Kosmo Online - Stailo Posted: 06 Mar 2011 11:26 AM PST Kombinasi corak dan warna terang Posted: Kombinasi corak dan warna terangKombinasi corak dan warna terang Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
PEREKA muda Amir Luqman Othman, 27, menyambut baik permintaan Stailo untuk berbicara tentang batik Malaysia. Meskipun sudah berkali-kali paparan media membincangkan topik itu, tetapi pereka yang mesra membahasakan dirinya Amir, tidak menolak apatah lagi mempamerkan riak kurang senang sepanjang sesi temu bual. Bahkan, dia berkali-kali memohon supaya ulasan tentang batik Malaysia terus disiarkan bagi membangkit minat dan kesedaran masyarakat tempatan. Saat diajukan soalan tentang persepsi sesetengah individu bahawa batik Malaysia tiada identiti dan seninya masih rendah, Amir memintas dengan nada yang tegas. Di sebalik wajah kecewa dia bersuara: "Sila betulkan pandangan yang tidak masuk akal itu. Buka mata dan buka minda. Jangan memandang enteng dengan memperlekehkan fabrik warisan kita yang diwarisi secara turun-temurun. "Batik Malaysia memiliki keunikan dan signatur tersendiri. Jika anda menyusun batik Malaysia bersebelahan batik Indonesia secara terang-terangan anda sudah dapat melihat perbezaan yang cukup ketara. Batik Malaysia hadir dalam mainan warna terang," ujar Amir, anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Jelas Amir, begitu mudah untuk mengenal pasti batik Malaysia. Ini kerana pembuat batik dan pereka fesyen tempatan lebih cenderung menghasilkan koleksi batik Malaysia yang berasaskan nuansa terang dan ceria. Antaranya kombinasi hijau dan kuning, biru dan merah atau gabungan hitam dan merah jambu. Pemilihan warna-warna terang tersebut secara tersirat mempamerkan refleksi sikap rakyat Malaysia yang berbudi bahasa, peramah, ceria, berbilang kaum dan hidup dalam suasana harmoni. Sementelah dari segi corak pula, batik Malaysia sinonim dengan corak abstrak, geometri dan motif flora yang pelbagai. Tidak seperti batik negara lain yang turut menyelitkan elemen gambar-gambar haiwan. Lagipun masyarakat Melayu dan Muslim khususnya dilarang menyarungkan pakaian yang tertera gambar haiwan. "Batik Malaysia berwarna-warni tidak seperti batik Indonesia yang hadir dalam warna-warna tanah dan suram seperti warna coklat atau kuning kusam. Dari segi corak pula batik Indonesia lebih sarat dan dilukis rapat-rapat," kata Amir yang mereka koleksi batik berkonsepkan ala percutian dan santai. Tutur Amir, dia sengaja menghasilkan blaus, kaftan dan dres maxi berasaskan batik kerana ingin mengubah pandangan pengguna bahawa batik hanya terhad pada pakaian formal dan tradisional. Sedangkan ia juga boleh dihasilkan untuk dres labuh, dres tanpa lengan atau pario. Endon ikon fesyen batik Mengapa batik Malaysia masih kurang sokongan? Jawab pereka yang mempunyai butik di Plaza Damas Kuala Lumpur itu: "Salah satunya disebabkan isu harga. Pembeli mesti memahami proses membuat batik bukan mudah kerana ia melibatkan beberapa proses yang rumit. Pada masa yang sama, ia turut melibatkan teknik rekaan dan canting yang teliti. "Tetapi jangan jadikan harga sebagai alasan kerana kini di pasaran sudahpun ditawarkan koleksi pakaian kasual dan santai yang diperbuat daripada batik cetak dan cop. Ia dijual pada harga yang berpatutan." Bagaimanapun akui Amir, senario batik hari ini ternyata lebih baik daripada sedekad lalu, terima kasih kepada bekas wanita pertama Malaysia, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang mengangkat kembali batik dalam industri fesyen menerusi Festival Batik Malaysia yang dianjurkan sejak tahun 2003. "Bagi saya Allahyarham merupakan ikon batik Malaysia yang terbaik. Selain memartabatkan kembali zaman kegemilangan pemakaian kebaya Nyonya, Allahyarham memulakan langkah positif memperkenalkan batik Malaysia di mata dunia. AMIR LUQMAN (belakang) di sisi model terkenal, Azura yang menggayakan rekaan batik kontemporari di Galeri Batik Seri Endon Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Tanpa inisiatif dan usaha Allahyarham, kemungkinan pasaran Malaysia pada hari ini dipenuhi dengan lambakan produk batik dari negara seberang," kata Amir Luqman sambil memperbetulkan kaftan labuh rona hitam yang digayakan supermodel tempatan Tengku Azura Tengku Awang. Menyoroti perkembangan industri batik Malaysia segala-galanya tercetus selepas Endon memberi nafas baru dan idea pada kepelbagaian fesyen berasaskan batik. Kelompok pereka tempatan dilihat semakin giat mereka dan menghasilkan busana batik keluaran jenama masing-masing. Wanpa pikat remaja Dalam pada, selain Amir Luqman, label Wanpa yang diterajui dua pereka jejaka, Rashid Omar dan Wan Mohd. Ridzuan Wan Ismail, antara pereka tempatan yang berusaha memartabatkan batik Malaysia. Matlamat mereka kini ingin menambat hati masyarakat terutamanya golongan remaja supaya meminati dan menyokong koleksi batik tempatan. Enggan membiarkan himpunan batik dipandang sepi maka Wanpa melancarkan koleksi batik yang diberi nama Supernova Batik. Menurut Rashid, 27, idea untuk menghasilkan koleksi Supernova Batik muncul daripada hasil pengamatan yang mereka lakukan. "Kecewa melihat generasi muda dan moden pada hari ini yang kurang gemar menyarungkan pakaian berasaskan batik. Segelintir individu menyifatkan batik sekadar produk seni kraf dan hanya ideal dihasilkan pakaian tradisional seperti baju kurung atau kebaya. "Padahal batik merupakan salah satu elemen fesyen yang cantik dan menawan untuk digayakan. Apatah lagi pengeluar produk batik dan pereka fesyen kini kreatif bereksperimen mengkomersialkan batik dalam bentuk busana gaun malam, koktel, blaus, kemeja ataupun skirt," tutur Rashid yang turut memberitahu bahawa koleksi Supernova Batik Wanpa bukan sahaja untuk pasaran di Malaysia malah bercadang memperkenalkan ia di luar negara. Berbicara selanjutnya mengenai koleksi Supernova Batik, label Wanpa yang pernah menghasilkan pakaian untuk selebriti Datuk Siti Nurhaliza, Irma Hasmie dan Scha, menampilkan seleksi busana yang hadir dalam corak abstrak. Pemilihan corak berkenaan dirasakan sesuai dengan imej remaja yang gemarkan fesyen ringkas dan funky. Pada masa yang sama, corak abstrak sesuai dijadikan pilihan ke majlis formal, parti, minum petang ataupun dipakai sewaktu bersantai. Ini termasuklah memudahkan si pemakai memadankan busana batik corak abstrak bersama item fesyen yang hadir dalam konsep polos. Menyentuh dari segi fabrik dan warna, Rashid yang merupakan graduan pengurusan perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), menjelaskan Supernova Batik banyak menggunakan fabrik kapas, satin, likra dan rayon. Seleksi fabrik batik berkenaan sesuai dengan cuaca di Malaysia. Dari segi warna pula, Wanpa lebih cenderung pada campuran warna-warna terang seperti warna pelangi, biru muda, biru firus, merah dan jingga. "Koleksi Supernova Batik Wanpa sesuai digayakan oleh wanita atau remaja yang berani berfesyen. Walaupun ini merupakan koleksi batik pertama keluaran Wanpa tetapi, kami berpuas hati dengan sambutan dan sokongan daripada pelanggan. "Ubah persepsi pada pakaian batik. Ia sesuai digayakan oleh golongan jejaka dan wanita tanpa mengira usia. Asalkan, pengguna harus bijak memilih potongan, corak dan warna pakaian batik yang sepadan dengan usia anda," jelas Rashid kepada Stailo. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Capal eksklusif kulit kambing Posted: Capal eksklusif kulit kambingCapal eksklusif kulit kambing BERBEZA daripada capal PVC, capal kulit kambing dan kulit lembu lebih selesa dan lembut ketika disarungkan.
BILA tibanya musim cuti persekolahan, seperti biasa kad undangan pertunangan dan perkahwinan pasti akan bertebaran, lantaran ia tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis mengumpulkan sanak-saudara dan tetamu. Bulan Mac ini juga menyaksikan ramai pasangan kekasih mengambil peluang menempuh gerbang bahagia sempena cuti persekolahan. Yang pasti, dalam persiapan itu pasti ada yang masih tercari-cari kelengkapan terbaik untuk menjadi raja sehari di singgahsana atau juga sebagai hantaran. Jika anda mencari capal, songkok, samping atau telekung eksklusif dan berkualiti, DM Qiosk Enterprise di Dataran Glomac, Kelana Jaya, Selangor boleh menjadi destinasi pilihan anda. Ditubuhkan oleh Datuk Mardina Alwi, sejak tiga bulan lalu, pesara kerajaan itu memberitahu butik tersebut diwujudkan sebagai kenangan atau inspirasi daripada ayahnya yang merupakan seorang pembuat songkok. "Kecil-kecil dahulu selalu tolong ayah membuat songkok. Kerana itu dengan sedikit ilmu selain niat sebagai ibadah, saya membuka kedai ini sejak hujung tahun lalu," katanya. Ujar Mardina berbeza dengan songkok yang menggunakan fabrik biasa, songkok di DM Qiosk dihasilkan menggunakan fabrik baldu iaitu super satin royal. Fabrik tersebut menawarkan fabrik baldu yang berkualiti dan lebih lembut. Harga untuk songkok tersebut adalah mengikut saiz ketinggian iaitu bermula dari RM98 hingga RM138. Selain songkok jenis itu, DM Qiosk tidak ketinggalan menawarkan songkok daripada baldu Kabul yang lebih murah pada harga dari RM25 hingga RM45. Selain songkok, satu lagi produk eksklusif di DM Qiosk ialah capal. Dengan lambakan capal polivinil klorida (PVC), Mardina memilih capal yang dihasilkan daripada kulit lembu dan kulit kambing untuk memenuhi rak butiknya. Jelas beliau, capal kulit lembu dan kulit kambing memang mendapat sambutan di DM Qiosk terutama untuk majlis pertunangan atau perkahwinan. Berbeza daripada capal PVC yang keras, capal kulit lembu dan kulit kambing lebih lembut dan selesa sewaktu disarungkan. Tambahnya, capal kulit kambing lebih mahal kerana kualiti bahannya yang lebih lembut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Glamor Anne Hathaway Posted: Glamor Anne HathawayGlamor Anne Hathaway Anne memilih untuk berjalan di karpet merah dengan menyarungkan gaun vintaj jenama Valentino. Gaun nuansa merah terang itu digayakan bersama aksesori koleksi Tiffany dan kasut jenama Vivier.
Anugerah hiburan paling berprestij di Hollywood Oscar 2011 ke-83 baru saja melabuhkan tirai. Keputusan bagi setiap kategori yang dipertandingkan sudahpun diketahui umum. Suka ataupun tidak dengan keputusan tersebut penilaian juri profesional tetap muktamad. Trofi patung emas Oscar sudahpun dirangkul oleh barisan karyawan hebat dalam suasana majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Kodak Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS). Seperti menepati ramalan ramai pelakon utama filem Black Swan, Natalie Portman diumumkan sebagai aktres terbaik hasil lakonannya dalam filem yang mengisahkan obsesi seorang penari balet bergelar Queen Swan. Sementara itu, filem The King's Speech pula mencatat kemenangan besar apabila dipilih sebagai Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik Oscar ke-83. Ironinya sejak dulu lagi, Oscar bukan sekadar anugerah hiburan semata-mata. Pada masa yang sama ia merupakan pentas ideal buat para selebriti bergaya sakan dan memperaga fesyen peribadi tatkala mengatur langkah di karpet merah. Momen tersebut bakal menyaksikan bidikan kamera bertalu-talu daripada jurugambar yang membuat liputan. Selebriti lelaki lazimnya segak dengan sut pilihan, manakala artis wanita pula membaluti tubuh dalam persalinan dres anggun. Namun, penampilan hos Oscar 2011, Anne Hathaway paling mendapat perhatian dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan pemerhati serta bloggers fesyen. Mana tidaknya, sepanjang mengendalikan anugerah berkenaan bersama pelakon generasi baru James Franco, Anne yang pernah membintangi filem Alice in Wonderland, Princess Diaries dan Bride Wars, tampil di atas pentas dalam lapan busana. Ia terdiri daripada tujuh dres dan sepasang tuksedo. Ramai yang menyifatkan tubuhnya yang langsing dengan ketinggian 173 sentimeter (sm), secara tidak langsung menyerlahkan kecantikan pelakon yang berusia 29 tahun itu. Sementara olesan gincu bibir rona merah terang bersama dandanan rambut ringkas sedikit sebanyak menyuntik seri glamor pada penampilan Anne yang dilahirkan di Brooklyn, New York, AS itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Varia Posted: 06 Mar 2011 11:02 AM PST MCKK tuntut pembaharuan Posted: MCKK tuntut pembaharuanMCKK tuntut pembaharuan Oleh SAHLIZAH MOHAMED BANGUNAN bercirikan Greco-Roman MCKK perlu dibaikpulih dan dipulihara dengan teliti.
BERSTATUS sebagai sekolah elit, mungkin ramai yang tidak menyangka sekolah berasrama penuh pertama negara itu memerlukan sumber kewangan dalam usaha untuk mengembalikan keceriaan persekitarannya. Seperti juga bangunan-bangunan lama yang lain, bangunan yang bercirikan seni bina Greco-Roman MCKK itu tidak terlepas daripada faktor dimamah usia. Justeru itu, ia menuntut sentuhan semula untuk menceriakan kembali sekolah yang telah melahirkan ramai pemerintah, pembesar, pemimpin dan tokoh korporat terkemuka negara. Bercakap dalam konteks pembaharuan, Presiden Persatuan Murid-Murid Tua MCKK waNita (MCOBANITA) iaitu sebuah persatuan isteri dan keluarga wanita bekas pelajar sekolah itu, Datin Norzihan Ahmad memberitahu, bahagian dalam bangunan institusi pendidikan ulung di bandar diraja Perak itu kelihatan begitu daif. "MCKK perlu dibaikpulih kerana sebagai sebuah bangunan lama, banyak bahagian yang telah usang dan warna cat juga sudah teruk. MAJLIS minum petang dan pertunjukan fesyen Granoff dan sepatu London anjuran MCOBANITA diadakan untuk mengumpulkan dana membaikpulih bangunan MCKK.
"Kerana itu beberapa bahagian bangunan di MCKK termasuk di bahagian prep school untuk pelajar di tingkatan satu telah dibaikpulih untuk julung-julung kalinya bermula 5 Februari lalu yang menelan kos sebanyak RM30,000," katanya yang ditemui selepas Majlis Minum Petang dan Pertunjukan Fesyen MCOBANITA di ibu negara baru-baru ini. Sebelum itu, Norzihan memberitahu, semasa menyambut perayaan 100 tahun MCKK pada tahun 2005, selain menyaksikan penubuhan rasmi MCOBANITA, majlis tersebut turut menyaksikan pengumpulan dana sebanyak RM65,000 untuk disumbangkan kepada MCKK. Menjelang pertemuan baru-baru ini, sebanyak RM90,000 telah berjaya dikumpulkan dengan tujuan untuk membaikpulih bangunan MCKK. "Saya menyeru kepada mana-mana pihak yang sudi untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada kami dalam usaha untuk memelihara bangunan MCKK. "Majlis ini turut berperanan seperti penggera khususnya kepada kerajaan. Kami menerima apa sahaja bentuk bantuan sama ada dalam bentuk barangan atau wang ringgit," ujarnya sambil memberitahu projek itu akan berterusan sehingga bila-bila. Bagi yang ingin menyalurkan bantuan, boleh menghantar e-mel ke alamat suraya@mcoba.com atau menghubungi 03-2274 3176. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Trek ekstrem Bukit Cerakah Jaya Posted: Trek ekstrem Bukit Cerakah JayaTrek ekstrem Bukit Cerakah Jaya TREK Bukit Cerakah Jaya yang sesuai untuk pemandu baru dan pertengahan.
TIDAK dinafikan semangat dan keberanian yang tinggi menjadi salah satu daripada elemen penting yang perlu ada dalam diri sebelum seseorang itu mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam aktiviti lasak pacuan empat roda atau 4x4. Selain faktor keberanian, sukan tersebut turut menjadi medan untuk menguji kesabaran serta semangat setia kawan yang ada pada diri setiap ahli kumpulan 4x4. Berpengalaman dalam sukan tersebut lebih 10 tahun, Rahim Ismail berkata, sikap kerjasama antara ahli merupakan satu elemen yang wajib ada. "Katakan bila kita berada di dalam hutan, sebuah jambatan yang perlu diseberangi runtuh, jadi kena buat jambatan. Kalau seorang, memang tidak boleh siap, jadi kerjasama adalah jalan penyelesaian," katanya ketika ditemui semasa menjalankan pandu uji di kawasan trek baru yang terletak di Bukit Cerakah Jaya, Selangor baru-baru ini. Selain semangat kerjasama, kemahiran membaiki jentera juga mesti dipelajari walaupun hanya mengetahui asas-asas penting sahaja. Memberi contoh dirinya yang tidak pernah tahu kemahiran membaiki jentera, penglibatannya dalam sukan lasak itu menyebabkan dia kini mampu membaiki kerosakan-kerosakan kecil. "Saya memang tidak pernah tahu asas baiki kenderaan, tetapi jika terlibat dalam sukan ini, kena belajar juga kerana kerosakan boleh berlaku di mana-mana sahaja," katanya yang memiliki empat buah pacuan empat roda sehingga kini. SUKAN lasak 4x4 menguji kemahiran memandu dan keberanian seseorang.
Bercakap mengenai trek di Bukit Cerakah Jaya, menurut Rahim, laluan trek yang berukuran sepanjang empat kilometer itu sesuai bagi pemandu baru dan pertengahan yang ingin melangkah ke peringkat yang lebih lasak. "Trek Bukit Cerakah Jaya sesuai untuk yang baru hendak bermula dan di peringkat pertengahan. Mereka bukan sahaja boleh merasai pengalaman menuruni cerun atau mendaki bukit yang tinggi, malah turut lengkap dengan kawasan berpaya. "Selain laluan ekstrem, trek itu turut dilengkapi dengan laluan yang sederhana serta kawasan untuk mendapatkan bantuan seperti yang ada pada setiap trek 4x4 yang biasa," katanya yang sebelum ini hanya beraksi di Lubuk Kawah, Tanjung Malim, Raub, Pahang atau Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Kini dengan adanya trek di Bukit Cerakah Jaya, penggemar sukan lasak dari serata lokasi boleh berkunjung ke trek tersebut untuk beraksi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 06 Mar 2011 09:26 AM PST Kain RM1 semeter di festival tekstil Posted: Kain RM1 semeter di festival tekstilKain RM1 semeter di festival tekstil Oleh KAMIL MASLIH utusanjohor@utusan.com.my
|
NG Yen Yen secara simbolik menggunting kain pada Majlis Pelancaran Festival Tekstil Tangkak 2011 di Tangkak, Ledang, Johor, kelmarin.
|
LEDANG 5 Mac - Langkah untuk mengembalikan kegemilangan bandar Tangkak sebagai destinasi beli-belah tekstil terkemuka negara dimulakan dengan penganjuran Festival Tekstil Tangkak 2011 yang menawarkan harga kain semurah RM1 semeter. Selain lelongan kain, festival empat hari yang bermula semalam dan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen di sini hari ini, turut menyediakan pelbagai program menarik untuk pengunjung seperti persembahan kebudayaan. Pada sidang akhbar selepas itu, Yen Yen memuji inisiatif berkenaan yang disifatkan sebagai memeriahkan serta mempelbagaikan lagi kegiatan pelancongan yang menarik di negara ini. "Pada 1990-an bandar Tangkak memang cukup terkenal dengan jualan tekstil dan ketika itu dalam sehari bandar ini menerima kehadiran 50 bas membawa pelancong untuk membeli kain. "Bagaimanapun, kerana persaingan dengan bandar-bandar lain suasana semakin berubah, namun saya yakin kita boleh hidupkan semula bandar Tangkak sebagai bandar tekstil Malaysia," katanya. Yen Yen yakin Tangkak akan menjadi lokasi pelancongan yang cukup menarik pelancong luar terutama dari Singapura yang berminat untuk membeli kain pada harga berpatutan. "Bukan sahaja kain ela untuk dibuat baju, kain untuk langsir juga banyak dijual dan saya rasa kita perlu ada kesedaran untuk mengajak para pelancong datang ke Tangkak untuk membeli-belah," katanya. Menurutnya, festival itu sewajarnya diteruskan pada masa hadapan dengan melibatkan pelbagai aktiviti menarik termasuk bengkel fesyen, jualan makanan istimewa serta promosi produk pelancongan tempatan. Turut hadir pada perasmian festival itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Hoo Seong Chang; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee serta Pegawai Daerah Ledang, Amran A. Rahman. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Umat Islam perlu bersatu Posted: Umat Islam perlu bersatuUmat Islam perlu bersatu
|
TUNKU Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bersalaman dengan jemaah di Masjid Jamek Kampung Sungai Duyong, Sri Medan, Batu Pahat, kelmarin.
|
BATU PAHAT 5 Mac – Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menasihatkan umat Islam agar bersatu padu dengan menjadikan masjid sebagai institusi yang memainkan peranan besar dalam pembangunan dan perpaduan masyarakat setempat. Titah baginda, ini penting kerana perpaduan dan permuafakatan sesama umat menjadi penentu kejayaan sesebuah negara. "Allah SWT menyuruh kita bersatu padu, jangan berpecah belah kerana ia akan membawa permusuhan dan akhirnya kita menjadi lemah dan tidak berdaya menghadapi cabaran musuh yang mahu menghancurkan negara. "Menyedari kepentingan itu, kerajaan negeri mengambil berat aspek memakmurkan masjid dengan membina, membaiki dan menambah baik masjid-masjid," titah Tunku Ismail semasa merasmikan Masjid An-Nur Seri Dayong di Sri Medan, di sini semalam. Tunku Ismail turut berkenan menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah dengan diimamkan oleh Pengerusi Masjid An-Nur, Maskor Abas. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; barisan Exco kerajaan negeri, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut dan Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Adnan Azizon. Masjid An-Nur Seri Dayong mula beroperasi pada 8 Oktober 2007 dan telah mengalami beberapa pengubahsuaian dan penambahan dengan kos pembinaan keseluruhan kira-kira RM1.3 juta. Terletak di atas tanah seluas 0.52 hektar, masjid berkenaan mampu memuatkan kira-kira 700 jemaah pada satu-satu masa serta mempunyai pelbagai kemudahan antaranya perpustakaan, bilik mesyuarat dan Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (Taski). Tunku Mahkota Ismail bertitah, jawatankuasa masjid mesti meneruskan usaha memakmurkan rumah Allah itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang berkualiti dan dapat memupuk perpaduan umat. "Masyarakat juga sewajarnya menyokong aktiviti tersebut. Kerjasama dua hala ini penting untuk mencapai kejayaan dalam mengimarahkan masjid," titah baginda. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kesihatan Posted: 06 Mar 2011 03:06 AM PST Jejas fungsi usus Posted: Jejas fungsi ususJejas fungsi usus Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my ANDA menghidap sakit abdomen berulang dengan sembelit atau cirit-birit berterusan untuk tempoh beberapa tahun lamanya? Jika jawapan ya, itu bermakna anda berhadapan dengan sindrom usus rengsa (Irritable Bowel Syndrome) yang sering diringkaskan sebagai IBS. Walaupun sindrom itu bukan bersifat kritikal namun IBS sememangnya mengganggu aktiviti harian sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti sakit kerana sakit perut atau cirit-birit berterusan. Simptom-simptom biasa IBS adalah sakit di bahagian abdomen yang kebiasaannya dilegakan selepas buang angin atau buang air besar. Simptom lain najis bercampur mukus, cirit-birit yang biasanya pada waktu pagi dan sembelit. ''Pesakit juga akan mengalami sakit perut yang memulas-mulas," kata Pakar Perubatan dan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari. IBS menurut beliau adalah gangguan fungsi usus dan bukannya struktur usus seperti sekatan, tersumbat, ketumbuhan atau tumor. Kembung perut Seseorang yang kerap mengalami masalah kembung perut juga sering dikaitkan IBS malah katanya, sindrom tersebut melibatkan beberapa gejala gastro usus atau organ pencernaan yang penting. ''Ia tidak sama dengan kanser kolon dan orang ramai perlu faham IBS tidak menyebabkan penyakit tersebut,'' katanya. Dr. Abdul Malik menjelaskan, rengsa perut, sembelit atau cirit-birit yang dialami pesakit mungkin berpanjangan untuk beberapa hari, minggu atau berbulan-bulan. Setiap simptom, katanya, berbeza untuk setiap individu. Walaupun gejala utama mungkin lebih ketara berbanding gejala lain namun simptom paling biasa adalah cirit-birit dan sembelit. ''Spektrum kesakitan pula mungkin berbeza daripada kesakitan ringan sehingga kepada sangat teruk. Kehadiran gejala itu kebiasaannya pada waktu malam ketika hendak tidur,'' katanya. Berpunca daripada stres? Ditanya sama ada IBS turut berpunca akibat stres, Dr. Abdul Malik memberitahu, setiap orang akan mengalami stres dalam kehidupan. Tidak dinafikan stres yang keterlaluan akan menimbulkan rasa bimbang berterusan dan tidak mustahil menjadi punca sesuatu penyakit. "Seperti penyakit-penyakit lain, anda yang mengalami gejala gastro usus memerlukan perhatian kerana keadaan yang dialami mungkin IBS ''Belajarlah untuk bertenang. Anda tidak dapat mengelak daripada stres tetapi anda boleh membantu tubuh anda menyesuaikan diri untuk menerima keadaan tersebut,'' katanya. Sehubungan itu, tegas Dr. Abdul Malik, stres hanya salah satu faktor yang mendorong IBS tetapi bukan semua kes berpunca daripada stres. Secara spesifik, belum ada kajian yang menunjukkan faktor utama penyebab IBS. Anda dinasihatkan menemui pakar gastroenterologi untuk menjalani beberapa ujian lanjut bagi melihat kemungkinan masalah kesihatan lain sebelum didiagnosis IBS. Rawatan baru Penyelidikan profesor mikrobiologi dari Michigan State University, Dr. Linda Mansfield tentang rawatan baru pastinya khabar gembira buat mereka yang menderita IBS. Tetapi sanggupkah anda menelan telur cacing? Mingguan Malaysia pernah menyiarkan hasil penyelidikan tersebut yang bertajuk "Telur cacing ubati IBS" Mansfield memberitahu Lansing State Journal, penyakit tersebut sememangnya meletihkan seseorang. Beliau mengkaji penggunaan parasit usus seperti benang yang dipanggil cacing cambuk untuk merawat IBS yang boleh menyebabkan pendarahan usus. "Ada pesakit yang mengalami 256 kali cirit- birit setahun. Sesetengah daripada mereka tidak dapat keluar bekerja," tambahnya. IBS semakin kerap berlaku di negara-negara perindustrian dan jumlah pengidap di negara membangun juga bertambah. Saintis mempunyai beberapa penjelasan termasuk diet yang tinggi lemak, makanan diproses dan tahap kebersihan yang tinggi sebagai punca IBS. "Sistem imun sebenarnya memerlukan jangkitan dalam keadaan tertentu untuk berkembang dengan sempurna. Oleh itu, terdedah kepada debu, kekotoran, bakteria mahu pun cacing ada kebaikannya. "Hidup dalam persekitaran yang terlalu bersih menyebabkan kita mengalihkan benda-benda yang membantu 'mengajar' sistem imun kita," ujar beliau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Diet legakan usus rengsa Posted: Diet legakan usus rengsaDiet legakan usus rengsa WANITA atau lelaki yang berusia 25 hingga 41 tahun sering mengalami masalah kembung perut atau buncit. Kadang-kadang masalah itu mendatangkan kegusaran kepada empunya diri. Justeru, mereka sanggup mengenakan baju bersaiz besar atau berwarna gelap bagi menutup perut yang agak buncit. Lebih perit lagi, mereka sering sakit perut selepas makan. Pelbagai langkah perubatan dan petua tradisional diamalkan, tetapi saiz abdomen masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Justeru itu, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari menyarankan golongan ini melakukan ujian kolonoskopi (endoskopi usus) iaitu pemeriksaan endoskop usus besar agar ia lebih lengkap. Pemeriksaan endoskopi boleh dijalankan secara OGDS (atas, kiri) atau kolonoskopi (atas, kanan) untuk melihat imej semasa salur penghadaman (gambar kecil, kiri). Ujian itu penting untuk memastikan pesakit dapat memastikan sakit yang dialami bukan kanser kolon tetapi IBS. Ini kerana simptom-simptom yang dialami seakan-akan sama tetapi IBS hanya menjejaskan fungsi tetapi bukan struktur usus. Antara tanda yang kerap dialami ialah rasa tidak puas apabila membuang besar. Ujian perubatan mungkin dilakukan bagi menyingkirkan lain-lain punca gejala ini. Selain itu, najis berdarah merupakan alasan penting untuk berjumpa doktor. Keadaan IBS boleh menjadi buruk apabila seseorang mengalami stres, makan hidangan yang besar, makanan tinggi lemak dan datang bulan atau haid. Menurut Dr. Abdul Malik, gejala menjadi bertambah teruk selepas minum atau makan produk-produk tenusu, anda mungkin mengalami lactose intolerance atau ketidakupayaan menghadamkan laktosa iaitu gula yang terkandung dalam susu. "Ia bukannya sebahagian daripada keadaan IBS dan makanan itu sendiri bukanlah punca terjadinya IBS . ''Bagaimanapun, individu yang menghidap IBS mungkin mendapati sesetengah makanan boleh memburukkan lagi simptom-simptom yang mereka alami," ujar beliau. Kebaikan diet Dr. Abdul Malik memberitahu, biasanya pesakit mendapat faedah dengan meningkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur. Kebanyakan orang boleh meneruskan cara pemakanan mereka dengan normal. Kadangkala makanan yang mengandungi susu boleh menimbulkan gejala-gejala seperti kembung perut dan kesakitan abdomen bagi individu yang tidak sesuai dengan laktosa. "Seseorang yang mengalami kembung perut harus mengelak pengambilan makanan berdaun, mengunyah gula-gula getah, kekacang atau makanan dan minuman yang boleh membentuk gas,'' katanya. Bakteria pelindung perut Ramai yang tidak menyedari pentingnya bakteria baik kerana ia melindungi perut daripada pelbagai jenis penyakit seperti IBS. Dr. Abdul Malik memberitahu, probiotik merupakan mikroorganisma hidup atau bakteria baik yang membawa kebaikan kepada perumahnya jika diambil pada kadar yang berpatutan. Ia juga bertindak membantu melaraskan proses pencernaan manusia dengan lebih baik. Dalam pada itu, Dr. Abdul Malik menasihatkan orang ramai untuk melakukan senaman mudah untuk beberapa minit setiap hari. Regang otot-otot untuk beberapa saat, kemudian rehatkan diri. ''Apabila anda berasa tegang, lakukan senaman pernafasan dengan menarik nafas dalam-dalam dan kemudian menghembus keluar nafas dengan perlahan-lahan'' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Kesihatan Posted: 06 Mar 2011 01:25 AM PST Risiko penghidap diabetes mati awal Posted: Risiko penghidap diabetes mati awal Risiko penghidap diabetes mati awal PESAKIT diabetes terdedah kepada kehadiran penyakit lain dalam tubuh.
KENCING manis atau diabetes dipercayai meningkatkan risiko kematian yang dikaitkan dengan saluran darah seperti kanser payu dara dan radang paru-paru. Kes yang pernah dirujuk kepada sebuah pusat kesihatan di New York membuktikan penghidap diabetes yang berusia 50 tahun meninggal dunia enam tahun lebih awal berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu. Kajian yang dijalankan untuk menyukat tahap diabetes itu mendapati penyakit tersebut turut meningkatkan risiko kematian pramatang yang disebabkan kegagalan fungsi sistem saluran darah. Ujar seorang penyelidik dari Universiti Cambridge di Britain, Dr. John Danesh, diabetes semakin mengancam kesihatan masyarakat dunia. "Ketika kebanyakan orang beranggapan masalah jantung menjadi punca utama kematian, diabetes pula mengejutkan kita apabila muncul sebagai pemangkin utama kepada penyakit lain di dalam tubuh manusia," katanya. Tambahnya, perokok jangka panjang juga menjadi penyebab pengurangan jangka hayat manusia selama 10 tahun berbanding individu yang tidak merokok. Diabetes tersenarai sebagai tujuh penyakit utama penyebab kematian di Amerika dengan 26 juta rakyatnya menghidap penyakit itu. Diabetes terjadi apabila kadar insulin dalam badan dihasilkan terlalu sedikit atau langsung tidak boleh digunakan untuk menghasilkan gula dalam darah. Selain itu, diabetes dikaitkan dengan obesiti melampau yang menyebabkan risikonya bertambah dua kali ganda untuk pesakit diserang lemah jantung atau strok. Namun, mereka juga mendapati 25 peratus pesakit diabetes lebih berisiko menderita kanser dan maut akibat kehadiran pelbagai penyakit lain termasuk jangkitan, komplikasi jantung dan buah pinggang selain kemalangan. Dalam kes jangkitan penyakit berbahaya, diabetes melemahkan sistem imunisasi badan pesakit sekali gus memudahkan peluang virus menyerang sistem tubuh. Diabetes juga boleh menyebabkan masalah penglihatan dan kegagalan sistem saraf pada kaki seterusnya mendorong seseorang itu terlibat dalam kemalangan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pendidikan Posted: 05 Mar 2011 11:28 PM PST Program e-Pembelajaran bantu pelajar Posted: Program e-Pembelajaran bantu pelajarProgram e-Pembelajaran bantu pelajar KUALA LUMPUR 5 Mac - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digalakkan menyediakan program e-Pembelajaran seumpama Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) di sekolah harian kerana ia dapat membantu mengembangkan potensi pelajar. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, penggunaan program tersebut dilihat dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mengikut tahap kecerdasan pelajar. "Sehubungan itu, diharapkan pihak PIBG, sekolah mahupun wakil rakyat mengambil inisiatif untuk menyediakan program e-Pembelajaran tersebut untuk meningkatkan pretasi pelajar," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini. Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Tutor iLMS iaitu projek kerjasama antara MIMOS Bhd. (MIMOS), Perfisio Solutions dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Tutor iLMS yang dibangunkan MIMOS itu adalah aplikasi perisian pembelajaran pintar yang mampu menyediakan kaedah pembelajaran lebih berkesan. Pada peringkat permulaan, empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebuah Institut Kemahiran Mara (IKM) dijadikan projek perintis bagi pelaksanaan program e-Pembelajaran tersebut. Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Perfisio Solutions, Mohd. Yusni Abd. Ghani berkata, kaedah pembelajaran yang digunakan lebih mudah difahami kerana ia berdasarkan profil dan personaliti sebenar pelajar. "Sebelum menggunakan sistem tersebut, pelajar perlu menjalani ujian psikometrik terlebih dahulu bagi mengenal pasti tahap kecerdasan dan cara pembelajaran yang sesuai dengan mereka. "Setelah itu, mereka akan menggunakan cara pembelajaran sama ada dalam bentuk teks dan grafik, multimedia atau visual dan realiti maya," katanya. Mohd. Yusni berkata, program tersebut akan dipasarkan di seluruh negara selewat-lewatnya penghujung tahun ini kerana terdapat beberapa mata pelajaran yang masih berada dalam proses pembangunan. Jelas beliau, pada peringkat permulaan, Tutor iLMS sudah membangunkan program untuk empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Megabait Posted: 05 Mar 2011 03:15 PM PST Jam penggera cahaya Posted: Jam penggera cahayaJam penggera cahaya Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN ridzwan.iman@utusangroup.com.my MASALAH hendak bangun awal pagi sebenarnya satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan daripada kita, tidak kira sama ada tujuannya hendak ke sekolah, pejabat, bermain golf atau menunaikan solat subuh. Ini kerana disebabkan persekitaran yang masih gelap dengan suasana dingin ketika itu menyebabkan badan akan menjadi sangat malas untuk meninggalkan katil dan juga kain selimut yang memberi kenikmatan untuk terus menyambung tidur. Disebabkan masalah itu juga, pelbagai cara digunakan oleh kebanyakan daripada kita untuk bangun awal pagi seperti menggunakan jam penggera, membuka lampu, mematikan penghawa dingin dan kipas seawal mungkin dan sebagainya. Bagi yang terpaksa mengejutkan anak untuk ke sekolah atau suami yang liat untuk sembahyang subuh, pelbagai cara kreatif juga dilakukan seperti membunyikan radio atau televisyen dengan kuat atau ada juga yang memercikkan air ke muka yang tersayang. Memandangkan masalah bangun pagi merupakan masalah masyarakat sejagat, maka pelbagai syarikat telah membangunkan pelbagai jenis jam penggera dan yang terkini ialah jam yang mampu mencerahkan bilik anda seperti ketika fajar menyinsing. Philips misalnya baru-baru ini memperkenalkan penggera Wake-Up Light yang akan membuat simulasi seolah-olah cahaya fajar berada di bilik anda dan juga diiringi bunyi-bunyi alam yang mampu menyedarkan anda secara perlahan-lahan. Anda juga boleh memilih pelbagai bunyi lain yang terdapat pada penggera itu atau memasukkan bunyi sendiri yang boleh dipindahkan melalui USB. Jadi, sudah tentu anda boleh memulakan hari baru dengan bunyi anak bergelak ketawa, muzik kegemaran atau bunyi daripada apa yang anda rakam pada percutian terbaru anda. Jam ini direka untuk membolehkan anda bangun dari tidur dengan rasa segar dan inspirasi bunyi-bunyi iyu boleh juga dimuat turun di laman web http://www.philips.co.uk/. Tema bunyi tersebut dibahagikan kepada empat kategori iaitu bangun dengan bunyian alam, bangun dengan ketenangan, bangun dengan suasana kota dan bangun dengan perasaan bercuti. Antara jenis bunyi yang anda boleh pilih ialah orkestra dari Afrika Savannah, desiran ombak di pantai, bunyi romantis dari Paris, atau bunyi dari 'hari yang bersemangat' dan sebagainya. "Kajian menunjukkan kebanyakan pengguna ingin bangun apabila mendengar suara mereka sendiri," kata Daniel Adams, ahli terapi cahaya dan saintis kanan aplikasi di Philips. Untuk tujuan itu, anda boleh merakamkan suara anda sendiri dan pindahkan melalui USB. "Di Philips, kami telah merancang pembangunan produk yang memudahkan dan sesuai dengan kehendak anda. Gabungan kelebihan penggera cahaya dengan memperibadikan bunyi yang menolong membangunkan anda itu akan memberikan proses bangun tidur yang sempurna kepada setiap individu," katanya. Sementara itu, sebuah lagi syarikat yang mempunyai produk penggera cahaya diiringi bunyi ialah Lumie melalui produknya Bodyclock Active. Ketua pegawai eksekutif Lumie, Jonathan Cridland berkata, Lumie telah mencipta penggera simulator menjelang waktu subuh ini pada 1993 dan menawarkan pelbagai jenis penggera yang mampu memberikan kesegaran kepada sesiapa yang ingin bangun dengan suasana selesa. Katanya, penggera Bodyclock turut digunakan oleh atlet-atlet renang Britain yang membolehkan mereka bangun dengan segar bagi menjalani latihan pagi atau ketika menghadapi pertandingan. Penggunaan penggera cahaya memberi kesan kepada manusia kerana hormon badan manusia akan memberi tindak balas kepada cahaya yang seterusnya mengurangkan hormon tidur (seperti melatonin) dan seterusnya meningkatkan hormon yang membolehkan anda bangun seperti hormon cortisol. Kedua-dua produk penggera dari Philips dan Lumie ini sememangnya mempunyai beberapa ciri yang hampir sama seperti mempunyai radio FM, tema bunyi, tahap cahaya, ciri snooze dan sebagainya kerana matlamat produk itu adalah satu - membolehkan anda bangun dengan mudah dan segar setiap hari. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan