03 di gua musang - Google Blog Search |
[ Berita ] Pam petrol meletup <b>di Gua Musang</b> ~ Perihal Negara Posted: 17 Apr 2014 06:59 PM PDT GUA MUSANG – Sebuah stesen minyak di Jalan Pulai di bandar ini, nyaris terbakar apabila satu daripada empat pam petrol meletup secara tiba-tiba ketika orang ramai sedang mengisi minyak di kenderaan masing-masing hari ini. Dalam kejadian pukul 2.10 petang itu, api yang keluar dari pam terbabit dapat dipadamkan oleh seorang penyelia di stesen itu dengan menggunakan alat pemadam api dan tiada kecederaan dilaporkan kerana pelanggan-pelanggan yang sedang mengisi minyak sempat menyelamatkan diri. Penyelia stesen minyak berkenaan, Mohd Zohir Zakaria berkata beliau mendengar bunyi letupan kuat disusuli dengan api keluar dari pam berkenaan dan beliau dengan segera memadamkan api itu menggunakan alat pemadam api. Katanya, sebelum kejadian, beliau berada di belakang bangunan stesen minyak itu sebelum bergegas ke pam minyak terbabit selepas terkejut mendegar letupan kuat itu sambil mengarahkan empat pekerja yang berada di kaunter keluar menyelamatkan diri. "Ketika itu juga saya lihat beberapa pelanggan yang sedang mengisi minyak di empat pam berkenaan lari bertempiaran kerana bimbang kebakaran besar berlaku. Syukur, saya cepat bertindak memadamkan pam yang terbakar itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di stesen minyak itu. Mohd Zohir berkata kejadian itu pertama kali berlaku dan beliau juga sentiasa memantau mengenai keselamatan stesen minyak berkenaan. "Kita menutup stesen minyak itu buat sementara sehingga siasatan selesai di samping menunggu laporan keadaan benar-benar selamat baharu dapat dibuka semula kepada orang ramai," katanya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ahmad Nordin Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.48 petang dan empat anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian. Katanya ketika menerima panggilan itu, pihak stesen minyak itu memaklumkan kebakaran di pam berkenaan sudah dipadamkan dan bomba sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kejadian itu. Pada 2 April lepas, 11 orang cedera akibat disambar api dipercayai berpunca dari tumpahan minyak petrol dari sebuah lori tangki yang sedang mengisi minyak dalam tangki simpanan di sebuah stesen minyak di sini, kira-kira pukul 10.10 malam. Seorang mangsa yang cedera parah kemudiannya meninggal dunia pada 9 April ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu. – Bernama Sumber ; malaysianreview.com |
You are subscribed to email updates from di gua musang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan