Kosmo Online Posted: 06 Mar 2011 07:34 AM PST Bekas tentera dibelasah kerana mencuri Posted: Bekas tentera dibelasah kerana mencuriBekas tentera dibelasah kerana mencuri 06/03/2011 5:25pm KUALA TERENGGANU - Seorang bekas tentera cedera dibelasah orang ramai setelah disyaki mencuri tiga kampit beras seberat 30 kilogram dan satu tong gas dari sebuah kedai runcit di Kuala Ibai di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, suspek dipercayai baru sahaja mencuri barangan tersebut sebelum didatangi oleh pemilik kedai terbabit. "Pekedai runcit berkenaan telah mengesyaki anggota tentera itu mencuri barang-barang di kedainya lalu mengadu kepada orang ramai yang kemudian bertindak membelasah suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Penculik kanak-kanak ditahan Posted: Penculik kanak-kanak ditahanPenculik kanak-kanak ditahan 06/03/2011 5:14pm KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang dipercayai menculik seorang kanak-kanak perempuan lima tahun lalu di Terengganu ditahan di Sabah, Selasa lepas. Juruletrik berumur 30 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak ditahan di rumah sewanya di Inanam, Kota Kinabalu kira-kira 7.45 pagi ketika dia mahu keluar bekerja. "Tangkapan itu hasil kerjasama polis Kota Kinabalu dan kita telah hantar anggota ke sana untuk mengenal pasti suspek," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan. Kes penculikan itu berlaku pada 22 Oktober 2006. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bakar rumah sendiri, lelaki dipenjara 5 tahun Posted: Bakar rumah sendiri, lelaki dipenjara 5 tahunBakar rumah sendiri, lelaki dipenjara 5 tahun 06/03/2011 5:10pm KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membakar rumahnya sendiri pada 26 Februari lepas. Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas Maliki Mohamed @ Lee See Tee, 39, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan kepadanya. Dia dituduh mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api menggunakan mancis dengan membakar rumahnya miliknya di Kampung Balik Bukit, Bandar Permaisuri, Setiu kira-kira pukul 12.30 malam pada 26 Februari lepas. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Mutakhir Posted: 06 Mar 2011 07:03 AM PST BN menang di Kerdau dan Merlimau Posted: 06 Mar 2011 05:40 AM PST Dun Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat 5060 undian manakala Hassanuddin Salim calon Pas mendapat 2336 undian. BN menang dengan majoriti 2724. Dun Merlimau calon BN Roslan Ahmad mendapat 5962 undian manakala Yuhaizad Abdullah calon Pas mendapat 2339 undian. BN menang dengan majoriti 3623. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Majoriti kali ini lebih baik Posted: 06 Mar 2011 05:27 AM PST TEMERLOH: Selaku Menteri Besar merangkap Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak mempunyai perkataan lain untuk menggambarkan perasaannya ketika ini selain 'lega'. Usaha keras sejak berminggu lalu membuahkan hasil yang sangat membanggakan buat dirinya apabila majoriti yang diperoleh calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad berjaya melepasi tahap tertinggi di DUN berkenaan setakat ini. Majoriti tertinggi yang diperoleh BN di DUN Kerdau ialah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 iaitu 2,565 undi tetapi, hari ini, Syed Ibrahim menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan rekod baru iaitu 2,724 undi. Pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang mewakili BN menang ke atas Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi. "Sebelum ini, kami menganggap majoriti pada PRU 2004 adalah yang terbaik tetapi kali ini ternyata Syed Ibrahim boleh memecahkan catatan berkenaan. Tahun 2004 dianggap sebagai tahun selesa oleh BN dan saya sangat bersyukur kami menang dengan majoriti lebih besar pada PRK ini," katanya.
Kejayaan Syed Ibrahim di DUN Kerdau diumumkan Pegawai PRK DUN Kerdau, Datuk Tarif Abd Rahman di Dewan Tun Razak, di sini, jam 8.15 malam. Berita itu kemudiannya disambut laungan '1Malaysia' oleh ribuan penyokong BN yang berkumpulan di sekitar dewan berkenaan. Adnan menganggap kejayaan besar BN pada PRK DUN Kerdau didorong dasar serta pendekatan yang diamalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara. tamat Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 06 Mar 2011 03:37 AM PST Penuntut Melaka mulai pulang ke Mesir Posted: Penuntut Melaka mulai pulang ke Mesir Penuntut Melaka mulai pulang ke Mesir Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.my
|
SEBAHAGIAN pelajar kelahiran Melaka yang akan berlepas ke Kaherah menunjukkan tiket penerbangan mereka di Merlimau, Melaka, semalam.
|
JASIN 5 Mac - Seramai 322 penuntut negeri ini yang belajar di Mesir akan kembali ke negara itu untuk menyambung pengajian mereka bermula esok. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri menerusi Yayasan Melaka akan menanggung kesemua tiket penerbangan penuntut terlibat bernilai RM644,000 dan mereka akan kembali ke negara itu secara berperingkat. "Kumpulan pertama seramai 111 penuntut akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kaherah pada pukul 2.10 pagi manakala kumpulan kedua seramai 211 orang pula akan berlepas ke kira-kira pukul 9.30 malam," katanya. Mohd. Ali berkata demikian selepas menyampaikan tiket penerbangan kepada kumpulan pertama penuntut berkenaan pada satu majlis di Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakob (SDARY) di sini hari ini. Kos penerbangan sebanyak RM2,000 bagi setiap penuntut itu ditanggung oleh Yayasan Melaka. Penuntut jurusan perubatan Universiti Ain Shams, Nurul Azleen Badul Aziz, 21, berterima kasih atas bantuan tiket penerbangan itu. "Walaupun tidak menanggung sepenuhnya harga tiket penerbangan, bantuan ini amat bermakna kerana jika tidak kami terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM2,180 seorang. Sumbangan ini telah banyak membantu meringankan beban keluarga," katanya. Bagi penuntut jurusan perubatan Universiti Alexandria, Ahmad Hafizuddin Ibrahim, 19, kesediaan kerajaan negeri menanggung RM2,000 kos tiket penerbangan banyak membantu penuntut. Pandangan sama dikongsi penuntut tahun tiga Universiti Mansurah, Muhammad Imran Jamaat, 21, yang menyifatkan bantuan kerajaan negeri itu amat bermakna kepada keluarga berpendapatan sederhana. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ikwan anjur program renang untuk anak yatim Posted: Ikwan anjur program renang untuk anak yatimIkwan anjur program renang untuk anak yatim
|
KETUA jurulatih Dolphin Swimming Academy, Abd. Aziz Abd. Rahman (kanan) memberi penerangan mengenai ciri-ciri keselamatan di dalam air di Kompleks Sukan Seremban 2, baru-baru ini.
|
SEREMBAN 5 Mac - Keceriaan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim di bawah naungan Yayasan Murad yang menyertai program Aquakids bagi mendedahkan mereka mengenai teknik asas keselamatan dalam air baru-baru ini. Apatah lagi kebanyakan mereka kali pertama terlibat dalam aktiviti seperti itu menerusi program amal anjuran Kelab Wartawan Negeri Sembilan (Ikwan). Program tersebut berlangsung selama dua hari mulai semalam di kolam renang Kompleks Sukan Seremban Dua melibatkan seramai 20 anak yatim yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun. Presiden Ikwan, Muhammad Rais Yeop Johari berkata, aktiviti amal itu bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak itu mengenai teknik asas berenang di samping membina keyakinan diri mereka. "Peluang belajar asas renang ini selain memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak ini dapat mengelak risiko lemas sekali gus menguji tahap kecergasan mereka. "Para pelajar dilengkapi dengan jaket keselamatan sebelum diajar teknik asas renang dan risiko lemas secara individu," ujarnya. Menurutnya, kanak-kanak itu turut diberi pendedahan berkenaan risiko semasa berada di dalam air dan teknik-teknik survival sekiranya berlaku kecemasan. Tambahnya, program yang mendapat kerjasama Yayasan Murad dan Dolphin Swimming Academy (DSA) itu juga mampu memupuk minat terhadap aktiviti sukan air seperti renang dan sebagainya. Sementara itu, Pengasas Yayasan Murad, Prof. Datuk Abdul Murad Ahmad berterima kasih kepada Ikwan atas penganjuran program amal itu yang disifatkannya amat berlainan berbanding program yang lazimnya dianjurkan untuk anak yatim. "Program ini memberi peluang kepada anak-anak yatim yang tidak pernah merasai kehidupan yang dilalui oleh anak yang mempunyai keluarga,'' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 06 Mar 2011 03:23 AM PST Pelajar kolej hanyut Posted: 05 Mar 2011 12:05 PM PST KEMAMAN: Kegembiraan lima rakan sekolej berkelah dan mandi-manda di sebuah kawasan perkelahan di Jeram Tanduk, dekat Kampung Air Putih, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dipercayai dihanyutkan arus deras dan lemas di jeram berkenaan. Abdul Aziz Zulkifli, 19, pelajar kolej swasta di daerah ini, dikatakan bertolak dari rumah sewa mereka di Bandar Chukai bersama empat lagi rakan mereka untuk berkelah buat kali pertama di jeram berkenaan dan tiba kira-kira jam 4 petang kelmarin. Rakan mangsa, Muhd Nur Ariff, 19, berkata mereka berlima sudah lama bercadang berkelah dan mandi-manda di jeram terbabit setelah mendapat tahu daripada rakan bahawa kawasan itu cantik dan sesuai untuk berkelah. "Sempena cuti hujung minggu ini, kami merancang datang berkelah di sini dan bertolak petang kelmarin dan tiba di lokasi perkelahan kira-kira jam 4 petang. "Kejadian berlaku sewaktu kami mandi dan berenang apabila saya tiba-tiba melihat mangsa dihanyutkan arus deras dan terjatuh ke kawasan jeram yang airnya terlalu deras serta dalam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Melihat kejadian itu, dia serta seorang lagi rakan mereka cuba berenang dan berjaya mencapai tangan mangsa. Namun, air yang terlalu deras menyebabkan Abdul Aziz gagal diselamatkan lalu terjatuh ke dalam jeram itu. Katanya, mereka yang terkejut dengan kejadian itu terus berusaha keluar dari kawasan perkelahan yang jaraknya hampir 10 kilometer dari rumah penduduk bagi mendapatkan bantuan orang awam dan menghubungi Balai Polis Air Putih. Dalam perkembangan sama, Ketua Operasi Gerakan Mencari dan Menyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Ceneh Baru, Pegawai Bomba Kanan 1 Azhar Noh berkata, mereka menerima laporan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 6.20 petang semalam. "Kami tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7 malam dengan kekuatan anggota seramai 12 orang bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat walaupun terpaksa menempuh sedikit kesukaran kerana air jeram terlalu deras. "Usaha mencari terpaksa dihentikan malam tadi disebabkan cuaca gelap dan ia disambung semula jam tujuh pagi dengan bantuan 11 anggota unit selam (skuba) Bomba dan Penyelamat, 10 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan anggota Rela yang keseluruhannya berjumlah 38 orang selain penduduk kampung serta Badan Bukan Kerajaan (NGO)," katanya.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang tiba dari Johor Bharu awal pagi ini ketika ditemui di lokasi enggan ditemubual kerana masih terkejut dengan kejadian itu dan meminta identiti penuh mangsa tidak disiarkan.
Tinjauan di kawasan perkelahan berkenaan mendapati pasukan mencari dan menyelamat menjalankan gerakan mencari, termasuk menyelam di beberapa kawasan jeram air deras bagi mengesan kedudukan mangsa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kawal ubat ‘bunuh diri’ Posted: 05 Mar 2011 11:41 AM PST KELANA JAYA: Berperanan sebagai ubat penahan sakit yang mudah diperoleh tetapi ia boleh membunuh. Sehubungan itu, kerajaan diminta mengharamkan penjualan sejenis ubat tahan sakit di farmasi melebihi 10 biji bagi mengelak ia dijadikan bahan membunuh diri. Ketua Unit Intervensi dan Sokongan Keluarga bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Dr Zuraida Ahmad Sabki berkata, penjualan ubat berkenaan secara berleluasa memberi ruang lebih besar kepada individu yang ingin membunuh diri meneruskan hasrat mereka. Menurutnya, kini menjadi trend makan ubat penahan sakit secara berlebihan berikutan ia mudah didapati kerana dijual dalam kuantiti banyak di farmasi. "Mereka yang ingin membunuh diri makan pil berkenaan tetapi jika dimakan sekali gus, mereka akan muntah. Kadangkala mereka bukan mahu mati, tetapi mahu melegakan tekanan," katanya selepas menyampaikan kertas kerja di Seminar Kenali Anak Kita (KAK) Zon Tengah, di sini, semalam. Program kemasyarakatan itu dianjurkan LPPKN dengan Jabatan Pelajaran Selangor, Jabatan Pelajaran Persekutuan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Agensi Antidadah Kebangsaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Persatuan Pengasih Malaysia dan Petronas.
Berdasarkan kes dikendalikannya, Dr Zuraida berkata, setiap hari beliau menerima empat aduan cubaan membunuh diri. Dalam satu kes, seorang gadis berusia 22 tahun menelan 100 biji pil penahan sakit yang diminum dengan sejenis minuman berkarbonat kerana kecewa dengan hidupnya. Gadis berkenaan yang juga pelajar cemerlang mengambil keputusan berkenaan untuk menarik perhatian ibu bapanya. "Pil yang ditelan tidak dapat dikeluarkan kerana dia menelannya satu demi satu. Pengambilan ubat berkenaan dalam dos berlebihan menyerap dalam tubuh, menyebabkan ketoksidan hati dan matanya kuning," katanya. Menurutnya, apabila berbincang mengenai masalah anak, kebanyakan ibu bapa sibuk memikirkan daripada segi sosial sehingga terlepas pandang pendekatan daripada segi biologi dan psikologi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 06 Mar 2011 03:22 AM PST Kami peminat bahasa Melayu – Peserta PABM Posted: Kami peminat bahasa Melayu – Peserta PABMKami peminat bahasa Melayu – Peserta PABM KUALA LUMPUR 5 Mac – Selepas terbaca artikel mengenai keindahan pantai di Pulau Langkawi dan Pulau Redang, seorang pelajar dari China, Guo Zi Tong berazam mempelajari bahasa Melayu dan melawat Malaysia untuk mendalami budaya masyarakatnya. Selepas kira-kira empat tahun, Zi Tong atau nama Melayunya, Zaharah kini boleh berbangga kerana bukan sahaja mampu bertutur bahasa Melayu dengan fasih, malah akan mewakili negaranya untuk mempertahankan kejuaraan dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011. "Selain gemar bahan bacaan dalam bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaannya, saya turut bergaul dengan penuntut Melayu yang melanjutkan pelajaran ke China. "Saya juga menggemari lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan lagu kegemaran saya ialah Bukan Cinta Biasa yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Zi Tong merupakan salah seorang daripada 60 peserta PABM yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 8 Mac hingga 11 Mac ini. Zi Tong menjangkakan persaingan yang amat sengit dalam PABM 2011 kerana semua peserta telah menguasai bahasa Melayu dengan amat baik. "Saya tidak yakin untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi rakan senegara pada tahun lalu. Semua peserta hebat-hebat belaka," katanya. Peserta dari Perancis, Florian Sarboni pula berkata, mencari kemenangan bukan tujuan utamanya menyertai PABM. "Saya lebih berminat untuk mendalami khazanah budaya yang terdapat di Malaysia. Saya berharap pengalaman menyertai pertandingan ini akan membantu saya menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik," katanya. Sementara itu, pemidato dari Jepun, Nozomi Kurahashi berkata, pengalaman paling menarik ketika belajar bahasa Melayu ialah apabila berpeluang tinggal bersama keluarga angkat di Batu Pahat, Johor. "Saya amat bernasib baik kerana berpeluang menyertai program pertukaran pelajar ke Malaysia dan tinggal bersama keluarga angkat di kampung. Saya amat menggemari masakan kampung khususnya sambal belacan dan tempoyak," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kenaikan harga bukan disebabkan dasar BN – TPM Posted: Kenaikan harga bukan disebabkan dasar BN – TPMKenaikan harga bukan disebabkan dasar BN – TPM JASIN 5 Mac – Kenaikan harga barang-barang keperluan kini dialami di kebanyakan negara-negara seluruh dunia, termasuk Malaysia dan ia bukan disebabkan oleh dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan itu berpunca dari faktor penawaran dan permintaan yang menentukan harga pasaran. Menurut beliau, semua ini berlaku kerana perubahan iklim dan pemanasan global yang menyebabkan pengeluaran bawang di India dan Pakistan yang merupakan pengeksport bahan itu ke negara ini terjejas akibat banjir. Katanya, keadaan itu juga menjejaskan pengeluaran daging dunia di Queensland, Australia dan sekali gus mendorong peningkatan harga. "Kedua-duanya negara ini misalnya merupakan pengeksport utama barang berkenaan ke negara ini, justeru peningkatan harga tidak dapat dikawal. "Namun keutamaan kerajaan kita ialah bukan kerana soal peningkatan harga barang tetapi memikirkan bagaimana caranya untuk meningkatkan pendapatan rakyat termasuk petani dan penternak. "Secara holistiknya, kita mahu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian sekali gus menjamin pendapatan tinggi rakyat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis ramah mesra dengan petani, penternak dan nelayan di Dewan Datuk Ahmad Ithnin di Merlimau Pasir di sini hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tiga kes terbaru positif H1N1 seluruh negara Posted: Tiga kes terbaru positif H1N1 seluruh negaraTiga kes terbaru positif H1N1 seluruh negara KUALA LUMPUR 5 Mac – Sebanyak tiga kes disahkan positif Influenza A (H1N1) hari ini menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 26 kes. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, sementara itu, bilangan kes gejala penyakit serupa Influenza (ILI) pula berjumlah 243, manakala bilangan yang dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal seramai tiga orang. Dalam pada itu, katanya, hanya satu kes kluster ILI dilaporkan dikesan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini dengan 22 kes ILI diberi rawatan sebagai pesakit luar. "Di Sungai Long pula hanya satu kes ILI menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Kajang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Sehubungan itu, Rosnah menasihatkan orang ramai supaya membudayakan amalan membersihkan diri dengan mengikuti tujuh langkah mencuci tangan seperti yang dipaparkan pada iklan televisyen Kementerian Kesihatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 06 Mar 2011 03:05 AM PST DUN Merlimau: BN raih 46 undi pos, PAS 2 Posted: 06 Mar 2011 03:00 AM PST [unable to retrieve full-text content]JASIN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad, memperoleh 46 undi pos manakala lawannya dari PAS, Yuhaizad Abdullah, mendapat dua undi. | Pemilik ladang lembu ditemui mati ditetak Posted: 06 Mar 2011 02:44 AM PST Mutakhir JOHOR BAHRU: Mayat seorang pemilik ladang lembu ditemui di sebuah ladang getah berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 20 kilometer dari sini semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan mayat R Nithyananthan, 38, oleh orang ramai yang melalui kawasan ladang berkenaan pada kira-kira 2.40 petang.
"Dia ditemui dengan beberapa kesan tetakan pada bahagian leher serta badan, dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini. Roslan berkata, polis percaya lelaki itu mati 24 jam sebelum mayatnya ditemui di ladang itu, hanya beberapa meter dari motosikalnya. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis dengan menghubungi talian 07-2212999 bagi membantu siasatan.
"Keluarga Nithyananthan sudah dimaklumkan mengenai kes itu dan mayat lelaki berkenaan akan dibedah siasat esok," katanya. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 06 Mar 2011 03:03 AM PST Projek teksi air diteruskan Posted: Projek teksi air diteruskanProjek teksi air diteruskan Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN muin.sapidin@utusan.com.my
|
NOR Mohamed Yakcop bersalaman dan bermesra dengan guru-guru selepas merasmikan Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.
|
TASEK GELUGOR 5 Mac – Cadangan pelaksanaan projek perkhidmatan teksi air yang bakal menjadi antara nadi utama sektor pelancongan di Pulau Pinang akan diteruskan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, setakat ini kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membatalkan projek berkenaan yang kini dalam peringkat perincian oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). "Pada dasarnya kajian awal oleh NCIA pada peringkat ini menunjukkan perkhidmatan teksi air boleh memberi impak yang baik bukan sahaja dari segi pengangkutan tetapi juga sektor pelancongan. "Jadi kita akan teruskan, lainlah kalau laporan mengatakan ia tidak sesuai. Setakat ini saya dimaklumkan projek ini akan diteruskan," katanya selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas perkembangan rancangan penyediaan perkhidmatan teksi air Pulau Pinang yang dicetuskan pada 2009 selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjadi negeri ini sebagai hab logistik. Berdasarkan penyelidikan fasa pertama yang dijalankan sebelum ini, pengangkutan itu dijangka meliputi lokasi tertentu seperti di Tanjung Bungah, Teluk Bahang, Georgetown, Pulau Jerejak serta Batu Maung. Di kawasan perairan tanah besar pula, perkhidmatan itu dijangka meliputi kawasan Bagan Ajam, Butterworth dan Batu Kawan. Bagaimanapun, perkhidmatan teksi air turut menimbulkan isu mengenai kemungkinan ia akan menjejaskan peranan feri sebagai pengangkutan alternatif terpenting di Pulau Pinang. Nor Mohamed berkata, usaha mewujudkan perkhidmatan teksi air bukan sahaja akan menjadi alternatif dalam sektor pengangkutan awam tetapi juga mampu meningkatkan imej pelancongan negeri. Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Pulau Pinang walaupun ia bukan di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). "Tidak timbul isu kita hendak pinggirkan Pulau Pinang, kalau kita pinggirkan sesuatu tempat hanya kerana mereka tidak undi kita, maka sampai bila negara hendak maju? "Dari segi moral, rakyat Pulau Pinang berhak menikmati pembangunan. Dari sudut ekonomi pula, kita perlu menjana ekonomi semua negeri kerana hanya dengan cara itu kita boleh pastikan ekonomi negara secara keseluruhan dapat terus berkembang," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 13 buah rumah rosak akibat ribut di Arau Posted: 13 buah rumah rosak akibat ribut di Arau13 buah rumah rosak akibat ribut di Arau KANGAR 5 Mac - 13 buah rumah di tiga buah kampung rosak terutama di bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda kawasan Arau, semalam. Penolong Pengarah Unit Ekonomi Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Wan Shuhairee Wan Salim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, tujuh rumah di Kampung Guar Sanji, empat di Kampung Belakang Stesen dan dua buah di Kampung Titi Besi mengalami kerosakan. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guar Sanji, Jafperi Othman melawat tempat kejadian hari ini manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat bancian mangsa ribut itu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu yang berlaku semasa hujan lebat. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Henti bayar air di pejabat pos susahkan rakyat Posted: Henti bayar air di pejabat pos susahkan rakyatHenti bayar air di pejabat pos susahkan rakyat ALOR SETAR 5 Mac - Kerajaan Pas Kedah diminta menarik semula keputusan menamatkan kemudahan perkhidmatan pembayaran bil Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) di pejabat pos kerana ia menyusahkan rakyat terutama di kawasan pedalaman. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tindakan berkenaan jelas menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri dalam mendahulukan kepentingan rakyat. Ini kerana katanya, sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab tidak mudah untuk melepaskan bebanan kos yang ditanggung dengan membuat satu keputusan yang akhirnya menyusahkan penduduk. "Tindakan itu yang berkuat kuasa kelmarin merupakan satu lagi dasar kerajaan negeri yang menyusahkan rakyat selepas menaikkan tarif air sehingga 100 peratus pada tahun lepas. "Alasan bahawa keputusan berkenaan terpaksa diambil untuk menjimatkan kos berikutan caj komisen yang dikenakan adalah satu sikap yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya di sini kelmarin. Beliau mengulas tindakan kerajaan Pas Kedah yang tetap tidak berganjak dengan keputusan menamatkan peranan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bil SADA, meskipun terdapat banyak rungutan daripada rakyat mengenai keputusan tersebut. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi alasan, keputusan itu diambil untuk bersikap adil kepada pengguna supaya tidak dibebani dengan kos bayaran komisen yang dikenakan Pos Malaysia kepada syarikat air berkenaan. Ahmad Bashah berkata, kerajaan Pas Kedah harus belajar daripada kerajaan Pusat bagaimana ia terus menanggung subsidi minyak yang besar walaupun harganya di pasaran dunia meningkat semata-mata kerana tidak mahu rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Beliau berkata, kerajaan negeri mendakwa dapat melakukan penjimatan dengan menamatkan perkhidmatan pembayaran bil air di pejabat pos tetapi hakikatnya pengguna yang terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk berulang alik ke agensi lain yang berkaitan termasuk pejabat atau kaunter SADA bagi menjelaskan bil mereka. "Saya yakin selepas ini kita akan menyaksikan banyak kes bayaran tertunggak kerana pengguna terbeban untuk pergi ke pekan dan bandar semata-mata hanya untuk membayar bil air sekitar RM8 hingga RM10," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 06 Mar 2011 01:22 AM PST Pilihan raya Sarawak 9 April? Posted: Pilihan raya Sarawak 9 April?Pilihan raya Sarawak 9 April? Oleh SOPI SAMAILE utusansarawak@utusan.com.my
|
ABDUL Taib Mahmud dan barisan pemimpin BN pada Konvensyen Barisan Nasional Sarawak 2011 di Kuching, semalam. – MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN
|
KUCHING 5 Mac – Adakah pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada 9 April ini? Tanda tanya itu tercetus apabila Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak mengiakan atau menolak spekulasi mengenai tarikh berkenaan yang bertiup kencang di negeri ini. "Ikut spekulasi itu dululah," katanya ringkas apabila diasak wartawan mengenai spekulasi tarikh berkenaan selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sarawak 2011 di sini hari ini. Kenyataan berkenaan amat berbeza dengan jawapannya yang menolak spekulasi tarikh 26 Mac ini untuk pilihan raya negeri bersempena ulang tahun ke-30 beliau memegang jawatan Ketua Menteri. "Tiada kena mengena dengan ulang tahun ke-30" tegasnya. Abdul Taib sebelum itu mengakui sudah mempunyai ilham berhubung tarikh pilihan raya Sarawak, namun menegaskan beliau hanya akan membuat pengumuman apabila tiba masanya. Ditanya sama ada ia akan berlangsung bulan ini atau bulan depan, Abdul Taib berkata: "Saya tidak tahu. Terpulang kepada anda (media), saya tidak akan memberitahu anda (sekarang)." Pada masa ini, BN Sarawak yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menguasai 62 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mandat itu akan berakhir 24 Julai ini. Pemerhatian Mingguan Malaysia hari ini mendapati mood Abdul Taib cukup berbeza dan beliau kelihatan amat bersemangat dan bertenaga sewaktu menyampaikan ucaptamanya kepada 5,300 perwakilan dari seluruh negeri. Dalam ucapan selama 55 minit itu, Abdul Taib seakan-akan memalu gendang 'perang' apabila meminta ahli BN tidak lagi defensif sebaliknya menyerang pembangkang habis-habisan. Beliau turut membakar semangat ahli-ahli BN apabila menegaskan tiada yang perlu ditakutkan untuk menentang pembohongan pembangkang di negeri ini. Beliau juga memukul gong sebanyak tujuh kali disahut dengan sorakan perwakilan setiap kali ia dibunyikan sebagai simbolik perasmian konvensyen itu. Menurut tradisi masyarakat Iban, memukul gong sebanyak tujuh kali membawa maksud sesuatu perkara itu semakin hampir dan serius. Ramalan pilihan raya Sarawak akan diadakan pada 9 April ini cukup popular di kalangan penganalisis politik tempatan termasuk seorang pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir. Turut menguatkan spekulasi ialah kunjungan serentak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini pada pertengahan bulan ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 1Malaysia masih membara Posted: 1Malaysia masih membara1Malaysia masih membara Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my
|
NAJIB Tun Razak mendapat sambutan hangat daripada penduduk pelbagai kaum pada Majlis Pelancaran Logo Kepolisan Masyarakat Selangor di Taman Puchong Utama, malam tadi.
|
KUALA LUMPUR 5 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengharamkan penggunaan simbol 1Malaysia, hakikatnya rakyat negeri itu tidak menghiraukan larangan tersebut malah tetap menghayati semangat gagasan berkenaan. Menurut Perdana Menteri, semangat 1Malaysia masih hidup dan membara di kalangan rakyat walau penggunaan simbolnya telah mendapat tentangan pihak terbabit. ''Walaupun Selangor (kerajaan PKR) kata simbol 1Malaysia tidak boleh dinaikkan (digunakan), ia tidak jadi halangan. ''Yang penting bukan simbol tetapi semangat itu tetap tersemat dan membara di hati rakyat. Mereka cuba halang tetapi rakyat tak hiraukan dan menerimanya dengan baik. ''Gagasan 1Malaysia cukup kuat dan kita memastikan semua rakyat, tidak mengira kaum, bersama mengecap kejayaan. Apabila kita berfikir atas semangat 1Malaysia, kita akan bersama mampu untuk menempuh apa jua cabaran," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Persatuan Kepolisan Masyarakat Selangor di Puchong, dekat sini malam ini. Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Kerajaan PKR Selangor baru-baru ini melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan kain rentang seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor kerana mendakwa logo itu mempunyai unsur politik. Mengulas lanjut, Najib berkata, dalam memastikan Malaysia mampu mencapai negara maju, ia akan lebih berjaya jika ada kerjasama antara kaum yang bersandarkan semangat 1Malaysia. ''Sebagai sebuah negara, kita bercita-cita untuk terus meningkatkan kualiti hidup dari segi ekonomi, pendapatan atau peluang perniagaan. ''Kita juga inginkan negara, masyarakat dan kawasan kediaman yang aman, harmoni serta bebas daripada jenayah," ujarnya. Mengenai usaha memerangi jenayah, katanya, kerajaan telah merangkumkan elemen itu dalam satu daripada enam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP). Tambah Najib, untuk tahun pertama pelaksanaan inisiatif berkenaan, usaha memerangi jenayah telah mencapai kejayaan yang di luar jangkaan dengan penurunan sebanyak 15 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus. ''Jenayah jalanan pula dapat dikurangkan sebanyak 35 peratus daripada sasaran asal iaitu 20 peratus. Untuk menjayakan usaha tersebut, kita akan menambah sejumlah 14,000 lagi anggota polis. ''Di Selangor sendiri, kadar jenayah dapat kita kurangkan sebanyak 10 peratus dengan jenayah jalanan menurun 35 peratus. Saya amat berbangga dengan pencapaian ini. ''Namun, usaha ini tidak akan berjaya jika masyarakat tidak bersama-sama dengan polis dan kerajaan. Memerangi jenayah adalah tanggungjawab kita bersama," tegas beliau. Najib memberitahu, usaha memerangi jenayah adalah melangkaui sempadan politik dan ia memerlukan sokongan semua peringkat masyarakat. Beliau sebelum itu mengumumkan Balai Polis Puchong Jaya, Puchong sebagai pemenang Liga Balai bagi kategori A atas keberkesanan dalam memerangi jenayah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Fikirlah masa depan negara - TPM Posted: Fikirlah masa depan negara - TPMFikirlah masa depan negara - TPM JASIN 5 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau terpaksa mengingatkan pakatan pembangkang supaya tidak melakukan provokasi keterlaluan untuk menang pilihan raya kerana ia melibatkan soal masa depan negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau juga mahu rakyat memikirkan semasak-masaknya apakah betul cara pembangkang mengaitkan pergolakan politik di Tunisia, Mesir dan Libya dengan suasana politik di Malaysia. Sedangkan, tegas beliau, rakyat cukup sedar dan maklum dengan suasana negara yang aman damai dengan hidup masyarakat majmuknya yang bersatu padu. "Kadang-kadang ada hikmahnya sesuatu pilihan raya itu diadakan di mana rakyat sendiri boleh menilai apa perjuangan Barisan Nasional (BN) dan apa perjuangan DAP, Pas dan parti pembangkang yang lain. "Kita boleh bandingkan apa yang baik," kata beliau ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama petani, penternak dan nelayan di Dewan Datuk Ahmad Ithnin di Merlimau Pasir di sini hari ini. Semalam, Muhyiddin memberi amaran kepada pakatan pembangkang supaya jangan bermain api dengan terus melakukan provokasi terhadap rakyat. Ingatan itu dikeluarkan berikutan tindakan agresif pembangkang menggunakan isu pergolakan politik di beberapa negara Asia Barat sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau. Sementara itu, Muhyiddin juga meminta semua pengundi di kawasan DUN Merlimau dan Kerdau keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka mengundi esok. Katanya, beliau yakin seluruh pengundi di kedua-dua kerusi itu telah mendapat penjelasan dan maklumat penting bagi membantu mereka membuat keputusan tepat memilih calon pilihan. "Di Kerdau dan Merlimau umumnya, masyarakat sudah faham dan mula yakin pada kemampuan parti Barisan Nasional (BN) untuk laksanakan amanah dan tanggungjawab negara," katanya. Sejumlah 10,679 pengundi berdaftar di Merlimau akan membuang undi esok manakala di Kerdau melibatkan 8,999 pengundi. Pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi itu melibatkan pertembungan tradisi BN dan Pas. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 06 Mar 2011 01:11 AM PST Goda pengunjung kafe Posted: 05 Mar 2011 11:55 AM PST AHSIA... tawar khidmat seks kepada kaki judi yang menang besar. PENAMPANG: Seorang gadis penjaga kafe siber judi haram bukan saja menjadikan premis tempatnya bekerja sebagai punca pendapatan, malah bijak mencari wang saku tambahan apabila turut menawarkan perkhidmatan seks secara rahsia kepada kaki judi yang 'menang besar' pada hari itu. Tindakan tidak bermoral gadis berusia 19 tahun itu dipercayai dilakukan secara tersembunyi bagi mengelak diketahui majikannya.
Gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahsia pada awalnya terkejut ketika wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai kaki judi mengajukan pertanyaan itu dan dia menafikan sekeras-kerasnya wujud perbuatan sebegitu di kafe berkenaan.
Namun selepas dipujuk dan menunjukkan 'imbuhan' diterima selepas mendakwa menang berjudi di tempat lain, dia akhirnya mengaku menawarkan perbuatan itu dan meminta ia dirahsiakan.
"Kerja di kafe tidak menjanjikan pendapatan lumayan dan saya hanya dibayar gaji sekitar RM300 sebulan selain terpaksa bekerja sehingga awal pagi hampir setiap hari.
"Ketiadaan majikan yang pulang ke rumah sekitar jam 11 malam membolehkan saya mengambil kesempatan menjalankan 'aktiviti sampingan' ini dengan mana-mana lelaki yang memenangi pertaruhan pada hari itu," katanya.
Ahsia berkata, apabila menyedari ada pelanggan menang besar, dia akan cuba mendekati lelaki berkenaan sebelum menawarkan perkhidmatan seks.
"Lelaki yang menang besar biasanya tidak berkira atau menolak tawaran melakukan hubungan seks, walaupun dalam tempoh singkat.
"Biasanya, kami melakukan hubungan seks di tandas atau di mana-mana lokasi di dalam premis ini selepas semua pelanggan pulang," katanya.
Menurut Ahsia, lelaki yang berjaya dijeratnya juga sanggup menunggu sehingga kafe ditutup.
"Saya hanya perlu menggoda mereka yang kebanyakannya asyik berseronok apabila pertaruhan mereka mengena.
"Jika tahu lelaki yang bakal diperangkap ini menang besar, saya menawarkan harga RM300 manakala bagi pelanggan biasa, mereka hanya perlu membayar RM200 untuk sekali perkhidmatan," katanya.
Menurut Ahsia, lewat malam adalah masa sesuai mencari 'mangsa' berikutan waktu itu kaki judi mula mengunjung kafe untuk bertaruh nasib.
"Ada juga kaki judi sudah berkahwin tetapi masih mahukan perkhidmatan ini, malah mereka menawarkan wang lebih jika saya bersetuju mengikut pulang ke rumah.
"Kebanyakan kaki judi yang berkunjung ke kafe ini bukan golongan kaya tetapi selepas memenangi beberapa pertaruhan, wang itulah yang digunakan untuk membayar khidmat seks ditawarkan," katanya.
Ahsia tidak menafikan mampu meraih RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, bergantung kepada bilangan kaki judi yang berjaya dipikat.
Menceritakan bagaimana dia terjebak dalam perbuatan itu, Ahsia berkata, dia mulanya bekerja sebagai pelayan di restoran dan bosan apabila sering tidak cukup wang untuk membeli barang berjenama seperti rakan lain.
"Melihat keadaan saya yang sentiasa merungut, seorang rakan serumah menawarkan saya bekerja sebagai penjaga kafe sepertinya.
"Ketika itu saya kurang yakin dengan pekerjaan ini dan beranggapan gaji diterima sama seperti bekerja di restoran.
"Namun, rakan meyakinkan saya supaya mencuba dulu pekerjaan ini, termasuk mengajar cara mendapatkan wang tambahan," katanya.
Ahsia berkata, selepas berfikir panjang, akhirnya dia menerima tawaran bekerja di pusat judi siber dan menawarkan khidmat seks seperti diajar rakannya.
"Lama-kelamaan, saya mendapati pendapatan lebih berbaloi kerana selain mendapat gaji tetap setiap bulan, saya memperoleh pendapatan sampingan yang diberi pelanggan,'' katanya.
Ahsia berkata, walaupun majikan tidak tahu perkara itu, secara tidak langsung tawaran khidmat seks menjadikan kafe berkenaan dikunjungi ramai pelanggan.
"Kewujudan banyak kafe judi siber menyebabkan persaingan menjadi sengit untuk majikan mencari dan mengekalkan pelanggan sedia ada," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mati diserang gajah Posted: 05 Mar 2011 11:46 AM PST GUA MUSANG: Cubaan seorang pemilik kebun getah menghalau sekumpulan enam gajah liar yang memasuki kebunnya menggunakan mercun bola berakhir dengan tragedi apabila dia 'mati terduduk' selepas diserang seekor daripada gajah itu. Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang di Kampung Serian Batu 11, di sini, kelmarin, Lee Mat Hassan, 46, dikatakan sempat menghubungi ahli keluarganya sebelum ditemui mati oleh abangnya, Che Mohd Zi, 52, dalam keadaan terduduk di sebatang pokok dan cedera parah di kepala, pada jam 2.30 petang.
Ini kejadian kedua membabitkan tragedi serangan gajah dalam tempoh tiga bulan selepas seorang pemuda, Muhamad Adnan Iberahim, 26, menemui ajal apabila dipijak sekumpulan gajah liar di Hutan Bering, dekat Pos Pasik, di sini, ketika mencari buah keranji bersama empat rakannya, Disember lalu.
Menurut Che, ketika kejadian, adiknya yang menetap di Kampung Kala, di sini, ke kebun getah miliknya bersama seorang rakan untuk meracun semak sebelum terserempak dengan sekumpulan enam gajah liar, termasuk seekor ibu gajah bersama anaknya, memasuki kebunnya.
Katanya, adiknya cuba menghalau kumpulan gajah berkenaan menggunakan sebiji mercun bola dengan melemparnya ke arah seekor anak gajah, tetapi tindakan itu membuatkan ibu anak gajah itu naik minyak lalu menyerangnya.
"Rakannya sempat melarikan diri, tetapi adik saya tidak sempat berbuat apa-apa. Ibu gajah itu dikatakan mencengkam adik saya menggunakan belalai sebelum menghumbannya ke arah sebatang pokok.
"Adik saya dikatakan sempat menghubungi ahli keluarganya, namun panggilan dibuat tidak berjawab. Saya bergegas ke tempat kejadian selepas diberitahu rakannya yang berjaya menyelamatkan diri dan menemuinya dalam keadaan cedera parah di kepala, manakala tangannya menutup muka yang lebam di sebatang pokok," katanya.
Che berkata, dia turut hampir menjadi mangsa serangan gajah kerana ketika tiba di tempat kejadian, ibu gajah itu masih berlegar-legar di situ bersama anaknya.
"Saya memang nampak gajah dua beranak itu berada tidak jauh dari mayat adik saya, namun tidak menyangka ia masih naik minyak dan cuba menyerang saya. Dalam keadaan kelam kabut, saya sempat menyelamatkan diri.
"Saya hanya sempat menutup mayat Lee dengan baju yang saya pakai sebelum melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Kehidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang," katanya.
Sepasukan lima anggota jabatan itu diketuai Ketua Perhilitan Daerah Gua Musang, Nor Eliana Muda bergegas ke tempat kejadian pada jam 2.45 petang untuk menghalau gajah berkenaan sebelum membawa mayat mangsa keluar jam 5.30 petang.
Menurut Che, adiknya memang kerap ke kebun getah untuk mengawasinya daripada dimusnahkan sekumpulan gajah yang kerap memasuki kawasan berkenaan.
Katanya, tahun lalu saja banyak pokok getah milik adiknya yang baru berusia tiga tahun musnah angkara gajah.
"Adik saya pernah pergi bersendirian ke kebun getahnya pada jam 4 pagi untuk menghalau sekumpulan gajah kerana tidak mahu menanggung kerugian berulang kali.
"Tak sangka pula dia diserang gajah sehingga menemui ajalnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya lewat malam kelmarin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kala, pagi semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 06 Mar 2011 01:10 AM PST Lagi pertahan batik Posted: Lagi pertahan batikLagi pertahan batik Oleh ASMA HANIM MAHMOOD utusankelantan@utusan.com.my
|
RADIAH Abd. Rahman menunjukkan deretan kain batik sutera di kedainya di Kota Bharu, baru-baru ini.
|
KOTA BHARU 5 Mac - Penggiat dan peminat industri batik di negeri ini terus membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mentohmah batik tempatan sebagai jelik dan berkualiti rendah. Pemilik Batik Roby, Radiah Abd. Rahman, 49, atau lebih dikenali sebagai Umi Rubi yang berniaga lebih 23 tahun di Pasar Siti Khadijah dekat sini berkata, batik buatan tempatan terutama dari negeri ini tidak boleh langsung dibandingkan dengan batik Indonesia. Katanya, sambutan untuk batik tempatan tidak pernah surut dan peminat tetap mencarinya sekali pun harganya di sini semakin mahal akibat peningkatan kos kain sutera. Jelasnya, dengan harga antara RM200 hingga RM600 sepasang, perniagaan batik masih mampu memberi keuntungan lumayan buat penggiatnya meskipun terdapat sedikit saingan daripada kain buatan Vietnam. "Bagaimana kita hendak bandingkan sesuatu yang dicetak dengan mesin seperti batik Indonesia dengan batik kita yang dilukis 100 peratus dengan tangan? "Itulah seni yang kita tonjolkan dalam setiap kain batik yang tiada satu pun yang serupa antara satu sama lain, itulah juga yang dicari peminat batik ke kedai saya. Orang Jepun dan Perancis yang datang membeli apabila saya tanya sebabnya, mereka beritahu sukakan seni lukisan tangan pada batik," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini. Beliau mengulas kenyataan Anwar yang memperlekehkan batik Malaysia dalam syarahan umum di Indonesia yang dipetik oleh Awang Selamat dalam kolum Bisik-Bisik Mingguan Malaysia, baru-baru ini. Dalam syarahan bertajuk Kebebasan dan Musuh-Musuhnya diadakan sempena Festival Salihara 2010 Jakarta pada Oktober tahun lalu, Anwar berkata: "Mahu pakai batik Indonesia, dikatakan saya ini antinasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia bilang jelik sebab ciri kesenian itu cukup rendah dan saya setuju. Tapi saya tidak mahu sebut di Malaysia. Jadi, saya akhirnya memilih batik Afrika." Radiah yang berdarah keturunan Indonesia berkata, batik tempatan menggunakan kain sutera import China berkualiti tinggi yang sejuk dan tidak mudah renyuk, sudah pastinya lebih baik serta bermutu daripada batik negara jiran itu. "Batik kita yang dikatakan mahal inilah banyak dicari peminat dan pelancong. Kalau mahukan yang murah, pembatik kita juga ada hasilkan batik cop tetapi biasanya ia untuk kegunaan sekolah dan jabatan yang memerlukan baju batik seragam," katanya. Radiah menambah, sejak usaha gigih Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood mempromosikan batik ke seluruh dunia dan arahan agar kakitangan kerajaan memakai batik pada setiap Khamis ditetapkan semasa era bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, jualan batiknya meningkat sehingga 70 peratus sebulan berbanding 10 tahun lalu, sehingga mampu membuka sebuah cawangan di Sandakan. Sementara itu, seorang pengunjung pasar itu yang ditemui, Salmah Hashim, 49, dari Johor Bahru berkata, dia lebih meminati batik tempatan kerana mendapati corak dan lukisan yang dihasilkan pembatik amat cantik sekali. "Selain selesa dipakai, kecantikan corak batik Kelantan tiada tandingannya dengan tempat lain, kalau hendak bercakap tentang batik, di sinilah tempatnya yang harus dituju," katanya. Seorang lagi penggemar batik, Siti Nurul Hatikah Hasan Pahami, 28, dari Pasir Mas pula berkata, batik Indonesia hanya dicari apabila mahu menggunakan kain sarung. "Ia lebih panjang dan biasanya orang guna untuk menutup jenazah, lebih sesuai," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 7 staf awam Terengganu muflis Posted: 7 staf awam Terengganu muflis7 staf awam Terengganu muflis KUALA TERENGGANU 5 Mac - Seramai tujuh penjawat awam di negeri ini termasuk dua pegawai diisytiharkan muflis akibat hutang sepanjang tahun lepas. Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mazlan Ngah memberitahu, sebahagian daripada mereka merupakan penjamin kepada pihak peminjam, manakala sebahagian lagi dibebani hutang kad kredit. Beliau bagaimanapun menjelaskan, kesemua mereka masih dibenarkan berkhidmat dengan kerajaan negeri tetapi ditempatkan di unit pentadbiran berlainan berbanding sebelumnya. "Tahun lalu terdapat tujuh kes kakitangan kerajaan negeri diisytiharkan muflis. Mereka didapati gagal membayar balik pinjaman bank," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Mazlan diminta mengulas kemungkinan terdapat kalangan penjawat awam Terengganu yang diisytiharkan muflis kerana dibelenggu beban hutang pinjaman yang serius. Khamis lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, seramai 1,086 penjawat awam di negara ini diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi pada 2009. Pengisytiharan muflis itu disebabkan penjawat awam terbabit dibelenggu hutang yang serius. Sehubungan itu, Mazlan meminta kerjasama semua ketua jabatan di negeri ini supaya sentiasa memantau kakitangan bawahan bagi memastikan mereka memohon pinjaman mengikut keupayaan sendiri. Katanya, walaupun gejala itu tidak serius di negeri ini, langkah pemantauan perlu dilakukan agar mereka tidak terperangkap dengan hutang berlebihan sehingga menjejaskan perkhidmatan. Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata, sepanjang tahun lalu dua orang penjawat awam dibuang kerja kerana salah laku. "Dua penjawat awam ini dibuang kerja pada tahun lalu bersabit dengan kes mahkamah," katanya sambil menambah setakat ini terdapat kira-kira 11,000 kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | JPJ anjur derma darah Posted: JPJ anjur derma darahJPJ anjur derma darah
|
WAN Rozali Wan Ismail melihat anggota JPJ menderma darah di pejabat JPJ Bukit Bunga, baru-baru ini.
|
TANAH MERAH 5 Mac - Lebih 80 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Bunga tampil menjayakan kempen derma darah bagi mengisi tabung darah Hospital Tanah Merah. Kempen tersebut yang diadakan di Pejabat JPJ Bukit Bunga dekat sini kelmarin, turut menarik penglibatan kakitangan agensi kerajaan lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan. Ketua Stesen JPJ Bukit Bunga, Wan Rozali Wan Ismail berkata, pihaknya terpanggil mengadakan kempen tersebut bagi membantu hospital mendapatkan bekalan darah untuk kes-kes kecemasan. "Kebanyakan kakitangan tidak mempunyai banyak masa untuk ke hospital bagi menderma darah kerana sibuk dengan tugas. "Dengan menjemput pihak hospital ke pejabat JPJ, ia memberi kesempatan kepada mereka untuk menderma darah bagi membantu individu yang memerlukan," katanya di sini. Menurut Wan Rozali, sebagai dorongan, pihaknya turut menyediakan hadiah berupa hamper kepada 20 penderma pertama. Beliau berkata, melihat kepada sambutan yang diberikan, pihaknya bercadang menjadikan kempen yang kali kedua diadakan sebagai acara tahunan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 06 Mar 2011 01:08 AM PST MTUC minta kerajaan umum statistik sebenar pekerja asing di Malaysia Posted: 06 Mar 2011 12:36 AM PST PETALING JAYA, 6 Mac — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta Kementerian Sumber Manusia mengumumkan statistik sebenar pekerja asing di negara ini serta negara asal mereka dan bukan angka anggaran. Presidennya Mohd Khalid Atan berkata maklumat yang diterima pihaknya menyatakan terdapat kira-kira dua juta pekerja asing yang mempunyai dokumen sah di Malaysia dan jumlah itu tidak termasuk pendatang tanpa izin. "Saya berpendapat jumlah ini adalah berlebihan...melebihi jumlah yang diperlukan oleh majikan di Malaysia. "Kerajaan perlu mendahulukan rakyat Malaysia yang tergolong dalam lepasan sekolah menengah, universiti, menganggur, dibuang kerja akibat masalah yang dihadapi syarikat dan warga miskin sebelum memutuskan untuk mengambil pekerja asing," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Persekutuan Kesatuan Sekerja Nepal (GEFONT) Gamesh Bahadul Gautam, di sini hari ini. Mohd Khalid turut meminta kerajaan bertindak tegas berhubung isu kemasukan baru pekerja asing ke negara ini memandangkan sebelum ini terdapat keputusan untuk mengurangkan tenaga kerja asing di Malaysia. Selain itu katanya, pihak berkuasa juga harus meningkatkan penguatkuasaan bagi mengekang kehadiran pendatang tanpa izin yang turut merebut peluang pekerjaan rakyat tempatan. Isu kemasukan pekerja asing berbangkit apabila Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam baru-baru ini dilapor berkata kerajaan telah meluluskan kemasukan 45,000 tenaga kerja dari India bagi memenuhi keperluan 13 sektor perniagaan. Bagaimanapun pelbagai pihak termasuk MTUC membantah tindakan itu dan meminta keutamaan diberi kepada pekerja tempatan. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bakar rumah sendiri, lelaki dipenjara lima tahun Posted: 06 Mar 2011 12:30 AM PST KUALA TERENGGANU, 6 Mac —Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah membakar rumahnys sendiri pada 26 Februari lepas. Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas Maliki Mohamed @ Lee See Tee, 39, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan kepadanya. Dia dituduh mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api menggunakan mancis dengan membakar rumahnya miliknya di Kampung Balik Bukit, Bandar Permaisuri, Setiu kira-kira pukul 12.30 malam pada 26 Februari lepas. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda. Mengikut fakta kes, kebakaran yang berpunca dari sebuah stor membaiki motosikal di rumah itu disedari oleh isteri tertuduh yang ketika itu berada di rumah jiran. Isteri tertuduh yang bergegas balik selepas itu ternampak suaminya di tempat kejadian, dan beliau melaporkan bahawa sebelum kejadian suaminya pernah menggugut untuk membakar rumah. Akibat kejadian itu mereka mengalami kerugian RM100,000. Sebelum dijatuhi hukuman, tertuduh yang tidak diwakili peguam dan kelihatan luka melecur di bahagian kaki ekoran kejadian itu sempat memohon mahkamah supaya meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja. "Ketika kejadian saya hendak menghidupkan api berhampiran stor untuk halau nyamuk, bagaimanapun ketika bangun saya terlanggar botol berisi petrol yang kebetulan tidak ditutup mengakibatkan api marak dan menyambar rumah saya dengan cepat," katanya. Bagaimanapun Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud berkata tertuduh wajar dikenakan hukuman berat yang setimpal kerana perbuatannya itu mengakibatkan kerugian yang besar sehingga R100,000 selain menyebabkan keluarganya kehilangan tempat tinggal. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 05 Mar 2011 11:36 PM PST 38 tan minyak masak dirampas Posted: 38 tan minyak masak dirampas38 tan minyak masak dirampas
|
KILANG haram yang digunakan untuk menjual minyak masak kitar semula di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang,
|
KUALA LUMPUR 5 Mac - Selama ini, pengguna yang membeli minyak masak di Lembah Klang begitu yakin bahawa bahan makanan dibeli itu adalah tulen. Namun, hakikatnya ada pembeli yang tertipu gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab sebuah kilang haram di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang dekat sini, yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui kegiatan menjual minyak masak kitar semula. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu akhirnya terbongkar setelah pegawai penguat kuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu premis haram terbabit, semalam. Penolong Pegawai Penguat Kuasanya, Mohd. Hashim Mat Daud berkata, beliau bersama lapan pegawainya menyerbu kilang terbabit selepas mendapat maklumat ia menjalankan kegiatan mengumpul minyak masak terpakai untuk di kitar semula. Beliau berkata, minyak masak terpakai yang siap dibersih akan dicampur dengan minyak asli sebelum dibungkus menggunakan pelbagai jenama termasuk jenama terkenal untuk dijual di pasaran Lembah Klang. Selain itu, kata Mohd. Hashim, pihaknya terpaksa mengejar sebuah lori tangki sejauh kira-kira lapan kilometer setelah pemandunya cuba melarikan diri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kematian Devaraju tiada unsur jenayah Posted: Kematian Devaraju tiada unsur jenayahKematian Devaraju tiada unsur jenayah KUALA LUMPUR 5 Mac – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes kematian Lans Koperal N. Devaraju, 29, yang terlibat dalam kemalangan di Taman Desa Jaya, Gombak, dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, hasil siasatan dijalankan pihaknya mendapati punca kematian Devaraju adalah akibat lemas. Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bahawa wujud unsur khianat melibatkan motosikal ditunggang mendiang ketika kemalangan. "Kita telah menjalankan siasatan setelah ahli keluarga mendiang meminta menyiasat kes itu dengan teliti kerana mendakwa semasa kejadian motosikal mendiang tidak rosak. "Hasil siasatan, kita dapati tidak wujud unsur jenayah dalam kes kemalangan itu dan disahkan Devaraju mati akibat lemas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas perkembangan siasatan kes kematian Devaraju yang terlibat dalam nahas jalan raya di Taman Desa Kepong. Polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kematian Devaraju ekoran permintaan daripada ahli keluarganya yang berasa curiga kemalangan menimpa mangsa mungkin mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 05 Mar 2011 11:12 PM PST Cek Mek gajah penggoda Posted: Cek Mek gajah penggodaCek Mek gajah penggoda
DENGAN sentuhan belalai penuh emosi daripada gajah betina bernama Cek Mek, gajah jantan liar yang digelar Buyong Gagu itu seakan terpukau dengan pujukannya untuk berjalan bersama-sama. Sesekali terlihat seperti ada perbincangan sulit antara kedua-duanya apabila Buyong tiba-tiba mendengus kuat. Bijak menangani situasi, Cek Mek yang turut ditemani Color dan Timur pantas mengusap muka sang jantan dengan belalainya sambil memujuk untuk terus berjalan. Masih di bawah pengaruh ubat pelali, Buyong hanya mampu mengikut langkah tiga gajah denak yang menjadi pengapit di hadapan, kiri dan kanannya. Hujan yang turun malam tadi sedikit sebanyak menyukarkan perjalanan empat mamalia terbesar di atas daratan ini. Dengan jalan yang sedikit becak, beberapa kali kaki lebar empat gajah ini hampir tergelincir namun tindakan pantas penjaga gajah, haiwan tersebut kembali berjalan rapat seperti dalam satu kumpulan menuju ke kawasan lapang. Dalam operasi pemindahan gajah liar seperti yang dilakukan ke atas Buyong di Hutan Simpan Gapau, Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini, proses memujuk menggunakan gajah denak iaitu gajah pekerja betina dianggap amat penting. Gajah itu terpaksa dipindahkan ke habitat asal yang lebih sesuai kerana ia telah tersesat dan memasuki kawasan konflik dengan manusia. "Gajah adalah haiwan yang mudah stres dan boleh mati kerananya. Pernah ada pihak menggunakan jentera untuk mengeluarkan gajah, namun gajah itu mati kerana terlalu tertekan. "Lantaran itu, kami menggunakan kaedah pujukan serta komunikasi antara gajah denak dan gajah liar yang dikawal dengan ubat pelali, operasi tangkap dan pindah lebih mudah dijalankan," ujar Penolong Pengarah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Ahmad Kamsul Alias. Maut dipijak Tidak hairanlah, strategi untuk menggunakan naluri sesama haiwan yang didokong kepakaran anggota pusat itu menjadi tulang belakang dalam ratusan operasi tangkap dan pindah gajah liar di seluruh Semenanjung. LUBANG digali sehingga separas badan lori bagi memudahkan gajah liar memasuki kenderaan tanpa rasa tertekan.
Sungguhpun setiap operasi pemindahan berjaya dilakukan, tugas untuk menangkap dan memindahkan haiwan bersaiz besar ini menuntut persediaan yang bukan sedikit. Pernah berlaku sebelum ini petugas meninggal dunia atau cedera parah selepas dirempuh dan dipijak gajah liar semasa operasi pemindahan dilakukan. Menurut Pengarah pusat tersebut, Nasharuddin Othman, dengan saiz yang besar dan berat, usaha pemindahan perlu dilakukan berhati-hati. Dalam satu tayangan video yang menyiarkan operasi tangkap dan pindah dua ekor gajah ke Taman Negara Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, jelas dalam prosedur operasi, keselamatan nyawa petugas amat penting. "Paling bahaya apabila operasi pemindahan dilakukan di hutan sekunder di mana tiada pokok besar untuk berlindung. Gajah terpaksa dipindahkan jika ia menjadi ancaman kepada penduduk setempat atau habitatnya semakin terancam. "Disebabkan itu, dalam proses menangkap, kami gunakan tembakan ubat pelali. Seorang penembak yang memegang senapang ubat akan berada di hadapan manakala dua orang renjer dengan senapang rifel membantu di belakang," katanya. Selepas mengenal pasti umur dan saiz gajah liar menerusi bekas jejak atau najis, dosej pelali yang sesuai akan ditentukan. Ubat pelali boleh membuatnya pengsan. "Bukan sembarang orang boleh tembak kerana tembakan tepat pada bahagian bahu dan pinggul sahaja boleh menjatuhkannya," kata Nasharuddin yang mengetuai Unit Tangkapan Gajah sejak pusat perlindungan tersebut dibuka di Kuala Gandah pada tahun 1990. Gali lubang CEK MEK (depan), Timur dan Color menggunakan kepakaran denak untuk menarik Buyong keluar dari hutan semasa operasi pemindahan di Jelebu, minggu lalu.
Dalam operasi yang melibatkan sekitar 10 hingga 15 kakitangan itu, proses memindahkan gajah boleh selesai dalam masa empat atau lima jam, namun, dalam beberapa kes besar yang melibatkan tangkapan berkumpulan, masa yang diperlukan adakalanya hingga berminggu-minggu. "Selepas gajah pengsan, petugas akan segera merantai kaki gajah sebelum ia diberi suntikan antipelali untuk menyedarkannya," tambahnya lagi. Sebaik sahaja gajah sedar namun masih di bawah kawalan ubat pelali, gajah-gajah denak sudah siap sedia untuk menerima arahan memujuk dan membawa gajah liar keluar. Tali kok yang berada pada leher gajah-gajah denak akan disambungkan dengan rantai besi yang dipasang pada leher gajah liar memudahkan sang denak mengawal pergerakan sang liar selain memastikan haiwan-haiwan ini berjalan seiringan. Seorang pelatih gajah pula akan menaiki setiap gajah denak untuk memandu arah jalan selain memberikan arahan kerja serta menarik rantai dengan lebih kuat atau sebaliknya. Dalam proses pemindahan, biasanya dua atau tiga ekor gajah denak akan digunakan, bergantung kepada kesukaran yang perlu ditempuh seperti permukaan tanah yang tidak rata. Selepas sampai ke kawasan lapang di mana lori yang akan memindahkan gajah liar ditempatkan, teknik memasukkan gajah ke dalam lori juga penting bagi meng elak gajah liar mengalami stres. "Para petugas akan menggali lubang sehingga badan lori menjadi sama rata dengan tanah. Cara ini membuatkan gajah liar menganggap ia masih memijak tanah, sedangkan ia sudah masuk ke dalam lori. "Selepas dirantai kemas, ia akan terus dibawa keluar. Biasanya kami akan bawa gajah keluar pada waktu lewat petang atau malam bagi mengelakkannya stres dan terdedah kepada cuaca panas. "Melainkan pada hari hujan, tidak mengapa jika membawanya keluar pada waktu siang," jelasnya panjang lebar. Tidak sukarkah memandu lori dengan muatan gajah? Menurut Nasharuddin, hanya pemandu berpengalaman boleh membawa gajah untuk dipindahkan. "Mereka masih boleh membawa lori pada kelajuan normal iaitu 90 kilometer sejam, namun perlu berhati-hati. "Rekod pindah gajah paling jauh yang pernah kita lakukan ialah dari Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor ke Taman Negara Tasik Kenyir di Hulu Terengganu," ujarnya. Paling popular CEK MEK (kiri) adalah teraju utama dalam lebih 650 operasi pemindahan gajah di Semenanjung Malaysia.
Mengenali gajah penggoda atau gajah denak yang menjadi tulang belakang kepada setiap operasi pemindahan, gajah bernama Cek Mek merupakan gajah denak yang paling popular. Dengan usia yang mencecah 70-an, Cek Mek yang dilahirkan di Thailand masih mampu menarik perhatian gajah-gajah liar. Cek Mek telah mengikuti lebih daripada 650 operasi pindah gajah di seluruh Semenanjung sejak 32 tahun lalu. "Cek Mek gajah yang tidak cerewet dan tahu apa tugasnya sebagai gajah denak," ujar pelatih gajah yang sering keluar operasi bersama Cek Mek, S. Premkumar, 30. Sudah lima tahun mengenali Cek Mek, Prem cukup arif dengan perangai gajah denak itu. "Senang jaga Cek Mek, apatah lagi ia memang sudah terlatih. Apa yang penting, bagaimana mahu menyesuaikan diri dengannya. "Seperti haiwan lain, ia juga ada pantang-larang yang tersendiri dan boleh naik marah jika kita buat perkara yang tidak disukainya. "Misalnya, Cek Mek tidak suka saya berjalan di sebelah kirinya kerana mata kiri Cek Mek sudah kabur. Saya juga sudah boleh agak mood Cek Mek, sama ada elok atau tidak. Apa pun, setakat ini, kami belum pernah lagi bergaduh besar," seloroh pemuda dari Perlis ini. Berpengalaman dalam operasi pemindahan gajah, Prem menyifatkan pemindahan di kawasan hutan di Perak dan Kelantan sebagai mencabar. "Keadaan muka bumi yang berbukit-bukau memang sangat mencabar kerana mudah untuk gajah yang sedang khayal hilang kawalan ketika diiring keluar. "Jika kawasan berbukit, lori perlu diletak jauh sedikit dan keadaan tanah yang tidak rata adakalanya mengambil masa yang agak panjang untuk membawa gajah ke lori," ujarnya yang sanggup meninggalkan kerjaya di bank demi minatnya terhadap haiwan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Asap musnahkan paru-paru Posted: Asap musnahkan paru-paruAsap musnahkan paru-paru Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN KEBAKARAN akan membebaskan pelbagai jenis toksik yang berbahaya pada sistem tubuh. - Gambar hiasan
MINGGU lalu, seorang ibu dan anak perempuannya ditemui mati disyaki lemas akibat terhidu asap tebal selepas terperangkap di dalam rumah mereka yang terbakar di Taman Sri Sinar, Kepong, Kuala Lumpur. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, kedua-dua mangsa ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat di dalam sebuah bilik tidur rumah teres terbabit. Mayat mangsa, Ong Ean Lee, 33, ditemui di atas katil manakala kanak-kanak perempuan, Artina Lake Xin Yu, 2, ditemui di atas tilam di lantai tidak jauh dari lokasi mangsa pertama dijumpai. Kedua-dua mereka yang berpakaian lengkap itu ditemui dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan. Penguasa Kanan Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan Pendakwaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ismail Yasin menafsirkan kejadian lemas asap sebagai situasi penghasilan asap yang memenuhi ruang sesuatu kawasan sehingga menyebabkan kandungan karbon dioksida melebihi paras 16 peratus. Pengsan "Udara yang disedut oleh manusia terdiri daripada oksigen dalam kapasiti lebih kurang 20.7 peratus, gas nitrogen 79 peratus dan karbon dioksida 0.3 peratus. "Namun, semasa kebakaran, kadar oksigen dalam udara berkurangan sehingga ke paras 16 atau 14 peratus. "Apabila mencapai kadar tersebut, badan manusia tidak mampu bertahan seterusnya menyebabkan pengsan," bicaranya sambil menambah komposisi gas dalam asap bergantung pada jenis bahan yang terbakar. "Setiap kebakaran bahan menghasilkan tindak balas berbeza termasuk rantaian tindak balas yang akan mengganggu sistem saraf," katanya yang memberitahu pembakaran pepejal seperti kayu akan membebaskan gas alkohol, aseton, metana dan wap air. Kesemua jenis gas ini bersifat toksik dan mampu mengganggu sistem tubuh. Semasa kebakaran, asap yang mula-mula terhasil bersifat panas dan mudah meruap ke atas ruang bilik atau bangunan. Namun, apabila kebakaran berterusan, asap sedia ada yang menyejuk dan berjisim lebih berat ditolak ke bawah oleh asap baru yang panas. Bagaimanapun, tekanan udara yang wujud akan menyediakan satu ruang lebih kurang 0.5 meter dari paras lantai.
|
EAN LEE dan anaknya Artina mati akibat terhidu asap tebal dalam kebakaran rumah mereka di Kepong, baru-baru ini.
|
"Zon selamat pada ruang udara yang paling bawah ini adalah yang paling bersih semasa kebakaran," katanya yang telah berkhidmat selama 34 tahun. Menurut rakan sepasukan Ismail yang mengendalikan bahagian Operasi di jabatan yang sama, Mohd. Desa Zainon, faktor fisiologi badan manusia menentukan sejauh mana mangsa mampu bertahan dalam menghadapi situasi genting lemas asap. "Jika mangsa tidak mempunyai daya tahan yang kuat, amat mudah untuknya pengsan seterusnya membenarkan dirinya terbakar. "Begitu juga jika kandungan toksik daripada bahan-bahan yang terbakar tinggi, maka tempoh mangsa bertahan akan berkurangan berikutan kematian sel-sel dalam badan," tambahnya. Kes lemas asap disifatkannya mempunyai mekanisme yang sama dengan lemas di dalam air iaitu kedua-duanya disebabkan pengurangan oksigen di dalam paru-paru sebaliknya telah diisi oleh sama ada air mahupun gas beracun. Kritikal Pakar Respiratori, Hospital Pantai Ampang, Dr. Zal Abdul Rahim mengakui kesan asap boleh menyebabkan pelbagai keadaan klinikal yang kritikal seperti eksaserbasi asma bronkus atau bronkitis yang sekali gus mendorong kegagalan sistem pernafasan. Namun, kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh sedutan asap berlebihan bergantung pada komposisi asap dan pendedahan kepada haba. "Haba akan menyebabkan kecederaan seumpama melecur pada saluran pernafasan dan ia selalunya berlaku apabila mangsa terperangkap dalam api yang besar. "Kesannya, mangsa sukar bernafas, serak suara, nafas berdehit, kahak berwarna kehitaman dan mengalami kesan terbakar pada wajah dan saluran pernafasan," ujarnya. Bagi mangsa yang terselamat daripada kejadian hampir lemas dalam asap tebal pula kesannya bergantung pada jenis kebakaran yang berlaku kerana kebakaran berbeza menghasilkan bahan toksik yang berlainan. "Kerosakan teruk dan kekal pada sistem pernafasan tidak mustahil berlaku akibat terhidu asap beracun dan haba yang mampu membakar tisu paru-paru dan salur pernafasan," tambahnya. Saranan Zal ketika berdepan dengan situasi cemas itu ialah buka semua tingkap supaya asap boleh keluar dan tutup ruang di bawah pintu dengan selimut sekiranya terperangkap. Bantuan pernafasan juga perlu diberikan kepada mangsa yang terhidu asap tebal untuk menambah kandungan oksigen dalam paru-paru. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Taska eksklusif Dunia Elit Posted: Taska eksklusif Dunia ElitTaska eksklusif Dunia Elit Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA TASKA eksklusif Dunia Elit di Seri Kembangan, Selangor ini menggaji pengasuh terlatih sahaja.
PERTAMA kali bertemu dengannya mungkin ada yang menyangka wanita bertubuh kecil molek ini mampu membuka lima cawangan tadika dan taska di sekitar Lembah Klang disebabkan suaminya seorang lelaki kaya. Namun, kejayaan Fazilah Othman, 36, bukan kerana bantuan sesiapa sebaliknya atas usahanya sendiri mengumpul wang semasa bekerja makan gaji di sebuah syarikat swasta dahulu. Daripada pekerja kemasukan data, kini beliau mampu mengupah lebih 30 orang pekerja sendiri. "Selepas tingkatan lima, saya merantau ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pekerja kemasukan data dengan gaji sebanyak RM380 sebulan," cerita wanita kelahiran Jitra, Kedah ini. Fazilah yang peramah berkata, beliau tidak betah melakukan satu tugas sahaja. Apatah lagi beliau gemar mencuba sesuatu yang baru. Di pejabat, beliau ringan tulang membantu kerja-kerja perkeranian termasuk menaip surat dan dokumen walaupun ia bukan tugas hakikinya. Hasil sifat rajinnya, Fazilah ditawarkan jawatan pembantu pentadbir oleh majikannya. Jualan langsung "Kerana ingin menambah ilmu, saya mengambil kursus pentadbiran di Kolej Binary Kuala Lumpur pada sebelah malam iaitu selepas waktu kerja," katanya. Empat tahun kemudian, Fazilah bekerja sebagai pegawai sumber manusia sebelum dinaikkan pangkat menjadi pengurus di sebuah syarikat jualan langsung. Namun, kerja makan gaji ada batas masa dan perolehan pendapatan. Jika mahukan kehidupan yang lebih selesa dan terjamin, beliau mesti membuka perniagaan sendiri sebelum usia mencecah 30 tahun, begitulah fikir Fazilah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semasa menjawat jawatan pengurus di syarikat jualan langsung itu lagi Fazilah sudah merancang untuk membuka sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. "Pada masa itu, saya bercadang untuk bekerja separuh hari sahaja selain tidak perlu lagi melakukan kerja lebih masa hingga ke awal pagi," katanya yang mula membuka tadika Dunia Elit di Selangor pada usia 29 tahun. Fazilah yang gemarkan kanak-kanak berkata beliau berasa puas dapat menjaga anak-anak yang ibu bapa mereka sibuk bekerja. Ia juga dianggapnya sebagai satu kerja murni dan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata. "Saya buat kajian bagaimana mahu membuka pusat penjagaan di laman sesawang dan juga buku. "Saya juga perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, bomba dan pusat kesihatan sebelum membuka taska berkenaan. "Dalam masa tiga bulan saya dapat menyelesaikan kesemua urusan itu," katanya yang memperuntukkan lebih RM30,000 untuk perniagaan itu. Modal itu diambil daripada simpanannya sendiri yang bekerja di syarikat jualan langsung itu selama lebih 10 tahun. Fazilah juga memberitahu, kerana ingin mengumpul wang sebanyak itu, beliau pernah makan sekali sehari bagi menjimatkan perbelanjaan. Kamera web "Bila sudah buka tadika dan taska baru saya tahu ia bukan kerja senang. Saya bertanggungjawab menjaga anak orang lain dengan baik. "Saya juga perlu mencari pengasuh yang baik dan bersifat penyayang terhadap kanak-kanak," katanya. Selepas taska pertamanya semakin berjaya, Fazilah mula membuka cawangan tadika dan taskanya di sekitar Seri Kembangan, Selangor. Beliau juga mendapat idea untuk membuka taska eksklusif iaitu pusat penjagaan yang hanya bertumpu pada bayi bawah dua tahun bersama pengasuh terlatih. Prinsip perniagaan Fazilah juga bukan sekadar memberi jagaan tetapi juga kasih sayang dan pendidikan kepada kanak-kanak tersebut. Tidak melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja, Fazilah kerap melakukan lawatan ke semua cawangan tadika dan taska miliknya. Ditanya sama ada suaminya turut sama dalam perniagaannya itu, Fazilah memberitahu, suaminya yang memegang jawatan sebagai ketua teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta kurang berminat menceburi bidang perniagaan. Namun, lelaki itu sentiasa memberi dorongan kepada Fazilah untuk menjayakan perniagaannya. Mengenai perancangan masa depan, Fazilah berkata beliau ingin mengembangkan lagi taska eksklusifnya. "Perancangan untuk meluaskan lagi taska eksklusif ini sudah ada, cuma mahu laksanakan sahaja pada masa yang sesuai. "Kalau boleh saya mahu taska eksklusif ini mempunyai kawalan keselamatan yang ketat di mana ibu bapa boleh memantau anak-anak mereka terus dari tempat kerja menggunakan kamera web," katanya ketika ditemui di taska eksklusif itu di Seri Kembangan. Sempat bertanyakan soal penjagaan diri, Fazilah memberitahu, walaupun sibuk dengan perniagaan beliau sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan penampilan diri. "Setiap hari saya akan minum air kosong yang banyak. Paling penting, saya tidak pernah tinggal makan buah-buahan. "Sekurang-kurangnya pada waktu pagi dan malam saya akan makan buah oren dan betik untuk kesihatan dan kecantikan kulit," katanya yang pasti menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak dan suami setiap hari. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 05 Mar 2011 11:08 PM PST Merlimau, Kerdau milik siapa? Posted: Merlimau, Kerdau milik siapa?Merlimau, Kerdau milik siapa? SEBANYAK 10,679 pengundi dan 8,999 lagi pemilih berdaftar akan keluar menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi memilih wakil rakyat baru, masing-masing di dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau hari ini. Pilihan raya kecil kali ke-15 dan 16 sejak pilihan raya umum Mac 2008 itu menyaksikan pertembungan tradisi Barisan Nasional (BN) dan Pas. BN memenangi kedua-dua kerusi itu tiga tahun lalu. BN dalam tempoh setahun ini telah memenangi empat daripada lima pilihan raya kecil iaitu di Hulu Selangor, Batu Sapi, Galas dan Tenang. Kemenangan di Merlimau dan Kerdau jika berpihak kepada BN disifatkan penganalisis politik sebagai peningkatan momentum sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini. Di Merlimau, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin yang juga anak bekas Ahli Parlimen Jasin, Roslan Ahmad berhadapan dengan calon Pas, Yuhaizat Abdullah. Yuhaizat merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas Melaka. Sementara di kerusi DUN Kerdau, BN mempertaruhkan Naib Ketua UMNO Kuala Krau yang juga lulusan Universiti Al-Azhar, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Beliau menghadapi tentangan daripada Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim. Hassanuddin pernah bertanding di Kerdau pada 2008 tetapi tewas. Kerusi Kerdau kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN 12 Februari lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi. Pilihan raya kecil DUN Merlimau pula diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung. Pada pilihan raya umum lepas, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154. Terdapat seramai 8,999 pengundi berdaftar di DUN Kerdau dengan 15 orang daripadanya pengundi pos. Sebanyak 13 pusat mengundi dengan 22 saluran mengundi dibuka kepada pengundi. Tiga kawasan di DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 1,000 orang iaitu kawasan Felda Jengka 23 seramai 1,572 orang, Desa Murni (1,343 orang) dan Felda Jengka 22 (1,048 orang) Sama seperti di Merlimau, kawasan Kerdau memperlihatkan jumlah pengundi wanita melebihi jumlah pengundi lelaki dengan pengundi wanita 4,628 iaitu 51.43 peratus. Di Merlimau, sejumlah 10,679 pengundi berdaftar dicatatkan di situ termasuk 36 pengundi pos. Golongan wanita di situ mengatasi pengundi lelaki dengan masing-masing 5,592 dan 5,087. Daripada keseluruhan pengundi, 7,988 adalah Melayu. Sejumlah tujuh pusat mengundi dengan 21 saluran mengundi disediakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia meminta para pengundi di kedua-kedua kerusi supaya keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan cuaca mendung di Merlimau pada sebelah pagi manakala di Kerdau adalah baik. Bagaimanapun kedua-kedua kawasan dijangka hujan pada petang. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut mengingatkan pengundi supaya menyemak nama mereka dalam senarai daftar pemilih dan tidak lupa membawa kad pengenalan ke pusat mengundi. "SPR juga berharap tidak ada tanggapan bahawa pengundi akan beratur panjang pada sebelah pagi kerana kita ada mekanisme untuk menyelesaikannya. "Seperti mana pelaksanaan mekanisme itu dilaksanakan pada PRK lepas, SPR akan menyediakan kerani di setiap saluran untuk memanggil dua pengundi serentak yang beratur di luar dengan bergilir-gilir membuang undi," katanya. SPR menyasarkan jumlah keluar mengundi di Merlimau dan Kerdau melebihi 80 peratus iaitu naik lima peratus daripada pilihan raya umum 2008. Pada pilihan raya umum 2008, peratusan keluar mengundi di Merlimau dan Kerdau masing-masing mencatatkan 76.18 peratus dan 80.3 peratus. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Layanan sama rata - Hishammuddin Posted: Layanan sama rata - HishammuddinLayanan sama rata - Hishammuddin Oleh YUSRI SAHAT utusanpahang@utusan.com.my KUALA KRAU 5 Mac - Kementerian Dalam Negeri memberi layanan sama rata kepada semua pihak yang memohon permit penerbitan akhbar termasuk oleh Utusan Rakyat. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tiada pihak yang mendapat layanan istimewa dalam membuat permohonan mendapatkan permit penerbitan daripada kementeriannya. "Tiada siapa yang akan mendapat layanan istimewa. Semuanya perlu mengikut peraturan dan prosedur sedia ada," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota polis di Rumpun Makmur, Kerdau dekat sini. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar semalam mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan permit menerbitkan akhbar mingguan Utusan Rakyat. Menurut Nurul Izzah, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari dilantik sebagai ketua pengarang bagi akhbar tersebut. Hishammuddin memberitahu, pembangkang juga tidak terkecuali kerana tiada keistimewaan akan diberikan kementerian dalam soal kebenaran menerbitkan akhbar. "Dia (pembangkang) ingat dia boleh dapat keistimewaan sedangkan pihak lain terpaksa mengikut peraturan," jelasnya. Menurut beliau, segala urusan permohonan permit akhbar terbabit telah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). "Anda (pemberita) boleh tanya ROS apa perkembangan terkini permohonan penerbitan akhbar tersebut. Urusan ini juga saya telah serahkan kepada dua timbalan saya," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 05 Mar 2011 11:07 PM PST Ubat ada gelatin babi dijual di kaunter tertutup Posted: 05 Mar 2011 03:32 PM PST Nasional SUNGAI PETANI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memastikan semua produk farmaseutikal diperbuat menggunakan kapsul gelatin yang didapati positif DNA babi, tidak dijual di kaunter terbuka di premis jualan seluruh negara. Serentak itu, JAKIM akan mendapatkan maklumat senarai produk farmaseutikal yang dikenal pasti mengandungi kapsul gelatin haram di pasaran ketika ini dan senarai itu akan diumumkan sebagai produk haram supaya umat Islam lebih berhati-hati ketika membuat pembelian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata larangan itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak terpedaya dan terbeli produk haram terbabit yang ketika ini dijual secara terbuka. "JAKIM akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan dan pemantauan terhadap produk farmaseutikal mengandungi kapsul gelatin haram dan diasingkan jualannya dengan produk kesihatan halal," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), di sini semalam. Beliau mengulas laporan kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran yang mana tiga daripadanya positif DNA babi.
Di PUTRAJAYA, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Zainal Abidin Jaffar, berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mewajibkan syarikat farmaseutikal mendapatkan sijil halal daripada agensi itu kerana permohonan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dibuat atas dasar sukarela.
Ini, katanya, menyukarkan pihaknya memantaupenggunaan bahan tidak halal dalam mana-mana produk farmaseutikal yang dijual di pasaran kerana JAKIM hanya boleh mengambil tindakan terhadap mana pihak yang menyalahgunakan logo halal.
Zainal Abidin berkata, siasatan pihaknya mendapati hanya dua daripada tiga produk dikesan mengandungi DNA babi itu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan semua adalah ubat tradisional yang dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan pasaran tempatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Keputusan pilihan raya 8 malam Posted: 05 Mar 2011 03:32 PM PST [unable to retrieve full-text content]MERLIMAU: Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal-awalnya jam 8 malam ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof. | |
Malaysiakini :: Berita Posted: 05 Mar 2011 07:41 PM PST Pairin mahu bentuk pemimpin jadi agenda PBS Posted: 05 Mar 2011 05:41 PM PST Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu parti itu menjadikan pembentukan pemimpin di kalangan anggotanya, terutama generasi muda, sebagai sebahagian daripada agenda parti bagi memastikan kesinambungan perjuangan parti itu di masa akan datang. Beliau berkata perjuangan parti perlu diteruskan dengan idea baru sesuai dengan peredaran semasa dan tidak seharusnya berdasarkan sejarah lampau dan cara kepimpinan lama. "Di samping kita merenung dan memberi sanjungan kepada pemimpin parti yang ada sekarang, jangan lupa persediaan kita menghadapi masa-masa yang akan datang, iaitu bukan sahaja untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya dan meningkatkan kekuatan jentera kita, tetapi bersiap sedia untuk menentukan pemimpin-pemimpin masa depan. "Saya tekankan perkara ini kerana kalau kita tidak jadikannya sebagai agenda kita, kita akan meneruskan cerita yang sudah menjadi sejarah. Kita tidak boleh bergantung sahaja kepada dorongan atau sumbangan yang dilakukan sebelum ini," katanya di majlis makan malam sempena ulang tahun ke-26 PBS di Kota Kinabalu. Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata demikian setelah berterima kasih atas sokongan dan penghargaan anggota parti itu terhadap perjuangannya sebagai presiden sejak parti itu ditubuhkan. Kenyataannya supaya PBS membuat persediaan menghasilkan pemimpin masa depan bukan bererti beliau sudah bersedia untuk berundur daripada kepimpinan parti. Beliau menjelaskan perjuangan parti tidak pernah berhenti dan memerlukan pemimpin yang bersedia memikul tanggungjawab mengemudi parti pada bila-bila masa. "Apa yang ingin saya katakan ialah kita tidak boleh berhenti berjuang sehinggalah kita bersara atau sehinggalah kita tiada lagi, sudah meninggal atau pergi ke tempat lain. "Kita mesti praktikal. Ini penting agar jentera kita daripada akar umbi hingga ke peringkat cawangan dan bahagian berjuang selari dengan perjuangan parti. "Kalau tidak, tentu sekali jentera yang kita harapkan tidak akan mencapai objektif dan aspirasi yang sama-sama kita tentukan sejak dahulu lagi," katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Proses pengundian di Merlimau Posted: 05 Mar 2011 04:15 PM PST Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka. Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi. Di Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya. Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India. Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung. Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini. Hassanuddin Salim yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala calon Syed Ibrahim akan mengundi di Kuala Tekal. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung. Galeri Foto
LAPORAN LANGSUNG DI MERLIMAU 11.05am Seorang anggota Wanita Umno dari Wilayah Persekutuan, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Zabedah berkata, dia berada di Ayer Merbau sejak 25 Februari. "Ini untuk negara," katanya sebelum melaungkan "masuk BN, tinggalkan lempeng (merujuk kepada lambang PAS)." 10.45am Di Ayer Merbau, penyokong BN melaung "Si ketot!", "Calon tak jadi!" dan "skuad liwat!" ketika ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di situ. Seorang penyokong PAS dari Johor, Rokiah Bakar merungut "Manusia macam setan. Rosak orang macam ni". Dia memijak bendera BN sambil berkata adalah "syirik" umat Islam menggunakan simbol dacing. 10:39am Di pusat pengundian Ayer Merbau - SRJK (C) Merlimau - penyokong BN mengusik penyokong PAS, yang sebahagian besarnya adalah wanita. "Ni semua nak mati dah!" kedengaran seseorang melaung ke arah seorang penyokong PAS yang sudah berusia. 10.35am Sehingga jam 10 pagi, 30 peratus atau 3,175 orang sudah mengundi. 10:05am Konvoi motosikal BN berlegar di sekitar pekan Merlimau. Mereka memakai baju biru BN dan mengebarkan bendera BN. 09:56 Perniagaan laris di gerai keropok lekor di seberang jalan pusat pengundian. Pemilik, Mohd Zaid - penduduk tempatan Chinchin - berkata dia membuka gerai sejak jam 7 pagi. Dia dan isterinya mengundi sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi 9.42am Yang paling vokal di Chinchin adalah NGO Skuad Teraju Elit Pemuda Selangor (Steps), yang sebelum ini dilihat menyertai demonstrasi anti-kerajaan negeri di Selangor. 9.35am Penyokong PAS mengadu bahawa polis tidak bersikap adil kerana melarang penyokong PAS daripada melintasi garisan yang dipasang di pusat mengundi, sedangkan penyokong BN dibenarkan berbuat demikian. Anggota Unit Amal PAS, Md Razi Jamaludin, 38, tidak puas hati terhadap perkara tersebut. Dia juga menafikan semangat anggota parti itu rendah kerana parti itu dijangka tewas di Merlimau. Sebaliknya, katanya, semangat mereka adalah tinggi serta optimis untuk menang, tetapi mereka terpaksa berpecah antara dua pilihan raya kecil - Merlimau dan Kerdau, dan sebahagianya dihantar untuk mengiringi calon parti itu Yuhaizad. 9.25am: Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sehingga jam 9 pagi, 15 peratus atau 1,500 orang sudah mengundi. 9.16am Penyokong PAs pula membalas dengan melaungkan ke arah Puteri Umno, "mengandung, mengandung". Mereka kemudiannya diarah oleh pemimpin mereka supaya berhenti berbuat demikian. 9.05am Calon BN, Roslan Ahmad serta isterinya beredar dari tempat mengundi dan tempat kira-kira 350 penyokong BN di situ. Beberapa penyokong BN sudahpun kedengaran mengucap tahniah atas "kemenangannya". Puteri Umno dan Wanita Umno mengebar bendera parti dan menyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita". 9.01am Calon PAS, Yuhaizad mengetuai bacaan doa di markas PAS bersama kira-kira 100 penyokong. Kira-kira 76 peratus pengundi di stesen mengundi Chinchin adalah Melayu. Ini merupaka kampung halaman Yuhaizad. PAS mendapat satu perempat daripada undi di situ pada 2008.
8.40am Roslan beratur di salah satu saluran mengundi tetapi kemudiannya mendapati dia masuk bilik yang salah untuk hendak mengundi. Ini mencetuskan sedikit kekecohan di kalangan jurugambar kerana mereka terpaksa bergegas ke bilik lain. Secara kebetulan, isteri Roslan juga melakukan kesilapan yang sama dengan masuk ke bilik yang salah ketika hendak mengundi. 8.10am Di daerah pengundian Merlimau Pasir, dua wartawan TV dari Aljazeera diarah keluar oleh anggota polis dari kawasan sekolah ketika mereka mahu mewawancara pengundi. Polis melarang wartawan stesen TV untuk berbuat demikian dalam kawasan sekolah. Pengundi mula tiba di SK Merlimau untuk mengundi. Daerah mengundi tersebut mempunyai 2,180 pengundi. BN menang dengan majoriti 393 undi - dengan memperolehi sejumlah 985 undi dalam pilihanraya umum lalu. Calon BN, Roslan Ahmad akan mengundi di sini. 8.00am Merlimau: Pusat pengundian dibuka secara rasmi bagi kawasan pilihan raya ini. Suruhanjaya Pilihan Raya meramalkan jumlah keluar mengundi mencapai kadar 80 peratus, namun pengundi dinasihatkan supaya keluar awal kerana ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang. [Berita lanjut menyusul] Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 05 Mar 2011 07:29 PM PST Rumah ibu tunggal terbakar Posted: Rumah ibu tunggal terbakarRumah ibu tunggal terbakar Oleh ALI MAHMOOD utusanpahang@utusan.com.my
|
MOHD. Hamdani Madon (dua dari kiri) menerangkan kepada Ismail Mohamed Said (tengah) mengenai kebakaran rumah Besah Tahir di Kampung Guntung Kelibang, Temerloh, kelmarin.
|
TEMERLOH 5 Mac – Hajat seorang ibu tunggal untuk membaik pulih rumahnya dengan bantuan kerajaan negeri tidak kesampaian apabila kediamannya itu di Kampung Guntung Kelibang, di sini, terbakar semalam. Rumah papan separuh batu itu baru sahaja diluluskan bagi menerima bantuan baik pulih sebanyak RM10,000 selepas dilawati Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Isnin lalu. Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Besah Tahir, 70, bersama tiga anak dan seorang cucu berada dalam rumah apabila api tiba-tiba muncul lalu membakar bahagian depan rumah mereka. Seorang saksi yang juga jiran Besah, Siti Aishah Abdul Rahman berkata, dia berada di rumah dan tiba-tiba terkejut dengan bunyi letupan kuat berhampiran rumahnya. "Saya ingat ada kereta kemalangan, saya buka tingkap nampak api kecil di bahagian depan rumah Besah. Saya dan anak menjerit supaya mereka keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di sini semalam. Turut hadir melawat, calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Guntung Kelibang, Hamid Janal berkata, mangsa dan anaknya dibawa hospital berdekatan untuk menerima rawatan kerana melecur di belakang badan. Dalam pada itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Mohd. Hamdani Madon berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 7.46 pagi. Menurutnya, anggotanya berjaya mengawal api dalam tempoh tiga minit dan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 8.25 pagi. "Kerugian dianggarkan RM110,000 termasuk rumah, perabot dan peralatan dalam rumah termasuk sebuah motosikal," katanya. Katanya, punca kebakaran masih belum diketahui dan akan menunggu pihak forensik untuk melakukan siasatan. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang menziarah keluarga terbabit berkata, kerajaan akan membina rumah baru menerusi Projek Bantuan Rumah (PBR) di bawah seliaan RISDA bagi menggantikan rumah lama milik mangsa yang terbakar. Menurutnya, nilai rumah baru itu sekitar RM33,000 dan akan dibina sebaik sahaja bomba selesai menjalankan siasatan. Menurutnya, beliau akan cuba mendapatkan bantuan bencana RM5,000 daripada kerajaan negeri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | DPMM lancar kad keahlian Dewanita Posted: DPMM lancar kad keahlian DewanitaDPMM lancar kad keahlian Dewanita KUANTAN 5 Mac - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang melancarkan kad keahlian bagi Kelab Dewanita (Dewanita) Pahang dalam usaha mewujudkan rangkaian perniagaan di kalangan ahlinya. Pengerusinya, Datin Noraimi Alias berkata, Dewanita Pahang merupakan yang pertama memperkenalkan konsep kad keahlian dalam melicinkan segala urusan ahli. "Dengan kad tersebut, Dewanita menyasarkan lebih ramai usahawan wanita didaftarkan di bawah DPMM berikutan manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan kepada pemegang kad keahlian itu. "Antara kemudahan yang ditawarkan ialah pinjaman modal perniagaan, skim bimbingan usahawan muda, kemudahan pembiayaan kewangan dan premis di kalangan ahli seluruh negara," katanya di majlis pelancaran kad berkenaan di sini kelmarin. Seramai 200 ahli Dewanita Pahang hadir di majlis berkenaan termasuk di kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). Menurut Noraimi, konsep kad keahlian sudah banyak dilaksanakan di kalangan gabungan ahli perniagaan dan pengusaha IKS di negara maju. "Kad itu bukan sekadar untuk tujuan pengesahan keahlian, tetapi lebih utama adalah jaringan pemasaran yang dapat diwujudkan di kalangan pemegang kad. Pada masa sama kita dapat mengikuti perkembangan semasa setiap usahawan dan membentuk pangkalan data sistematik," ujarnya. Tambahnya, pemegang kad berpeluang menikmati potongan harga atau pakej istimewa bagi kadar perkhidmatan atau jualan produk yang ditawarkan oleh pemegang kad yang lain. "Mereka juga akan diberi keutamaan dalam urusan pembangunan perniagaan seperti pinjaman, pemasaran, premis perniagaan dan khidmat runding bidaan kontrak," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Skuad prihatin Belia 4B Benta Posted: Skuad prihatin Belia 4B BentaSkuad prihatin Belia 4B Benta KUALA LIPIS 5 Mac - Masyarakat disaran melibatkan diri dalam kegiatan amal dan kebajikan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu golongan memerlukan. Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Perumahan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, masyarakat perlu sedar tentang kepentingan membantu golongan memerlukan termasuk menyertai kempen menderma darah. Menurut beliau, program seperti menderma darah dapat mengisi bekalan tabung darah untuk membantu mereka yang terbabit dalam kemalangan dan menjalani pembedahan. "Sumbangan darah sebanyak satu beg sudah memadai kerana nilainya mampu menyelamatkan satu nyawa. Membantu mereka yang sakit sememangnya dituntut oleh Islam serta agama lain," katanya selepas melancarkan Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Benta, di sini baru-baru ini. Hadir sama Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Benta, Azhari Rose. Kempen itu merupakan anjuran bersama Belia 4B Benta, Hospital Lipis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Benta dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta. Mohd. Soffi berkata, kempen tersebut perlu diteruskan secara berkala di samping mendidik orang ramai mengenai penjagaan kesihatan dan kewajipan membantu pesakit. Beliau memuji usaha Gerakan 4B Benta menubuhkan Skuad Prihatin sejajar dengan manifestasi NGO berkenaan di Lipis. "Pelbagai cara Belia 4B dan NGO lain boleh mengaktifkan kegiatan persatuan berkenaan iaitu turun padang bersama pemimpin setempat membantu penduduk," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta. Dalam pada itu Azhari berkata, kempen tersebut antara kerja amal Belia 4B Benta yang mendapat sambutan penduduk setempat. "Kami berjaya mengumpul 30 ahli skuad yang bersiap sedia berkhidmat secara sukarela untuk memberi bantuan kepada pasukan beruniform lain di Lipis," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 05 Mar 2011 03:27 PM PST Inflasi global melanda dunia Posted: Inflasi global melanda duniaInflasi global melanda dunia Oleh Zin Mahmud HARGA lebih tinggi untuk minyak, logam dan komoditi lain di seluruh dunia memaksa syarikat-syarikat pembuatan menyerap kos untuk membolehkan pelanggan terus membeli barangan mereka, kata berita Reuters dan Bloomberg. Ini kerana jika dipindahkan kenaikan kos itu kepada pelanggan, maka mungkin mereka akan kehilangan pasaran. Keadaan ini memberi kesan kepada keuntungan mereka. Tetapi berapa lamakah mereka boleh bertahan? Jika harga terus meningkat terutamanya minyak, akhirnya mereka akan memindahkan kos kepada pelanggan dan akhirnya kesannya akan sampai kepada pengguna. Maka berlakulah inflasi di peringkat global. Sepanjang minggu lalu, harga minyak dunia terus naik, dengan memberi kesan kepada kebanyakan negara termasuk Malaysia. Kenaikan ini dikaitkan dengan gelombang kebangkitan di Asia Barat dan Afrika Utara. Jika Revolusi Arab ini berterusan, lebih-lebih lagi di Libya suasananya tidak kelihatan reda, maka harga minyak akan terus naik. Tetapi keadaan akan lebih teruk lagi jika kekacauan itu merebak ke Arab Saudi. Kesan politiknya amat besar kepada dunia. Tetapi dari segi harga minyak, ia menjadi bencana pada dunia. Jika melihat tindakan Amerika Syarikat menghadapi Revolusi Arab ini, dapat disaksikan bagaimana mereka yang sejak berlakunya kebangkitan di Tunisia dan Mesir telah gagal meletakkan hala tuju ke mana krisis itu, kini cuba membimbingnya ke arah apa yang dikehendakinya. Pertama, ia menyokong perubahan di negara-negara yang bukan sekutunya seperti Libya dan Syria kerana kebangkitan Arab ini memberi peluang kepada AS untuk memperoleh negara-negara sekutu baru, atas nama demokrasi. Tetapi Libya yang kaya minyak mesti distabilkan supaya pengeluarannya minyaknya tidak terjejas. Namun bagi negara-negara yang sememangnya sekutu AS, dan bersifat strategik seperti Bahrain, maka mereka menyebelahi kerajaannya walaupun ditolak rakyat. Ini kerana majoriti rakyat Bahrain adalah Syiah yang kebangkitannya mungkin boleh menguntungkan Iran, dan selanjutnya merebak ke Arab Saudi, terutamanya di kalangan rakyatnya yang bermazhab Syiah, dan tinggal di wilayah banyak minyak pula. Keadaan inilah yang mahu dipertahankan oleh AS.. Bagaimanapun AS tidak dapat menahan apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia yang Washington menerima dengan harapan ia tidak menjejaskan keadaan Israel. Itu suasana geopolitik yang tidak menentu. Apa akan berlaku, sama ada kehendak rakyat Arab atau Washington tetapi dalam tahun ini, harganya minyak besar kemungkinannya tetap naik. Dunia kelihatan sedang berada di persimpangan dalam hal tenaga minyak. Mungkin akhirnya ia stabil juga. Tetapi harganya tetap akan naik hinggalah ia akhirnya habis dan sumber tenaga dunia digantikan dengan kaedah lain. Apabila harga minyak naik, tentulah berlaku kenaikan pada semua barangan secara keseluruhannya. Dalam pada itu, sebab sudah ratusan taghun manusia membakar minyak dan manambah karbon ke udara, maka iklim juga berubah menjadi semakin panas. Macam-macam perbahasan mengenai pemanasan global dan perubahan iklim. Ada pihak yang menyatakan ia adalah hasil daripada pelepasan karbon oleh manusia. Ada pula berkata, ia merupakan proses semula jadi yang kurang kaitan dengan pelepasan karbon. Tetapi pemanasan global dan perubahan iklim adalah suatu hakikat. Akibatnya juga telah dijangkakan. Selain daripada berlaku bencana alam di sana-sini, pengeluaran makanan dan komoditi berasaskan tumbuhan juga terjejas. kekurangan akan berlaku, maka tentunya harga makanan dan komoditi sedang dan akan terus naik. Akhirnya pengguna akan merasakan kesannya. Yang susah akan bertambah susah. yang sederhana senang akan menjadi susah. Yang amat senang menjadi kurang senang. Menurut Reuters dan Bloomberg, harga makanan telah mencapai rekod tertinggi apabila kebanmgkitan di dunia Arab itu memecutrkan harga minyak melepasi AS$100 setong, buat pertama kali sejak kemelestan global bermula pada tahun 2008. Pada mwaktu yang sama inflasi Eropah meningkat ke 2.4 peratus, menurut pejabat perangkaan Kesatuan Eropah. Ia merupakan kenaikan paling laju dalam masa lebih dua tahun ini. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula, pemuliohan global menghadapi risiko jika harga minyal terus naik ke AS$110 atau AS$120 setong dan berada di situ pada waktu lama. Apa yang berlaku sekatrang ialah dunia yang sedang berada dalam keadaan tidak tenteram. Kebangkitan rakyat Arab yang dikaitkan dengan kenaikan harga minyak ditambah pula dengan kenaikan harga makanan dan komoditi akibat perubahan iklim dan pemanasan global sebenarnya berlaku ketika kemelesetan ekonomi di Amerika dan Eropah yang belum selesai. Sememangnya benua Asia tidak terjejas dengan kemelesetan di Barat kerana institusi perbankan rantau ini telah diperkukuhkan ekoran krisis kewangan akhir tahun 1990-an, tetapi ia bukannya kebal daripada apa yang berlaku di Barat. Jika kemelesetan di Amerika dan Eropah itu berlanjutan, dan menjadi bertambah lama kerana ketidakstabilan di Asia Barat dan Afrika Utara, maka kesannya akan sampai juga ke Asia, dan juga seluruh dunia. Kemelesetan yang berpanjangan tentu menjejaskan keperluan barangan pengguna kerana masing-masing akan berjimat cermat. Maka apabila import dikurangkan, maka negara pengeksport di Asia juga akan terjejas. Negara-negara besar seperti China dan India akan menggunakan pasaran domestiknya untuk terus tumbuh. Begitu juga negara-negara lain seperti Indonesia dan Malaysia sendiri. negara yang banyak bergantung pada perdagangan dan eksport ke pasaran Barat akan lebih terdedah. Ekonomi Namun begitu manusia akan sentiasa mencari jalan supaya keadaan ekonomi dunia menjadi stabil dan ibnflasi global dapat ditangani dengan tidak terlalu menjejaskan kehidupan kebanyakan orang di dunia. Tetapi ketika melihat kemesetan ekonomi di Barat sejak tahun 2008, banyak perbahasan mula tertumpu kembali kepada sistem ekonomi dunia. Gagasan kapitalisme global dan globalisasi ekonomi mendapat perhatian dan kritikan besar. Sememangnya diperhatikan bahawa krisis kewangan Barat yang berlaku sekarang mempunyai asas kepada ketamakan, pelanggaran amanah dan kelemahan bank pusat. Tetapi tidakkah ketamakan dan usaha mencari jalan bagi mengaut keuntungan tanpa mengira nilai etika, asalkan ia dibenarkan undang-undang adalah amalan sistem ekonomi kapitalis? Dalam sistem ini, ia mengutamakan modal dengan mewujudkan pasaran bebas dan terbuka. Sesiapa boleh berniaga dan berhutang. Sifat tamak itu dilihat sebagai pemacu kepada kemakmuran dunia. Tetapi tidakkah apa yang berlaku di Barat itu adalah seperti skim cepat kaya yang sah dari segi undang-undang? Apa yang jelas ialah sistem ini berasaskan kepada guna dulu bayar kemudian. Maknanya membeli sesuatu dengan wang yang belum dimiliki. Kalau dibuat secara berhemah, maka keadaan adalah terselamat. Maka soalnya berhe mah itu macama mana? Maka akhirnya pada tahun 2008 dan 2009, tercetus krisis subprima di AS yang merebak hingga ke Eropah. Orang yang tidak mampu menjelaskan hutang dibenarkan berhutang, maka akhirnya padahlah yang datang. Maka mengapakah orang yang tidak mampu tetap mahu membeli sesuatu barangan dengan wang yang belum ia miliki? Barangan itu pula besar-besar, khususnya hartanah. tetapi apabila membeli sesuatu yang dianggap mewah, maka tentulah cara hidup keseluruhannya juga adalah secara mewah. Mereka tentu mahu membeli kereta yang lebih elok dan barang-barang elektronik yang pelbagai, daripada televisyen hinggalah kepada komputer. Barang-barang pengguna alaf baru ini merupakan realiti hidup makmur zaman ini. Ia merupakan hasil sistem pasaran yang bersasaskan revolusi industri dahulu dan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada zaman ini. Semuanya berkaitan. Maka dengan penduduk terus bertambah, dengan kebanyakannya juga mahu hidup senang dan bermewah seperti yang dinikmati oleh negara-negara maju, seperti di Amerika Utara, Eropah Barat dan juga Jepun, Australia, New Zealand, Israel dan Singapura, maka sudah tentu barangan untuk menghasilkan produk pengguna juga menaikkan harga logam. Justeru apabila dilihat bagaimana kenaikan harga logam, minyak dan komoditi yang berpunca daripada kebangkitan rakyat Arab, perubahan iklim dan amalan kepenggunaan dalam sistem ekonomi kapitalis, maka inflasi global tidak dapat dielakkan. Orang kata menyebut perkataan kapitalis tidak manis. Ini kerana ia merujuk kepada modal dan pemodal yang dalam sistem ini telah menyumbang kepada kemakmuran dunia. Oleh itu dikatakan sebutlah dengan istilah pasaran bebas. Tetapi apa sebenarnya pasaran? Ia adalah modal dan pengguna yang banyak kali otaknya terpengaruh dengan iklan-iklan yang dirancang begitu teliti untuk menguasai keinginannya. Sememangnya sistem berasaskan modal telah mengalahkan sistem berasaskan sosial sejak 20 tahun lalu. Mesir, Libya, Tunisia, Syria, Sudan dan Yaman adalah negara-negara yang mewarisi suatu sistem berasaskan sosial tetapi ternyata gagal kerana diculik untuk berkhidmat kepada sistem modal antarabangsa. Tetapi kebangkitan rakyat Arab sekarang adalah antara lain akibat sistem modal antarabangsa yang meminggirkan mereka. Kemakmuran berpunca minyak Arab tidak sampai ke orang kebanyakan di tebing Sungai Nil. Sebaliknya ia memberi kemakmuran kepada penduduk negara-negara maju. Lapan peratus penduduk dunia berkorban supaya 20 peratus penduduk dunia di negara maju dapat hidup makmur dan mewah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Nasi untuk kesihatan profesor universiti Posted: Nasi untuk kesihatan profesor universitiNasi untuk kesihatan profesor universiti Bisik-Bisik Mingguan
|
Satu kempen promosi beras yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun lalu.
|
SEBUAH universiti awam di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan satu dasar pemakanan untuk diikuti dan dipatuhi oleh kakitangannya, termasuk para profesor. Pihak pentadbir universiti itu dikatakan meminta hanya beras perang dihidangkan dalam jamuan ketika acara-acara rasmi diadakan. Beras perang kini menggantikan beras putih dalam semua jamuan di universiti tersebut. Alasannya adalah kesihatan. Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati wujud pertambahan mendadak kes-kes penyakit diabetes ekoran peningkatan penggunaan beras putih. Sejak beberapa dekad lalu beras perang sering dianggap makanan kesihatan kerana kandungan nutrisi, vitamin dan mineralnya yang lebih baik daripada beras putih. Proses menghasilkan beras putih di kilang telah menjadikan beras putih hilang sebahagian khasiatnya. Kononnya penyakit diabetes akan lebih terkawal jika beras perang dijadikan makanan ruji berbanding beras putih. Obesiti boleh dielakkan. Dalam usaha untuk melahirkan kakitangan universiti yang lebih sihat, satu dasar pemakanan yang bersifat autokratik dan berasaskan selera peribadi telah diperkenalkan oleh pihak pengurusan tertinggi universiti di Malaysia itu. Selain beras perang, pilihan menu lauk pauk ketika jamuan di universiti berkenaan juga ditetapkan perlu mencerminkan pemahaman tentang kesihatan. Menu ikan diutamakan berbanding daging merah. Mungkin selepas beberapa tahun dasar pemakanan itu berjalan kita nanti akan dapat melihat kumpulan birokrat dan ahli akademik yang lebih bertenaga, sihat dan panjang umur di universiti sambil disusuli dengan penurunan kos penjagaan kesihatan. Apakah yang menjadikan manusia pintar memang sukar untuk diukur kerana seseorang insan itu menjadi orang bijak bukan kerana makanan semata-mata. Cinta, muzik, persekitaran, pengalaman, penglibatan dalam perbincangan mencabar dan latihan minda yang sistematik turut merangsang otak. Tentu sekali tindakan pihak pentadbir universiti awam itu dalam kes beras perang boleh didebatkan, dikritik dan dipersoalkan. Bagaimanapun, satu kajian kesihatan di Amerika Syarikat hampir 40 tahun lalu sudah pun mencadangkan bahawa lelaki berperut buncit pada usia 40-an lebih berisiko terdedah kepada Alzheimer, iaitu penyakit kemerosotan daya ingatan yang menjadikan seseorang pelupa dan nyanyuk. Kalau arahan pihak pentadbir universiti mengenai dasar pemakanan itu akhirnya dapat mengelakkan gejala profesor berperut buncit dan obes, hasilnya pasti amat baik kepada universiti itu. Kita bolehlah berhujah bahawa arahan makan beras perang mungkin boleh dilihat sebagai satu usaha kecil untuk melindungi kesihatan minda tokoh-tokoh cerdik pandai di negara ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 05 Mar 2011 01:35 PM PST Gajah betina naik minyak Posted: Gajah betina naik minyakGajah betina naik minyak Oleh KHAIRI MOHAMAD MAYAT Lee dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.
GUA MUSANG – Tindakan seorang penoreh getah yang cuba menghalau sekumpulan gajah menggunakan mercun bola mengundang padah apabila seekor gajah betina daripada kumpulan tersebut naik minyak dan menyerangnya. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang kelmarin, Lee Che Hassan, 46, maut di kebun getahnya di Kampung Serian, Batu 11, dekat sini. Haiwan itu dipercayai menyerang Lee kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu membakar mercun bola. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, akibat letupan itu, seekor gajah betina yang mengiringi dua ekor anak gajah naik minyak lalu mengangkat mangsa dengan belalai sebelum menghumbannya ke sebatang pokok. "Lee mati di tempat kejadian dalam keadaan terduduk dengan beberapa kesan lebam di kepala manakala mukanya ditutup dengan tangan dipercayai menahan sakit," katanya ketika dihubungi semalam. Menurut beliau, mangsa dipercayai telah membakar mercun itu untuk menghalau sekumpulan enam ekor gajah yang memasuki kebun getahnya. Menurut maklumat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), gajah yang menyerang mangsa dipercayai gajah betina jenis Asian yang dianggarkan seberat dua tan, berusia di antara 30 hingga 40 tahun berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Produk guna kapsul gelatin babi diumum Posted: Produk guna kapsul gelatin babi diumumProduk guna kapsul gelatin babi diumum
|
JAKIM akan membuat semakan terhadap produk farmaseutikal yang dibungkus dengan kapsul gelatin positif babi. - Gambar hiasan
|
GURUN - Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar kecil). Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara. Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan. "Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Keputusan pukul 8 malam ini Posted: Keputusan pukul 8 malam iniKeputusan pukul 8 malam ini JASIN - Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau dijangka diketahui pada pukul 8 malam ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pusat pengundian di dua DUN itu akan mula dibuka pada pukul 8 pagi dan ditutup pukul 5 petang. "Esok ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal," katanya selepas melawat Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini semalam. Abdul Aziz berkata, SPR menjangkakan 80 peratus daripada 10,697 pengundi berdaftar DUN Merlimau akan keluar mengundi. Beliau menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 05 Mar 2011 11:34 AM PST Minta polis tunjuk kad kuasa – Tun Hisan Posted: Minta polis tunjuk kad kuasa – Tun HisanMinta polis tunjuk kad kuasa – Tun Hisan Oleh ABDUL YAZID ALIAS pengarang@utusan.com.my SHAH ALAM 5 Mac – Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menasihatkan orang ramai agar meminta anggota polis menunjukkan kad kuasa mereka sekiranya ditahan oleh mana-mana individu yang mengaku sebagai anggota pasukan keselamatan itu. Beliau berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, orang ramai boleh berbuat demikian sekali gus dapat mengelak menjadi mangsa perbuatan jenayah oleh mereka yang menyamar sebagai anggota polis. "Penjenayah pada masa ini menggunakan pelbagai taktik untuk melakukan jenayah termasuk mengaburi mata orang ramai dengan mengaku sebagai anggota polis. "Untuk mengelakkan menjadi mangsa, orang ramai boleh meminta mana-mana anggota polis menunjukkan kad kuasa mereka sekiranya merasa ragu-ragu atau mengesyaki sesuatu yang tidak kena," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) negeri dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. Hadir sama Pengarah Rela negeri, Brigedier Jeneral Khairi Mohd. Alwee Said, manakala JPAM negeri diwakili pegawainya, Mejar Mohd. Saiful Azam Ismail. Akhbar hari ini melaporkan polis menahan empat suspek termasuk dua daripadanya didakwa terlibat dalam kes menyamar sebagai pegawai polis sebelum menyamun dan merogol seorang wanita berusia 29 tahun di Klang. Salah seorang daripada empat ditahan itu merupakan anggota Rela yang dipercayai telah meminjamkan garinya kepada dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu. Tun Hisan menjelaskan, orang ramai boleh mengenal pasti identiti seorang anggota polis berdasarkan personaliti mereka yang sentiasa berpakaian kemas dan bersih berbanding individu yang menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Peluang buat kajian, terbit buku sejarah Posted: Peluang buat kajian, terbit buku sejarahPeluang buat kajian, terbit buku sejarah
|
BEBERAPA orang anak sukarelawan asing mencuba mengkukur kelapa dalam acara tradisional di Muzium Negara, semalam.
|
KUALA LUMPUR 5 Mac – Skop kerja para sukarelawan di Muzium Negara akan diperluaskan bagi memanfaatkan sepenuhnya kemahiran mereka dalam usaha memperkasakan budaya dan warisan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihaknya berharap sukarelawan yang dipilih dapat terlibat sama dengan beberapa kajian dan penerbitan buku yang sedang dijalankan. "Ada beberapa sukarelawan di sini yang mahir dalam bidang kajian sejarah dan penerbitan. "Jika boleh, saya mahu sukarelawan ini yang terdiri daripada rakyat pelbagai negara menerbitkan buku mengenai sejarah Malaysia dalam bahasa mereka sendiri," katanya ketika ditemui sempena Majlis Graduasi Sukarelawan Muzium di sini hari ini. Pada majlis itu, seramai 45 sukarelawan menerima sijil masing-masing setelah mengikuti latihan selama enam bulan. Selain penduduk tempatan, sukarelawan ini turut terdiri daripada rakyat Britain, Jepun, Perancis, Belanda dan Iran. Sebelum ini, sukarelawan muzium hanya bertindak sebagai pemandu pelancong bagi menyampaikan maklumat kepada pelancong dari negara asal mereka. Mengulas lanjut perkara itu, Ibrahim bagaimanapun memberitahu, kerja tersebut juga bergantung kepada kepakaran dan kemahiran individu itu sendiri. "Sekiranya sukarelawan itu tidak boleh menerbitkan buku, kita masih memberi peluang kepada mereka untuk mengisi kekosongan sebagai pemandu pelancong di muzium lain dalam negara ini," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Taja 5,000 naskhah Utusan kepada SK Jalan U3 Posted: Taja 5,000 naskhah Utusan kepada SK Jalan U3 Taja 5,000 naskhah Utusan kepada SK Jalan U3
|
TENGKU Shaiffuliazan (kanan) menyerahkan replika tajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Abdullah Sa'adon sambil diperhatikan oleh Zukifli Nordin (dua dari kanan) di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Taman Subang Perdana, Selangor, semalam.
|
SHAH ALAM 5 Mac – Konsortium Pengusaha Melayu Selangor (KPMS) menaja 5,000 naskhah Utusan Malaysia untuk diagihkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3, Taman Subang Perdana di sini. Replika cek tajaan itu disampaikan oleh Pengerusi KPMS, Datuk Tengku Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin kepada Guru Besar sekolah itu, Abdullah Sa'adon sambil disaksikan oleh Pengurus Pemasaran Wilayah Tengah Utusan Melayu (M) Berhad, Rosman Zulkifli sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah itu hari ini. Turut hadir Bendahari KPMS, Datuk Zukifli Nordin. Tajaan akhbar itu adalah untuk akhbar keluaran hari Isnin, Selasa dan Rabu sepanjang tahun ini. Tengku Shaiffuliazan berkata, tajaan akhbar berkenaan adalah antara usaha pihaknya bagi memastikan murid-murid sekolah itu khususnya di tahun enam mendapat maklumat dan pembelajaran yang terbaik untuk kecemerlangan pendidikan dan masa depan mereka. Ini kerana katanya, Utusan Malaysia dilihat mampu membantu meningkatkan pemahaman murid dalam setiap mata pelajaran menerusi sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP). "Pihak konsortium berharap dengan penajaan akhbar ini, murid-murid dapat memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan ini untuk terus mencapai kecemerlangan pendidikan," katanya. Beliau seterusnya menyeru murid-murid supaya tekun dalam pelajaran dan berusaha menjadi murid cemerlang sehingga ke peringkat pengajian tinggi selain tidak lupa menghormati jasa dan sumbangan para guru," ujarnya. Selain penyampaian replika cek tajaan itu, sebuah syarikat korporat, Hanson Building Materials (M) Sdn. Bhd. turut menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada Biro Kebajikan sekolah itu khususnya untuk pendidikan khas sekolah berkenaan pada majlis tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan