foye cuci mata tak kesampaian kerana hujan turun dengan lebatnya selepas makan malam. Angah dapat sehelai seluar, Intan dapat sehelai skirt dan saya dapakan 'baju merah' untuk S3.
Tak ada aktiviti apa yang nak buat, tidur sajalah. Nak beronline pun wifi kat hotel ini pun semput-semput. Esok pagi kami akan teruskan perjalanan ke Tasik Kenyir .
Like this:
Like Loading...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan