Imigresen Johor 7 wanita asing salah guna pas lawatan
Imigresen Johor 7 wanita asing salah guna pas lawatan
19/03/2011 6:25pm
JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Johor menahan tujuh wanita warga asing dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Nusa Bestari di sini semalam.
Penolong Pengarahnya Masri Adul berkata mereka yang terdiri daripada empat rakyat Vietnam dan tiga warga Filipina serta berusia antara 22 dan 36 tahun itu ditahan kerana menyalah guna pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan.
"Ada di antara mereka cuba melarikan diri melalui pintu rahsia namun gagal kerana kami telah memantau tempat itu selama sejam sebelum serbuan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Salah seorang daripada mereka juga dikesan cuba menyembunyikan diri dalam kereta milik majikan, katanya.
Kes disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1963 kerana bekerja tanpa dokumen sah dan semua mereka dibawa ke Depoh Imigresen Pekan Nanas untuk tindakan lanjut. — Bernama
KUCHING — Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, demikian diumumkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.
Katanya, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng baru-baru ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya pada persidangan akhbar bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.
Pengumuman Taib itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.
Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini. — Bernama
PETALING JAYA — Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO) hari ini melancarkan Tabung Bantuan Gempa Bumi dan Tsunami NCWO-Jepun untuk membantu mangsa yang terjejas akibat bencana kembar itu di Jepun minggu lepas.
Presidennya, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin berkata, pertubuhan itu akan menggerakkan anggota gabungannya untuk mengutip dana mengisi tabung sebanyak mungkin.
Sharifah memberitahu sidang akhbar di sini, beliau gembira kerana hanya selepas tiga hari NCWO mengutus surat rayuan kepada anggotanya, pertubuhan itu berjaya mengumpul sejumlah RM27,860.
"Kami harap anggota NCWO akan terus mengumpul derma untuk mengisi tabung berkenaan sebelum tarikh tutup 7 April ini," katanya.
Kutipan akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang menyelaraskan tugas bantuan dan kemanusiaan bagi Malaysia. — Bernama
KUALA LUMPUR: Peraduan Mudah Menang Harian Metro minggu kelima terus mendapat sambutan hangat dengan empat lagi peserta yang memberikan jawapan tepat dan slogan terbaik dipilih sebagai pemenang bagi minggu terakhir peraduan itu, semalam.
Setiap pemenang bakal menerima hadiah mingguan berupa iPad 3G iaitu sebahagian daripada hadiah keseluruhan bernilai lebih RM350,000.
Minggu kelima itu menyaksikan lebih 12,000 penyertaan diterima, menjadikan jumlah keseluruhan 70,000 penyertaan sejak peraduan berkenaan dilancarkan pada 31 Januari lalu.
Pengarang Eksekutif Pengeluaran Harian Metro, Ahmad Salim Bachok berkata, semua pemenang mingguan dijemput menghadiri majlis pemilihan 20 pemenang utama yang bakal diadakan jam 3 petang pada 22 Mac ini di Balai Berita Kuala Lumpur.
Beliau berkata, nama pemenang utama yang dipilih pada petang Selasa depan itu akan disiarkan di akhbar ini dan mereka dikehendaki hadir pada Konsert Terima Kasih Harian Metro di Dataran Merdeka pada 26 Mac depan bagi menentukan hadiah yang bakal dimenangi.
"Setiap pemenang berpeluang membawa pulang sama ada dua kereta Peugeot, lapan pakej pelancongan destinasi antarabangsa atau 10 motosikal Honda Wave," katanya selepas membuat pemilihan pemenang mingguan sambil disaksikan Eksekutif Penjenamaan Harian Metro, Zurani Abdullah, semalam.
Jawapan yang betul untuk peraduan minggu kelima Mudah Menang bagi Isnin adalah C, Selasa C, Rabu C, Khamis B, Jumaat C dan Sabtu adalah B.
Berikut nama empat pemenang minggu kelima Peraduan Mudah Menang Harian Metro:
Mohd Hafizi Muhd Akhir, Blok 22-15-13, Taman Midah Ria, Jalan Midah 8A, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.
Azizar Bukhari, 3, Jalan Ru 12, Taman Rambai Utama, Bukit Rambai, 75259 Melaka.
Weenie Ab Kadir, A-3-10, Pangsapuri Seri Sentosa, Jalan SP 3/1, Seksyen 3, Saujana Puchong, Bandar Putra Permai, 47100 Selangor.
Nur Amalina Md Daut, c/o Credit Control & Supervision Public Bank Berhad, Tingkat 14, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Pihak urusetia turut menjemput ksemua pemenang dari Minggu 1 hingga Minggu 5 peraduan ini untuk menghadiri majlis pemilihan 20 pemenang utama Peraduan Mudah Menang di Balai Berita pada 22 Mac ini kerana penyampaian hadiah mingguan iPad kepada mereka akan turut diadakan pada majlis berkenaan.
Berikut adalah nama 16 pemenang dari Minggu 1 hingga Minggu 4:
Mohd Adli Mohammed Zailani (Selangor), Haslina Masni Mohamad Khotib (Pulau Pinang), Zainun Saat (Kelantan), Saiful Bahri Zakaria (Johor), Mohd Hafiz Halidi (Selangor), Aimi Syafiqah Ismail (Perak), Nurul Aiman Mohamad (Kelantan) dan Faezah Mohammad Shaffi (Negeri Sembilan).
Azlina Ab Aziz (Kelantan), Norlaila Hanuar (Negeri Sembilan), Mohd Amini Ahmad Sayuti (Perak), Rohapidah Harun (Kuala Lumpur), Syarifah Radziah Syed Khairuddin (Negeri Sembilan), Mohd Amran Mohd Arshad (Pulau Pinang), Sabitah Abu Bakar (Pahang) dan Izuana Mahmad Sani (Pahang).
KUALA LUMPUR: "Saya masih sayangkan dia dan kasihankan anak-anak," kata suami penyanyi Saida yang mahu mempertahankan perkahwinan dibina 15 tahun walaupun penyanyi itu mahu bercerai secara baik.
Mohd Ghazali Yahya Zikri, 40, (defendan) berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berhubung pendiriannya yang masih mahu menyelamatkan rumah tangganya dengan Saida di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Menurut ahli perniagaan itu, antara alasan Saida (plaintif) memohon bercerai termasuk mendakwa dia terlalu mengongkong dan tidak menjaga hati isteri selain tidak menghormati arwah bapa kakak penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza itu.
"Sebagai suami saya hanya menjalankan tanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak," katanya.
Dia berkata demikian ketika prosiding sebutan permohonan cerai oleh Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, yang difailkan pada 6 Oktober 2010.
Terdahulu, Saida menerusi peguam syarie Noor Azlina Che Hassan memberitahu mahkamah dia tetap dengan pendiriannya ingin bercerai secara baik.
"Jika defendan masih enggan berbuat demikian, anak guam saya memohon permohonan asal dipinda kepada bercerai secara fasakh bagi menjimatkan masa dan kos," katanya.
Menurutnya, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 itu ada berbincang dengan suaminya itu tetapi menemui jalan buntu. Peguam bela syarie Amli Embong mewakili Ghazali kemudian berkata, perbincangan dilakukan dengan kedua-dua pihak dalam keadaan emosi tidak stabil berikutan tiada orang tengah untuk menjernihkan keadaan.
"Sehubungan itu, kami mohon jawatankuasa pendamai ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan ini supaya perbincangan dijalankan dalam keadaan lebih terkawal," katanya.
Ghazali juga mengakui perbincangan tidak dapat dijalankan dari hati ke hati kerana masing-masing marah dan emosional.
"Saya cadangkan kami menjalani umrah bersama supaya lebih tenang menyelesaikan selesaikan konflik ini," katanya.
Bagaimanapun Suhaily menasihati Ghazali menyelesaikan masalah rumah tangganya dahulu kerana lebih afdal jika ibadat dijalankan tanpa persengketaan dan pertengkaran.
PARA pesawah menunjukkan tali air yang tidak diuruskan dengan sempurna dan menimbulkan pelbagai masalah ketika menanam padi di Kampung Bujang, dekat Sungai Petani, Kedah, semalam. - utusan/OPAT RATTANACHOT
SUNGAI PETANI 18 Mac - Gara-gara sistem pengairan air tidak sempurna sejak 14 tahun lalu, 7,757 hektar sawah di kawasan Bujang dekat sini menjadi 'padang jarak padang tekukur' kerana padi tidak menjadi.
Keadaan yang melanda sejak 1962 itu dikesan semakin parah, terutama pada musim tanaman padi bermula setiap tahun.
Lebih membimbangkan, ia memberikan kesan secara langsung kepada hampir 600 pesawah ekoran mereka tidak memperoleh hasil yang diharapkan.
Seorang petani, Abdullah Othman, 77, memberitahu, kawasan tersebut yang merupakan kawasan Skim Pengairan Ban Merbok bergantung sepenuhnya kepada taburan hujan.
Katanya, kemarau berpanjangan kebelakangan ini menyebabkan taburan hujan berkurangan dan mungkin boleh menjejaskan tanaman padi musim baru bermula penghujung bulan ini.
"Masalah ini berlarutan sekian lama dan belum ada jalan penyelesaian.
"Selain itu, keadaan di sini diburukkan lagi dengan tanah yang berasid dan masam. Padi yang ditanam tidak mampu mengeluarkan hasil, malah ada kalanya tidak menjadi sama sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Seorang pesawah, Zikri Othman, 49, pula berkata, disebabkan masalah pengairan yang tidak sempurna, pesawah mengalami kesukaran untuk memulakan proses menanam padi.
"Sehingga hari ini, sawah padi kering-kontang dan kami tidak dapat membajak sawah kerana ketika mahu melakukan proses membajak air sangat diperlukan untuk melembutkan tanah," katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya sistem pengairan yang sempurna dapat disalurkan dengan segera ke kawasan itu.
Bagi seorang anak petani, Md. Shukri Shuib, 32, ada di antara pesawah di kawasan itu tidak lagi mengusahakan sawah mereka secara serius selepas tidak memperoleh hasil seperti yang diharapkan.
"Kebanyakan petani terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.
"Anak-anak muda juga tidak berminat mengusahakan sawah di sini kerana keadaan persekitaran tidak mengizinkan," katanya.
Md. Shukri menambah, pihaknya pernah menyuarakan masalah itu kepada kerajaan negeri untuk membantu.
Bagaimanapun, ia tidak mendapat perhatian atau maklum balas daripada pemimpin kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian maju setanding dengan Belanda.
"Namun, agak mengecewakan apabila ia tidak diberikan perhatian langsung, malah wakil rakyat yang menjadi tempat bergantung harap, hilang entah ke mana," katanya.
PULAU PINANG 18 Mac - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang ditubuhkan bulan lalu akan menjadi satu platform baru untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di negeri ini.
Presidennya, Rahmad Isahak berkata, dalam melaksanakan misi dan visinya itu, KMPP menolak seratus peratus demonstrasi jalanan atau bantahan yang disifatkan hanya merugikan golongan itu sendiri.
Sebaliknya, kata beliau, KMPP akan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membantu orang Melayu di negeri ini yang menghadapi masalah, terutama berkaitan kebajikan, sosial, pekerjaan serta ekonomi mereka.
''KMPP merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang tiada kaitan dengan mana-mana parti politik. KMPP ditubuhkan khusus untuk membuat satu lonjakan dan paradigma baru bagi membantu orang Melayu di negeri ini supaya berdaya saing.
''Semuanya akan kita lakukan secara rundingan. Kita menolak sebarang bentuk bantahan atau demonstrasi jalanan kerana cara ini tiada kesudahannya dan tidak membawa apa-apa keputusan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir barisan Anggota Jawatankuasa KMPP yang telah dilantik.
Menurut Rahmad, pihaknya juga sedia membantu orang bukan Melayu di negeri ini yang memerlukan bantuan atau khidmat nasihat.
Sementara itu, kata beliau, KMPP yang ditubuhkan pada 16 Februari lalu itu kini sedang memproses 4,000 borang keahlian mereka yang berminat menyertai kongres berkenaan.
Jelasnya, keahlian KMPP dibuka kepada seluruh penduduk dan sesiapa yang tinggal di negeri ini dengan hanya perlu mengisi borang dan mengemukakan bayaran masuk RM10 dan yuran bulanan RM2.
''Justeru, orang ramai yang memerlukan bantuan atau khidmat nasihat berkaitan sebarang masalah berkaitan ekonomi atau perniagaan boleh terus ke pejabat KMPP di 410 E Jalan Jelutong di sini atau boleh menghubungi saya 019-4718509 atau Setiausaha KMPP, Mohd. Noor Abdul Kader 012-4129487.
''Bantuan yang kami sediakan bukan hanya untuk ahli sahaja, malahan mereka yang bukan ahli tetapi mempunyai masalah juga boleh datang kepada kami. Kami akan cuba membantu," katanya.
SEBAHAGIAN penduduk menunjukkan tebing Sungai Kerek yang runtuh akibat hakisan kepada Hazbul Hazani Daud (tiga dari kanan) di Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.
TASEK GELUGOR 18 Mac - Lebih 10 keluarga di Kampung Lahar Yooi di sini, kini dilanda kebimbangan berikutan masalah hakisan Sungai Kerek di perkampungan itu yang semakin serius sehingga mengancam keselamatan mereka.
Menurut penduduk, hakisan di sungai itu dikesan menjadi lebih teruk setiap kali hujan lebat apabila arus deras air sungai memukul tebing sehingga meruntuhkannya ia sedikit demi sedikit.
Malah, ada penduduk yang mendakwa mengalami kerugian apabila hakisan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu menyebabkan tanah mereka semakin mengecil.
Sehubungan itu, penduduk mahu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera, termasuk mendalamkan sungai berkenaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Seorang penduduk, SulaimanMd. Daud, 65, berkata, kehidupan keluarganya tidak tenteram terutamanya pada musim tengkujuh kerana bimbang rumah mereka akan dihanyutkan air deras.
''Hakisan semakin menghampiri rumah dalam jarak lima meter sahaja dan kami sekeluarga kini hidup dalam kebimbangan mengenangkan rumah ini boleh dihanyutkan jika tiada tindakan dilakukan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Warga emas, Ahmad Abdul Rauf, 90, pula mendakwa, hakisan di tebing sungai itu menyebabkan beliau mengalami kerugian apabila keluasan tanah miliknya yang terletak berdekatan kawasan itu semakin berkurangan.
Lebih dikesali, katanya, masalah itu sudah diajukan kepada pihak berkenaan, tetapi sehingga kini tiada langkah sewajarnya dilakukan.
''Dulu kawasan ini menjadi tempat kanak-kanak bermain bola, tetapi sekarang ia telah dihakis dan menjadikan keluasan tanah sekitarnya juga semakin mengecil.
''Malah, pokok buah-buahan yang terdapat di situ juga telah musnah. Sekarang hakisannya menghampiri belakang rumah saya. Kami bimbang rumah akan dihanyutkan arus jika tiada tindakan segera dibuat," ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Othman Samad, 80, berkata, JPS pernah mendalamkan sungai itu, tetapi tidak membina benteng hakisan sehingga menyebabkan masalah tersebut berulang.
Sementara itu, Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud yang meninjau kawasan berkenaan, memberi jaminan perkara itu akan dipanjangkan kepada JPS supaya tindakan mendalamkan Sungai Kerek dapat dilakukan segera.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas hampir membunuh dirinya akibat tekanan melampau selepas ditipu 'tok guru' nombor ekor yang mendakwa beroperasi di sebuah rumah ibadat di Utara tanah air menyebabkannya kerugian lebih RM100,000.
Difahamkan, kejadian bermula selepas mangsa, bekas penjawat awam menerima risalah yang menyiarkan janji kosong untuk memenangi wang RM1.5 juta melalui cabutan empat nombor ekor pada November tahun lalu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ng, 72, terlalu taksub mempercayai dakwaan itu selepas membaca testimoni yang terkandung dalam risalah terbabit sebelum menelefon nombor telefon tertera bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mengubah nasibnya yang bergantung hidup pada wang pencen.
Menurutnya, gambar patung berhala pada risalah itu serta senarai pemenang nombor ekor menjadikannya yakin untuk menghubungi nombor telefon berkenaan.
"Seorang lelaki yang dikenali sebagai Lee menjawab panggilan itu dan dengan nada meyakinkan, dia menerangkan mengenai skim berkenaan yang akan membolehkan saya memenangi wang RM1.5 juta melalui pembelian nombor ekor.
"Saya memasukkan RM250 ke dalam akaun diberikan untuk mendaftarkan diri pada 15 November lalu," katanya ketika membuat pendedahan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.
Katanya, dia diminta memasukkan lagi RM360 dan RM500 dua hari berturut-turut dan pada 17 November lelaki itu menghubunginya untuk memaklumkan dia sudah memenangi cabutan nombor ekor bernilai RM1.5 juta.
Ng berkata, lelaki itu berjanji menghantar slip nombor ekor itu dan dia menerimanya melalui pos beberapa hari kemudian.
Bagaimanapun, katanya, lelaki berkenaan berkata dia perlu memasukkan sejumlah wang lagi bagi bagi urusan 'sembahyang', melindungi tiket loteri berkenaan serta mendakwa dia ditahan di Thailand kerana menyimpan nombor loteri yang sudah dimenangi itu.
"Saya yang yakin sudah memenangi wang jutaan ringgit memasukkan lebih banyak wang ke dalam akaun milik seorang lelaki bernama Tan Chung San sehingga kehabisan wang simpanan berjumlah RM136,292.
"Setiap kali dihubungi Lee atau tok guru yang dipercayai berasal dari Thailand dan fasih berahasa Malaysia, mereka turut menyanyikan sebuah lagu berunsur keagamaan dan saya bagai dipukau mengikut setiap permintaan mereka," katanya.
Katanya, permintaan terakhir Lee adalah memasukkan wang RM52,000 untuk membayar cukai kepada Bank Negara dan disebabkan dia kehabisan wang simpanan, dia membuat keputusan meminjam dengan anak saudaranya.
"Saya hanya sedar selepas anak saudara menyergah ketika meminta wang dan selepas itu, saya menjadi tertekan dan hampir membunuh diri.
"Bagaimanapun, adik saya membantu membuat laporan polis dan laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna berhubung kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sebanyak 16 kes membabitkan penipuan menggunakan risalah nombor ekor yang bersifat keagamaan direkodkan pihaknya sejak 2008.
Menurutnya, semua mangsa ditipu melalui modes operandi sama dan ada juga mangsa membuat pinjaman dengan ceti haram semata-mata untuk memenuhi permintaan bomoh nombor ekor itu.
"Mangsa yang semuanya warga emas terdiri dari berbilang bangsa dan secara keseluruhan, mereka hilang kira-kira RM2 juta," katanya.
MADRID: Selepas mengesahkan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara, Real Madrid kini kembali memberi tumpuan kepada saingan liga dengan bakal bertemu seteru utama, Atletico Madrid di Vicente Calderon, hari ini.
Real yang kini lima mata di belakang pendahulu, Barcelona berharap dapat meneruskan rekod cemerlang ke atas Atletico yang tidak pernah menewaskan Real sejak 1999 dan sudah tewas tiga kali kepada Real pada musim ini.
Real pastinya hadir dengan keyakinan tinggi selepas mengetepikan Lyon 3-0 pada saingan Liga Juara-Juara untuk mengesahkan tiket ke suku akhir buat kali pertama sejak 2004 selepas terkandas di pusingan kedua enam musim berturut-turut.
"Bagi pemain yang sudah lama beraksi di sini, mereka merasai semua kekalahan itu tetapi kami tahu walau apapun, Real perlu ke suku akhir," kata kapten, Iker Casillas.
"Kini kamu perlu mengalih tumpuan ke pertemuan dengan Atletico." Real menewaskan Atletico 2-0 pada saingan liga di Bernabeu dan menang 1-0 serta 3-1 pada dua pertemuan suku akhir Piala Raja-Raja.
Cristiano Ronaldo kembali memperkuatkan Real dan Atletico perlu memerhatikan juga Karim Benzema yang sudah menjaringkan dua gol pada setiap tiga perlawanan terakhir Real.
Atletico kini menduduki tangga kelapan selepas mempamerkan aksi kurang memberangsangkan pada saingan liga.
"Peminat kami pasti mahu Atletico meraih kemenangan ke atas Real selepas sering tewas. Kami tidak takut sama ada dengan Real mahupun Jose Mourinho," kata penjaga gol Atletico, David de Gea. - AFP
JOHOR BAHRU 18 Mac - Kepesatan ekonomi Johor terutama di wilayah Iskandar Malaysia membuka lebih 50,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai kategori termasuk 13,000 jawatan profesional di seluruh negeri ini.
Di wilayah Iskandar Malaysia sahaja, sebanyak 5,000 jawatan profesional ditawarkan dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 15,000 kekosongan jawatan profesional pada tahun depan.
Sebanyak 29,000 jawatan lagi melibatkan pekerjaan asas manakala bakinya termasuk perkeranian, juruteknik, perkhidmatan, pertanian dan perikanan, operator loji dan mesin pemasang.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, orang ramai khususnya warga Johor boleh memperoleh maklumat pekerjaan tersebut dengan mengunjungi Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) yang akan menjelajah ke setiap daerah mulai April hingga akhir tahun ini.
Beliau berkata, Kepak adalah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan mendedahkan mereka kepada peluang pekerjaan, perniagaan dan kemahiran.
"Pendekatan itu adalah usaha kerajaan negeri membentuk sebuah masyarakat maju dan berpendapatan tinggi. Ia sebahagian daripada langkah transformasi ke taraf kehidupan yang lebih baik.
"Ini sejajar dengan program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Kepak yang dijadual berlangsung selama lima hari di setiap daerah akan mendekati rakyat secara turun padang dengan menghimpunkan agensi dan jabatan berkaitan dengan kerjaya, keusahawanan serta majikan swasta di bawah satu bumbung.
Menteri Besar berkata, program Kepak akan memadankan pencari pekerjaan dengan majikan yang memerlukan kemahiran mereka dan proses temuduga secara terbuka boleh dijalankan sepanjang program itu.
Aktiviti lain sepanjang karnival berkenaan ialah pendaftaran program latihan dan kemahiran, ujian kecekapan dan kemahiran, pameran peluang perniagaan, sesi perkongsian pengalaman, pendaftaran syarikat, kaunter sokongan teknikal dan pembiayaan modal serta demonstrasi aktiviti perniagaan.
Melalui cara itu, rakyat boleh didedah dan dipadankan dengan peluang pekerjaan yang ada, mendapat peluang menjana pendapatan menerusi perniagaan kecil serta meningkatkan kemahiran dan latihan semula.
Karnival sulung Kepak dijadualkan bagi daerah Johor Bahru dan Kulaijaya pada 20 hingga 24 April ini, diikuti di Kluang (Mei), Mersing (Jun), Kota Tinggi (Julai), Segamat (September), Batu Pahat (Oktober), Ledang dan Muar (November) dan Pontian (Disember).
Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri berharap rakyat negeri ini yang sedang mencari kerja dan ingin meningkatkan keupayaan diri melalui kemahiran dan peluang perniagaan tidak melepaskan peluang mengunjungi karnival tersebut.
"Anak Johor di perantauan juga digalakkan untuk mencari pekerjaan di negeri ini. Kita yakin bilangan pekerjaan yang ditawarkan akan meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan kepesatan ekonomi negeri," katanya.
Sebagai contoh, pada tahun ini sahaja, kepesatan Iskandar Malaysia telah menyuntik perkembangan industri elektrikal dan elektronik sehingga memerlukan lebih 2,000 pekerja berijazah, manakala Taman Tema Legoland pula menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dengan kelayakan sijil kemahiran, katanya.
SHAH ALAM 18 Mac – Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengakui berlaku kepincangan dalam pengurusan Yayasan Selangor termasuk perbelanjaan tidak berhemah menyebabkan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu, November tahun lalu mencecah hingga RM1 juta.
Jumlah itu melebihi daripada dakwaan asal UMNO Selangor sebelum ini iaitu RM800,000 manakala angka yang dipertahankan Menteri Besar sebelum ini kira-kira RM300,000.
Selain itu, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November tahun lalu.
Abdul Khalid dalam kenyataannya berkata, laporan audit Yayasan Selangor oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang disemak hari ini terdapat beberapa isu berkaitan perbelanjaan yang tidak mengikut aturan selain wujud tindakan yang didapati tidak menjaga kepentingan yayasan itu.
"Perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah hampir RM1 juta," katanya.
Langkah pembasmian adenovirus di Pulapol diteruskan
Langkah pembasmian adenovirus di Pulapol diteruskan
KUALA LUMPUR 18 Mac - Langkah-langkah pembasmian di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini berjalan secara berterusan bagi memastikan jangkitan adenovirus yang berlaku sejak 4 Mac lepas terkawal.
Pengarah Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Robiah Abd. Ghani berkata, sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendapat tidak perlu mengasingkan pelatih sihat ke maktab berdekatan melainkan ada arahan Kementerian Kesihatan.
"PDRM memberi perhatian serius terhadap jangkitan virus ini dan sentiasa bekerjasama serta mematuhi segala arahan dan nasihat Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya pelatih sihat juga dibenarkan menjalani aktiviti riadah, manakala pelatih wanita pula akan dipindahkan ke asrama baru setelah proses pembasmian selesai.
Dalam kenyataan itu, Robiah mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengucapkan takziah kepada anggota keluarga dua pelatih yang meninggal dunia akibat jangkitan tersebut.
Mereka ialah Pelatih Inspektor Mohd. Redzuan Ishak, 26, meninggal dunia semalam dan Pelatih Konstabel Mohd. Azizan Azirid, 21, yang meninggal dunia minggu lepas.
Berhubung perkembangan terbaru serangan virus itu, Robiah berkata, seramai 26 pelatih masih berada di Hospital Kuala Lumpur.
Ini termasuk seorang pelatih konstabel lelaki dan dua pelatih inspektor wanita yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi.
"Seramai 11 pelatih inspektor lelaki, 10 pelatih inspektor wanita serta dua pelatih konstabel lelaki ditempatkan di wad biasa," katanya.
Jumlah pelatih yang menjalani pengasingan pula ialah 478 orang. - BERNAMA
Oleh NAZARUDIN SHAHARI nazarudin.shahari@utusangroup.com.my
Mohamad Hasan (tengah) bersalaman dengan sebahagian pelajar selepas majlis penyampaian tiket dan sagu hati kepada penuntut yang akan menyambung pelajaran ke Mesir di Seremban, kelmarin.
SEREMBAN 18 Mac – Kerajaan mahu pelajar negeri ini yang mengikuti pengajian dalam bidang agama mencapai kecemerlangan sehingga tahap sebagai pakar rujuk dalam bidang tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya menganggap keperluan terhadap bijak pandai agama adalah sama penting dengan pakar dalam bidang sains dan teknologi.
Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, kerajaan negeri sedia menawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan graduan dalam bidang agama melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti sarjana dan doktor falsafah (PhD).
"Antara insentif itu ialah jika mereka mendapat keputusan 'mumtaz' atau cemerlang, pinjaman pelajaran boleh ditukar sebagai biasiswa.
"Yayasan Negeri Sembilan juga kini telah mula memberi pinjaman untuk membayar yuran tuisyen kepada mereka yang hendak sambung ke peringkat sarjana dan PhD," katanya kepada para pemberita selepas majlis penyampaian tiket dan saguhati khas kepada pelajar negeri ini di Mesir, di sini semalam.
Pada majlis tersebut, 317 pelajar menerima tiket penerbangan balik dan sagu hati RM500 daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Mohamad berkata, usaha melahirkan lebih ramai bijak pandai dalam bidang agama amat penting bagi membimbing masyarakat mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.
"Ia menjadi lebih penting terutamanya bagi menangkis salah faham mengenai Islam yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan kumpulan atau diri mereka sendiri.
"Dengan adanya graduan yang menguasai ilmu Islam ini, kita yakin fahaman salah itu akan dapat dibendung, kerana umat Islam boleh menjadikan mereka sebagai pakar rujuk apabila timbul permasalahan ummah," ujarnya.
Sejajar dengan itu, Menteri Besar menggesa para pelajar dalam bidang agama memberi tumpuan dalam pengajian mereka dan sentiasa meletakkan sasaran yang tinggi dan bukannya hanya sekadar mahu lulus peperiksaan semata-mata.
MELAKA 18 Mac - Pesta Sungai Melaka yang bakal berlangsung selama sebulan pada Jun ini menyediakan lebih 50 acara bagi menghiburkan kira-kira 500,000 pengunjung ke program tahunan tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, antara acara yang diadakan adalah pertandingan bot berhias, memancing, fotografi, larian Sungai Melaka, persembahan kebudayaan, forum perdana dan pertunjukan fesyen.
Menurutnya, kerajaan negeri menyasarkan perolehan pendapatan RM250 juta sekiranya setiap pengunjung membelanjakan RM500 di Pesta Sungai Melaka.
''Apa yang penting, kita mahu penganjuran pesta ini sentiasa dinaik taraf dan diperbaharui bagi memastikan pengunjung, khususnya pelancong asing tidak jemu memandangkan ia diadakan setiap tahun sejak diperkenalkan pada 2007," katanya pada majlis Hi-Tea Pesta Sungai Melaka 2011 di sini semalam.
Kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi memperindah dan meningkatkan kebersihan Sungai Melaka dan sehingga ia kini menjadi antara produk pelancongan popular di negeri ini.
Menurut Mohd. Ali, penganjuran Pesta Sungai Melaka turut mendapat pengiktirafan Kementerian Pelancongan dengan memasukkannya dalam kalendar acara kementerian berkenaan.
Katanya, seramai 87,000 orang berkunjung ke pesta itu pada 2009 dan jumlah tersebut meningkat kepada 330,000 orang tahun lalu.
''Tujuan penganjuran pesta ini selain untuk mempopularkan lagi keindahan Sungai Melaka, kita mahu ia membantu memperkenalkan produk pelancongan seperti Melaka Taming Sari, Muzium, Zoo dan Melaka Wonderland.
''Saya berharap acara yang dirancang sepanjang pesta sungai ini dapat mempromosikan Melaka amnya dan Sungai Melaka khasnya," ujarnya.
Mohd Ali berkata, kini terdapat lebih satu juta pelancong melawat sungai berkenaan sebulan, sekali gus meletakkan sungai tersebut setanding dengan Sungai San Antonio, Texas, Amerika Syarikat yang terkenal dengan keindahan dan kebersihannya.
Katanya, berdasarkan statistik, pelancong yang berkunjung ke Sungai Melaka sepanjang 2009 seramai 708,660 orang, manakala setakat Jun tahun lalu pula seramai 1.04 juta pelancong.
Kata beliau, satu lagi daya tarikan terbaru yang baru sahaja beroperasi di sepanjang Sungai Melaka ialah Aerorail yang boleh membawa 24 orang bagi setiap perjalanan sejauh dua kilometer dari Taman Rempah ke Dataran Hang Tuah.
TELUK KEMANG 18 Mac - Semua agensi berkaitan pelancongan akan digerakkan dengan lebih agresif supaya sasaran untuk menjana kehadiran pelancong kepada empat juta orang menjelang hujung 2012 dapat dicapai.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohamad Razi Kail berkata, selain agensi pelancong, ia juga akan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
''Kita telah kenal pasti kawasan pantai yang berpotensi, inap desa dan ikon pelancongan lainnya yang boleh dimaju dan dipromosikan sebagai tarikan pelancong," katanya di Port Dickson, dekat sini malam tadi.
Terdahulu, beliau pada Majlis Pelancaran Festival Port Dickson 2011 anjuran MAYACORP Business Trade dengan usahasama kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)di Dataran Sri Kemang, dekat sini.
Katanya, untuk melihat kejayaan tersebut, kegiatan dan pakej pelancongan yang ditawarkan hendaklah melalui perubahan dan tidak hanya statik dengan satu persembahan.
''Produk yang ada di kawasan pelancong itu perlulah dipelbagaikan dengan aktiviti berlainan supaya pelancong yang sebelum ini yang telah datang akan merasa untuk kembali semula kerana tawaran pakej yang berlainan setiap bulan," ujarnya.
Sementara itu, mengenai festival itu, Mohamad Razi berkata, ia akan berlangsung lima hari di penghujung musim cuti persekolahan ini.
''Sebelum ini, telah dilangsungkan program Raptor Watch di PNB Ilham Resort, Tanjung Tuan selain Pameran Statik di Muzium Tentera Darat, Port Dickson," jelasnya.
SUNGAI PETANI: Seorang suri rumah yang menghidap penyakit misteri hari ini memohon bantuan dan simpati orang ramai demi masa depan tiga anaknya yang masih bersekolah.
Penderitaan Saadiraon Sainon, 42, dari Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri, dekat sini seperti tiada kesudahannya kerana setelah diserang sejenis penyakit saraf sejak lima tahun lalu, suaminya pula, Tajuddin Shafie, 46, diserang angin ahmar Januari lalu.
Penyakit misteri yang dihidapi Saadiaron ada kalanya menyebab beliau menangis akibat tidak tahan menanggung kesakitan. Penyakit yang dideritainya menyebabkan dia tidak mampu menguruskan keluarga kerana tidak dapat bergerak. Dia kini perlu bergantung kepada tangki oksigen sepanjang masa kerana tidak boleh bernafas seperti biasa.
Penderitaan keluarga itu semakin teruk apabila Tajuddin, yang menjadi tempat bergantung harap pula diserang angin ahmar dan kini lumpuh separuh badan.
Saadiaron berkata, dia diserang penyakit itu secara tiba-tiba sekitar 2006 ketika sedang mengemas rumah.
"Pada mulanya saya mengalami sesak nafas dan badan terus kejang. Selepas itu, pengsan dan terpaksa dihantar ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Tidak lama selepas itu, keadaan lebih teruk dengan sakit sendi dan terus terketar-ketar seluruh badan serta tidak boleh bernafas seperti biasa," katanya kepada pemberita ketika kunjungan Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd Yusof, di sini.
Saadiaron berkata, suaminya kini tidak boleh bercakap dan terpaksa berhenti kerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan (SK) Sidam Kiri dan keluarga itu kini hanya bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM140 sebulan.
"Setiap bulan saya dan suami perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital," katanya.
Berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya dan suami, Saadiaron bimbang mengenai masa depan anak-anaknya iaitu Nor Amira Syamimi, 15, Mohd Amirul, 14, dan Noranatasya, 11, yang masih belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinang Tunggal dan SK Sidam Kiri.
Sementara itu, Shahanim yang Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani merayu orang ramai khususnya syarikat swasta dan kalangan korporat agar menghulurkan sumbangan meringankan beban keluarga Saadiaron.
"Saya berharap kes ini dapat dipanjangkan kepada pakar neurologi atau penyakit berkaitan saraf untuk tindakan lanjut," katanya.
Selain itu, katanya, Puteri UMNO juga akan berbincang dengan JKM untuk menimbang bantuan tambahan.
Orang ramai yang ingin membantu Saadiaron sekeluarga boleh mengunjungi mereka di No. 62, Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri, dekat sini atau menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Azmi Mohamad di talian 017-4289675. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua saksi lelaki bagi tujuan membantu siasatan dan bagi menghadirkan diri ke mahkamah di Jalan Duta, di sini.
SPRM, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan berkata pihaknya sedang mencari Rosadi Mustapha atau dikenali sebagai Sidi Lintah dengan alamat terakhir di No 54 Jalan 14, Taman Harmoni, Bandar Teknologi, Kajang Selangor.
Sidi Lintah, 39, dikehendaki bagi membantu siasatan dan perbicaraan di mahkamah di Jalan Duta pada 22 Mac ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi itu diminta menghubungi Penolong Penguasa M Suganathan di talian 03-88867000 atau 017-5229914.
Saksi kedua yang sedang dicari ialah seorang ahli perniagaan Yee Gan Seng, 58, dengan alamat terakhir di No 2 Lorong 2, Jalan Bunga Raya, Kluang, Johor.
Yee dikehendaki bagi membantu satu kes perbicaraan SPRM pada 1 April ini.
Orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Penguasa Azrul Azim dengan menelefon 019-2622738. - BERNAMA
Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 18 Mac - Tabung Penyakit Kronik yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak tahun lalu sudah memberi manfaat kepada 220 pesakit yang menderita pelbagai penyakit berbahaya selain memerlukan perhatian segera.
Daripada jumlah itu, 71 kes melibatkan pesakit jantung, 57 kes (buah pinggang), 36 kes (kanser) dan 56 lagi membabitkan lain-lain kes termasuk berkaitan bantuan peralatan dan sokongan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, peruntukan keseluruhan yang diluluskan untuk tabung itu sejak ia diluluskan tahun lepas berjumlah RM10 juta.
"Berdasarkan rekod, RM2 juta telah disalurkan menerusi tabung itu sejak September tahun lalu.
"Daripada jumlah itu pula, kira-kira RM360,000 sudah dibelanjakan sehingga Februari tahun ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurut Yahya, tabung itu diwujudkan atas kesedaran kerajaan terhadap pelbagai penderitaan rakyat yang memerlukan perhatian segera terutama yang berdepan penyakit kritikal dan memerlukan bantuan perubatan.
"Rayuan-rayuan itu biasanya dikemukakan kepada agensi kerajaan dan swasta, pemimpin masyarakat, malah ada yang memohon terus dengan kerajaan negeri.
"Tidak kurang juga di kalangan mereka yang memohon setelah kisah malang mereka mendapat liputan di dada akhbar tempatan dan media elektronik bagi mendapat belas kasihan dan simpati orang ramai," kata beliau.
Tambah Yahya, bantuan yang diperkenalkan menerusi tabung ini tidak terhad kepada jumlah tertentu.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan contohnya, walaupun menyediakan pelbagai skim bantuan untuk golongan miskin dan yang memerlukan, namun skim dan bantuan itu dalam kadar maksimum dan agak terhad," katanya.
Justeru, katanya, menyedari kelemahan itu, kerajaan negeri telah mengambil langkah segera dengan menubuhkan tabung berkenaan yang boleh dinikmati seluruh rakyat yang layak dan boleh memohonnya melalui pemimpin di kawasan masing-masing.
Yahya memberitahu, mana-mana rakyat Terengganu yang berdepan penyakit kronik atau memerlukan bantuan perubatan dengan segera, mereka boleh memohon mendapatkan bantuan tersebut di hospital.
"Bagi mereka yang mendapatkan rawatan (sebagai pesakit luar) di bawah RM200 pula, mereka boleh mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan bantuan yang sama," katanya.
Muhamad Ramli Mohd. Noh (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan Tabung Zakat UMT kepada Nurul Shyuhada Abdul Razak (tiga dari kiri) di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
KUALA TERENGGANU 18 Mac - Ketika Nurul Shyuhada Abdul Razak dan tujuh lagi adik beradiknya masih merasai kehilangan ayahnya yang meninggal dunia dalam tidur, sebulan kemudian ia diikuti oleh ibunya yang rebah di bilik air.
Mereka menjadi yatim piatu sejak Jun tahun lalu dan sejak itu juga, Nurul Shyuhada, 25, bagaikan terkapai-kapai meneruskan kehidupan dengan mengambil alih tugas menguruskan keluarganya.
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan memberi nafas kepada keluarganya ketika gadis itu berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) .
Jarak yang agak dekat membolehkannya berulang alik ke kampus dari rumahnya di Kampung Tok Jiring dan sentiasa bersama adik-adiknya yang lain.
''Sebelum ke kampus, saya menyiapkan sarapan dan makan tengah hari untuk mereka dan kemudiannya menghantar dua orang ke sekolah rendah berhampiran dengan motosikal.
''Jika ada luang saya pulang jemput mereka pada tengah hari, jika tidak mereka berjalan kaki," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Ketika itu keluarganya dikunjungi oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhamad Ramli Noh dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.
UMT menyumbangkan sebanyak RM1,000, sebuah basikal serta hamper daripada Tabung Zakat yang disampaikan oleh Muhamad Ramli bagi meringankan bebanan keluarganya.
''Mungkin dengan bebanan yang ditanggung, dia tidak dapat mengekalkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebagaimana yang dilakukan ketika semester pertama.
"Apabila keadaan ini berlaku, pihak universiti menyiasat punca sebenar dan pelajar ini begitu tertekan akibat kehilangan kedua ibu bapanya," kata Dr. Yahya.
Pelajar itu adalah antara lebih 40 pelajar kurang berkemampuan yang dibantu oleh Pusat Islam Pejabat Hepa sepanjang tiga bulan ini melalui Tabung Kebajikan dan Tabung Zakat.
Nurul Shyuhada merupakan anak kedua daripada lapan beradik dan adiknya Mohd. Shafik 22, sedang menuntut di Politeknik Dungun, Nurul Hidayah 21, di Kolej Teknologi Bestari (KTB) Setiu dalam jurusan kejurawatan.
Mohd Syazwan, 16, pula penuntut tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu manakala, Mohd. Shahril, 10, dan Mohd. Zulkifli, 8, belajar di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dekat sini.
Abang sulungnya, Mohd. Supian 26, kini mula bekerja sebagai pembantu kedai makan di daerah Marang manakala adik lelaki ketiganya, Mohd. Syafarin, 23, cacat, terlantar di rumah dan tidak mampu menguruskan diri.
Sementara itu, Muhamad Ramli berkata, kerajaan negeri akan membantu keluarga berkenaan terutama memastikan mereka dapat meneruskan pelajaran masing-masing.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan berbincang dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) bagi membantu Nurul Shyuhada mendapat biasiswa manakala Mohd. Syazwan melalui Yayasan Terengganu.
Mohd. Yaman Mohammad (kanan) melihat perkembangan penternakan diusahakan Mohamad Nasrul (tengah) di Kampung Rasal, Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS 18 Mac - Menyedari potensi dalam bidang pertanian dan penternakan yang semakin berkembang pesat, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong di sini mengajak golongan belia menceburi bidang tersebut secara serius.
Pengerusinya, Mohd. Yaman Mohammad berkata, bidang penternakan bukan sahaja memberi pulangan tinggi tetapi dalam masa sama membantu meningkatkan pendapatan keluarga penternak sekali gus mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
"Setakat ini, kita sudah mempunyai hampir 10 penternak di sini yang menceburi bidang ini manakala untuk seluruh negeri seramai 500 penternak mengusahakan projek yang sama.
''Kebanyakan peserta sebelum ini menghadapi masalah kewangan kerana pendapatan melalui kerja-kerja yang dilakukan sebelum ini tidak seimbang dengan imbuhan, namun selepas menyertai projek penternakan masalah itu hampir selesai," katanya ketika ditemui di Kampung Rasal di sini semalam.
Mohd. Yaman menambah, berdasarkan maklumat, penternak lebih berminat membela kambing daripada jenis Boer dan Jamnapari bagi menghasilkan baka induk dan kambing kacukan.
Bagaimanapun, pada masa akan datang pihaknya akan mempelbagaikan jenis kambing dengan mengimport kambing jenis Saanen dari Cyprus untuk diperkenalkan kepada penternak sebagai baka baru yang boleh menghasilkan pendapatan lebih kepada mereka.
"Kambing Saanen dipilih kerana ia mampu memberi dua kelebihan iaitu daging dan tenusu. Melalui kaedah tersebut penternak dapat mempelbagaikan lagi hasil tani yang diperoleh selama ini," katanya.
Sementara itu, seorang penternak yang ditemui Mohammad Nurul Asmawi Mahmood, 29, berkata, dia memulakan projek berkenaan sejak tahun 2008.
Katanya, ketika memulakan projek dia hanya bermodalkan RM20,000 yang dijadikan sebagai modal pusingan.
"Syukurlah, hasil yang saya perolehi hari ini cukup lumayan sejak projek ternakan kambing saya mulakan empat tahun lalu. Sebagai persediaan, saya mengikuti kursus mengenai penternakan daripada Jabatan Veterinar Jajahan Pasir Mas,'' jelasnya.
Nor Shamsiah Mohd. Yunus menyampaikan taklimat mengenai garis panduan baharu kad kredit di Bank Negara,
KUALA LUMPUR 18 Mac – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan syarat-syarat baharu lebih ketat berkuat kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit.
Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, di bawah garis panduan itu, syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baharu memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
''Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.
''Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.
''Selain itu tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan,'' kata kepada pemberita selepas memberikan taklimat mengenai garis panduan baharu kad kredit di sini hari ini.
Nor Shamsiah berkata, had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad berkenaan tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar.
''Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu itu,'' jelasnya.
Pada masa ini, pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan 50 peratus adalah mereka yang berpendapatan kurang dari RM36,000 setahun.
Nor Shamsiah menjelaskan garis panduan baharu itu merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan pemegang kad kredit mengamalkan amalan pengurusan kewangan berhemat.
''Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk.
''Pengenaan syarat-syarat baharu juga bertujuan menggalakkan amalan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab oleh pengeluar kad kredit,'' kata beliau.
Pada masa yang sama, pengeluar kad kredit juga ditegah menaikkan had kredit dan menawarkan pendahuluan dalam bentuk cek berbayar tanpa dipohon dan mendapat persetujuan pemegang kad terlebih dahulu.
''Pengeluar kad dikehendaki menyediakan lembaran penzahiran produk (produk disclosure sheet) yang mempunyai maklumat penting, yuran dan tanggungjawab pemegang kad dengan jelas,'' katanya.
ANTARA kawasan tanah Orang Asli yang didakwa diceroboh pihak tertentu dengan menjalankan operasi perlombongan pasir besar-besaran di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor. – Utusan/Rasmi Abdullah
KUALA LANGAT 18 Mac – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini melaung-laungkan mahu membela hak dan nasib Orang Asli ternyata hanya bermain 'wayang kulit'.
Ini kerana mereka kini didakwa sedang 'memunggah' hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat sini dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.
Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927.
Ia juga menjadi rebutan pelbagai syarikat kerajaan negeri dan ada antaranya didakwa diserahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan masyarakat Orang Asli. Ini termasuk bekas lombong Petaling Tin Bhd. yang dikatakan sudah diberi milik kepada sebuah syarikat kerajaan negeri tetapi telah dijual pula kepada pihak ketiga.
Dipercayai Mukim Tanjung 12 adalah satu-satunya kawasan segi tiga berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang begitu kaya dengan hasil galian termasuk logam berharga sehingga menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai pihak.
Bagaimanapun, tindakan membelakangkan hak Orang Asli telah menyebabkan masyarakat tersebut tidak boleh bersabar, apatah lagi menyedari latar belakang kawasan tersebut adalah penempatan utama suku Temuan di negara ini.
Sedangkan menurut mereka, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) pada 25 Januari tahun lalu telah mengeluarkan pengesahan bahawa Mukim Tanjung 12 adalah kawasan Orang Asli berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 November 1965.
DEWI Malam menunjukkan peta kawasan Orang Asli yang dipercayai diceroboh di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor.
KUALA LANGAT 18 Mac - Batin Malam Gerchang sudah semakin tua dengan pinggangnya kerap sakit tetapi kesakitan itu semakin bertambah sejak akhir-akhir ini.
Ini apabila melihatkan tindak-tanduk Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang semakin tidak mengendahkan kedudukan Orang Asli di Mukim Tanjung 12 dekat sini.
Batin Malam, 77, berkata, tanah simpanan Orang Asli yang masih kekal itu sebenarnya adalah hasil peninggalan nenek moyang mereka yang dahulu diketuai oleh Batin Pelangi.
"Tanah tersebut dikurniakan oleh Almarhum Sultan Sir Abdul Samad iaitu Sultan Selangor keempat kepada kaum Temuan.
"Baginda telah mengurniakan sebilah keris, golok dan tombak kepada Batin bagi menjaga dan mempertahankan tanah-tanah Orang Asli sekiranya berlaku kekacauan atau pencerobohan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Batin Malam berkata, sebenarnya Orang Asli bukan mahu membolot semua tanah tersebut sebaliknya hanya ingin berkongsi hasil mahsulnya untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat pribumi itu.
"Mana tanah yang sudah diletakkan di bawah rezab Melayu biarlah ia kekal begitu kerana mereka juga adalah masyarakat pribumi tetapi baki tanah yang masih ada di sini sepatutnya diserahkan kembali kepada Orang Asli.
Beliau yang kesal dengan sikap tamak segelintir pihak berkata, sekiranya apa yang diluahkan oleh masyarakat Orang Asli itu tidak diendahkan, lebih baik berlaku 'gempa bumi' di Mukim Tanjung 12.
"Tengok apa yang berlaku di Jepun, bila gempa bumi semuanya hancur. Samalah di sini kalau sudah hancur, saya hendak tengok pihak yang tamak itu, apa yang mereka dapat.
"Kami tidak pernah kacau hak orang lain, tetapi mengapa hak kami hendak diceroboh," katanya.
[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: “Saya dianggap pembawa ‘ong’ (tuah) kepada golongan VIP kerana mereka selalu menang apabila membawa saya ketika berjudi di luar negara,” kata penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang hanya mahu dikenali sebagai Malisa.
[unable to retrieve full-text content]KANGAR: Ramai penjual karpet warga Pakistan dikesan berkahwin secara mudah dengan wanita Melayu di Selatan Thailand dipercayai dengan niat tersembunyi untuk mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) dan seterusnya MyKad agar boleh terus tinggal serta berniaga di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 19 Mac — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail mendakwa permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat masih belum menjadi kenyataan kerana berhadapan dengan halangan di peringkat Kementerian Dalam Negeri, bukannya Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Beliau berkata sebenarnya Pakatan Rakyat sudah mendapat kelulusan peringkat RoS tetapi dipercayai terhalang kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) belum memberikan lampu hijau.
"RoS telah meluluskan permohonan Pakatan Rakyat, malah pegawai RoS juga telah memaklumkan kepada saya mengenai kelulusan itu.
"Tapi apa yang menjadi halangan adalah apabila menteri (Hishammuddin) tidak mahu tandangan permohonan kita... RoS dah luluskan tapi menteri tidak," katanya kepada The Malaysian Insider.
Tambah Saifuddin, kelulusan khas Menteri Dalam Negeri bagi mana-mana permohonan pertubuhan termasuk Pakatan Rakyat.
"Di peringkat RoS kelulusan memang sudah dibuat, tapi perlu mendapatkan kelulusan khas menteri. "Kita memang sudah membuat (permohonan) pendaftaran tetapi terperangkap dengan kerenah birokrasi," katanya.
Permohonan mendaftarkan Pakatan Rakyat, yang menjadi satu badan yang formal selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, dikemukakan kepada RoS awal tahun lalu.
Ditanya mengenai syarat tujuh anggota yang digariskan RoS, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, ia bukan halangan bagi Pakatan Rakyat.
Selain itu, jelas Saifuddin, pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai syarat tujuh anggota itu namun beliau percaya ia bukan syarat utama yang ditetapkan.
"RoS kata (dalam media) pendaftaran tak boleh sebab tak cukup (anggota) tapi kita tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai halangan itu, sebaliknya hanya tahu melalui media.
"Saya percaya tujuh anggota itu bukan syarat utama, ia bukan halangan dan saya percaya ia boleh dibawa berbincang sebab itu saya tak fikir ia halangan utama," katanya.
Pakatan Rakyat kini mempunyai empat anggota iaitu PAS, PKR, DAP dan Parti Nasional Sarawak.
Sebelum ini, RoS dalam kenyataan menjelaskan Pakatan Rakyat boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.
Kali terakhir Pakatan Rakyat membuat kenyataan berhubung gabungan secara rasmi itu adalah pada tahun lepas oleh sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menasihati PAS, PKR dan DAP supaya mendaftarkan Pakatan Rakyat bagi membolehkan ketiga-tiga parti itu menggunakan logo yang sama pada pilihan raya.
Sedutan siaran TV NHK menunjukkan seorang lelaki, yang didakwa diselamatkan, dibawa keluar untuk dihantar ke hospital pagi tadi tetapi laporan itu didapati tidak betul. — Foto ihsan msnbc/NHK
TOKYO, 19 Mac — "Keajaiban tsunami" seorang lelaki berusia 20-an, yang dikatakan diselamatkan selepas sembilan hari dilanda gempa bumi dan tsunami, yang turut menarik perhatian dunia awal pagi tadi, berakhir dengan gara-gara laporan media yang tidak tepat.
Media Jepun menarik balik berita mendakwa seorang lelaki diselamatkan daripada timbunan kemusnahan beberapa jam kemudian, sekali gus menafikan harapan untuk menyaksikan "keajaiban tsunami" yang melanda Jepun 11 Mac lalu.
Sebaliknya, lelaki itu berada di pusat perlindungan sementara dan hanya kembali ke rumahnya tengah hari semalam, di mana dia dikesan berada dengan mengenakan selimut.
"Dia berada di rumah perlindungan sejak hari gempa bumi dan tsunami melanda kawasan timur laut pada 11 Mac dan kembali ke rumahnya di Kesennuma, Miyagi tengah hari semalam untuk membersihkan rumahnya," lapor agensi berita Kyodo.
Terdahulu, laporan media menyebut seorang mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami paling buruk dalam sejarah 140 tahun Jepun diselamatkan hari ini - sembilan hari selepas bencana berganda itu.
Laporan NHK hari ini berkata, pasukan mencari dan menyelamat tentera menemui pemuda itu dalam rumanhnya di bandar raya Kesennuma, Miyagi.
Miyagi merupakan antara kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami setinggi 10 meter hujung minggu lalu.
"Saya temui seorang lelaki yang mengenakan selimut. Secara fizikal dia terlalu lemah," kata seorang anggota penyelamat kepada NHK.
Lelaki berusia 20-an itu kemudian dibawa ke hospital dan keadaannya tidak diketahui dengan segera.
Hampir 17,000 disahkan terbunuh atau hilang dalam tragedi itu.
Keadaan mayat yang ditemui di tempat pelupusan sampah di Kerling, Hulu Selangor, semalam.
HULU SELANGOR 18 Mac - Seorang pekerja di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Tagar, Kerling di sini terkejut apabila menemui mayat lelaki dalam timbunan sampah di kawasan itu hari ini.
Mayat yang penuh dengan kesan tetakan itu ditemui seorang pekerja warga Indonesia ketika melakukan kerja-kerja menolak sampah menggunakan jentolak pada pukul 11.30 pagi ini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat tanpa identiti tetapi dipercayai penduduk tempatan itu ditemui hanya memakai seluar pendek warna kuning jenama Wong Leng H.J.
Beliau menambah, mangsa tidak memakai seluar dalam dan berbaju namun tubuhnya dililit dengan sehelai cadar tilam berzip.
"Kita juga menemui sehelai kain pelikat berwarna biru dan hitam dengan corak segi empat dililit pada leher mangsa. Tali rafia biru turut ditemui berbelit di leher mangsa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Norel Azmi memberitahu, anggota polis forensik yang memeriksa mayat itu menemui kesan luka masih baru di kepala, paha dan betis kanan lelaki terbabit, manakala beberapa kesan calar turut ditemui pada lutut dan badannya.
Beliau berkata, polis percaya mangsa adalah rakyat tempatan kerana menemui kesan suntikan BCG pada lengan kanan mangsa.
Katanya, siasatan mendapati, mangsa dibunuh di tempat lain dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya dibawa menggunakan lori sampah untuk dicampak di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, manakala identiti mangsa dan motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya sambil memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KUALA KUBU BHARU 18 Mac – Selama 18 tahun, Wong Soo Tian (gambar) sanggup merantau ke Indonesia bekerja di beberapa kem pembalakan di tengah hutan belantara semata-mata mahu mencari rezeki untuk menyara isteri dan tiga anak tercinta.
Sepanjang tempoh tersebut, Soo Tian tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa apabila setiap bulan mengirim wang untuk perbelanjaan keluarga, malah sentiasa mencari kesempatan pulang ke tanah air menjenguk mereka jika ada kelapangan.
Namun, Soo Tian kini berusia 81 tahun tidak menyangka akan dibuang oleh isteri dan anak-anak selepas bersara hanya kerana mereka enggan menjaga dirinya yang sudah tua.
Lebih malang, lelaki warga emas ini bukan sahaja tidak dibenarkan tinggal di rumah sendiri di Kampung Chong 5, Rasa di sini, malah turut ditumbuk dan diugut bunuh oleh anak sulungnya semasa merayu untuk menumpang berteduh di situ, petang semalam.
Soo Tian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini hari ini memberitahu, sebelum kejadian beliau menumpang di rumah saudaranya.
KUCHING 18 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mencetuskan satu persoalan baru sewaktu semua pihak ternanti-nantikan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk mengadakan pilihan raya.
Beliau yang diserbu puluhan petugas media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pagi ini, hanya memberikan kenyataan ringkas: "Tunggu sehari lagi".
Kenyataan berkenaan dibuat Ketua Menteri itu bagi menjawab pertanyaan wartawan adakah beliau mempunyai 'berita baik' untuk dimaklumkan hari ini.
Ia mengundang tanda tanya sama ada pembubaran DUN Sarawak akan diumumkan dalam majlis perasmian program Sejiwa Senada di Pekan Serian pagi esok.
Ia kerana majlis berkenaan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut sumber, pada majlis berkenaan, satu pengumuman besar akan dibuat sama ada berkaitan pembubaran DUN atau kepimpinan negeri.
Dalam pada itu, Abdul Taib mengesahkan tidak akan berlepas menunaikan umrah pada Ahad ini bagi menjawab spekulasi beliau akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak selepas kembali daripada menunaikan ibadat itu.
"Saya tidak (pergi) umrah," katanya sebelum menaiki kenderaan rasmi bersama isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Beliau sebelum itu menyampaikan ucaptama pada pada majlis perasmian Perhimpunan Belia 2011 di sini.
Spekulasi berhubung pembubaran DUN semakin hangat diperkatakan apabila Abdul Taib mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri kira-kira sejam, pagi semalam.
Berikutan perkembangan terbaru itu, pemerhati politik menjangkakan DUN Sarawak akan dibubarkan pada Ahad atau Isnin ini selepas kunjungan serentak Perdana Menteri dan Timbalannya, esok.
Menurut mereka, jika DUN dibubarkan pada Isnin, penamaan calon berkemungkinan akan berlangsung 9 April dan pembuangan undi pada 16 April.
KUALA TERENGGANU 18 Mac – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bersedia memberi nasihat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu sampel asid deoksiribonukleik (DNA) jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ingin mendapatkan pandangan mengenainya.
Menurut Harun, beliau juga bersedia berbincang dengan Anwar bukan sahaja mengenai DNA, malah pelbagai isu lain termasuk fahaman pluralisme yang dicetuskan Ketua Pembangkang itu.
Bagaimanapun, jelasnya, buat masa ini beliau tidak menerima sebarang pelawaan daripada Anwar untuk berbincang mengenai perkara itu.
"Saya sedia beri pandangan kepada Anwar kalau dia mahu jumpa saya. Kalau dia datang dan tanya (pandangan sama ada perlu serah sampel DNA atau sebaliknya), saya akan berikan pandangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harun mengulas desakan banyak pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Anwar segera menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes liwat jika beliau betul-betul tidak bersalah.
Ahad lalu, pertubuhan bukan kerajaan, rakyat perseorangan dan pemimpin politik mengadakan siri demonstrasi di seluruh negara bagi mendesak Anwar menyerahkan DNA.
Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan, pandangannya nanti akan menzahirkan satu nasihat supaya Anwar perlu menyerahkan DNA kepada mahkamah, jika Penasihat PKR itu sedia berbincang.
Namun begitu, beliau berharap agar sampel DNA yang diserahkan oleh Anwar tidak disalah guna oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan Ketua Pembangkang itu 'diperangkap' walaupun terbukti tidak bersalah.
"Saya rasa, mungkin beliau takut kalau sampel DNA yang beliau serah kepada mahkamah akan disalah guna oleh pihak lain. Saya juga bimbang kalau itu berlaku," jelasnya.
PATI ekstrak pertama minyak wangi sebenarnya berbau busuk. Mungkin ada yang tidak percaya dengan pernyataan itu. Namun, hakikatnya bau pati tersebut memang kurang enak hinggakan ia boleh menyebabkan sesiapapun pening atau muntah jika menghidunya.
Industri penghasilan minyak wangi sehingga kini masih dikuasai negara-negara pengeluar dan pengasas awal bauan pesona dunia. Sejak ratusan tahun lalu, Perancis, Itali, Mesir dan India antara negara yang terkenal dengan minyak wangi.
Dengan perkembangan teknologi, minyak wangi turut mengalami evolusi dan penguasaan penghasilan wangian jenama terkenal dunia kini telah dikuasai seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Jepun dan banyak negara lain di serata Eropah serta Asia.
Namun, ramuan haruman yang menjadi kesukaan dunia itu masih rahsia.
Selepas menjalani beberapa kali saringan dan proses campuran yang tepat, pati ekstrak yang kurang enak baunya itu menjadi lebih wangi dan sedap dihidup. Bahkan, ia mampu membuatkan si pemakai berasa lebih yakin diri dan mampu menjadi terapi kesihatan yang baik.
Pengarah Projek Couple Perfume Enterprise, Fawzee Yahya, 34, menjelaskan, minyak wangi sebenarnya berasal dari Mesir dan bukan dari negara Perancis.
"Di Mesir pada masa itu, minyak wangi digunakan untuk pelbagai keperluan ritual seperti kelahiran anak sehingga kepada majlis kematian.
"Bahan yang digunakan ialah dupa (kemenyan) dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Proses pembuatan minyak wangi kemudiannya berkembang maju melalui proses secara teknologi terkini iaitu wap air yang melalui proses penyulingan.
Hasil penyulingan itu kemudian diolah menjadi pelbagai jenis campuran pati minyak wangi. Ia kemudiannya dicampurkan dengan alkohol pada jumlah yang sesuai.
Pengasas minyak wangi Inspire Parfum, Zuliano Umberto Ligartti menjelaskan, minyak wangi terbahagi kepada dua iaitu minyak wangi daripada bahan semula jadi dan sintetik.
SEBELUM dipasarkan minyak wangi perlu melalui beberapa proses adunan kimia.
Ketika ditemui di kios perniagaan beliau di pasar raya Alamanda, Putrajaya, beliau mendedahkan, minyak wangi semula jadi kebiasaan diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga, herba atau buah-buahan dan haiwan manakala minyak wangi sintetik pula dibuat daripada bahan-bahan kimia.
Penyediaan minyak wangi pada asasnya melalui tiga cara iaitu penyulingan, diekstrak dan rendaman di dalam air.
Setiap minyak yang dihasilkan mengandungi bahan ramuannya tersendiri dan seterusnya akan diproses melalui penyulingan, penghasilan ekstrak dan rendaman.
Ketajaman bau
Selepas proses asas itu dilakukan, pati awal minyak wangi perlu menjalani beberapa lagi rutin adunan kimia bagi menimbulkan lagi ketajaman baunya sebelum dipasarkan kepada pengguna.
Zuliano atau lebih dikenali dengan nama Zulkifli Tajuddin, 52, memberitahu, sekitar 1,126 jenis minyak wangi yang dikenali di dunia sebenarnya mempunyai tiga piramid atau tahap adunan bau (notes) yang tersendiri sejurus ia disembur.
"Ia disebut bauan pertama atau asas, bauan kedua atau tengah dan bauan ketiga atau terakhir yang merupakan bau sebenar sesuatu minyak wangi. Perkara ini jarang diketahui oleh mereka yang menggemari minyak wangi.
"Kalau kita mahu memilih minyak wangi yang sesuai saya cadangkan anda bersabar dan mengambil masa untuk memilih sesuatu jenis minyak wangi yang ditinjau.
"Jangan percaya pada bau pertama ketika disembur ke tangan. Tunggu sehingga kira-kira setengah jam untuk mendapatkan bau notes ketiga terhasil. Selepas itu baru anda membuat keputusan," katanya sambil mendemonstrasikan minyak wangi keluaran syarikatnya berjenama Inspire Parfum.
Ukuran gred
Penggunaan alkohol atau nama saintifiknya dikenali sebagai metanol yang digunakan dalam minyak wangi diharuskan oleh agama Islam. Malah perkara ini telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengurus syarikat Al-Habib (M) Sdn. Bhd. yang menjalankan bisnes mengeksport, mengimport, memborong dan meruncit minyak wangi sejak lapan tahun lalu, Shahzad Abdullah, 42, berkata, pati minyak wangi terdapat dalam beberapa gred yang diukur melalui ketahanannya dan bukan melalui haruman.
Pati minyak wangi gred A, B, C, dan D mempunyai haruman yang sama.
"Pati minyak wangi gred A boleh bertahan lebih daripada 12 jam jika terkena pada kulit. Jika digunakan pada pakaian ia mampu bertahan selama dua atau tiga hari.
Pengusaha jenama haruman Couple Perfumes (dari kiri) Azhar Hamzah, Ebby Yus dan Fawzee Yahya bersama produk haruman Inspirasi.
"Bagi minyak wangi gred B pula baunya boleh bertahan selama lapan jam jika disapu pada kulit dan pakaian ia mampu bertahan selama dua hari," katanya yang mengusahakan penjualan minyak wangi tanpa alkohol sebaliknya dicampur dengan minyak putih.
Selain itu katanya, minyak wangi gred C boleh bertahan selama dua jam jika dipakai pada kulit dan empat jam pada pakaian.
Minyak wangi gred D pula hanya mampu bertahan selama setengah jam jika disapu pada kulit dan satu jam jika disembur pada pakaian.
Sementara itu, Fawzee yang mengusahakan perniagaan minyak wangi yang diinspirasikan daripada jenama terkenal antarabangsa sejak empat bulan lalu menjelaskan, minyak wangi secara umumnya dikelaskan kepada Eau de Cologne (EdC), Eau de Toilette (EdT), Eau de Parfum (EdP) atau Parfum de Toilette (PdT), Esprit de Parfum (EsdP) dan de Parfum.
"Secara umumnya, EdC mengandungi lapan peratus pati minyak wangi dan selebihnya adalah alkohol. EdT mengandungi 15 peratus pati minyak wangi diikuti dengan EdP atau PdT yang mengandungi 20 peratus pati.
"Untuk ESdP ia mengandungi 30 peratus pati minyak wangi dengan 70 peratus bahan lainnya adalah alkohol manakala bagi de Parfum ia mengandungi 40 peratus pati minyak wangi sahaja dan 60 peratus alkohol," katanya.
Merubah persepsi
Seorang pelakon dan pelawak popular, Ebby Yus, 42, berkata, minyak wangi telah menjadi kegemarannya sejak di bangku sekolah. Sehingga kini, minyak wangi bagi Ebby Yus menjadi sesuatu yang wajib dipakai pada diri setiap masa.
"Dengan memakai minyak wangi saya percaya ia mampu memperbaiki persepsi negatif terhadap kita. Dalam erti kata lain, walaupun wajah kita kurang cantik atau tidak kacak tetapi apabila memakai minyak wangi yang sesuai ia mampu membuatkan orang yang berada berhampiran kita tertarik.
"Misalnya seseorang lelaki yang tidak kacak dan tiada teman wanita dan memakai minyak wangi kemungkinan boleh menarik wanita mendampinginya," kata Ebby Yus tersenyum mencerita pengalaman dirinya.
MESIR antara negara yang terkenal dengan industri minyak wangi.
Sementara itu, pakar perunding psikologi dan psikiatri, Unit Perubatan Tingkah laku-Saraf Kedah Medical Centre, di Alor Star, Kedah Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berkata, wangi-wangian mampu meredakan tekanan.
"Wangi-wangian yang dihasilkan daripada minyak wangi dan bahan beraroma mampu membuatkan seseorang terkesan dari segi psikologi dalam erti kata melegakan tekanan atau stres ringan.
"Namun, jika seseorang itu mengalami tekanan sehingga menyebabkan kemurungan ia tidak akan berkesan lagi dan perlukan rawatan perubatan segera dilakukan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Jelasnya, bau aroma minyak wangi tidak mampu menyembuhkan penyakit secara terus tapi ia membantu seseorang individu dan mereka di sekelilingnya berasa senang dan tenang seperti kita melihat lautan biru yang luas terbentang.
Sikap memilih, tuntut gaji, lokasi punca lepasan IPT sukar dapat pekerjaan
KUALA LUMPUR: Sikap terlalu memilih pekerjaan, selain menjadikan alasan remeh seperti jarak pejabat jauh dan gaji tidak setimpal menjadi punca ramai graduan institusi pengajian tinggi (IPT) sukar mendapatkan pekerjaan.
Malah, ada golongan pencari kerja mendakwa, segelintir majikan mengamalkan sikap pilih kasih lalu menolak calon yang tidak memenuhi kriteria atau kemahuan mereka sebagai alasan tidak ditawarkan pekerjaan.
Sehubungan itu, graduan terbabit sanggup melakukan kerja sampingan, termasuk menjadi pengasuh biarpun tidak menyamai kelayakan akademik dengan kadar upah rendah, selagi jawatan dihajati tidak diperoleh. Seorang pencari kerja, Noor Aishah Hamzah, 26, berkata beliau tidak pernah terlintas menjadi pengasuh kanak-kanak namun terpaksa akur kerana tidak ada pilihan.
"Selepas tamat pengajian, saya berusaha mencari kerja. Namun, selesai temu duga, jawapan saya terima mengecewakan. Permohonan saya sering ditolak dan ada kalanya diminta menunggu jawapan, tetapi hampa.
"Hampir dua tahun saya menganggur. Disebabkan tiada pilihan lain, selain tidak mahu menyusahkan keluarga, saya mengambil keputusan mengasuh kanak-kanak di rumah. Saya sedih, walaupun mempunyai segulung ijazah, saya masih tidak mampu mendapatkan pekerjaan," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Bagi Mohd Amirul Faiz Ahmad, 25, berkata, beliau pernah ditawarkan pekerjaan, tetapi ditolak kerana gaji tidak setimpal, selain faktor lokasi tempat kerja yang jauh. "Saya menganggur lebih lima bulan sebelum mendapat pekerjaan di ibu negara. Walaupun jauh berbeza daripada bidang pengajian saya di IPT, namun saya terima kerana terdesak," katanya.
Seorang lagi anak muda, Shamsul Akhbar Shamsul Hisyam, 27, mengakui terpaksa bekerja dalam bidang berbeza kerana sukar mendapatkan pekerjaan.
"Masalah menjadi rumit kerana terlalu sedikit peluang pekerjaan dalam bidang pengajian saya. Ditambah pula dengan faktor kekosongan jawatan yang tipis, selain kumpulan pencari kerja yang ramai.
"Dulu, ketika mula ditawarkan tempat di IPT, saya hanya mahu mengejar peluang mendapatkan segulung ijazah tanpa memikirkan apakah saya akan memperoleh pekerjaan apabila tamat pengajian," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Rahmat Ismail, berkata kesukaran graduan mendapatkan kerja bukan disebabkan kurangnya tawarkan pekerjaan, sebaliknya senario kini sudah berubah.
"Banyak majikan beralih kepada sistem pekerjaan kontrak atau berdasarkan komisen. Namun, pekerjaan sebenarnya banyak dan boleh menampung graduan, tetapi senario pekerjaan sekarang tidak sama.
"Masalahnya, graduan kita, terutama Bumiputera masih lagi mengharapkan pekerjaan dengan gaji lumayan dan kerjaya tetap," katanya ketika diminta mengulas isu graduan terlalu memilih pekerjaan.
Rahmat berkata, jabatan menyelenggara portal JobsMalaysia dan mendapati kebanyakan majikan menawarkan pekerjaan secara kontrak atau gaji dibayar berdasarkan komisen.
Pesakit pelatih inspektor PULAPOL KL termasuk 2 wanita
PUTRAJAYA: Tiga lagi pelatih inspektor Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, pagi semalam selepas dijangkiti 'Adenovirus'.
Tiga pelatih terbabit termasuk dua wanita sebelum ini dirawat di wad biasa HKL. Ini menjadikan empat pelatih termasuk seorang konstabel ditempatkan di ICU hospital itu akibat jangkitan virus berkenaan, sehingga malam tadi.
Komandan PULAPOL, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed, berkata empat pelatih yang dimasukkan ke ICU adalah antara kumpulan 23 pelatih yang sedang menerima rawatan di wad biasa HKL sejak dua minggu lalu. "Sehingga jam 8 malam tadi, seramai 389 pelatih konstabel dan pelatih inspektor masih menjalani pengasingan di bilik gerakan PULAPOL hingga kesihatan mereka pulih," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Semalam, pelatih inspektor, Mohd Ridzuan Ishak, 26, meninggal dunia pagi kelmarin selepas dirawat di ICU selama seminggu.
Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada Selasa minggu lalu selepas dirawat selama lima hari di unit rawatan sama.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Robiah Abdul Ghani, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi perhatian serius terhadap jangkitan 'Adenovirus' dan sering mendapatkan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Langkah-langkah pembersihan diteruskan bagi memastikan jangkitan virus terkawal dan pelatih yang sudah sihat dibenarkan menjalani aktiviti riadah ringan.
"Pelatih wanita pula akan ditempatkan ke asrama baru sebaik proses pembersihan selesai dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa kedua yang meninggal dunia akibat dijangkiti 'Adenovirus', Allahyarham Mohd Azizan melakukan ujian kesihatan di HKL bagi mencegah virus itu daripada merebak.
Bapa mangsa, Ishak Taharin, 48, berkata beliau sekeluarga menjalani pemeriksaan, kelmarin ketika menunggu proses bedah siasat yang dijalankan terhadap anaknya.
"Hospital memaklumkan keadaan kami sekeluarga baik dan bebas daripada 'Adenovirus. Pihak hospital turut membekalkan beberapa jenis ubat antibiotik sebagai langkah pencegahan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sementara itu, ahli keluarga yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan pelatih PULAPOL atau perkara lain boleh menghubungi bilik gerakan PULAPOL di talian 03-26882009 dan 03-26882062.
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR pengarang@utusan.com.my
MOHD. Ghazali Yahya (kiri) diperhatikan Siti Nursaida Tarudin sejurus keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR 18 Mac – Sikap yang mengongkong kerjaya sebagai artis dan tidak menghormati ayah mertua semasa hayatnya adalah antara dakwaan penyanyi Saida terhadap suaminya yang menjadi sebab artis tersebut mengemukakan permohonan bercerai secara baik.
Perkara tersebut diberitahu oleh suami Saida sendiri, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, ketika ditanya oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd. Suhaily Rosdi berhubung permohonan yang dikemukakan oleh isterinya.
Biarpun dianggap bersikap demikian, menurut Mohd. Ghazali yang pernah bekerja sebagai jurutera kaji bumi, perasaan cinta dan sayangnya terhadap Saida tidak pernah berubah.
''Saya cuba memperbaiki hubungan antara kami dengan berbincang dari hati ke hati, tetapi Saida selalu menyalahkan saya.
''Sebagai suami, saya cuba pulihkan rumah tangga. Saya cuba dapatkan khidmat kaunseling, bagaimanapun ia tidak berjaya kerana Saida tidak turut serta,'' keluh Mohd. Ghazali yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.
Tambahnya lagi, beliau bercadang untuk membawa Saida, 35, pergi menunaikan umrah untuk memulihkan hubungan mereka.
Kemunculan Mohd. Ghazali buat pertama kali di mahkamah setelah kes ini disebut sebanyak tiga kali sebelum ini telah menyebabkan Mohd. Suhaily berkali-kali menegur lelaki tersebut.
Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Tarudin turut disoal oleh Mohd. Suhaily yang bertanyakan sama ada beliau masih ingin meneruskan permohonan cerai secara baik.
Artis kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam itu menyatakan, beliau tetap berhasrat meneruskan permohonan itu kerana dirinya tidak dapat lagi menerima Mohd. Ghazali.
Ditanya oleh Mohd. Suhaily mengapa penyanyi berkenaan tidak dapat menerima suaminya yang dinikahi sejak 15 tahun lalu, Saida berkata:
''Sebab sikapnya yang menyakitkan hati saya.''
Mohd. Suhaily kemudian memutuskan agar Mohd. Ghazali dan Saida melantik dua wakil yang terdiri daripada saudara-mara terdekat bagi menganggotai hakam (penimbangtara).
SHAH ALAM 18 Mac - Seorang janda beranak satu warga Singapura dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar 372.4 gram dadah campuran heroin dan morfin, dua tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Noor Atiqah M. Lasim, 27, (gambar) seorang pembantu di sebuah firma guaman dekat sini selepas tertuduh didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Dalam penghakimannya, Hakim Noor Azian berpendapat bahawa wanita terbabit mempunyai pengetahuan dan kawalan ke atas dadah tersebut.
''Tertuduh dalam pembelaannya menyatakan dadah di dalam beg itu bukan miliknya dan dia hanya membawa bagi pihak orang lain tanpa mengetahui isi kandungan beg itu.
''Pembelaan itu tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai oleh mahkamah kerana seseorang tidak akan membawa beg milik orang lain tanpa sebab,'' kata beliau.
Noor Atiqah didakwa mengedar 342.1 gram heroin dan 30.3 gram morfin di mesin pengimbas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini pada pukul 6 pagi, 5 Januari 2009.
Seorang penulis blog dibawa ke balai polis Sentul tengah malam tadi dan pihak berkuasa didakwa tidak mempunyai waran bagi menahannya, dakwa naib presiden PKR.
Tian Chua berkata, beliau mendapat penulis blog yang dikenali sebagai Hanief disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas tiba di balai berkenaan tengah malam tadi.
"Di tengah-tengah siasatan SKMM, saya bertanya apa hak mereka menahan orang di tengah-tengah malam sebegini. (Dan) Tiada sesiapa menunjukkan waran (terhadap Hanief) pada saya," tulisnya di laman Twitter kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
"Pegawai SKMM mengaku mereka tidak mengeluarkan waran, justeru saya minta soal siasat itu dihentikan. (Tetapi) mereka berita Hanief secara sukarela datang ke situ," tambah anggota parlimen Batu itu.
Tian juga mendedahkah bahawa SKMM memerintah Hanief hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya pada jam 10.30 pagi ini bagi membantu memberi maklumat berhubung satu siasatan bawah Bab 3, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut dokumen perintah yang gambarkan dimuatkan kembali Tian di internet, sekiranya gagal atau enggan berbuat demikian, Hanief boleh dibawa kepada majistret dan diberikan waran tangkap.
Masih belum jelas Hanief akan disiasat berhubung perkara apa. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung 'penahahan' dan siasatan pada penulis blog itu.
Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan untuk cop "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja" pada injil berbahasa Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Klang dinasihatkan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di kalangan gereja mengenai perkara itu, cara terbaik untuk menyelesaikannya ialah pemimpin terbabit mengadakan perjumpaan dan perbincangan secara tertutup.
"Mereka patut berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin (Tun) Hussein dan menggariskan butiran dan caranya. Lagi kurang diperkatakan secara terbuka adalah lebih baik," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.
Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan bekas menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara berkata kerajaan sentiasa menggunakan dialog dan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkaitan agama.
"Sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Saya fikir perbincangan patut diadakan berikutan Hishammuddin sendiri telah bersetuju untuk berjumpa mereka sekali lagi minggu ini. Saya berdoa penyelesaian yang diterima majoriti ramai akan dicapai," katanya.
Beliau mengulas keputusan kerajaan untuk cop 5,100 naskhah injil berbahasa Malaysia dengan perkataan "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja" yang menurut Hishammuddin dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP), tanpa sebarang niat untuk mencacatkan kitab suci kristian itu.
Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 18 Mac - Akibat enggan memberikan wang, seorang anak bertindak di luar batasan apabila sanggup mencederakan ibu kandungnya sendiri sehingga menyebabkan mangsa cedera di kepala, kelmarin.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kuala Terla, Jalan Perlong dekat Cameron Highlands.
Mangsa yang berusia 61 tahun dikatakan sering dipukul oleh anak lelakinya berusia 43 tahun yang tidak bekerja dan kejadian itu sering berlaku ketika suspek mabuk selepas meminum arak.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, dalam kejadian pukul 8 malam itu, suspek yang baru pulang ke rumah tiba-tiba mengamuk.
"Suspek dalam keadaan mabuk mengamuk dan memaki-hamun ibunya sebelum menolak mangsa hingga terjatuh ke lantai.
"Berikutan itu, kepala mangsa cedera, namun bapanya yang berusia lingkungan 60-an dan turut berada dalam rumah itu tidak diapa-apakan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.
Tambah beliau, mangsa melaporkan anaknya kerap memarahi dan memukul mereka suami isteri.
Katanya, suspek yang selalu meminta wang itu juga sering mengkasari, menyerang serta mengugut ibu dan ayahnya.
Berikutan laporan itu, kata Mohd. Haris, polis telah menahan suspek dan dia kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
KUANTAN 18 Mac - Dua warga emas bernasib malang apabila duit dan barang kemas mereka lesap, dipercayai dicuri oleh anak dan cucu mereka dalam kejadian berasingan di sini semalam dan Selasa lalu.
Kejadian pertama berlaku di Kampung Baru Chendering dekat Permatang Badak di sini, semalam apabila mangsa yang berusia 61 tahun sedang menjemur pakaian di belakang rumahnya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, anak mangsa yang berusia belasan tahun tiba-tiba 'naik angin' dan mengamuk.
"Mangsa yang sedang menjemur pakaian terkejut dengan sikap anaknya yang mengamuk dan marah kerana mahukan duit.
"Kemudian anak mangsa bertindak mengunci pintu dapur rumah sehingga menyebabkan ibunya tidak dapat memasukinya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.
Kata beliau, mangsa tiba-tiba teringat beg tangan yang diletakkan di dapur rumah itu dan kemudian mendapati beg tersebut hilang.
"Setelah diperiksa, mangsa mendapati beg yang mengandungi wang tunai RM1,000 dan barang kemas bernilai RM3,000 lesap dipercayai dilarikan anaknya," katanya.
Dalam kes kedua pula, Mohd. Haris berkata, seorang nenek berusia 67 tahun bernasib malang apabila barang kemas bernilai RM7,000 dilarikan oleh cucunya di Permatang Badak di sini, Selasa lalu.
Katanya, mangsa menyedari barang kemasnya hilang kira-kira pukul 3 petang hari kejadian.
Tambahnya, sebelum kejadian, cucu mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan sering mencuri wang neneknya.
"Namun, mangsa tidak pernah melaporkan kejadian itu kepada polis. Bagaimanapun, kejadian kali ini tidak dapat dimaafkan dan mangsa membuat laporan kerana tidak tahan lagi dengan sikap cucunya itu," katanya.
Tambah beliau, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
NORZARI Yahya (dua dari kanan) menyampaikan kunci rumah baru kepada Ibrahim Omar di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut, semalam. - UTUSAN/Haris Fadilah Ahmad
JERANTUT 18 Mac - Kesusahan hidup cucu pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau, Ibrahim Omar, 77, mendapat perhatian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah apabila menerima rumah baru di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar dekat sini hari ini.
Projek membina rumah bernilai RM33,000 di bawah Program Bantuan Rumah diselenggarakan oleh RISDA Pahang bagi membolehkan warga emas itu menduduki rumah yang selesa.
Penyerahan kunci rumah dan wang bantuan bernilai RM100 itu disampaikan Ketua UMNO Cawangan Pulau Tawar, Norzari Yahya yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail, di sini.
Menurut Norzari, kesusahan hidup Ibrahim yang ketiadaan tempat tinggal tetap mendapat perhatian Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Bukit Rang dengan memohon bantuan ke kementerian itu menerusi pejabat Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar.
''Penderitaan Ibrahim mendapat perhatian kerajaan negeri dan akhirnya warga emas itu memiliki tempat tinggal tetap dan hidup lebih selesa," katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Norzari, pihaknya akan memantau kebajikan cucu Mat Kilau itu khususnya memberi bantuan keperluan harian, perubatan dan persiapan hari raya.
Katanya, usaha tersebut sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membantu golongan asnaf dan miskin di negeri ini keluar daripada garis kemiskinan.
Dalam pada itu, Ibrahim bersyukur dan terharu kerana tidak menyangka nasibnya mendapat perhatian kerajaan dan pemimpin setempat.
''Selama ini saya tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan tidak mampu bekerja, malah sukar membeli peralatan membina rumah kerana sering sakit sejak kebelakangan ini," katanya.
Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada kementerian, kerajaan negeri dan RISDA kerana membantu golongan miskin serta warga emas supaya hidup lebih selesa seperti penduduk kampung lain.
TAMAN Tasik Perdana tidak lagi sunyi pada waktu tengah malam apabila ramai kanak-kanak dibawa oleh ibu bapa untuk bermain di taman permainan yang turut dilengkapi binaan berupa istana ala Eropah. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Detik 12 malam DENYUT nadi ibu negara tidak pernah terhenti. Walaupun sudah melepasi detik 12 tengah malam, di sana sini masih banyak aktiviti yang dilakukan oleh warga kota.
Kerana itu, semakin banyak premis perniagaan terutama yang berkaitan makanan dibuka 24 jam bagi memenuhi permintaan dan gaya hidup warga kota.
Bagi yang sudah berkeluarga, tengah malam tidak semesti waktu untuk melelapkan mata khususnya pada hujung minggu.
Sesekali membawa anak-anak menikmati panorama indah Kuala Lumpur selepas pada waktu malam mungkin tidak ada salahnya, kalau kena pada tempatnya.
Antara tempat yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak ialah ke taman-taman awam di sekitar ibu kota.
Berbanding taman-taman lain, Taman Tasik Perdana dilihat paling menjadi tumpuan sebagai destinasi riadah keluarga pada waktu petang hujung minggu sehingga ke tengah malam.
Sejak usaha menaiktarafkan taman berkenaan kepada Taman Botani yang telah pun memasuki fasa kedua, dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lokasi itu terus menjadi pilihan ramai.
Selain landskap yang cantik, kemudahan taman permainan yang pelbagai turut menjadi sebab utama lokasi ini menjadi tumpuan keluarga.
Keakraban malam dengan pengunjung taman itu jelas dapat dilihat sewaktu tinjauan yang dilakukan oleh S2 baru-baru ini.
Jeritan keriangan kanak-kanak bermain di gelanggang permainan yang disediakan langsung tidak membawa gambaran sifat malam itu sendiri yang gelap dan menakutkan.
Cahaya lampu neon yang melimpahi pekarangan taman permainan itu benar-benar memberi kanak-kanak terbabit kepuasan untuk bermain sepuas-puasnya tanpa ada rasa bimbang.
Pilihlah apa sahaja, sama ada bermain buaian, gelongsor mahupun bermain badminton.
Penyediaan kemudahan rekreasi yang mesra pengguna juga telah menambah kelebihan kepada taman ini untuk pengunjung bersukan dan beriadah.
Bagi ibu bapa, bangku yang disediakan di kawasan berhampiran cukup memudahkan pergerakan anak-anak dipantau. Malah mereka juga boleh memanaskan badan melalui peralatan senaman khusus bagi golongan dewasa yang turut disediakan di situ.
Salah seorang ibu yang ditemui, Eliza Mohamad, 33, berkata, sejak mendirikan rumahtangga, malam minggu menjadi pilihannya untuk membawa anak-anak beriadah bersama.
Dia yang menetap di Gombak berkata, Taman Tasik Perdana biasa menjadi pilihan kerana persekitaran yang menarik dan kemudahan yang disediakan.
"Biasanya kami bertolak dari rumah pukul 8 malam dan menghabiskan kira-kira empat atau lima jam di sini. Kami hanya akan pulang selepas anak-anak kepenatan," ujarnya.
Turut sependapat dengan Eliza ialah Mazlina Abdullah, 34. Dia yang tinggal di Sentul mengakui, selain dekat dengan rumahnya, suasana yang menarik di taman itu menjadi penyebab utama mereka sekeluarga memilih lokasi tersebut.
"Suasana di sini lebih sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga kerana peralatan yang disediakan juga bukan sahaja menepati cita rasa kanak-kanak, tetapi juga ibu bapa," ujarnya.
Seorang bapa, Syed Faisol Syed Zulkifli, 33, pula berkata, memandangkan isterinya bertugas pada waktu malam, itulah aktiviti yang sering dilakukan bersama dua anak perempuannya berusia empat dan dua tahun.
Dia yang menetap di Ampang berkata, mereka menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam di situ.
"Biasanya saya dan anak-anak berkunjung ke sini pada pukul 10 malam hingga lewat tengah malam," ujarnya.
KAMARIAH AHMAD MENULIS AKU mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya.
Sebelum ini aku tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. Aku bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.
Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, aku pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?
Akhirnya aku menemuinya, aku berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwaku dengan tiba-tiba. Saat itu aku di dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Pertama kali aku melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu aku mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT aku dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).
Aku masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, aku sebak, sedih bercampur. Ya, rasa 'bahagia' atau rasa yang menerjah kalbu. Dengan air mata, aku menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, aku datang dari jauh dan mendirikan solat di Masjid Nabawi.
Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan. Aku berasa hampir dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, aku menghitung hari seterusnya berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama aku di tanah suci.
Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah jiwaku. Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari aku melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil.
Saban hari aku melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar undang-undang jenayah dan sivil.
Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT semua ini tidak akan berlaku.
Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata 'kalaulah' kerana semua yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Aku menghadiahkan al-Fatihah kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doaku untuk mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan nama.
Nama sebagaimana? Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa jenayah sedemikian terjadi?
Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan aku dan rakan-rakan wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup dengan mendakwa sebagai bomoh.
Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu pembunuhan yang teramat kejam.
Aku tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey. Dia seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi.
Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan perasaan hatinya dalam nota autograf yang aku ambil daripadanya dan kini tersimpan sebagai khazanah peribadi. Bunyinya ringkas:
"Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku."
Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak. Pada satu ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri dikerat-kerat 18.
Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram remang bulu roma. Tidak semena-mena kedengaran bunyi 'keruk-keruk'. Para hadirin memandang sesama sendiri.
Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan berita eksklusif. Pada petang itu, aku memperoleh maklumat daripada sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.
Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir berdarah.
Aku masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke Penjara Kajang. Hukuman mati sudah dijatuhkan.
"Saya nak senyum." Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepadaku apabila ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara. Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.
Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum? Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah. Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, aku tidak berhenti berfikir. Apabila sampai di pejabat, aku cerita kepada Ketua Pengarang ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai kata-kata Mona Fandey.
Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang 'tak kena' pada wanita ini. Namun aku jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Aku beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa dirinya.
Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia, "Saya nak senyum." Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas. Apabila dikenangkan, aku pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan seolah-olah mendewakan wanita ini.
Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah. Aku masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan.
Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi. Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi.
Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan mengiring orang mati pun menyanyi. Apa yang menariknya, Mona Fandey meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam mahkamah.
Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah jadi pentas hiburan. Aku berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih terpesong.
Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya ini.
BNM menyemak semula syarat permohonan dan pemilikan kad kredit bagi mengelak orang ramai terjerumus dalam kancah hutang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menguatkuasakan beberapa peraturan drastik bagi pemilikan kad kredit khususnya untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM36,000 setahun untuk mengawal perbelanjaan boros selain membendung risiko generasi muda diisytiharkan muflis.
Peraturan baru itu dijangka memberi kesan kepada lebih 480,000 pemilik kad kredit di negara ini yang berada dalam segmen pendapatan itu.
Antara syarat yang dikuatkuasakan serta-merta itu ialah kadar kelayakan gaji minimum bagi setiap permohonan baru kad kredit dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan.
Pada masa yang sama, mereka yang mempunyai gaji RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun hanya dibenarkan memiliki kad kredit daripada dua buah bank sahaja.
Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, jika seseorang itu mempunyai kad kredit daripada banyak bank, individu itu perlu memilih dua bank sahaja dan membatalkan kad kredit yang lain menjelang akhir tahun ini.
"Kepada mereka yang terpaksa membatalkan kad masing-masing di bawah syarat ini, mereka diberi masa dua tahun untuk melangsaikan baki kredit tanpa sebarang syarat daripada bank," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, syarat umur sekurang-kurangnya 21 tahun untuk memohon kad kredit dikekalkan.
Oleh NORHAYATI YAHAYA norhayati.yahaya@kosmo.com.my
SHAH ALAM – Seorang janda beranak satu warga Singapura dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan mengedar 372.4 gram dadah campuran heroin dan morfin dua tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Noor Atiqah M. Lasim (gambar), 27, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah firma guaman dekat sini selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Malah dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, mahkamah mendapati wanita itu mempunyai pengetahuan dan kawalan ke atas dadah-dadah tersebut.
"Tertuduh di dalam pembelaannya menyatakan dadah di dalam beg itu bukan miliknya dan dia hanya membawa bagi pihak orang lain tanpa mengetahui isi kandungan beg itu.
"Pembelaan itu tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai oleh mahkamah kerana seseorang tidak akan membawa beg milik orang lain tanpa sebab," katanya.
ABDUL WAHAB (lima dari kiri) bersama penduduk meninjau tapak perkuburan Islam yang bakal dibangunkan di George Town semalam.
GEORGE TOWN – Tak cukup tanah, bina rumah atas tapak kubur.
Demikian dakwaan penduduk Kampung Bukit Kechil, Sungai Nibong dekat sini terhadap rancangan sebuah syarikat pemaju untuk membina projek perumahan di atas sebahagian tanah perkuburan Islam kampung berkenaan tidak lama lagi.
Ia berlaku selepas pemilik tanah bertindak menjual tanah di atas bukit di situ kepada syarikat berkenaan baru-baru ini.
Penduduk mendakwa, tanah itu sebelum ini telah diwakafkan oleh pemiliknya sebagai kawasan perkuburan bersama beberapa pemilik lain semasa mereka meneroka kampung itu kira-kira 200 tahun lalu. malah kawasan seluas kira-kira 0.2 hektar itu telah dipagar oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai tanah wakaf sejak lima tahun lalu.
Fikri Hasanusi, 43, mendakwa, walaupun ia hanya melibatkan kawasan seluas 100 meter persegi, 20 kubur lama di situ bakal lenyap dan bukannya dua kubur seperti yang didakwa oleh pemaju.
"Kami tidak mempertikaikan hak pemilik menjual tanah tetapi kami minta pihak berkuasa meninjau keadaan ini kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai dan ramai waris si mati," ujarnya kepada Kosmo! semalam.
Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN kota@utusan.com.my
BUNGKUSAN makanan adalah sampah yang paling banyak dilihat di tasik Taman Rekreasi Seksyen 7 Shah Alam yang menunjukkan pengunjung adalah punca tasik itu dipenuhi sampah
SHAH ALAM 17 Mac - Bau busuk dan pemandangan yang tidak menyenangkan menghantui pengunjung sebuah taman rekreasi di Seksyen 7 di sini.
Ini berikutan tasik yang terdapat di taman rekreasi itu kini dicemari dengan sampah-sarap yang menyakitkan mata.
Seorang pengunjung, Muhammad Muaz Dahari, 28, berkata, dia kecewa kerana taman rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk setempat itu kini tidak terjaga.
Malah, katanya, pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab melakukan kerja-kerja pembersihan dengan segera.
"Sebelum ini, kawasan rekreasi ini berada dalam keadaan bersih dan menenangkan tetapi sejak kebelakangan ini terutama selepas hujan, keadaan bertambah teruk.
"Sepatutnya PBT perlu memberi tumpuan terhadap tahap kebersihan di kawasan ini kerana ia menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk beriadah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Yellamalai Palasamy, 58, pula menyalahkan sikap pengunjung yang bersikap sambil lewa dan tidak menjaga kebersihan kemudahan awam bersama.
"Tahap kebersihan di taman rekreasi ini yang tidak memuaskan jelas membuktikan kurangnya kesedaran sivik di kalangan rakyat negara ini.
"Walaupun majoriti rakyat negara telah diberi pendidikan yang baik, namun kesedaran sivik mereka masih berada pada tahap yang rendah," tegas pesara kerajaan itu.
Penuntut Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universi Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Taqiyuddin Yusof, 23, pula berkata, sepatutnya tidak timbul soal tahap kebersihan tidak memuaskan memandangkan status negara ini sebagai negara yang pesat membangun.
Remaja yang berasal dari Kuantan, Pahang itu turut menuding jari kepada kontraktor yang dilantik PBT kerana didapati gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik.
"Saya kecewa kerana setiap kali melihat keadaan taman rekreasi ini yang dipenuhi sampah serta mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan.
"Cara kontraktor yang bertanggungjawab terhadap tahap kebersihan di taman rekreasi ini juga boleh dipertikaikan kerana mereka jelas terbukti gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik," jelasnya.
Seorang lagi pengunjung, Asmawi Ahmad, 35, berkata, walaupun taman rekreasi itu berada dalam keadaan jijik dan kotor, tetapi ia tetap dikunjungi oleh orang ramai kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan mereka.
"Saya harap pihak bertanggungjawab dapat bertindak supaya taman rekreasi ini dapat kembali bersih dan menenangkan seperti sedia kala," katanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di taman rekreasi itu mendapati, selepas waktu hujan, sampah yang memenuhi tasik berkenaan melimpah keluar ke kawasan tebing.
Keadaan menjadi bertambah teruk apabila pihak berkuasa tempatan gagal membersihkan sampah itu dengan segera hingga ia mengeluarkan bau busuk.
PELBAGAI reka bentuk belon udara memenuhi ruang udara Putrajaya sempena Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya yang bermula semalam sehingga Ahad ini.
PUTRAJAYA 17 Mac - Orang ramai berpeluang menyaksikan pemandangan menarik penuh warna-warni di ruang udara di sini sempena Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya yang berlangsung di tapak Monumen Alaf Baru, Presint 2 bermula hari ini sehingga 20 Mac depan.
Program anjuran Malaysian Sport Aviation Federation (MSAF) dan AKA Balloon Sdn. Bhd., dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu padat dengan pelbagai aktiviti bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati dan menyertainya.
Pengerusi Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya, Khairudin Abdul Rani berkata, pesta itu mendapat sokongan pelbagai pihak.
"Kami menyasarkan kehadiran pengunjung kira-kira 300,000 orang iaitu menyamai rekod pengunjung pada tahun lalu," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian fiesta tersebut di sini hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hadir merasmikan fiesta tersebut dan seterusnya merasai pengalaman menaiki belon udara panas.
Menurut Khairudin, penganjuran kali ini berjaya menarik minat empat negara baru untuk menghantar belon udara panas mereka iaitu Vietnam, Hong Kong, India dan juga Thailand.
Selain itu, katanya, sebanyak 27 belon udara panas daripada 14 buah negara yang dihiasi dengan pelbagai corak dan bentuk akan mewarnai ruang udara di sini.
Peluang menaiki belon udara panas terbahagi kepada dua sesi iaitu pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam sepanjang tempoh empat hari pesta itu berlangsung.
"Pengunjung yang hadir boleh menaiki belon udara panas yang diikat secara turun dan naik dengan kadar bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
"Saya berharap orang ramai tidak melepaskan peluang datang ke sini bersama keluarga untuk menikmati keseronokan menyaksikan belon udara panas dan merasai sendiri pengalaman menaikinya," katanya.
Tambahnya, antara program lain yang diadakan adalah pertunjukan paramotor, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan menghasilkan kapal terbang kertas dan bazar jualan.
Khairudin berkata, acara kemuncak pesta tersebut ialah aktiviti Night Glow pada hari Sabtu bermula 8.30 malam.
"Menerusi aktiviti itu, belon udara panas akan berlepas mengikut arahan berkod, seterusnya juruterbang akan mencipta pelbagai kesan mengagumkan melalui tiga arahan," katanya.
KUALA LUMPUR 17 Mac – Masyarakat India di ibu kota yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM300 sebulan disaran kembali tinggal dan bekerja di estet.
Ini kerana, dengan pendapatan sebanyak itu, mereka akan terus berhadapan dengan kesukaran untuk meneruskan kehidupan.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan (gambar) berkata, kumpulan itu perlu melihat semula estet sebagai alternatif.
Menurutnya, estet-estet khususnya syarikat milik kerajaan seperti Sime Darby menjanjikan pendapatan yang lebih baik dan kemudahan yang lebih banyak untuk mereka.
"Di sana (estet), mereka akan diberi kerja dengan pendapatan RM700 sebulan, di samping boleh menikmati pelbagai kemudahan lain seperti rumah percuma, pengangkutan bas percuma untuk anak-anak ke sekolah dan kos sara hidup yang rendah," katanya.
Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di pejabatnya di sini hari ini.
Saravanan berkata, sebelum ini, ramai di kalangan kaum tersebut yang salah faham apabila disaran berpindah ke estet.
"Bukan semua digalakkan berpindah tetapi kepada mereka yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan di bandar raya ini," jelasnya.
Katanya, apabila tinggal di sana, mereka boleh keluar daripada garis kemiskinan, seterusnya membina kehidupan yang selesa.
"Perkara ini harus dipandang serius dan langkah berpindah semula ke estet mungkin jalan yang terbaik buat mereka," katanya.
Saravanan berkata, bagaimana mereka boleh meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur jika sewa rumah pun tidak mampu dibayar.
"Setiap minggu penduduk akan berjumpa dengan saya untuk mengadukan masalah dan rata-rata mengadu yang mereka tidak mampu membayar sewa rumah.
"Ada di antara mereka ini mempunyai tunggakan sehingga RM6,000 atau bersamaan tiga atau empat tahun tidak membayar sewa rumah," katanya.
Ujarnya, dengan tunggakan tersebut, mereka akan ditamatkan penyewaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), walhal sewa bulanan hanya RM124 sahaja.
Beliau berkata, kebanyakan mereka juga adalah ibu tunggal yang hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kita juga dapati, 60 peratus penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kalangan masyarakat India mempunyai tunggakan sewa antara RM4,000 hingga RM6,000," katanya.
[unable to retrieve full-text content]VIENNA: Pergerakan bahan radioaktif tahap rendah dari reaktor nuklear Jepun yang rosak akibat gempa dan tsunami minggu lalu kini merentasi Lautan Pasifik dan dijangka tiba di Amerika Syarikat hari ini serta mungkin menyeberangi Lautan Atlantik hingga Eropah.
KUCHING: Tiada pengumuman dibuat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, walaupun beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, pagi semalam.
Pertemuan itu menarik perhatian media yang menunggu di luar pintu pagar utama sejak jam 9 pagi untuk mengetahui sama ada ia membincangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak atau tarikh pilihan raya negeri.
Abdul Taib yang menaiki kereta rasminya masuk ke Astana kira-kira jam 9.30 pagi, sebelum keluar semula jam 10.55 pagi untuk menghadiri mesyuarat Kabinet negeri di bangunan Wisma Bapa Malaysia pada jam 11 pagi. Beliau ketika ditemui wartawan bagaimanapun, enggan mengulas pertemuannya itu. Sementara itu, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg, ketika ditemui selepas mesyuarat Kabinet berkata, pertemuan Taib dan Yang Dipertua Negeri adalah perkara biasa kerana perlu menerangkan perkara berkaitan mesyuarat.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata mesyuarat Kabinet itu tidak menyentuh isu berkaitan tarikh pembubaran DUN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan