Jumaat, 16 Mei 2014

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Pusat karaoke haram <b>di Wakaf Bharu</b> tidak serik diserbu - K B B R I

Posted: 06 May 2014 05:39 PM PDT

TUMPAT: Sebuah premis yang menjalankan aktiviti hiburan secara haram termasuk menjual minuman keras tanpa lesen di pekan Wakaf Bharu di sini, masih berdegil apabila meneruskan operasinya walaupun telah diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Asisten Supritendan Nik Rosdi Nik Yahya memberitahu, dalam serbuan terbaru kira-kira pukul 12 tengah malam tadi, beberapa peralatan karaoke seperti layar putih, projektor serta mikrofon yang dianggarkan bernilai RM5,000 turut dirampas.
"Pusat karaoke haram yang bersebelahan dengan sebuah hotel bajet itu dipenuhi pelanggan bermula pukul 11 malam. Pemiliknya bukan sahaja menyediakan layar putih dan projektor untuk berkaraoke, malah menjual minuman keras.
"Mereka sudah beberapa kali di­serbu dan premis disita namun masih berani menjalankan perniagaan sa­ma," katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut, di sini malam tadi.
Ketika serbuan dilakukan, terdapat enam pelanggan terdiri daripada lima wanita warga Thailand dan seorang lelaki tempatan sedang duduk sambil meneguk arak.
Menurut Nik Rosdi, kelima-lima wa­nita warga Thailand tersebut yang mempunyai pas lawatan sosial sah, mendakwa memasuki Malaysia sekadar untuk berhibur bersama rakan-rakan.
"Kami tidak mengesan aktiviti pelacuran di premis ini, namun maklumat diri kesemua gadis terbabit diambil untuk pemantauan," katanya.
Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 6, Enakmen Hiburan Negeri Kelantan kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 6 Mei 2014 | Terbitan 7 Mei 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads