03 di pulau melaka - Google Blog Search |
Misteri Harta Karun Berbillion Ringgit <b>di Pulau</b> Nangka, <b>Melaka</b> Posted: 14 Apr 2014 05:17 AM PDT Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai Melaka. Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja.Harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut. Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar. Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus. Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun. Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas. Teori asal usul Harta Karun Pulau Nangka:
Lagi gambar-gambar menarik Pulau Nangka: sumber: mstar, google image |
Harta Karun <b>Di Pulau</b> Nangka, <b>Melaka</b>? Rabu Ini <b>...</b> - Mynewshub.my Posted: 28 Apr 2014 04:18 AM PDT Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka bakal diketahui Rabu ini. Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun itu kini siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Rabu ini. "Kita percaya pintu ini akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka di sini, Isnin. Beliau berkata kerja-kerja pencarian harta karun tersebut dijalankan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd melalui kontrak selama empat bulan bermula Januari lepas hingga 30 April ini. Katanya jika syarikat terbabit gagal menyelesaikan kerja-kerja mengorek tersebut dalam tempoh kontrak, kerajaan negeri akan menyerahkannya kepada syarikat lain. "Jika Smart Partnership International berjaya membuka pintu ini dan tidak menemui sebarang artifak, kita akan memberi mereka lanjutan masa untuk proses pencarian harta karun," katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan syarikat berkenaan Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata pihaknya menjalankan kerja-kerja menebuk dinding batu secara intensif selama 24 jam sehari melibatkan 36 pekerja. "Sehingga kini, kami masih belum menemui apa-apa tanda dan jika sebarang artifak atau harta tersebut ditemui kami akan maklumkan segera dalam satu sidang akhbar khas," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata pihaknya melalui Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am akan bertugas menjaga kawasan tersebut jika terdapat penemuan artifak atau harta berkenaan. Pulau Nangka merupakan sebuah pulau tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar dan terletak 4 kilometer dari Pulau Besar, Jasin. – BERNAMA Anda mungkin juga meminati:Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka bakal diketahui Rabu ini. Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun... Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka bakal diketahui Rabu ini. Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun itu kini siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Rabu ini. "Kita percaya pintu ini akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka di sini, Isnin. <strong>Beliau berkata kerja-kerja pencarian harta karun tersebut dijalankan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd melalui kontrak selama empat bulan bermula Januari lepas hingga 30 April ini.</strong> <strong>Katanya jika syarikat terbabit gagal menyelesaikan kerja-kerja mengorek tersebut dalam tempoh kontrak, kerajaan negeri akan menyerahkannya kepada syarikat lain.</strong> "Jika Smart Partnership International berjaya membuka pintu ini dan tidak menemui sebarang artifak, kita akan memberi mereka lanjutan masa untuk proses pencarian harta karun," katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan syarikat berkenaan Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata pihaknya menjalankan kerja-kerja menebuk dinding batu secara intensif selama 24 jam sehari melibatkan 36 pekerja. "Sehingga kini, kami masih belum menemui apa-apa tanda dan jika sebarang artifak atau harta tersebut ditemui kami akan maklumkan segera dalam satu sidang akhbar khas," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata pihaknya melalui Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am akan bertugas menjaga kawasan tersebut jika terdapat penemuan artifak atau harta berkenaan. Pulau Nangka merupakan sebuah pulau tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar dan terletak 4 kilometer dari Pulau Besar, Jasin. -- BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub stokmynewshub@gmail.comAdministratorMyNewsHub |