Rabu, 23 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 23 Mar 2011 01:08 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Lima kali kemalangan Latifah tidak serik

Posted:

Lima kali kemalangan Latifah tidak serik

Lima kali kemalangan Latifah tidak serik

Oleh SHOLINA OSMAN


latifah ahmad


SERIK. Istilah itu tidak pernah ada dalam kotak fikiran penunggang tegar motosikal di kota Kuala Lumpur seperti Latifah Ahmad. Nenek berusia 64 tahun ini mengakui pengalaman lima kali dilanggar dan dua kali dihempap motosikal sedikitpun tidak menjadikan dia trauma, sebaliknya motosikal tetap sebagai teman setia ketika berada di jalan raya.

"Lebih 40 tahun saya menggunakan kenderaan ini di Kuala Lumpur iaitu semenjak lulus lesen memandu motosikal pada tahun 1966 setelah dua kali gagal ujian sebelum itu,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kata Latifah, dalam tempoh jangka masa yang lama itu beliau telah melalui pengalaman menunggang motosikal di Kuala Lumpur ketika di pertengahan tahun 60-an yang masih belum sesak sehinggalah sekarang.

Ketika ditanya faktor yang menyebabkan dia sanggup mengambil lesen motosikal, beliau akui penat bergayut ketika menaiki bas.

Sepanjang menjadi penunggang motosikal, Latifah juga tidak ingat lagi berapa banyak motosikal yang pernah dibeli.

"Setakat ini saya ingat pernah mempunyai Lamreeta, Vespa dan kini motosikal kapchai,'' katanya.

Disebabkan sudah lama menjadi penunggang motosikal, Latifah arif dalam mengenal pasti setiap kerosakan pada motosikal miliknya.

Dengan kelebihan itu, Latifah tidak pernah berhadapan dengan masalah motosikal 'meragam' ketika dalam perjalanan.

Sememangnya Latifah memang hebat kerana bukan sahaja tahu menunggang motosikal malah tahu memperbaikinya sendiri jika ia cuma melibatkan kerosakan kecil.

Kata Latifah, beliau pernah memandu kereta untuk ke tempat kerja kerana dileter oleh anak tunggal yang begitu bimbang keselamatan ibunya menggunakan motosikal.

"Memang saya bengang, sepatutnya dalam 10 minit saya sudah sampai ke tempat kerja tetapi gara-gara sesak maka lambat sampai,'' katanya yang bekerja di sebuah stesen minyak.

Semenjak itu Latifah lebih senang menggunakan motosikal kerana pergerakan lebih cepat dan mudah walaupun ketika jalan sesak.

Beliau akui sebagai penunggang motosikal di kota besar memang mempunyai risiko yang tinggi.

"Sehingga kini sudah lima kali terlibat dalam kemalangan iaitu dilanggar dari bahagian belakang dan juga sisi,'' katanya.

Cerita Latifah, antara kemalangan itu pernah menyebabkan tulang bahunya retak sehingga dua bulan memerap di rumah tetapi selepas pulih dia kembali menunggang motosikal tanpa rasa gerun.

Peristiwa malang itu terus menimpa dirinya apabila sekali lagi bahunya terseliuh akibat terjatuh dari motosikal yang dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda.

Selain itu, kakinya juga pernah terkehel malah nyaris patah apabila terjatuh ketika kereta secara tiba-tiba mengundur ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun kata Latifah, beliau tidak lupa untuk memandu dalam keadaan berhati-hati terutamanya tidak mengekori kenderaan lain dalam jarak dekat.

Biar pun begitu, akui Latifah dia, seperti penunggang motosikal lain di mana tetap cuba menyelit di antara deretan kenderaan tetapi ia dilakukan dengan berhati-hati.

"Kalau tidak selit susahlah juga kerana tak kanlah motosikal pun kena ikut beratur seperti kenderaan besar yang lain,'' katanya.

Baru-baru ini juga Latifah sekali lagi dihempap deretan motosikal ketika hendak parkir di kawasan rumahnya.

Mujurlah dia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat dibantu oleh seorang jiran yang menyedari kejadian itu.

Selain itu, kejadian motosikalnya berpusing seperti gasing di atas jalan licin juga salah satu pengalaman yang cukup menakutkan.

Malah kata Latifah, dia juga melalui pengalaman yang memberikan pengajaran seumur hidup disebabkan sikapnya yang gemar memandu laju.

Jelas Latifah, peristiwa itu berlaku ketika mengambil anaknya yang ketika itu berusia 9 tahun pulang dari sekolah.

"Ketika memecut ada sebuah motosikal yang memintas secara tiba-tiba di hadapan sehingga saya menekan brek sekuat hati untuk mengelakkan kami dua beranak terjunam ke longkang besar,'' katanya.

Latifah bersyukur kerana dia dan anak selamat dari bahaya dan berjanji tidak akan memandu lagi dengan laju.

Ketika ditanya sejauh mana beliau menunggang motosikal, kata Latifah, bukan di sekitar Kuala Lumpur sahaja malah ke Kalumpang, Selangor, Slim River, Perak dan Nilai, Negeri Sembilan dia pernah pergi.

"Saya juga pernah berhenti tidur di tepi jalan berbukit di Nilai hanya kerana keletihan tanpa mempedulikan bahaya kepada diri,'' katanya.

Menurut Latifah, selagi dia masih kuat maka selagi itu dia akan terus menggunakan motosikal sebagai kenderaan utamanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Motosikal berisiko tinggi terlibat kemalangan

Posted:

Motosikal berisiko tinggi terlibat kemalangan

Motosikal berisiko tinggi terlibat kemalangan

Oleh SHOLINA OSMAN


PEnunggang motosikal perlu mematuhi peraturan lalu lintas. - Gambar hiasan


WANITA yang menunggang motosikal diingatkan supaya tidak lupa dengan petua bahawa 'anda perlu melihat dan harus dilihat' supaya sentiasa selamat ketika berada di jalan raya.

Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar berkata, ini penting kerana motosikal antara yang paling banyak terlibat dalam kemalangan di negara ini pada setiap tahun memandangkan ia kecil dan beroda dua.

Katanya, penunggang motosikal berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan bukan sahaja kerana boleh terjatuh seorang diri tetapi terjatuh kerana melanggar sesuatu objek atau ketika jatuh boleh pula dilanggar oleh objek lain.

''Nasihat saya, seorang penunggang motosikal perlu tajam penglihatan dan sebaiknya pastikan kenderaan yang ditunggang itu boleh dilihat oleh pemandu kenderaan lain menerusi cermin belakang dan cermin sisi sebelah kiri dan kanan,'' katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Selain itu katanya, kalangan penunggang wanita juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan memakai pakaian keselamatan untuk menjamin keselamatan di jalan raya.

''Jangan lupa pakai topi keledar dan mengetatkan tali topi supaya dapat melindungi kepala jika terjatuh dan sebagainya,'' katanya.

Sebaiknya memakai sarung tangan kerana ia akan boleh membantu tangan daripada terluka ketika terjatuh.

Di samping itu katanya, kaum wanita dinasihatkan supaya tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana akan mengalami kesukaran jika terpaksa menahan kaki ketika membrek mengejut.

Beliau juga mengingatkan kaum wanita supaya tidak lupa untuk 'berkomunikasi' yang merupakan perkara penting ketika berada di jalan raya.

Katanya, bentuk komunikasi itu termasuk tidak lupa memasang lampu supaya kenderaan lain akan nampak ada motosikal di belakang mereka.

''Juga sebaiknya gunakanlah isyarat tangan kerana kadangkala isyarat lampu dari motosikal mungkin tidak dapat dilihat oleh pemandu kenderaan,'' kata Mat Aris.

Selain itu katanya, jangan lupa menggunakan hon jika ada keperluan kerana ini akan mengingatkan pemandu kenderaan yang mungkin sedang leka memandu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 23 Mar 2011 09:30 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Sandra Lee guna produk sendiri

Posted:

Sandra Lee guna produk sendiri

Sandra Lee guna produk sendiri

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


(dari kiri) Ning Baizura, Amber Chia, Sandra Lee, Deanna Yusof ketika majlis pelancaran produk Crabtree & Evelyn, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


MUNGKIN ramai yang tidak menyangka, jenama Crabtree & Evelyn yang sering dilihat di pasar raya besar terkemuka di Malaysia adalah milik Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad, syarikat ketiga pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia yang juga menghasilkan sabun untuk jenama Crabtree & Evelyn.

Malah syarikat tersebut telah mendapat hak milik ke atas Crabtree & Evelyn sejak 15 tahun dahulu apabila pemilik lama Crabtree & Evelyn, Cy Harvey menyuarakan hasratnya untuk menjual syarikat itu. Ia dibeli oleh Ketua Pegawai Eksekutif KLK Berhad, Tan Sri Lee Oi Hian, suami kepada Datuk Sandra Lee.

Crabtree & Evelyn sebenarnya sinonim dengan nama Sandra iaitu pemilik syarikat dan jenama itu sekarang.

Dilahir dan dibesarkan di Singapura, selepas berkahwin Sandra berpindah ke Ipoh, Perak iaitu kampung halaman suaminya.

Graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Universiti Amerika di Washington DC ini pernah berkhidmat sementara di negara itu sebelum kembali ke Singapura untuk bekerja sebagai pengurus jenama untuk syarikat kosmetik dan fesyen.

Usahawan yang kekal anggun menawan ini telah pun mendirikan rumah tangga selama 30 tahun dan menjadi ibu kepada empat cahaya mata berusia 28, 26, 24 dan 21 tahun.

Rahsia Sandra kekal cantik sudah tentu kerana beliau menggunakan produknya sendiri.

"Saya menggunakan jenama ini dari rangkaian Rose yang amat sesuai untuk orang Asia dan semua jenis kulit," jelasnya dalam satu pertemuan eksklusif bertempat di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Di samping itu Sandra pandai mengimbangkan keperluan kerjanya, senaman serta merehatkan diri di spa supaya dia mendapat kesihatan yang lebih menyeluruh.

"Pada masa cuti saya memang suka melancong dan merasai keenakan masakan dari serata dunia. Saya juga gemar membaca dan berkebun, malah saya mempunyai kebun saya sendiri di rumah saya yang terletak di Jalan Kelab, Ipoh, Perak," katanya yang turut mengambil inspirasi menghasilkan produk dari kebunnya sendiri.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa jenama Crabtree & Evelyn ini banyak diinspirasikan daripada tanaman herba Inggeris.

Ia merupakan perintis dalam formula botani selama lebih 30 tahun. Crabtree & Evelyn menggabungkan hasil alam semula jadi dan sains, dengan tradisi dan inovasi, kemewahan dan keselesaan, untuk mencipta produk mandian, penjagaan badan dan rumah.

Warisan ini diperlihatkan dalam namanya, Crabtree, daripada pokok epal hutan, spesies asal semua pokok epal yang ditanam sekarang dan Evelyn, daripada nama John Evelyn, lelaki Inggeris Zaman Pembaharuan kurun ke-17 yang menghasilkan salah satu tulisan pertama tentang pemuliharaan.

Cogan katanya, explore everything, keep the best (terokai segala-galanya, manfaatkan yang terbaik), menjadi inspirasi jenama hingga ke hari ini.

Crabtree & Evelyn boleh didapati di lebih 40 negara, dengan lebih 6,000 lokasi dan 500 gedung konsep di seluruh dunia. Diiktiraf sebagai jenama yang luar biasa, Crabtree & Evelyn mendapat status Superbrand di UK, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Australia dan New Zealand.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usahawan tudung online

Posted:

Usahawan tudung online

Usahawan tudung online

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar ASWAD YAHYA


MAZRA Ayu Ramli menjual tudung menerusi online.


KEGEMARAN membeli tudung secara online telah membuka hati Mazra Ayu Ramli,29, untuk menceburi perniagaan ini. Walaupun ia hanyalah pekerjaan sampingan yang diusahakan bersama suami tercinta, Syariman Rahmat melalui blog tetapi sambutan yang diberikan pelanggan amat menggalakkan.

Jelas ibu muda ini, pada peringkat permulaan dia hanya menjual selendang sahaja, tetapi apabila mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan dia mula menjual tudung siap pakai syria dan denim.

Menurutnya, tudung yang menggunakan material denim paling mendapat sambutan pada waktu ini kerana ia selesa dan sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian.

Jelas beliau, tudung yang diperolehinya di sekitar Kuala Lumpur dan juga Kelantan turut mendapat sentuhan rekaan daripada daya imaginasinya sendiri.

"Kebanyakan tudung turut mendapat sentuhan reka bentuk berdasarkan kesesuaian dan permintaan pelanggan di samping penggunaan fabric lycra, denim, cotton velvet dan T-shirt yang berkualiti tinggi," katanya yang memulakan perniagaan tersebut sejak tiga tahun lalu.

"Terdapat hampir 40 jenis rekaan tudung dengan pelbagai corak ataupun kosong dengan gabungan warna yang menarik dalam bentuk 'U' mahupun 'V' dipamerkan di dalam blog," katanya.

Ditanya rahsia sambutan menggalakkan daripada pelanggan jelasnya, kualiti menjadi keutamaannya. Dia juga memastikan setiap tudung yang dijual adalah rekaan terbaru dan masih belum diketengahkan.

Selain gambar-gambar yang diletakkan di dalam blog juga sangat menarik dan sentiasa dikemas kini, beliau juga menunjukkan demonstrasi cara-cara memakai selendang.

Sebarang maklumat mengenai rangkaian tudung ini, sila layari miastuffz.blogspot.com atau facebook miastuffz.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 23 Mar 2011 09:04 AM PDT

Utusan Online - Johor


UTM berjaya jimat tenaga

Posted:

UTM berjaya jimat tenaga

UTM berjaya jimat tenaga

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


DOUGLAS Uggah Embas (kiri) menerima laporan carbon foot print daripada Zaini Ujang pada Majlis Pelancaran Kampus Lestari UTM di Skudai, Johor Bahru, baru baru ini. - utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 22 Mac - Usaha Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggunakan lampu jimat tenaga ternyata membuahkan hasil apabila berjaya menjimatkan kos bayaran elektrik sebanyak RM800,000 pada tahun lalu.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Zaini Ujang berkata, bagi menjayakan usaha tersebut, sebanyak 15,000 lampu jimat tenaga telah ditukar sejak awal tahun lalu bagi menggantikan 60,000 lampu kalimantang.

"Kos bil elektrik meningkat 12 hingga 15 peratus antara tahun 2004 hingga 2009 melibatkan bayaran sebanyak RM22 juta setahun untuk tujuan itu dan langkah ini membantu menjimatkan perbelanjaan kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kampus Lestari UTM yang disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas di sini baru-baru ini.

Tambahnya, antara bangunan yang terlibat proses penukaran lampu ialah Bangunan Canselori Sultan Ibrahim dan Perpustakaan Sultanah Zanariah selain memasang sistem pendingin udara boleh kawal di setiap bilik.

Beliau berkata, UTM juga mempergiatkan usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak lima peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu menerusi rangka kerja kelestarian kampus yang menyeluruh.

"Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan pada 2009, pembebasan karbon dioksida setiap tahun di dalam kawasan kampus UTM adalah sebanyak 3.2 tan dan sehingga hari ini UTM menjadi universiti pertama menjalankan kajian menjejak jumlah karbon.

"Gas rumah hijau yang dibebaskan adalah hasil daripada aktiviti yang dijalankan di UTM seperti penggunaan tenaga elektrik, perjalanan staf serta pelajar dan pelupusan sampah," ujarnya sambil menyeru semua penghuni UTM untuk sentiasa menjaga alam sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar manfaatkan karnival kerjaya UTM

Posted:

Pelajar manfaatkan karnival kerjaya UTM

Pelajar manfaatkan karnival kerjaya UTM

JOHOR BAHRU 22 Mac - Karnival Kerjaya dan Program Penempatan Pekerjaan 2011 yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini pada 16 Mac lalu dilihat mampu menjadi platform kepada bakal graduan mendapatkan kerjaya bersesuaian dengan kelayakan mereka.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Ninggal berkata, karnival dua hari pada 16 dan 17 Mac lalu itu turut memberi peluang kepada pelajar baru melihat prospek kerjaya dalam bidang dipelajari.

"Kira-kira 500 peluang pekerjaan membabitkan 50 syarikat multinasional ditawarkan pada karnival itu dan saya berharap peluang tersebut akan direbut oleh mereka yang hadir," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran karnival tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir pada program yang dihadiri lebih 3,000 pengunjung tersebut ialah Pengarah Jabatan Tenaga Kerja negeri, K. Sritharan; Ketua Unit Pembangunan Kerjaya UTM, Mohd. Shafiee Mohd. Sanip dan Pengurus Pusat JobsMalaysia Johor, Mohd. Syahrul Syahid Mohd Salleh.

Mengulas lanjut, tambahnya, aktiviti tersebut dianjurkan sejajar usaha menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada pelajar dalam bidang kejuruteraan sekali gus memberi kelebihan kepada pelajar yang dipercayai mempunyai kepakaran diperlukan pihak industri.

Bagi dua pelajar tahun akhir Kejuruteraan Elektrik, Nurul Aziah Arzeha, 24, dan Nur Afifah Omar, 23, program seumpama itu ternyata memberi banyak manfaat kepada mereka terutama untuk memasuki dunia pekerjaan kelak.

"Banyak maklumat diperoleh daripada wakil syarikat yang menyertai karnival ini terutama dari segi pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar selain temuduga secara spontan yang banyak membantu meningkatkan keyakinan diri yang boleh digunapakai kelak," katanya.

Rakannya, Nur Afifah pula berkata, dia rambang mata apabila datang ke program tersebut kerana banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Sementara itu, pelajar tahun satu Kejuruteraan Elektrik UTM, Muhammad Noor Yassin Mohd. Yusof, 19, berkata, karnival kerjaya tersebut boleh dimanfaat semua pelajar khususnya pelajar tahun satu sepertinya yang mudah mendapatkan maklumat mengenai pekerjaan berkaitan.

"Saya gembira dengan penganjuran aktiviti seumpama ini dan berharap ia dapat diperluaskan lagi kerana ia memberi banyak faedah dan maklumat berkaitan dengan kerjaya yang agak sukar diperoleh tanpa karnival seumpama ini," ujarnya.

Mohd. Arif Ismail, 25, yang telah tamat pengajian Oktober tahun lalu memberitahu, selepas mengunjungi beberapa syarikat berpotensi, dia kini lebih yakin untuk menyahut cabaran di dunia pekerjaan sebenar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 23 Mar 2011 01:06 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Seri emas Golden South Sea

Posted: 22 Mar 2011 07:21 PM PDT

Ratu

ADA yang kata mutiara hanya untuk yang berusia dan apabila melihatkan butiran putih dirangkai menjadi sebaris rantai, tangan pantas menolak kerana bimbang kelihatan tua sebelum waktu.

Bagaimanapun, peluang bertemu wanita cantik juga pemilik rangkaian aksesori Rafflesia The Pearl, Winnie Sin yang ketika itu menggayakan perhiasan mutiara keemasan rekaannya bersama baju polos lagi ringkas berwarna hitam, beliau tampak begitu memukau.

Menyedari keistimewaan mampu diterjemahkan sebutir mutiara itu jugalah yang mendorong Winnie dan suaminya, Sin Cheang Loong menubuhkan jenama barangan kemas melalui Jewellery Circles Sdn Bhd, khusus bagi pencinta mutiara. Kata Sin, selain mutiara asli berwarna putih Jepun atau dipanggil Akoya, ada banyak lagi pilihan mutiara berwarna yang sering menjadi pilihan pencinta batu perhiasan berharga itu.

"Mutiara Golden South Sea adalah satu daripada butiran mutiara kultur berharga yang diperoleh dari laut dan harganya juga berkali ganda lebih tinggi berbanding mutiara air tawar.

"Istimewanya mutiara Golden South Sea yang banyak didapati di laut Filipina, Indonesia dan sedikit di Australia ini adalah dari segi saiz serta warnanya," katanya.

Tambah Sin, saiz mutiara Golden South Sea boleh mencapai lapan milimeter (mm) hingga 18 mm, sedangkan mutiara biasa bersaiz lapan mm hingga 10 mm saja.
"Tempoh untuk menuai mutiara jenis itu juga memakan masa dua tahun hingga empat tahun berbanding mutiara biasa yang kebiasaannya boleh dituai selepas dua tahun, menjadikan ia antara mutiara termahal," katanya.

Dek keistimewaan itu juga menjadikan mutiara dihasilkan tiram Golden Lips daripada spesis Pinctada Maxima, iaitu spesies tiram terbesar, menjadi buruan malah saban tahun, satu majlis lelongan terbesar khusus untuk mutiara emas jenis Golden South Sea diadakan di Hong Kong dan Jepun.

Berpeluang membelek koleksi barang kemas bertatahkan mutiara Golden South Sea, tidak dinafikan, kehalusan rekaan dan keindahan mutu yang bergabung menjadikan setiap satu darinya bernilai tinggi.

Kata Winnie, mutiara berwarna krim hingga keemasan itu sememangnya disukai ramai kerana sifat warnanya itu yang semula jadi malah apabila diikat menggunakan emas, kemewahannya lebih terserlah.

"Kami banyak menghasilkan rekaan barang kemas mutiara sesuai untuk pasaran di negara ini dan jika diperhatikan, kebanyakan adalah berbentuk flora.

"Menariknya, di Rafflesia, pelanggan kami tidak akan mengeluh bosan kerana setiap koleksi sengaja direka dwifungsi malah boleh digayakan dalam pelbagai gaya dan cara.

"Misalnya rekaan 'signature' kami iaitu anting-anting besar, selain digayakan sebagai anting-anting atau dipendekkan menjadi subang ringkas, ia juga boleh diperagakan sebagai kerongsang. Itu istimewanya Rafflesia," katanya.

Melalui penggunaan material seperti rantai emas, mutiara Golden South Sea boleh menyerlahkan gaya klasik pemakai dan jika diganti ikatan sama ada menggunakan tali hitam atau gelung kulit pelbagai warna, gaya berubah menjadi lebih anggun.

"Kepelbagaian gaya itu adalah 'signature' Rafflesia dan untuk tujuan itu, kami menyediakan pilihan material untuk penggayaan," katanya sambil memberitahu setiap rekaan barang kemas Golden South Sea Rafflesia berharga antara RM20,000 hingga ratusan ribu ringgit.

Sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 kali ini, Rafflesia sebagai penaja barang kemas tidak terkecuali menaja hadiah berbentuk aksesori mutiara kepada Bintang Paling Popular dengan nilai tajaan berjumlah antara RM180,000 hingga RM200,000.

Pembaca bertuah juga tidak terkecuali berpeluang mendapatkan rantai mutiara putih bernilai sehingga RM5,000 setiap satu.

"Kami anggarkan, kali ini jumlah tajaan mencapai RM680,000, bagaimanapun, rekaan dan jenis mutiara yang bakal digunakan masih belum ditentukan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 22 Mar 2011 11:27 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


SMSM sekolah dalam taman

Posted:

SMSM sekolah dalam taman

SMSM sekolah dalam taman

Oleh ARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my


Nor Assyikin Samsudin (kiri) bersama Marie Young Pik Hua (dua dari kiri) di hadapan sekolah yang dipenuhi bunga di SM. St. Michael Penampang semalam.


PENAMPANG 22 Mac - Sekolah Menengah St. Michael (SMSM) di sini, mempunyai keluasan yang terhad iaitu kira-kira 1.9 hektar, tetapi semua kawasannya dioptimumkan dengan landskap menarik.

Hampir seluruh kawasan sekolah dihiasi dengan tumbuhan hijau iaitu menerusi 12 taman dan sembilan plot sayur-sayuran dengan setiap satu daripadanya mempunyai tema dan konsep tersendiri dan diberi nama saintifik.

Semuanya diusahakan secara kolektif dan gotong-royong antara pelajar, guru dan kakitangan sokongan sekolah.

Keindahan landskapnya bukan sahaja membolehkannya memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan, tetapi turut menjadi penanda aras sekolah-sekolah dalam dan luar negara.

Antara yang selalu melawat sekolah berkenaan adalah pelajar dari beberapa buah sekolah di Jepun dan Korea Selatan.

Sekolah tersebut merupakan salah sebuah daripada 15 sekolah seluruh negara yang terpilih dalam pertandingan Anugerah Agro Remaja@Sekolah 2010 anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Institut Skill-Tech (IST) sebagai penaja utama.

Daripada jumlah itu, lapan sekolah telah melalui proses penghakiman dan hari ini ia dijalankan di SMSM bagi kategori landskap dan ternakan.

Menurut Pengetua Cemerlang SMSM, Marie Young Pik Hua, pertandingan itu telah merapatkan lagi hubungan antara pelajar, pihak sekolah dan ibu bapa.

"Saya kagum melihat sikap pelajar yang mempamerkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, kasih sayang, prihatin dan paling penting adalah kerjasama di antara mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu Pegawai Keusahawanan IST, Nor Assyikin Samsudin berkata, metodologi penghakiman terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pembentangan projek yang perlu dilakukan dalam bentuk multimedia, sesi soal jawab dan lawatan projek.

Selain kategori landskap, SMSM turut bertanding dalam kategori penternakan ikan keli yang amat relevan dengan sistem pengajaran dan pembelajaran melibatkan seluruh warga sekolah, termasuk kakitangan sokongan.

Institut Skill-Tech ialah institusi latihan kemahiran swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang pertanian kepada sesiapa sahaja yang berminat dan kini sudah melahirkan hampir 500 usahawan remaja berusia 20 hingga 25 tahun di seluruh negara.

Ia juga merupakan perintis dalam mewujudkan kursus bioteknologi dan inap desa serta telah berjaya melatih graduan menjadi juruteknik makmal bioteknologi melalui persijilan SKM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Koperasi sekolah disaran perluas perniagaan

Posted:

Koperasi sekolah disaran perluas perniagaan

Koperasi sekolah disaran perluas perniagaan

KOTA BHARU 22 Mac - Koperasi sekolah disaran memperluaskan perniagaan dengan tidak hanya menjual pensil dan pemadam bagi menjana pendapatan lebih tinggi.

Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, dengan keahlian 2.3 juta orang, jumlah RM200 juta yang disumbangkan oleh koperasi sekolah dalam sektor koperasi negara sepanjang tahun lalu adalah terlalu kecil.

"Tahun lepas sektor koperasi negara menjana pendapatan RM10 bilion, tetapi koperasi sekolah hanya menyumbang RM200 juta sedangkan lebih 30 peratus ahli koperasi seluruh negara datang daripada koperasi sekolah.

"Sektor ini perlu diperkasakan lagi dengan ahli melebihi dua juta orang pendapatan koperasi sekolah boleh ditambah, terutama dengan menjual pakaian sekolah, bukan sekadar pensil dan pemadam," katanya berucap pada Majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah 2011 Kelantan di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata, Angkasa dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan agar semua koperasi di negara ini menjadi penyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013.

Berikutan itu katanya, Angkasa sedang menggalakkan kesemua 2,200 koperasi sekolah menjadi ahli supaya setiap pelaburan yang dibuat lebih membuahkan hasil.

"Kita mahu 100 peratus koperasi sekolah yang ada menjadi ahli Angkasa dan setakat ini 1,800 koperasi sudah pun bersama kita.

"Tidak salah kalau kita meluaskan bidang perniagaan seperti menjual barang keperluan asas komuniti kerana jika untung itu bertambah, maka ahli sendiri merasa hasilnya melalui pembayaran dividen," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Infiniti

Posted: 22 Mar 2011 09:31 PM PDT

Kosmo Online - Infiniti


Mekanisme menerbangkan belon udara panas

Posted:

Mekanisme menerbangkan belon udara panas

Mekanisme menerbangkan belon udara panas

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my



PADA 19 September 1783, seorang saintis dari Perancis, Pilatre De Rozier mengejutkan penduduk bandar Metz apabila dia memperkenalkan belon udara panas pertama di dunia yang digelar Aerostat Reveillon.

Penumpang belon udara panas itu pula terdiri daripada beberapa ekor haiwan seperti kambing biri-biri, itik dan ayam jantan bahkan, belon berkenaan berada kira-kira 15 minit di udara sebelum terhempas ke tanah.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian, nasib tidak menyebelahi De Rozier apabila percubaan untuk menyeberang Selat Inggeris gagal, setelah belon ciptaannya meletup setengah jam ketika berada di ruang udara Wimereux, Perancis sehingga menyebabkan dia terkorban.

Punca kemalangan disebabkan oleh reka bentuk ujikaji ciptaan beliau menggunakan belon hidrogen dan belon udara panas yang diikat bersama-sama.

Biarpun peristiwa hitam kematian De Rozier mengejutkan banyak pihak, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat para intelek memikirkan teknologi terbaik yang lebih selamat dan mengekalkan belon udara panas lebih lama di ruang angkasa.

Jika diteliti reka bentuknya, belon udara panas terdiri daripada sebuah belon atau karung beg yang digelar envelope serta berupaya menampung udara panas dalam jangka masa tertentu.

Tergantung di bawah envelope adalah sebuah gondola atau bakul diperbuat daripada rotan berfungsi sebagai pembawa penumpang serta sumber bahan api bagi menggerakkan belon udara panas.

Pada hari ini, kebanyakan envelope diperbuat daripada fabrik jenis nilon, manakala permukaan mulut belon (skirt) berhampiran penunu gas (burner) diperbuat daripada bahan tahan panas seperti Nomex.

Di Malaysia, pendedahan mengenai belon udara panas bermula sejak 16 tahun lalu melalui penganjuran sukan berkenaan di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkembangan sukan udara jenis itu di negara ini, juruterbang belon berpengalaman, Nordin Hussain memberitahu, bahan pembakar yang sesuai digunakan bagi menggerakkannya adalah gas asli cecair (LPG).

"Disebabkan iklim yang agak panas di negara ini, kita cenderung menggunakan bahan pembakar LPG berbanding gas nitrogen yang digunakan secara meluas di negara luar terutama di Eropah.

"Namun, bagi memastikan prestasi penerbangan belon lebih berkuasa, kami menggunakan sebanyak 20 peratus gas nitrogen," katanya ketika ditemui di Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 baru-baru ini.

Program selama empat hari itu dianjurkan oleh Malaysian Sport Aviation Federation (MSAF) dan AKA Balloon Sdn. Bhd., dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj).


REKA bentuk unik belon udara panas menjadi tarikan kepada pengunjung.


Nordin yang juga Naib Presiden Majlis Leisure dan Rekreasi Malaysia (Marfima) berkata, bermula pertengahan 1970-an, sejarah terukir apabila belon udara panas dicipta dalam pelbagai bentuk.

Antaranya hot dogs, kapal angkasa serta beraneka bentuk produk komersial namun, bentuk asal tetap popular dalam kalangan peminat sukan itu.

Menurut Nordin lagi, penganjuran kali ini di Putrajaya juga tidak terlepas dengan pelbagai rupa belon. Antaranya belon berbentuk pokok dari Amerika Syarikat, watak kartun Doremon (Jepun) dan watak filem Drath Vader (Perancis).

"Sebanyak 27 belon udara panas daripada 14 buah negara yang dihiasi dengan pelbagai corak dan bentuk mewarnai ruang udara Putrajaya. Daripada jumlah itu, sebanyak tiga buah belon dari Malaysia.

"Selain itu, kebanyakan belon yang terdapat di negara ini diimport dari United Kingdom termasuk bakul rotan," dedahnya yang aktif dengan sukan tersebut sejak tahun 1995.

Teknologi belon udara panas

Dalam pada itu, menyentuh aspek teknologi yang digunakan agak mudah namun, peminat sukan ini perlu mengeluarkan modal yang agak besar memandangkan hampir semua peralatannya diimport dari luar negara.

Menurut Nordin, berat tangki termasuk gas kebiasaannya sekitar 25 hingga 30 kilogram (kg) yang diletakkan bersama penumpang dan juruterbang di dalam bakul rotan.

Selain itu katanya, sumber tenaga daripada burner berfungsi seperti enjin kepada belon udara panas malah, terdapat pelbagai burner digunakan, antaranya jenis tunggal, sepasang dan sistem burner segi empat.

Ada juga peminat sukan udara ini berpendapat, sistem dua burner paling popular kerana ia mampu bergerak lebih pantas bahkan, burner boleh ditambah bergantung kepada bentuk dan berat belon.


KEBANYAKAN peminat belon udara panas cenderung menggunakan sistem dua burner.


"Ia juga bergantung pada saiz belon, bakul dan bilangan penumpang. Bukan itu sahaja, belon standard boleh dinaiki di antara dua hingga tiga orang manakala, belon yang lebih besar mampu dinaiki sehingga empat orang.

"Memandangkan cuaca di negara kita agak panas, kaedah menaikkan envelope agak berlainan. Pada peringkat awal, kita akan menggunakan kipas elektrik berkuasa tinggi bagi mengembangkan envelope sebelum burner digunakan," ujarnya.

Tambahnya, selain kemahiran mengendalikan belon udara panas, seorang juruterbang itu perlu mempunyai kepakaran melihat keadaan cuaca seperti bentuk awan, kelajuan angin dan sebagainya.

"Beberapa keadaan yang tidak membenarkan belon udara panas beroperasi iaitu dalam keadaan hujan, kelajuan angin melebihi 15 knot dan cuaca yang sangat panas.

"Untuk mendaratkan belon ini, ia memerlukan kawasan terbuka tanpa ada sebarang halangan seperti kabel elektrik, telefon atau pokok," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejutan kematian Knut di Zoo Berlin

Posted:

Kejutan kematian Knut di Zoo Berlin

Kejutan kematian Knut di Zoo Berlin


KNUT bersama Thomas Doerflein, si penjaga zoo yang membesarkan beruang kutub itu dengan tangannya sendiri. Doerflein walau bagaimanapun telah meninggal dunia pada tahun 2008 akibat sakit jantung.


KNUT, beruang kutub kesayangan rakyat Berlin, Jerman yang terkenal di persada antarabangsa kerana dibesarkan oleh penjaga zoo telah mati secara tiba-tiba pada Sabtu lalu.

Penjaga beruang berkenaan, Heiner Kloes, berkata, Knut ditemui mati di dalam sangkarnya tanpa sebarang tanda dia sedang sakit sebelum itu.

"Ia berkelakuan normal dan dilihat bersama seekor beruang betina sebelum berlalu pergi.

"Selepas itu, Knut berjalan sekitar pagar, memasuki air dan mengalami kekejangan sebelum ia mati," kata Kloes yang memberitahu, satu bedah siasat akan dijalankan pada untuk mengenal pasti punca kematian Knut.

Menurut laporan agensi berita Jerman DAPD, dianggarkan terdapat kira-kira 600 hingga 700 orang pengunjung di sekitar pekarangan kandang beruang kutub berusia empat tahun itu ketika ia mati.

Seorang pengunjung berkata, dia melihat Knut tertiarap di permukaan air tanpa sebarang pergerakan selama 10 minit sebelum penjaga zoo menutup kandang berkenaan.

"Semua orang melontarkan pertanyaan apa yang sedang berlaku, kenapa Knut tidak bergerak?

"Semua penjaga zoo yang berkejar ke kandang Knut diselubungi perasaan sedih. Salah seorang daripada mereka turut berkata Knut seumpama bayi kami," kata Camilla Verde, 30, warga Itali yang menetap di Berlin.

Tatkala berita kematian Knut tersebar meluas di bandar Berlin, lebih ramai peminat beruang kutub berkenaan berkumpul di pekarangan kandangnya untuk meratapi pemergian haiwan kesayangan mereka itu.

Datuk Bandar Berlin, Klaus Wowereit menggambarkan kematian Knut sebagai 'dahsyat'.

"Dia merupakan bintang Zoo Berlin," kata Wowereit.

Populariti beruang kutub berkenaan menarik perhatian global apabila ia ditinggalkan ibunya sejak dilahirkan dalam kurungan pada 5 Disember 2006.

Selepas 15 minggu dilahirkan, anak beruang kutub yang gebu dan berbulu tersebut telah dipertontonkan kepada orang ramai dan secara kasar telah menggandakan pengunjung Zoo berkenaan.

Knut juga pernah menjadi muka depan majalah Vanity Fair pada tahun 2007 bersama pelakon terkenal Leonardo Dicaprio yang dirakam oleh jurugambar terkemuka, Annie Leibovitz.

Knut turut menyumbang kepada pendapatan zoo berkenaan. Terdapat pelbagai barangan cenderamata Knut dijual kepada pengunjung termasuk pos kad, rantai kunci, gula-gula dan banyak lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terokai dunia digital EOS 1100D

Posted:

Terokai dunia digital EOS 1100D

Terokai dunia digital EOS 1100D


CANON menawarkan kamera DSLR pada harga mampu milik iaitu RM1,999.


DUNIA pengimejan digital tidak lagi dipelopori golongan profesional sahaja tetapi, mula mendapat tempat daripada penggemar fotografi amatur.

Penggemar fotografi amatur bukan sahaja menggunakan kamera kompak digital malah, mula berkarya dengan kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) untuk mendapat kepuasan dalam merakam foto.

Bagaimanapun, tidak semua penggemar fotografi amatur mempunyai kemampuan memiliki kamera DSLR berkualiti dan terkini di pasaran kerana kekangan harga yang agak tinggi.

Menyedari segmen DSLR mempunyai peminat tersendiri, syarikat gergasi pengimejan antarabangsa Canon memperkenalkan model terbaru EOS 1100D yang mampu dimiliki penggemar fotografi amatur.

Kamera DSLR terbaru itu didatangkan dengan pengesan CMOS beresolusi 12.2 megapiksel turut dilengkapi teknologi pemproses DIGIC 4 yang mampu memberi rakaman berkualiti.

Dengan hanya mempunyai berat 495 gram (g), EOS 1100D dapat memberi kebebasan kepada pengguna dalam merakam hasil karya mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

Model EOS 1100D juga mempunyai kapasiti ISO yang berupaya mencecah sehingga 6400 untu memberi rakaman terbaik kepada pengguna.

Selain daripada itu, ia turut didatangkan dengan butang kawalan mudah dikendalikan terutamanya bagi penggemar fotografi amatur yang baru berkecimpung dalam bidang fotografi.

Bagi yang gemar membuat eksperimentasi terhadap hasil karya, terdapat mod-mod asas seperti potret, landskap, potret malam, sukan, close-up dan flash off ditawarkan kepada mereka.

Ciri-ciri menarik lain yang dapat menzahirkan kreativiti penggemar fotografi amatur termasuk mod vivid, soft, warm, intense, cool, brighter, barker, monochrome dan banyak lagi.

Berbeza dengan model terdahulu, EOS 1000D, kamera terbaru ini berupaya merakam video definisi tinggi (HD) sekali gus, memberi kelebihan kepada pengguna terutama mereka yang ingin berjinak-jinak menjadi pembikin filem.

EOS 1100D didatangkan dengan empat warna pilihan kini boleh diperoleh pada harga pasaran RM1,999. Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web www.canon.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 22 Mar 2011 03:25 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kursus pertolongan cemas jurulatih PLKN

Posted:

Kursus pertolongan cemas jurulatih PLKN

Kursus pertolongan cemas jurulatih PLKN


ABDUL HADI (depan berdiri lima dari kanan) bersama jurulatih PLKN seluruh negara melaungkan slogan 1Malaysia pada Majlis Penutup Kursus Pertolongan Cemas, Kaunseling dan Budaya Kerja di Alor Gajah, Melaka baru-baru ini.


TIMBA ILMU. Sejumlah 299 jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikuti Kursus Pertolongan Cemas, Kaunseling dan Budaya Kerja di Kem Permata Resort, Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka baru-baru ini.

Kursus selama lima hari itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada jurulatih dalam menghadapi sebarang kecemasan bagi memastikan mereka sentiasa bersedia, dinamik, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam mengenal pasti pelatih yang bermasalah.

Antara agensi yang menjayakan kursus berkenaan adalah Persatuan Bulan Sabit Merah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Majlis penutup kursus berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sumbangan makanan untuk penghuni Lorong Haji Taib

Posted:

Sumbangan makanan untuk penghuni Lorong Haji Taib

Sumbangan makanan untuk penghuni Lorong Haji Taib


PENGHUNI Lorong Haji Taib berpusu-pusu mendapatkan bekalan makan malam sumbangan MKM, RSS dan AADK di Kuala Lumpur semalam.



PRIHATIN. Hampir 200 penghuni Lorong Haji Taib seperti kutu rayau dan penagih dadah menerima sumbangan makanan dan diraikan dalam satu majlis di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam.

Sumbangan tersebut merupakan usahasama antara Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Rumah Sinar Salam (RSS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Pengasas RSS, Arfidah Ab. Latif, sumbangan berkenaan adalah sebagai satu bentuk kesedaran kepada badan-badan lain untuk membantu golongan tersebut terutama dalam usaha memerangi penagihan dadah.

Selain itu katanya, sesi kaunseling, rawatan pemulihan dadah, pendekatan agama dan pengajaran kemahiran hidup turut diberikan kepada mereka agar tidak lagi terus terjerumus dalam gejala sosial tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

22 pelumba remaja Selangor sertai GP Kebangsaan

Posted:

22 pelumba remaja Selangor sertai GP Kebangsaan

22 pelumba remaja Selangor sertai GP Kebangsaan


MOHD. MAHAZIR (berdiri kanan) bersama barisan pelumba muda Selangor yang menyertai GP Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.



LATIHAN. Seramai 22 pelumba remaja Persatuan Berbasikal Selangor (PBS) menyertai Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix (GP) Kebangsaan Pusingan 2 yang bermula dan berakhir di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Dengan diketuai oleh jurulatih, Mohd. Mahazir Hamad, penyertaan mereka pada kejohanan tersebut adalah untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan berguna dalam arena lumba basikal.

Menurut Mohd. Mahazir, perlumbaan tersebut sememangnya memberi banyak manfaat kepada pelumba-pelumba muda untuk menimba pengalaman dan memperoleh ilmu dalam memperkemaskan lagi teknik kayuhan.

"Saya akan terus menghantar pelumba-pelumba muda menyertai kejohanan lumba basikal pada masa akan datang kerana ia memberi impak berkesan kepada mereka.

"Saya juga berbangga kerana terdapat beberapa pelumba muda dalam pasukan Selangor menjadi pelapis di peringkat kebangsaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 22 Mar 2011 01:48 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Majlis penuh gilang-gemilang

Posted:

Majlis penuh gilang-gemilang

Majlis penuh gilang-gemilang

Oleh SHOLINA OSMAN dan FARHANA FARUSH KHANGambar HAFIZ KOSMAT


AHMAD Abdul Hamid (tiga dari kiri) dan para penaja merakamkan gambar kenangan bersama pasangan mempelai di atas pelamin.


Namun, bagi pasangan Naib Juara Peraduan Gerbang Cinta, Mega Utusan Malaysia Musim kedua, Dr. Farid Fikri Shukri, 26, dan Nur Natalia Ku Yusof, 21, mereka membuktikan perkenalan dan cinta yang disemai sejak enam tahun lalu mampu dipertahankan sehingga disatukan dalam ikatan suami isteri pada 5 Mac lalu.

Tanggal 20 Mac 2011 pasangan sama cantik sama padan itu diraikan dalam majlis perkahwinan dan persandingan penuh gilang-gemilang di Kampung Pengantin, Kuala Lumpur, dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.

Dr. Farid ialah doktor di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Nur Natalia pula mesih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Mengenakan persalinan busana pengantin lengkap tajaan Dios Astana Bridal gabungan warna putih dan emas mengikut tema majlis, Farid Fikri dan Nur Natalia tampil cukup menawan dan cantik ketika bergandingan tangan melalui karpet merah sewaktu menuju ke pelamin yang tersergam indah di atas pentas utama sambil dialunkan bacaan salawat oleh Ustaz Hasrol Khalid dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sentuhan solekan daripada Afidah Khamis & Stuff menjadikan kedua pengantin ini begitu tampan dan jelita sehingga memukau tetamu yang hadir.

Sesungguhnya sentuhan kreatif Syed Nahar Syed Hassan juga telah berjaya memenuhi impian pasangan ini yang inginkan konsep kontemporari bagi meraikan hari bahagia itu di Kampung Pengantin, Setapak juga jamuan yang enak.

Sekalipun hujan sejak petang tidak menghalang kehadiran kira-kira 1,000 tetamu yang dijemput dengan kiriman kad yang ditaja oleh CJ Print.

Mereka dihiburkan dengan lagu dan celoteh deejay dari D'Sayang Entertainment termasuk kehadiran penyanyi Aizat, pak cik kepada pengantin lelaki. Para tetamu juga ditayangkan dengan video percintaan mempelai tajaan Motion Petures.

Farid Fikri ketika ditemui melahirkan perasaan gembira kerana akhirnya selamat disandingkan bersama isteri tercinta, Nur Natalia.

"Sebenarnya malam ini adalah kemuncak majlis perkahwinan ini dalam majlis persandingan yang disertai oleh keluarga dari kedua belah pihak dan juga rakan-rakan yang mengundi saya dan isteri,'' katanya.

Nur Natalia mengakui walaupun sibuk untuk menguruskan perkahwinan tetapi tetap mengikuti kelas seperti biasa.

"Alhamdulillah kalangan pensyarah dan juga rakan juga amat memahami supaya majlis perkahwinan saya akan berjalan dengan lancar,'' katanya yang menjelaskan tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam terdekat ini.

Selepas kira-kira lima minit pengacara majlis memperkenalkan sedikit latar belakang acara dan pengantin serta mengutarakan beberapa pantun oleh DJ Wan, acara merenjis dimulakan.

Antara jemputan kehormat yang menyempurnakan majlis merenjis adalah Penolong Ketua Pengarang 2, Ahmad Abdul Hamid; Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Md. Isa Abu Khasim.

Jemputan lain termasuk Pengarah Urusan Dios Astana Bridal, Zaidi Osman dan keluarga kedua-dua mempelai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Moga jodoh berpanjangan

Posted:

Moga jodoh berpanjangan

Moga jodoh berpanjangan


MEMPELAI bersama ibu dan ayah Farid Fikri Dorimiza dan Shukri Said (berbaju emas) serta ibu Nur Natalia, Munirah Abdullah (di tengah).


Ibu kepada Dr. Farid Fikri Syukri, Dorizima Mat Yusuf, 49, yang baru beberapa bulan pulih dari rawatan kemoterapi akibat menghidap kanser payu dara mengakui doanya selama ini telah dimakbulkan Allah.

Pembaca tetap Utusan Malaysia ini cukup bersyukur kerana hasil usaha anaknya untuk mencuba nasib di dalam peraduan ini telah membuahkan kejayaan.

"Ujian kesakitan selama ini satu hikmah tidak ternilai kerana Allah telah membalasnya dengan kemenangan anak saya sekali gus perkahwinan tajaan ini telah membantu saya,'' katanya.

Jelasnya, doanya bukan sahaja termakbul malah berpuas hati kerana dapat menghasilkan sendiri bunga telur untuk tetamu khas dan juga bunga pahar selepas menjalani rawatan.

Selain itu, ibu Nur Natalia Ku Yusof, Munirah Abdullah berkata, beliau serta suaminya dan seluruh ahli keluarga merasa sangat gembira dan bersyukur dengan kemenangan anak dan menantu mereka dalam peraduan berkenaan sehingga layak memiliki majlis persandingan yang cukup meriah.

Ujarnya, sebelum tiba ke Kampung Pengantin, sehari sebelumnya, beliau dan keluarganya sememangnya tidak mengetahui secara terperinci bagaimana keadaan atau persiapan majlis persandingan itu kerana menetap di Kemaman, Terengganu.

"Alhamdullillah, syukur kepada Tuhan yang mempermudahkan perhubungan anak saya dan menantu serta mentakdirkan anak saya memenangi peraduan ini di tempat kedua.

"Saya juga gembira Nur Natalia dipertemukan dengan Farid Fikri yang cukup menyayangi serta menghargai anak saya dan sebagai ibu. Pastinya saya mengharapkan anak saya bertemu suami terbaik sepertinya yang mempunyai pendidikan bagus, tanggungjawab dan serius dengan hubungan.

"Doa saya untuk mereka supaya kekal hingga ke akhir hayat dan terima kasih kepada penganjur yang mengadakan persandingan cukup sempurna untuk mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads