Utusan Online - Keluarga Posted: 19 Mar 2011 01:18 PM PDT Cinta suami kekuatan Norsaflezah Posted: Cinta suami kekuatan NorsaflezahCinta suami kekuatan Norsaflezah Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my Foto HAFIZ KHOSMAT
|
NORsaflezah, Muhd Nur Niqman, Mohd Nur Side, dan Muhd Nur Syafeeq saling memberi sokongan dan tidak pernah menganggap kanser penghalang kebahagiaan keluarga mereka.
|
Sewaktu bertemu Norsaflezah@ Salhani Md Saleh, 35, dua tahun lalu, dia nampak berisi dan rambutnya masih lebat. Berbeza dengan penampilannya kini yang kelihatan kurus dan sedikit botak. Mungkin ada antara kita yang mengenali Presiden Persatuan Mutiara Kanser Payudara (PMKP), walau sakit dan perit sekali pun dia masih mampu tersenyum dan memenuhi undangan media. Norsaflezah dan suami mahu membantu dan memberi motivasi kepada mereka yang berdepan dengan penyakit kanser. Tidak sekadar aktif menggerakkan persatuannya, Norsaflezah bersyukur kerana masih berkesempatan bersama keluarga sehingga ke hari ini. Sakit dan perit yang ditanggungnya hampir sepuluh tahun membuktikan suami di sisi sanggup berkorban apa sahaja demi isteri. Anak-anak pula seakan memahami. Mereka berasa cukup dengan apa yang ada. Norsaflezah bersyukur kerana dikurniakan suami yang amat menyayanginya. Mohd Nur Sidek, 56 yang bekerja dengan syarikat minyak serta anak-anak, Muhd Nur Niqman, 12, dan Muhd Nur Syafeeq, 11 tahun banyak memberi semangat. Galakan Masih segar dalam ingatannya selepas menjalani rawatan kemoterapi, kepalanya botak dan anak sulungnya yang ketika itu berusia tiga tahun menyatakan dirinya tidak ubah seperti makhluk asing. "Saya menangis kerana tahu kata-kata budak jujur. Tidak lama selepas itu suami membawa anak keluar dan apabila balik mereka bertiga semuanya membotakkan kepala. Niat suami mahu saya tidak rasa terasing. "Begitu juga dengan gaya. Kalau dulu saya kelihatan betul-betul macam makhluk asing, tetapi suami memberikan galakan supaya saya berhias dan berfikiran positif," katanya. Bagi Norsaflezah, hidupnya berubah selepas menubuhkan PMKP di mana dia lebih positif dan aktif. Selepas menderita kanser payu dara, dia berdepan dengan kanser tulang yang tidak membolehkannya bergerak cergas. Sehingga ke hari ini, kanser yang berada dalam tubuhnya belum mati dan dia masih menjalani rawatan seperti pesakit lain. Selepas melalui pengalaman itu, Norsaflezah percaya kesakitan rawatan tidaklah sesukar mana untuk ditempuhi. Sebaliknya yang menjadi musuh dan ketakutan pesakit adalah mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Perubahan Anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga menasihatkan wanita agar lebih sensitif kepada sebarang perubahan diri. "Walaupun kajian menetapkan siapa yang yang lebih berisiko menghidap barah, tetapi ia tidak semestinya benar dalam dunia nyata. Justeru, kita perlu bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan takdir sejak usia muda lagi," katanya yang ditemui di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Selangor baru-baru ini. Mengakui dirinya tidak boleh duduk diam, dia mahu orang ramai faham yang kanser bukan penyebab utama kematian pesakit tetapi yang menjadi pembunuh ialah diri sendiri. Menerusi aktiviti PMKP, Norsaflezah mahu generasi muda mempunyai pengetahuan pemeriksaan payu dara sendiri. Bagi yang berkahwin, dia menasihatkan agar suami tahu tentang pemeriksaan benjolan pada payu dara. "Jika masing-masing ada pengetahuan, pesakit akan lebih positif. Bahkan orang sekeliling boleh saling memberi motivasi," ujarnya. Dalam pada itu, Mohd Nur Sidek yang berkongsi pengalaman sepanjang sepuluh tahun menemani Norsaflezah berdepan dengan cabaran kanser, menasihatkan suami atau ahli keluarga pesakit memahami emosi pesakit. Sebagai suami dan orang yang paling rapat, jangan putus memberi sokongan dari aspek emosi dan perubatan. "Kita jangan panik atau putus asa kerana orang yang sakit mahu kita lebih kuat daripada mereka. Jika kita lemah, maka hilanglah tempat mereka mendapat sokongan emosi. ''Dalam hal ini, saya banyak berserah kepada Allah dan melakukan perkara yang mampu buat Norsaflezah. Sabar dan kasih sayang merupakan kunci utama kita bahagia dalam rumah tangga walaupun dugaan yang datang itu sangat menguji diri kita. '' Sebagai manusia, kita perlu mencari nikmat di sebalik kedukaan itu," katanya yang turut aktif dalam PMKP. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dunia kereta api mengasyikkan Posted: Dunia kereta api mengasyikkan Dunia kereta api mengasyikkan Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT Foto WAHIDAH ZAINAL
|
Azman berhajat untuk melengkapkan set keretapi yang mengambil kos antara RM30,000 hingga RM50,00 satu masa nanti.
|
SEJAK dari sekolah rendah lagi, Azman Ahmad Shaharbi begitu teruja apabila melihat kenderaan yang mempunyai rantaian gerabak serta bergerak di atas landasan. Dia kagum tentang cara operasi dan reka bentuk luaran pengangkutan itu. Disebabkan semangat ingin tahu itu juga Pengurus Besar Perkhidmatan Kargo, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu kini mampu tersenyum. Mengimbas cerita lampau dan cita-cita semasa zaman sekolahnya untuk sentiasa 'dekat' dengan keretapi, Azman berkata: ''Mungkin kelakar sedikit bunyi impian saya itu tapi bila diingatkan kembali, disebabkan minat itu juga saya sanggup buat apa saja untuk ke mana-mana negara yang menyediakan perkhidmatan keretapi.'' Dia berkongsi cerita tentang kesanggupannya membelanjakan wang untuk menjadi antara orang pertama menaiki keretapi berkelajuan tinggi dari London ke Paris sekitar tahun 1994. Melalui Channel Tunnel yang dibina di dasar laut memisahkan antara Britain dan Perancis, sememangnya ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Tambahan pula ditemani dengan lawak jenaka badut dan persembahan istimewa sepanjang perjalanan tiga jam itu, menjadikan pengalaman itu cukup istimewa buat Azman. 'Pelaburan' sebanyak RM700 untuk membeli tiket pergi balik dirasakan cukup berbaloi. Aktiviti 'melancong' menggunakan perkhidmatan keretapi tidak terhenti di situ. Dia memanjangkan pengalaman ke merata tempat termasuk menikmati Shanghai Maglev Train atau Shanghai Transrapid yang mempercepatkan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, China. Disebabkan kesungguhan itu, tidak hairanlah kalau anak kelahiran Ipoh, Perak itu mempunyai lebih 20 replika keretapi pelbagai jenis dan rupa. Koleksinya terdiri daripada tiga jenis iaitu kargo, kelajuan tinggi (ETS) dan kabin penumpang yang juga dilengkapi koc. Biarpun enggan berkongsi 'kos' hobinya itu, yang pasti ia menuntut modal yang tinggi. ''Saya mengimpikan satu set model keretapi lengkap dengan terowong, lampu trafik, rumah kedai, marina, jambatan, landasan yang punya jalan cerita sendiri. Sementara, kos keseluruhan untuk tujuan itu berjumlah antara RM30,000 ke RM50,000. ''Setiap kabin bernilai RM200 dan memerlukan tiga kabin. Itu tak termasuk aksesori lain yang membantu menampakkan set kelihatan lebih hidup,'' katanya yang bertuah mendapat pemantauan khas dari jurutera, Rizat Rahim untuk pelaksanaan tersebut. Antara koleksi model keretapi yang turut dipamerkan di ruangan kecil bersebelahan bilik pejabatnya ialah unit lokomotif pelbagai guna, diesel lokomotif, elektrik lokomotif, jentera pemadat landasan, model KTMB Bunga Raya 201.01 dam Eurostar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 19 Mar 2011 09:33 AM PDT 14 ditahan salah guna dadah Posted: 14 ditahan salah guna dadah14 ditahan salah guna dadah Oleh Farik Salleh utusanjohor@utusan.com.my KOTA TINGGI 18 Mac – Seramai 14 orang termasuk seorang wanita ditahan kerana terbabit kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dalam tiga serbuan yang dilakukan polis dalam tempoh 24 jam. Operasi pertama kelmarin oleh tujuh anggota polis diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Asisten Supritendan Mohd. Haidzir Che Pa telah membuat beberapa serbuan di Felda Bukit Aping Timur di sini. Dalam serbuan 'Ops Tapis' bermula pukul 3 pagi hingga 12 tengah hari itu, seramai 10 penagih dadah berusia antara 20 hingga 45 tahun itu dicekup. Hasil soal siasat kemudian membawa kepada serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Bakawali, Felda Ulu Tebrau di Ulu Tiram yang membawa kepada penangkapan dua penagih dadah berusia 43 dan 44 tahun yang disyaki turut menjadi pengedar dadah. Polis turut menemui satu bungkusan berisi serbuk kuning seberat 135 gram dipercayai heroin dan satu lagi bungkusan seberat 1 gram dipercayai syabu. Kedua-dua mereka dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk membantu siasatan mengenai rangkaian pengedaran dadah di sekitar daerah ini Pada pukul 3.30 pagi keesokannya, Ketua Balai Polis Mawai, Sarjan Ibrahim Mamat bersama tiga anggota lain berjaya mengesan sebuah kenderaan yang digunakan seorang lagi suspek pengedar di kawasan Felda Bukit Aping Barat di sini. Kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang dipandu suspek berusia 32 tahun dan turut membawa seorang wanita berusia 22 tahun itu ditahan dan hasil pemeriksaan menemui ketulan daun mampat dipercayai ganja seberat 28 gram, dadah dipercayai heroin seberat 25 gram, dadah dipercayai syabu seberat 0.5 gram dan ketamin seberat 0.5 gram. Difahamkan, lelaki yang baru keluar Penjara Penor, Pahang pada September tahun lalu atas kesalahan dadah itu mengaku telah beberapa kali menjalankan pengedaran dadah di sekitar Felda Bukit Aping dan Felda Gugusan Tengaroh di Mersing. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan 13 lelaki dan seorang wanita ditahan di sekitar Kota Tinggi dan Johor Bahru kerana terbabit dalam kegiatan dadah. Katanya, empat daripada suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Remaja hilang selepas keluar makan Posted: Remaja hilang selepas keluar makanRemaja hilang selepas keluar makan
|
Nurfarahin menunjukkan foto adiknya, Nurfatin Amalina Asa'ri yang tidak pulang ke rumah sejak 9 Mac lalu.
|
KOTA TINGGI 18 Mac - Sesiapa yang mengenali gadis berusia 17 tahun, Nurfatin Amalina diminta dapat memujuknya agar kembali ke pangkuan keluarga selepas dia menghilangkan diri sejak lebih seminggu lalu. Bapanya, Asa'ri Muhammad, 51, dari Kampung Makam dekat sini berkata, anak kedua daripada empat beradik itu hilang tanpa sebarang pesanan atau nota sejak 9 Mac lalu sehingga kesihatan dia dan isterinya, Zalina Golek, 40, terjejas kerana terlalu rindu dan bimbang. Dia telah membuat laporan polis sebaik menyedari kehilangan anaknya yang dipercayai keluar rumah di Taman Koguna pada pukul 8.30 malam apabila dijemput sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tidak dikenali untuk keluar makan. "Tetapi saya dan ahli keluarga tidak perasan jenis kereta itu atau siapa di dalamnya. Sebelum hilang dia memakai baju kolar berbentuk V hitam, baju panas hitam serta berseluar coklat," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Tambah Asa'ri, ahli keluarga mula berasa risau apabila Nurfatin Amalina masih belum pulang walaupun sudah lewat malam dan tidak menjawab panggilan telefon, malah dia turut menghubungi dan mencari rakan-rakan sekolah anaknya. "Amalina ada buat missed call pada saya pada Jumaat lalu (11 Mac) tapi bila saya cuba panggil balik gagal dan ini menjadi tanda tanya," katanya lagi. Kakak sulung Nurfatin, Nurfarahin, 21, berkata, setakat ini tiada sebarang perselisihan faham berlaku dalam keluarganya dan dia memohon orang ramai yang dapat membantu mencari adiknya itu menghubungi keluarganya di talian 017-7236049 atau 07-8834 610. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan gadis tidak pulang ke rumah dan siasatan sedang giat dijalankan. "Siasatan itu juga termasuk menemu bual rakan-rakan sekolah dan kenalannya dan saya juga menyeru kepada orang ramai jika terjumpa atau mengetahui lokasi gadis ini berada agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau ahli keluarganya" katanya lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Ratu Posted: 19 Mar 2011 01:45 AM PDT Misi Habibul Posted: 18 Mar 2011 07:24 PM PDT Ratu Kenang keringat ayah, eksport Orang Kampung seantero duniaKEDUDUKAN sebagai anak sulung membuatkan dirinya bersikap matang sejak usia muda lagi. Dari awal, personaliti ini mengerti besarnya harapan ibu bapa terhadap dirinya dalam menjaga keluarga dan memajukan perusahaan diasaskan bapa.
Itulah yang sentiasa tersemat dalam fikiran Pengarah Urusan OK Group, Habibul Ajmi Manggar, 33, dalam melaksanakan tanggungjawabnya menguruskan perniagaan dan bertindak sebagai 'ketua' kepada keluarga besarnya sejak pemergian bapa pada 2008.
Sebelum mengambil alih tanggungjawab daripada Allahyarham Datuk Manggar Haniff, Habibul sudah menerima pendedahan terhadap operasi perusahaan yang diasaskan sejak 1994 itu. Malah, berbelas tahun sebelum tertubuhnya syarikat yang kini diterajuinya, Habibul sering membantu bapanya yang ketika itu bekerja sebagai guru dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Pada peringkat awal menceburi perniagaan produk tradisional, proses penghasilan produk hanya dijalankan di kawasan belakang rumah di Merlimau, Melaka. Atas sambutan menggalakkan, Allahyarham Manggar kemudian menubuhkan syarikat Orang Kampung Sdn Bhd yang menjadi peneraju pengeluar produk berasaskan herba di peringkat tempatan. Habibul pula meneruskan pengajian ke peringkat diploma dalam jurusan teknologi pemakanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas tamat sekolah menengah. Belum sempat Habibul menyambung pengajian di peringkat ijazah, tugas menguruskan perniagaan diserahkan kepadanya.
"Sebenarnya, saya lebih minat kepada bidang seni dan bercadang untuk belajar lebih tinggi dalam jurusan seni. Tapi, ketika memilih jurusan untuk diploma, saya terpaksa menurut permintaan ayah yang mahu saya mengambil jurusan teknologi pemakanan.
"Habis pengajian peringkat diploma, saya bercadang untuk berehat-rehat dulu di kampung sementara menanti tawaran menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Tetapi, berlainan pula apa yang dirancang ayah. Beliau sudah memasang 'strategi' supaya saya berjinak-jinak dalam pengurusan syarikat," katanya ketika ditemui sisipan Sabtu di Merlimau, Isnin lalu.
Ketika itu, jenama Orang Kampung semakin dikenali ramai dan pasarannya makin meluas. Manggar sudah memberi bayangan bahawa Habibul perlu bersiap-sedia untuk mengambil alih peranannya dalam syarikat.
"Saya disuruh memerhati dan belajar dari setiap peringkat dalam operasi syarikat supaya lebih faham bagaimana perjalanan perniagaan ini. Selepas itu, barulah saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bahagian pemasaran manakala beliau memberi tumpuan kepada bidang pengeluaran.
"Walaupun hasrat saya sebenarnya untuk melanjutkan pengajian, namun saya tetap akur dengan permintaan ayah, lebih-lebih lagi bila keadaan kesihatannya yang tidak menentu," jelas anak sulung daripada 12 orang adik-beradik ini.
Sempat kira-kira tujuh tahun berganding bahu bersama bapa memajukan perusahaan Orang Kampung hingga memperoleh pencapaian membanggakan, Habibul kemudian terpaksa memikul tugas besar itu sendirian apabila bapanya meninggal dunia akibat angin ahmar.
Cerita Habibul, kira-kira 11 tahun dulu, dirinya masih mentah dalam selok-belok perniagaan dan terpaksa berusaha keras bagi mendapat keyakinan orang di sekeliling yang rata-ratanya lebih berusia. Sekarang, hubungan beliau dan kakitangan OK Group ibarat sebuah keluarga besar dan masing-masing mengambil berat mengenai prestasi syarikat milik 100 peratus Bumiputera ini.
"Banyak prinsip dan cara kerja yang diamalkan arwah ayah saya jadikan panduan. Ayah seorang yang tegas dan ingin menjadi pelopor dalam sesuatu perkara.
"Dulu, ketika beliau hendak memperkenalkan minuman herba dalam tin, ramai seperti tidak yakin dengan idea ayah. Tapi, semua itu tidak menghalangnya merealisasikan idea itu. Lihat sekarang, berapa ribu pengeluar lain turut melabur dalam industri seperti ini hingga ia berkembang pesat," ujar Habibul.
Meminjam semangat ayahnya itu, Habibul juga mahu 'menongkah arus' dan melakukan pembaharuan dalam OK Group demi menembusi pasaran global. Sebagai contoh, selain produk minuman berasaskan herba, syarikat itu turut mengeluarkan produk untuk kecantikan dan kecergasan. Malah, syarikat itu akan melabur dalam bidang penghasilan produk farmaseutikal serta makanan tambahan.
Beberapa syarikat lain dalam OK Group turut diuruskan adik-beradik Habibul menjadikan perjalanan perusahaan ini lebih teratur kerana persefahaman yang terpupuk dalam diri anak-anak Datuk Manggar dan Datin Hasbunah Mhd Zainudin.
Dorongan isteri pengaruhi kejayaan
BERKUNJUNG ke kediaman ahli perniagaan berwawasan ini dan bertemu keluarganya, dapat dilihat sikapnya yang mendahulukan keluarga dalam semua perkara.
Habibul dan isteri, Umi Rafidah Ismail, 31, serta tiga anak mereka yang semuanya lelaki - Danial Hakimi, 8, Afeef Iman, 5 dan Alief Najmi, 3, menetap bersama-sama ibunya di kediaman yang menjadi tempat bertapaknya perusahaan Orang Kampung.
Jarak di antara rumah mereka dengan pejabat dan kilang juga tidak jauh, memudahkan Habibul pulang menjenguk keluarga.
Biarpun kedudukannya sebagai Pengarah Urusan membuatkan dirinya sibuk, Habibul bertuah kerana selain sokongan ahli keluarga, dorongan dan bantuan daripada isteri menjadi faktor yang mempengaruhi kejayaannya.
Untuk memberi fokus dalam menguruskan anak-anak dan keluarga, Umi baru-baru ini berkira-kira untuk meletakkan jawatan sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah.
"Kalau diikutkan, sudah lama sebenarnya saya hendak berhenti kerja. Namun, memandangkan urusan kerja dan rumah tangga masih boleh ditangani dengan baik, saya tangguhkan dulu niat itu.
"Cuma, apabila mengandung anak keempat ini, saya perlu lebih banyak berehat dan lebih banyak waktu untuk saya membantu suami menguruskan keluarga," katanya.
Sejak berkenalan selepas zaman sekolah menengah dulu, Umi dan Habibul berkawan rapat kerana kedua-duanya melanjutkan pengajian di universiti sama dan berasal dari negeri sama.
Kata Umi, pada awalnya, beliau menganggap Habibul sebagai teman rapat dan tidak menyangka beliau meminatinya. Perasaan sayang itu lambat laun timbul selepas melihat kesabaran Habibul melayan kerenahnya serta mengambil berat mengenai dirinya. Percintaan mereka membawa mereka ke jinjang pelamin ketika masing-masing berusia 24 tahun dan 22 tahun.
"Kami berkahwin pada usia yang agak muda. Arwah ayah saya ini jenis yang berpegang kuat kepada agama. Beliau tidak mahu kami berkawan terlalu lama, jadi beliau menyuruh kami berkahwin awal," jelas Habibul.
Dalam mendidik anak-anak, Umi berkata, latar belakangnya sebagai pendidik membuatkan beliau agak tegas dengan anak-anak. Namun, lumrah anak-anak membesar, mungkin biasa berdepan 'ketegasan Umi, tiga 'heronya' itu menjadi lali hingga kadangkala sukar dikawal kenakalan mereka.
"Apabila sampai tahap seperti ini, hanya arahan atau marah si ayah yang jarang-jarang didengari itu saja yang boleh membuatkan mereka mendengar kata," tambah Umi.
Setiap kali Habibul mempunyai masa lapang biarpun tempoh singkat, mereka akan menggunakan peluang itu untuk berkumpul di rumah, keluar makan, menonton wayang atau melancong bersama keluarga besar mereka.
Walaupun tidak terbabit secara langsung dalam perniagaan keluarga suaminya, Umi berkata, ada masanya beliau menjalankan promosi produk Orang Kampung kepada rakan dan kenalan yang ditemuinya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jom Makan!: Sajian 100 lauk Posted: 18 Mar 2011 07:19 PM PDT Ratu Resipi d'Timur serlah keunikan menu orang AsiaADA 100 jenis lauk-pauk setiap hari. Cukup untuk membuat anda kecur air liur dan rambang mata memilih. Keistimewaan itulah juga antara yang akan menggamit anda untuk berkunjung ke restoran Resipi d'Timur di City Bazar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Melihat lauk-pauk berderet di depan mata, pasti membuatkan anda teruja. Jika tidak tahu mana satu hendak mulakan dulu, cubalah dulu rendang Tok istimewa, disediakan Azizah Hamzah yang lebih senang dipanggil 'Emak' oleh pekerja di restoran itu.
Kata Azizah, resipi tradisional rendang Tok itu diwarisi daripada emaknya yang berasal dari Perak. Rahsia rasanya yang enak dan berperisa disebabkan penggunaan rempah ratus secukupnya. Bagi menampung permintaan pelanggan yang tinggi setiap hari, Azizah lazimnya menggunakan 10 kilogram daging lembu untuk menyediakan sajian itu. Pilihan istimewa lain ialah hidangan ayam percik disediakan Rezduan Chan. Lauk itu sememangnya membuka selera dan tidak menjemukan, walaupun dijadikan hidangan setiap hari.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Resipi d'Timur, Ridayu Jalal, berkata kedua-dua tukang masak itu sememangnya berpengalaman dan mahir dalam menyediakan pelbagai jenis masakan.
Katanya, selain dua hidangan istimewa berkenaan, lauk gulai kawah juga adalah antara hidangan wajib yang disediakan setiap hari di restoran itu. Malah, ia bersesuaian dengan konsep hidangan nasi campur yang diperkenalkan di restoran itu.
"Nama Resipi d'Timur yang digunakan bukan bermakna restoran ini menyediakan hanya makanan dari pantai Timur. Ia bermaksud, masakan kita orang timur yang kaya dengan pelbagai resipi masakan. Kerana itu, hidangan disediakan, pelbagai cita rasa, dari yang pedas hinggalah manis dan berlemak," katanya.
Lauk-pauk lain yang boleh dinikmati di sini ialah ikan sembilang masak lemak cili api, ayam masak cili, paru goreng, asam pedas ikan pari, kari ayam, ikan bakar, sotong bakar dan pelbagai kerabu.
Aneka sup yang menambat selera juga disediakan, termasuk sup ekor, sup perut, sup ayam dan sup tulang. Selera pasti terbuka apabila dapat menikmati sup berkenaan yang dihidangkan panas. Jika tidak mahu makan nasi, pelanggan bolehlah makan mi, bihun atau kuey tiau bersama sup berkenaan.
Ridayu berkata, bagi memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih makanan digemari, restoran itu mengetengahkan konsep layan diri. Malah, bagi memudahkan pelanggan mengambil sajian disediakan, restoran itu menyusun atur makanan mengikut jenis masakan. Misalnya, jika ingin makan nasi campur, sederet lauk-pauk tersusun siap di sudut utama restoran itu manakala hidangan lauk-pauk bakar terletak di bahagian luar. Begitu juga lauk gulai kawah diletakkan di sudut berasingan yang mudah dilihat dan diambil pelanggan.
Restoran itu beroperasi dari jam 11 pagi hingga 10 malam setiap hari. Waktu makan tengah hari antara masa paling sibuk kerana kebanyakan pelanggan yang datang adalah mereka yang bekerja di sekitar kawasan berkenaan. Namun, sesekali restoran itu turut menjadi tumpuan kumpulan pelancong dari dalam dan luar negara yang singgah membeli-belah di kawasan itu.
Kata Ridayu, kedatangan pelancong dari luar negara ke restoran itu, secara tidak langsung dapat memperkenalkan masakan tempatan kepada masyarakat luar. Katanya, antara pengalaman lucu ada pelancong dari luar negara yang makan sehingga mengalirkan air mata kerana tidak tahan pedas. Semua itu gara-gara mencampurkan semua sambal pedas ke dalam nasi sedangkan ia sepatutnya dijadikan penyedap rasa.
Pada sebelah malam, hidangan istimewa yang disediakan ialah nasi lemak yang dibungkus secara tradisional dan harganya cuma RM2.00 satu. Untuk menambah keenakan makan malam, pelanggan boleh memesan hidangan laut bakar seperti ikan yang ada pelbagai jenis, pari, siakap, kembung dan tilapia air masin atau air tawar, sotong, lala dan kerang.
"Hidangan laut bakar itu dimakan bersama dengan sos istimewa yang dibawa khas dari Maran, Terengganu. Rasanya bukan saja berbeza dari yang lain tetapi membangkitkan lagi cita rasa," kata Ridayu sambil menambah pelanggan juga boleh mencuba satay pada malam hari.
Harga makanan amat berpatutan iaitu cuma RM7 ke atas bagi hidangan nasi campur. Menariknya, pelanggan yang membeli nasi campur bungkus boleh mendapat harga lebih murah daripada duduk makan di restoran itu dan tambah menarik, pada jam 3 petang hingga 8 malam, harga nasi campur menjadi lebih murah iaitu RM3.80.
Ridayu memberitahu, tawaran harga rendah itu adalah antara strategi promosi dilakukan bagi memperkenalkan restoran itu, yang baru beroperasi tiga bulan lalu.
Restoran boleh memuatkan 120 pelanggan pada satu masa dan turut menawarkan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Horizon Posted: 18 Mar 2011 09:37 PM PDT Bukan kembara hutan biasa Posted: Bukan kembara hutan biasaBukan kembara hutan biasa Oleh KUMARA SABAPATTY
DENGAN baju dan kasut senaman, gaya sekumpulan pelari ini memang tidak ubah seperti pelari maraton atau merentas desa. Ya, memang benar mereka akan berlari memasuki kawasan hutan dengan mengikut jejak petunjuk tertentu. Tetapi pada penghujung larian mereka bukannya ingin merebut hadiah kemenangan. Rupa-rupanya ia adalah aktiviti yang menyerupai larian pengembaraan dalam hutan beramai-ramai untuk bersuka ria dan sebagai satu riadah, bahkan akan diselitkan dengan aktiviti makan secara berkumpulan. Bagi yang masih baru dengan aktiviti tersebut ia lebih popular dengan panggilan hash atau hashing dalam kalangan penggemarnya. Turut dikenali The Hash House Harriers, ia adalah aktiviti sukan bersifat sosial yang mengambil perihal seperti arnab dengan anjing pemburu. Ini kerana dalam aktiviti hashing, anda akan menyertai sekumpulan pelari untuk mengejar dan mengesan jejak yang telah diletakkan sebagai petunjuk laluan. Kemudian ia disusuli berkumpul beramai-ramai untuk aktiviti sosial yang dikenali sebagai On In or Down Down dengan minuman penyegar, nyanyian beramai-ramai dan pesta sederhana sebelum bersurai. Dalam kebanyakan kumpulan Hashing, semua orang tidak kira, muda atau tua menyertainya kerana ia merupakan aktiviti bersama yang memberi peluang bersuka ria. Selain itu, Hashing merupakan salah satu cara untuk membebaskan stres selepas mengharungi hari-hari yang memenatkan minda kerana kerja atau pelajaran. AHLI Kelab DH3 tetap bersemangat memulakan larian biarpun hujan lebat di Ulu Yam.
Larian ke-1,356 Hari tenang dan nyaman diikuti cuaca panas sejak pagi tiba-tiba bertukar sejuk menandakan hujan lebat akan menyembah bumi tidak berapa lama lagi. Kawasan lapang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Hulu Selangor, Ulu Yam, Gombak yang yang selalunya sunyi tiba-tiba menerima kunjungan kereta satu persatu bermula pukul 4.30 petang. Hujan lebat tiba-tiba mengaburkan pemandangan kawasan lapang tanah merah itu lebih 45 minit, namun tanpa menghiraukan kelibat hujan itu sekumpulan ahli Kelab Damansara Hash House Harriers (DHHH) atau DH3 turun dengan pakaian senaman berseluar pendek dan panjang untuk mula memanaskan badan. Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang, kemudian lebih 30 orang yang terkumpul di situ memulakan larian. Menurut Ketua DH3, Grand Master Gary Seng, 48, Hashing adalah larian masa lapang yang dimulakan sejak pertengahan Januari 1985 oleh kelabnya yang ketika itu menyaksikan hanya lapan orang sahaja yang menyertai larian itu. Ia pertama kali dimulakan di Klang, Selangor. Katanya, kali ini mereka memulakan aktiviti Hashing dengan mengembara sejauh 8.5 kilometer dalam hutan Ulu Yam, Gombak yang juga merupakan larian ke 1,356. "Sejak hashing dimulakan sehingga kini ia sangat menyeronokan dan mencabar setiap kali memasuki kawasan berbukit dan hutan baru di sekitar Lembah Klang. Ini kerana mereka yang seringkali sibuk dengan kerja harian dapat melakukan aktiviti yang membolehkan mereka bersuka ria. "Saya menyertai hashing sejak tahun 1992 lagi iaitu lebih kurang 19 tahun, ia memberikan pelbagai pengalaman bermakna khususnya semangat setiakawan selain menenangkan minda dan tubuh yang menerima tekanan setiap hari," katanya. Menghargai flora dan fauna Tambah beliau, setiap aktiviti pendakian dan larian Hashing itu akan diserahkan kepada seorang ahli kelab DH3 secara bergilir, untuk menguruskan segala persiapan awal termasuk lokasi akan datang. Lokasi larian itu seharusnya dikelilingi persekitaran hijau selain ahli tersebut perlu terlebih dahulu melawat lokasi dan meletakkan kertas petunjuk sebagai check point untuk para Hasher mengikuti laluan itu tanpa sesat. "Apa yang mengujakan, ketika larian dalam hutan, kami juga akan merakam gambar spesies baru flora dan fauna. Selepas menamatkan Hashing itu, kami akan berkumpul menyegarkan badan dengan minuman sejuk. LARIAN hashing mengumpulkan peminat dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan usia.
"Lebih menarik setiap ahli kelab akan menceritakan gelagat dan kejadian pelik yang berlaku dalam kehidupan harian mereka baik di pejabat mahupun rumah. Beginilah caranya kami berkongsi pengalaman dan kisah masing-masing sambil berseronok dengan cara sihat," katanya. Kelab DH3 sahaja mempunyai lebih 100 ahli berdaftar dan menyertai aktiviti mingguan Hashing. Lebih membanggakan mereka turut menyertai Hashing peringkat antarabangsa setiap tahun misalnya di Manila, Australia dan sebagainya. Dalam pada itu, salah seorang ahli kelab itu, Thomas Chin, 43, berkata, penglibatannya dalam aktiviti Hashing bersama rakan lain sejak lima tahun lalu adalah sangat mengujakan. Pembekal ubat ke hospital kerajaan dan swasta dari Petaling Jaya itu, menceritakan setiap petunjuk check point akan diletakkan oleh pelari bertugas pada jarak setiap 100 meter atau 150 meter dalam hutan untuk memudahkan para pelari menjejaki dan menemui kertas putih yang mengandungi logo kelab DH3. "Hashing membawa semula keriangan zaman kanak-kanak kerana melaluinya kami dapat bersama rakan-rakan di sini sambil berborak, menyanyi dan melakukan pelbagai aktiviti yang sangat menyeronokkan. "Hashing setiap minggu melibatkan antara 10 hingga 12 kilometer dengan melatih laluan yang sukar di dalam hutan hanya kerana mahu mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan saya," katanya. Di penghujung setiap pengembaraan, mereka yang kepenatan akan dihidangkan dengan makanan dan minuman bertenaga, selain makanan ringan lain dan menghilangkan keletihan sambil berkongsi pendapat sesama mereka. Seorang lagi pelari, Penny Yap, 40, berkata, beliau merupakan seorang pekerja swasta yang sibuk dengan kerja harian serta menguruskan rumah mula tertarik dengan aktiviti Hashing menerusi kenalan rapatnya selepas menyedari ia merupakan aktiviti bersosial yang dapat memberi ketenangan kepada diri dan minda. "Hashing ini sangat menyeronokkan. Sejak menyertainya walaupun sibuk dengan urusan kerja harian, kami tetap mempunyai peluang mengisi masa lapang bersama rakan kelab untuk berlari.
|
INILAH petunjuk yang akan diletakkan di dalam hutan yang menjadi check point pelari.
|
"Setiap kali mencari trek misalnya tempat berbukit seperti Templer Park, kami memastikan pendakian atau larian itu lebih mencabar," katanya. Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Hash Kebangsaan, Murugan Menisamy, 61, pula menjelaskan aktiviti hashing adalah aktiviti untuk kecergasan, selain berlari dan bersukaria untuk menambah kenalan baru. Katanya, penyertaan beliau dalam hashing bermula sejak tahun 1970 sewaktu bekerja di sebuah ladang di Pulau Pinang. "Ketika itu sekumpulan warga Australia kira-kira 80 orang berlari sambil beraktiviti sosial di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Saya menyertainya selepas tertarik dengan cara aktiviti hashing tersebut. "Sehingga hari ini saya masih mengikuti hashing termasuk sehingga ke Muar, Johor. Bagi saya ia merupakan satu aktiviti sesuai untuk melepaskan tekanan selain mengekalkan kesihatan," kata pengurus ladang kelapa sawit itu. Katanya, sejak ditubuhkan pada tahun 1996 persatuan berkenaan mempunyai lebih 230 kelab yang berdaftar dan bilangan ahli melebihi 34,500 orang sehingga hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lambaian Langkawi Posted: Lambaian LangkawiLambaian Langkawi Oleh KARL SHAFEK IBRAHIM SHAFEK dan Fizo bersama ikan yu yang jinak di Pulau Payar.
TERKENAL sebagai destinasi percutian bertaraf dunia, Pulau Langkawi terus giat mengekal dan memperbaharui aset pelancongannya. Bukan sekadar diwarnai kisah legenda dan godaan aktiviti beli-belah bertaraf bebas cukai, permata Kedah itu terus menggamit hati pengunjung melalui pelbagai tarikan istimewa. Dilatari kekuatan kisah sumpahan Mahsuri suatu ketika dahulu, Langkawi sangat indah dengan pemandangan pantai membiru, gunung-ganang menghijau dan sawah padi yang terbentang luas. Mengelilingi keseluruhan pulau itu pastinya agenda wajib. Dari Pekan Kuah ke Pantai Chenang, hinggalah ke Padang Mat Sirat dan seterusnya ke Tanjung Rhu, pelbagai keseronokan sedia menanti. Itu belum lagi menilai satu persatu daripada rangkaian 99 buah pulau kecil yang bertaburan di sekitarnya. Antara yang menarik adalah Pulau Payar yang terletak 19 batu nautika di selatan Pulau Langkawi dan mengambil masa perjalanan kira-kira 45 minit menaiki feri dari Jeti Kuah. Ternyata ia adalah salah satu pulau yang cantik untuk dilawati untuk aktiviti air. Turut diwarta sebagai Taman Laut Pulau Payar, ia hanya dibuka kepada 120 orang pengunjung setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Pelbagai spesies ikan boleh ditemui ketika sesi snorkeling di situ, namun tarikan utamanya adalah berenang bersama ikan yu yang jinak! Dari atas jeti sudah dapat dilihat kelibat ikan yang disangka ganas itu kerana ia sering berenang hampir di permukaan air yang jernih. Terumbu karang di taman laut itu juga antara yang paling indah boleh didapati di pantai barat Semenanjung Malaysia. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu pilihan penyelam skuba untuk meneroka dunia dasar laut di Langkawi. Ternyata taman laut ini mampu memberikan kepuasan, tambahan lagi apabila dapat melihat ikan-ikan karang eksotik pelbagai jenis dan warna yang sangat menawan ketika menyelam. PEMANDANGAN indah Pulau Langkawi yang boleh dilihat sewaktu berada di pelantar Gunung Machincang.
Ke puncak gunung Selain Gunung Raya, Gunung Machincang yang dinamakan sempena kisah legenda tempatan juga menjanjikan keunikan pemandangan indah seluruh Langkawi. Di kaki gunung itu terletaknya Oriental Village yang menempatkan stesen kereta kabel untuk ke puncak gunung tersebut. Kenderaan itu membawa pengunjung ke ketinggian 708 meter dari aras laut dan jarak yang menghubungkannya ke puncak Machinchang adalah 2.2 kilometer. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak gunung, mata disajikan dengan pemandangan hutan hujan yang menghijau, Air Terjun Telaga Tujuh, laut membiru dan kumpulan pulau-pulau yang membentuk Pulau Langkawi. Saat mendekati Stesen Tengah pula, pemandangan indah formasi batuan unik yang berumur sekitar 450 juta tahun boleh dilihat. Sementara itu, di stesen teratas, pengunjung boleh bersiar-siar di pelantar tinjau yang melengkung di puncak Gunung Machincang. Sesiapa sahaja pasti kagum dengan pemandangan yang dramatik dari pelantar berukuran 125 meter panjang itu. Keju Langkawi Sesuatu yang memeranjatkan apabila diberitahu bahawa di Langkawi juga ada pusat penghasilan keju mozarella! Proses penghasilan keju daripada tenusu kerbau itu dilakukan di destinasi agro-pelancongan, Kampung Nyior Chabang yang telah dibangunkan sebagai pusat penternakan kerbau pada tahun 2004. Lebih dikenali sebagai Buffalo Park Langkawi, di situ terdapat beberapa pengusaha yang menghasilkan produk keju dan kini ia semakin mendapat perhatian.
|
PELANCONG boleh memberi makan ikan sewaktu berkunjung ke Pulau Payar.
|
Proses penghasilan keju itu melalui beberapa tahap sebelum ia sedia untuk dipasarkan. Menyaksikan sendiri langkah dan kaedah keju dihasilkan merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Kini, tidak perlu lagi kita ke Itali untuk melihat cara keju dibuat! Kalau punya waktu terluang, singgahlah ke Kompleks Kraf Langkawi di Teluk Yu yang menjadi pusat sehenti produk-produk kraf tangan keluaran tempatan. Daripada batik, ukiran kayu sehinggalah ke kristal Langkawi yang autentik boleh didapati di situ. Lebih menarik, pengunjung akan ditunjukkan cara membuat hasil kraf berkenaan. Tanpa bayaran masuk dikenakan, kompleks itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Apapun yang anda lakukan, atau di mana sahaja persinggahan di Langkawi, pasti ada sesuatu yang istimewa untuk setiap pengunjung. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Hati Posted: 18 Mar 2011 07:10 PM PDT Serlah gaya feminin Posted: 18 Mar 2011 10:59 AM PDT SEPERTI penganjuran edisi sebelumnya, sambutan Hari Kraf Kebangsaan yang berakhir 7 Mac lalu di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, turut dimeriahkan lagi dengan acara peragaan koleksi fesyen terkini daripada usahawan seluruh negara. Penganjuran majlis peragaan fesyen kali ini yang mengangkat tema retro menampilkan Pucuk Rebung dari Pulau Pinang, Pua Indah (Selangor), Batras, AZ Mawar dan Aziz CB (Kelantan), Inaza Batik (Kedah), Century Fiesta Enterprise dan Dimu Designs (Kuala Lumpur), Ras Batik (Melaka) serta Jafiqa (Langkawi).
Berkongsi pentas peragaan pada sesi 5 Mac untuk memperagakan rekaan terkini masing-masing, Pucuk Rebung menampilkan himpunan batik kasual yang berkonsepkan kaftan moden dan baju labuh. Pereka yang juga pemiliknya, Roslan Hussin berkata, jika diteliti, koleksi ditampilkan banyak menyelitkan elemen retro dalam rekaan ringkas tetapi masih menyerlahkan gaya feminin pemakai. Untuk itu, Roslan memilih untuk menggunakan rona terang dan ceria seperti oren, hijau dan merah yang menimbulkan mood retro berkenaan. Katanya, koleksi kaftan batik Pucuk Rebung di ketengahkan kali ini berbeza daripada label lain kerana ia banyak bermain dengan garisan serta titik yang sinonim dengan kehidupan masyarakat Orang Asli.
"Motif dan teknik tradisional yang digunakan juga berbeza selain menggunakan potongan gaya Eropah. "Koleksi berkenaan turut diperlengkapkan dengan aksesori rantai dan beg tangan, manakala pakaian lelaki berkonsepkan kemeja kasual. "Keseluruhan himpunan kali ini banyak fabrik kapas, rayon, sifon dan dan kapas crepe yang mampu memenuhi pilihan gaya moden remaja masa kini," katanya. Jafiqa pula menampilkan koleksi batik kasual tradisional wanita dalam rekaan baju labuh, baju moden serta baju kurung tradisional manakala untuk lelaki, rekaan kemeja lengan pendek serta baju Melayu tradisional menjadi pilihan untuk diketengahkan. Rekaan label terkenal dari Langkawi itu menggunakan fabrik seperti kapas voile dan kasa Rubiah dengan rona merah jambu dan ungu sebagai rona pilihan. Batras Design dari Kelantan pula mencuri perhatian hadirin di Laman Wau dengan koleksi baju kurung moden yang dipadankan dengan seluar manakala untuk jejaka, himpunan kemeja lengan pendek menjadi pilihan. Koleksi yang sesuai untuk gaya santai itu hadir dalam rona retro seperti biru, oren dan kuning yang menarik. Innaza Batik pula selesa menampilkan koleksi pakaian batik kasual yang motif fabriknya dihasilkan daripada teknik ikat celup. Antara rekaan ditampilkan adalah jaket untuk acara santai, jaket ke pejabat, baju dengan hiasan butang besar serta pelbagai rekaan kemeja menarik untuk lelaki. Koleksi lelaki daripada Aziz CB dan Ras Batik juga tidak mengecewakan. Jika Aziz mengetengahkan rekaan kemeja lengan pendek terkini menggunakan teknik blok, Ras Batik pula menampilkan teknik jahitan tangan menggunakan benang berwarna. Selain itu, rekaan kaftan daripada AZ Mawar juga tidak kurang menarik manakala himpunan baju labuh dan pareo daripada Centre Fiesta serta Dimu Designs juga mampu memenuhi cita rasa wanita moden hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Rekaan inovasi, klasik Aigner Posted: 18 Mar 2011 10:37 AM PDT SERAKAN warna alam dan kecanggihan teknologi disatukan dalam koleksi terkini beg tangan serta aksesori Etienne Aigner (Aigner) yang nyata mencetuskan kontra unik bagi jenama dari Jerman itu. Kala alam semula jadi yang diterjemahkan daripada musim bunga dan panas kali ini digabungkan bersama
teknologi, Aigner hadir dengan rekaan inovasi namun masih mengekalkan beberapa ciri klasik pada setiap produknya.
Menerusi teknologi fesyennya, Aigner mempersembahkan rangkaian beg tangan yang tampak besar tetapi ringan dengan menggunakan sepenuhnya kulit anak lembu bersama beberapa perincian menarik seperti rantai kunci dan gancu.
Rangkaian Enchanted menjadi salah satu tumpuan utama, di mana warna yang memukau dengan gaya luarannya seakan kulit ular sawa lalu digabung bersama rona merah mawar dan biru laut.
Sememangnya ia tampak mewah tetapi bak kata Pengurus Butik Aigner Malaysia, Richard Loh, Enchanted tidak hanya memaparkan gaya anggun malah sesuai dipadankan untuk apa jua busana.
"Enchanted boleh dianggap sebagai pelaburan terbaik kerana ia boleh digayakan pada setiap musim serta dalam apa jua gaya.
"Menariknya, hanya ada tujuh beg tangan Enchanted di Malaysia kerana ia hadir dalam edisi terhad," ujarnya.
Aspek praktikal dan keselesaan turut menjadi elemen utama bagi Aigner dan beberapa himpunan lain seperti Zip-Up, Luna, Mono, Carre Soft dan Dragonfly nyata menyerlahkan identiti Etienne Aigner.
Tambah Loh, pengguna tidak akan rasa terbeban membawa beg yang berat biarpun koleksi ini mempunyai ruang penyimpanan yang banyak dan ada sebilangan-nya bersaiz besar.
"Menerusi teknologi rekaan dicipta di Jerman, beg yang digalas langsung tidak rasa berat walaupun di dalamnya terbahagi kepada beberapa ruang penyimpanan.
"Malah, kulit anak lembu yang digunakan sepenuh-nya pada semua beg Aigner tidak akan terjejas walaupun pengguna menyimpan pelbagai barangan di dalamnya.
"Lebih penting apabila rekaan, fabrik dan material yang ada pada setiap beg Aigner tidak lapuk ditelan arus kerana ia direka untuk kegunaan jangka panjang," katanya.
Selain beg tangan dan aksesori untuk wanita, Aigner tidak ketinggalan menghidangkan beberapa koleksi maskulin untuk lelaki antaranya beg kembara dan beg sandang.
Tambah menarik apabila Aigner turut mampu dimiliki memandangkan harganya yang berpatutan serta boleh dibayar ansuran bagi tempoh 12 bulan andai menggunakan kad kredit CIMB. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan