ads

Ahad, 25 Mei 2014

03 di tanah merah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di tanah merah - Google Blog Search


[ info ] Penoreh getah maut ditikam <b>di Tanah Merah</b> ! | BrotherSam®

Posted: 23 May 2014 03:00 AM PDT

TANAH MERAH - Seorang penoreh getah ditemui mati dengan kesan tikaman di rumahnya di Kampung Kuala Paku, Gual Ipoh di sini, semalam.
    
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superitenden Abdul Aziz Mahmud berkata dalam kejadian 5 petang itu, mangsa Thana Izzudin Mohd Shukri, 22, ditemui oleh adiknya, Kamalrul Haffiz, 16, dalam keadaan tertiarap di atas tanah di tepi rumah mereka.

"Adik mangsa kemudiannya memeriksa badan mangsa dan mendapati ada kesan tikaman di bahagian tengah tulang belakang.
    
"Pada masa tersebut mangsa dikatakan sedang nazak dan tidak boleh bercakap, kemudian mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
    
Abdul Aziz berkata suspek dipercayai menikam mangsa daripada arah belakang dengan menggunakan senjata tajam.
 
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat.
   
"Hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati mangsa mati akibat pendarahan yang teruk disebabkan tikaman senjata tajam di bahagian belakang badan," katanya.
    
Abdul Aziz berkata hasil siasatan, polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat bag membantu siasatan.
    
"Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 25 dan 39 itu ditahan di kawasan sekitar dan mereka didapati positif dadah," katanya.
    
Sementara itu, Kamalrul Haffiz berkata ketika kejadian, abangnya bersendirian di rumah ketika dia ke rumah nenek yang jaraknya kira-kira tiga kilometer.     

"Sebaik pulang, tiba di garaj rumah, saya ternampak kesan tompokan darah di lantai, kemudian mengekori kesan tompokan tersebut dan mendapati abang sedang nazak di tepi rumah," katanya. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved