Isnin, 19 Mei 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Kisah Jamu Anak Yatim Dengan Domino&#39;s Pizza <b>di Kota Bharu</b> | Oh <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2014 01:26 PM PDT

ohmedia-dominos-pizza-kota-bharu

Catatan ini kami terima melalui email datang dari seorang pengirim dengan nama Muslim Mus. Pengirim berkongsikan tentang pengalamannya dalam menguruskan niat seorang hamba Allah untuk menjamu anak-anak yatim dengan makanan yang jarang atau mungkin tidak pernah mereka rasa kerana harga yang agak mahal. Berikut adalah kisah yang dicoretkan.

Alhamdulillah berpeluang menguruskan sumbangan seorang sahabat untuk rumah anak yatim. Katanya sahabat tu, dia nak bagi makan anak-anak yatim benda-benda yang jarang dirasa. Makanya setelah dibawa berbincang, maka satay dan pizza jadi pilihan makanan dia. Tugas ambo hanya pergi mengorder dan uruskan makan budak-budak. Domino pizza jadi pilihan sahabat tu sebab waktu tu dia ada promosi. Boleh beli banyak. Ambo nak order online, tak boleh. Mungkin sebab ini kali pertama ambo nak order pizza online di Malaysia. Tak mahir. Hehe.

Makanya ambo pergi la ke Domino Pizza di Kota Bharu. Rasanya tu satu-satunya cawangan Domino Pizza di Kelantan kalau tak silap ambo la. Pergi jumpa salah seorang staffnya, dia tak berani ambil order untuk keesokan hari. Jumpa manager restorannya, ambo bagitau dia nak 30 kotak yang size paling besar dengan mengikut pakej-pakej tertentu yang dah disediakan. Dia tanya untuk apa sebab banyak sangat. Ambo bagitau la ada sahabat nak menjamu makan anak yatim.

Manager restoran tu tanya rumah anak yatim mana, ambil contact ambo dan terus kata, "awak beli 15 kotak sudah la. 15 lagi kita bagi percuma. Buy 1 Free 1″. Terkejut jugok ambo sebab biasanya hanya orang ada kad keahlian boleh kelebihan begitu.

Bagitau sahabat yang menyumbang tu, dia jawab 3 patah perkataan ja sambil tersenyum. "Selalu macam tu" (Allah banyak permudahkan) – Sahabat tu dari luar Kelantan. Terima kasih Domino's Pizza Kota Bharu.

Dalam kisah ini, jelas yang setiap nawaitu yang baik terutamanya untuk anak-anak yatim itu selalu akan dipermudahkan. Sifat manager Domino's Pizza itu juga patut dicontohi kerana turut sama menyumbangkan apa yang termampu bagi pihaknya.

InsyaAllah, mudah-mudahan perkongsian Oh! Media ini dapat memberikan kesedaran kepada ramai pihak lain untuk tampil membantu VVIP akhirat (anak-anak yatim) ini dari apa sahaja cara mengikut kemampuan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads