Rabu, 28 Mei 2014

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di tanah merah</b> - Google Blog Search

Posted: 06 May 2014 09:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di tanah merah</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2014 09:56 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO <b>Tanah Merah</b> tumpu pembangunan pendidikan

Posted: 20 Apr 2014 11:57 AM PDT

Ikmal Hisham Abdul Aziz (duduk, dua dari kanan) memberikan penerangan kepada ibu bapa pada Majlis Dialog Bersama Ibu Bapa dan Pelajar Lepasan SPM dan STPM 2013 di Tanah Merah, Kelantan, semalam.

TANAH MERAH 20 April - UMNO Bahagian Tanah Merah akan terus memberi perhatian ke arah pembangunan pendidikan dalam kawasan Parlimen tersebut.

Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pihaknya sentiasa berusaha membantu dengan memberikan yang terbaik kepada setiap pelajar termasuk sering mengadakan sesi perjumpaan bagi mendalami segala permasalahan mereka.

"Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) khususnya, kita akan mengadakan sesi taklimat sehingga keputusan mereka diketahui.

"Melalui sesi taklimat ini juga, kita akan membantu mereka dalam proses rayuan memasuki mana-mana institusi pengajian memandangkan Tanah Merah adalah kawasan luar bandar yang perlu diberikan perhatian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Ibu Bapa dan Pelajar Lepasan SPM dan STPM 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ipoh, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd. Bakri Mustapha dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Hanisathirah Mohd. Ghari.

Seramai 1,000 pelajar serta ibu bapa melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Panau, Kemahang dan Gual Ipoh hadir mendengar taklimat dan penerangan pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah berkata, pihaknya akan berperanan sebagai rujukan serta pembimbing kepada pelajar untuk mencari institusi pengajian yang sesuai dengan kelayakan akademik masing-masing.

"Kerajaan sebenarnya telah menyediakan banyak institusi kemahiran namun masih ada segelintir daripada kita yang kurang tahu mengenai hal tersebut sehingga menyebabkan mereka terlepas peluang.

"Sehubungan itu perjumpaan serta sesi dialog dibuat bagi membantu anak-anak Tanah Merah untuk memilih peluang menyambung pengajian di peringkat sijil, matrikulasi, diploma dan ijazah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads