Isnin, 12 Mei 2014

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di pasir mas</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2014 03:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

bekas yang <b>di</b> pertua pas kawasan <b>pasir mas</b> <b>...</b> - KedahNews.com

Posted: 02 Apr 2014 10:00 PM PDT

Kehilangan besar kepada Pas

PASIR MAS - Kematian bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh, 65, awal pagi tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Pas Pasir Mas bahkan juga kepada Pas Negeri Kelantan sendiri.

Ini kerana beliau merupakan salah seorang ulama yang dikenali dengan kepetahan hujahnya serta ketinggian ilmunya yang sukar untuk ditandingi.

Anaknya, Syaima' Ismail, 28, ketika ditemui di rumah Allahyarham di Slow Machang di sini berkata, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu meninggal dunia pada jam 2.21 pagi semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Ayah dimasukkan ke hospital semenjak dua minggu lepas selepas tidak sedarkan diri di rumah. Sebelum ini ayah terkena serangan angin ahmar semenjak empat tahun lalu," katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Slow Machang pada jam 2.30 petang.

Antara pemimpin tempatan yang hadir ialah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; YDP Pas Kawasan Pasir Mas, Datuk Hanifah Ahmad, Timbalannya, Ustaz Abdul Halim Ab Rahman dan ramai lagi.

Ismail meninggalkan isteri, Hasiah Said, 54, serta lapan anak dan empat cucu.

Allahyarham yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan dikenali di kalangan anak-anak muda sebagai seorang murabbi yang tidak putus-putus menekankan aspek tarbiyyah dan pengorbanan sebagai faktor penting untuk mencapai kejayaan di dalam perjuangan.

Allahyarham sebelum bertanding di dalam pilihan raya merupakan Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yayasan Islam Kelantan.

Di Pasir Mas pula, beliau pernah menewaskan Datuk Ibrahim Ali sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu pada tahun 1999 dan 2004.

Namun, beliau dengan sukarela menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh bekas lawannya itu sebagai mematuhi arahan pimpinan parti pada tahun 2008.

Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari turut melahirkan rasa sedih dengan kehilangan pemimpin yang banyak berjasa itu.

"Pemuda Pas Kelantan merakamkan takziah setinggi-tingginya kepada keluarga Allahyarham dan semoga beliau dimasukkan di kalangan hamba-hamba ALLAH yang soleh," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads