Jumaat, 30 Mei 2014

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


remaja wanita di rogol 38 lelaki melayu <b>di ketereh</b> kelantan

Posted: 27 May 2014 02:50 PM PDT


PASIR PUTEH - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Ketereh kerana telah di rogol secara beramai-ramai oleh 34 orang lelaki melayu di sebuah rumah di sini.

Pengadu telah dihantar ke hospital perubatan Kuala Krai untuk membuat pemeriksaan lanjut. Dan hasil awal rawatan didapati ada kesan koyakan teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang-ulang kali pada kemaluan mangsa. Bersama-sama mangsa terdapat juga dua orang saksi yang merupakan rakannya. Kes disiasat di bawah Sek. 376 Kanun Kesiksaan.

Di bawah adalah ringkasan laporan polis mengenai kejadian berkenaan:

Ringkasan Kes

Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama Mira yang meminta tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah.

Pengadu hubungi rakan nama Iwan yang tinggal di Ketereh kerana pengadu tiada kenderaan. Iwan telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka berdua jumpa rakan Mira nama Alif di Ketereh.

Alif telah bawa pengadu dan Iwan ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada Mira dalam rumah tersebut.

Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan Iwan dan paksa mereka duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa Mira dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur.

Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.

Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal Iwan.

Iwan memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki.

Mira naik m/sikal bersama Alif dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak pulang ke rumah tetapi Iwan tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi keluarga pengadu.
Iwan telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama Pok Wa.

Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak Pok Wa dan pada suatu hari, pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya, iaitu bapa saudara Pok Wa.

Pok Wa telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah Pok Wa sehingga 24/05/2014.

Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran.

Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji Panadol untuk cuci perut pengadu. Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan. Kemudian pengadu telah buat laporan polis.

4/ Tindakan/Hasil siasatan

•Rakaman percakapan pengadu dapati pengadu merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pengadu dan keluarga tinggal di Kuala Krai dan bersekolah di SMK Bandar Kuala Krai, Kn. Ayah pengadu seorang peniaga roti canai manakala ibunya surirumah sepenuh masa.

•Pengadu selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan koyakan lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter disifatkan boleh masukkan satu jari dengan mudah ke dalam vagina. Terdapat kesan geseran pada posterior fourchette dan kesan lebam pada labia minora genitalia mangsa. Terdapat juga kesan koyakan (anal fissure) pada jam 7 anus mangsa.

•Maklumat saspek telah diperolehi daripada pengadu dan selepas mesyuarat projek bersama Tn KBSJD, saya telah salurkan maklumat kepada anggota CPJ IPD Kota Bharu, L/Kpl 165819. Tangkapan akan dibuat ke atas saspek yang telah dikenalpasti secepat mungkin.

Sumber - Mynewshub


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

10 ditahan ekoran pelajar dakwa dirogol 38 lelaki - BNBBC

Posted: 27 May 2014 08:28 PM PDT

10 ditahan ekoran pelajar dakwa dirogol 38 lelaki

28 MEI: Seramai 38 lelaki tergamak merogol dua pelajar sekolah tingkatan dua dan tingkatan tiga secara bergilir-gilir dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan, negeri yang rakyatnya memberi mandat kepada kerajaan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

Ekoran kejadian, polis setakat ini telah menahan seramai 10 individu, termasuk seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes yang berlaku pada 20 Mei lalu itu.

Remaja perempuan berusia 15 tahun yang ditahan itu adalah seorang daripada pelajar yang turut menjadi mangsa rogol.

Semua 10 individu terbabit termasuk remaja perempuan itu pada Rabu dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan.

Remaja perempuan terbabit dibenarkan ditahan reman enam hari manakala suspek lelaki tujuh hari.

10 individu, termasuk seorang remaja perempuan (gambar kecil) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rabu. Mereka dipercayai antara 38 yang terbabit dalam kejadian rogol beramai-ramai seorang pelajar tingkatan dua di Ketereh 20 Mei lalu.

10 individu, termasuk seorang remaja perempuan (gambar kecil) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rabu. Mereka dipercayai antara 38 yang terbabit dalam kejadian rogol beramai-ramai seorang pelajar tingkatan dua di Ketereh 20 Mei lalu.-Foto BH

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman berkata, empat suspek ditahan jam 4 pagi semalam (Selasa), sebelum enam lagi lelaki ditahan awal pagi Rabu di sekitar Ketereh.

"Polis masih mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Jika sabit kesalahan seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Azham berkata, terdapat kemungkinan remaja perempuan berusia 15 tahun berkenaan turut diliwat.

Azham berkata, polis turut akan meneliti laporan perubatan mangsa bagi membantu siasatan.

"Kami menjangkakan kes itu ditutup dalam masa terdekat kerana suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama.

"Kami juga tidak menolak kemungkinan remaja perempuan itu turut diliwat.

"Polis mempunyai alasan untuk percaya bahawa hampir kesemua suspek berada pada pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu," katanya.

Dalam kejadian pada Selasa 20 Mei lalu itu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Guchil, Kuala Krai keluar untuk bertemu rakan perempuannya yang berusia 15 tahun di Ketereh.

Mangsa menghubungi seorang rakan lelakinya yang tinggal di Ketereh untuk mengambil dan membawanya ke bandar itu yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.

Setelah tiba dan rakan lekakinya itu membawa mangsa serta rakan perempuannya ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.

Ketika mahu meninggalkan rumah itu, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki, sebelum 37 lagi lelaki masuk ke rumah kosong berkenaan dan membawa dua remaja perempuan terbabit ke dalam sebuah bilik lalu merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Rakan mangsa bagaimanapun belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.

Manakala mangsa yang pengsan selepas diperkosa kumpulan lelaki itu hanya tersedar pada keesokan harinya dan mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya.

Menurut sumber polis, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu dan hanya memaklumkan kepada bapanya mengenai insiden berkenaan apabila pulang ke rumahnya di Kuala Krai Ahad lalu.

"Apabila di pulang ke rumah pada Ahad, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk," kata sumber polis berkenaan.

Bapa mangsa kemudian bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Paser Puteh mengenai insiden tAnnuar Musa ttg kes rogolersebut pada hari yang sama dan kes kini dalam siasatan polis.

Insiden turut mendapat perhatian ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik status melahirkan rasa terkejut dan dukacita berhubung kejadian itu pada jam 9 malam semalam.

Beliau turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya di luar negara terkejut apabila TV3 jam 8 malam memaparkan tajuk utama yang mengaitkan kejadian rogol di Ketereh.

"Masya-Allah. Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita ini. Semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan polis mengenai kejadian itu yang mendapat perhatian orang ramai, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.

Kira-kira dua jam kemudian, beliau memuat naik satu lagi status yang mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan laporan polis mengenai kejadian berkenaan yang didapati boleh mendedahkan identiti mangsa.-bnbbc.my

Berita Bertarikh Pada 11:28 AM

DIALOG RAKYAT: Jangan biar suspek kes rogol <b>di Ketereh</b> terlepas

Posted: 29 May 2014 09:48 PM PDT

MALAYSIAKINI


Wanita MIC dan Wanita DAP menyifatkan kes rogol seorang remaja oleh 38 orang suspek dalam kejadian 20 Mei lalu sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan dan tindakan keganasan ke atas wanita.

Kedua-dua pergerakan itu menggesa pihak berkuasa bertindak segera untuk membendung jenayah seperti itu.

Ketua Wanita MICA Mohana Muniandy berkata keganasan ke atas wanita bukan hanya isu wanita tetapi juga satu isu hak asasi manusia.

"Wujud keperluan untuk mempromosi dan melindungi keselamatan wanita dan anak gadis di Malaysia. Setiap anak gadis dan wanita seharusnya dalam hidup dengan selamat dan bebas dari keganasan," katanya.

"Jenayah ini perlu dihentikan – gangguan seksual dan keganasan tidak boleh ditolak ansur. Kami menggesa agar hasrat politik ini diterjemah kepada tindakan konkrit dan pelaksanaan lebih kukuh ke atas undang-undang dan peraturan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan.

Mohana juga menggesa para pembuat undang-undang, pois dan kerajaan untuk melakukan sedaya mungkin untuk menjalankan reformasi politik, memastikan keadilan dan melaksana perkhidmatan awam yang kukuh demi keselamatan golongan wanita.

Sementara itu, MP DAP Chong Eng dalam satu kenyataan berasingan berkata polis perlu bertindak untuk memastikan suspek yang terlibat dalam jenayah kejam melibatkan gadis bawah umur itu tidak terlepas dari pengadilan.

Chong yang juga anggota Exco Pulau Pinang berkata, kes itu membuktikan bahawa rogol tidak berpunca daripada pakaian seksi wanita tetapi mangsa dikenalpasti oleh suspek yang melaksanakan jenayah itu melalui perancangan terperinci.

Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.
  
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Menurut polis, pasukan itu menahan seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads