Sabtu, 26 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Johor

Posted: 26 Mar 2011 09:07 AM PDT

Utusan Online - Johor


Polis Batu Pahat edar kad nama

Posted:

Polis Batu Pahat edar kad nama

Polis Batu Pahat edar kad nama

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 25 Mac – Orang ramai jangan terkejut jika rumah mereka didatangi anggota polis yang menghulurkan kad nama sektor.

Kad yang mengandungi nama serta nombor telefon bimbit penyelia dan anggota bertugas di setiap sektor atau kawasan itu akan diedarkan kepada orang ramai mulai esok bagi memudahkan masyarakat menghubungi polis untuk melaporkan sesuatu kejadian di kawasan mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Adnan Azizon berkata, daerah ini dibahagikan kepada 280 sektor dengan seorang anggota ditugaskan mengawal setiap sektor.

"Setiap sektor, seorang anggota. Kad-kad nama anggota ini akan diedarkan di sektor masing-masing.

"Orang ramai boleh terus menghubungi telefon bimbit anggota yang bertanggungjawab di sektor terbabit. Ini tentunya lebih mudah dan cepat," katanya selepas pelancaran kad nama itu sempena sambutan Hari Polis ke-204 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin dan ADUN Yong Peng, Lim Kee Moi.

Adnan berkata, kad nama sektor itu akan menjadi medium perhubungan yang berkesan antara polis dan masyarakat bagi mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Beliau memberitahu, kad tersebut turut mengandungi nombor hotline IPD Batu Pahat dan balai anggota sektor itu bertugas.

Menurutnya, kumpulan sasaran utama pengedaran kad itu ialah golongan pertengahan umur dan warga emas kerana pergerakan mereka agak terbatas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis perlu komited jalankan tugas

Posted:

Polis perlu komited jalankan tugas

Polis perlu komited jalankan tugas


AKSI menarik pada Sambutan Hari Polis ke- 204 peringkat Negeri Johor di perkarangan Balai Polis Danga Bay, semalam.


JOHOR BAHRU 25 Mac - Semua anggota dan pegawai polis di Johor disaran komited dalam menjalankan tugas dan bersedia menghadapi segala cabaran terutamanya ketika era kepolisan moden kini.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, antara cabaran yang dihadapi termasuk mengubah persepsi masyarakat terhadap pasukan berkenaan.

"Semua anggota dan pegawai harus bersiap sedia dalam semua aspek untuk menghadapi sebarang cabaran yang bakal dihadapi kelak," katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 peringkat negeri di Teluk Danga, di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi memantapkan lagi pasukan tersebut, pihaknya akan merangka pelbagai program bagi mengurangkan indeks jenayah, membanteras rasuah dan mendekati masyarakat.

Katanya, polis negeri ini menyambut baik pelan strategik lima tahun Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula tahun ini sehingga 2015 bagi memantapkan lagi pasukan berkenaan.

Mengulas kadar jenayah di negeri ini, beliau berkata, ia menunjukkan penurunan sebanyak 1.55 peratus dari Januari hingga 24 Mac lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Statistik jenayah jalanan di kawasan panas juga menunjukkan penurunan sebanyak 21 peratus bagi tempoh yang sama," katanya.

Pada majlis itu, Jalaluddin turut menyampaikan 75 surat penghargaan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman kepada penerima.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rekreasi

Posted: 26 Mar 2011 01:14 AM PDT

Utusan Online - Rekreasi


Bubble Tree khemah VVIP

Posted:

Bubble Tree khemah VVIP

Bubble Tree khemah VVIP

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my


BUBBLE Tree bakal memenuhi permintaan orang ramai yang ingin merasai pengalaman tidur di bawah bintang dan terjaga sehingga matahari terbit.


Setelah penat, penggunaan rumah mudah alih (khemah) boleh diibaratkan sebagai aset paling penting untuk dijadikan sebagai tempat berteduh dan berehat.

Oleh itu, pemilihan khemah yang bersesuaian perlu diberi perhatian agar waktu pengembaraan tidak disia-siakan begitu sahaja.

Produk khemah pasang siap, Bubble Tree yang berharga sekitar RM29,700 hingga RM56,100 (bergantung kepada model) pastinya memberi keselesaan umpama anda sedang berada di dalam khemah lima bintang.

Ia diperbuat daripada bahan-bahan fabrik kalis air dan tidak perlu disambungkan kepada sebarang rangka tiang sokongan, selain amat sesuai digunakan di mana-mana lokasi tapak perkhemahan.

Istimewanya mengenai khemah ini, ia didatangkan dengan set sofa, katil, lampu elektrik dan kusyen mini yang mampu memberi pengalaman luar biasa ketika bermalam di bawah bintang-bintang.

Warna lutsinar yang diguna pada Bubble Tree membolehkan pengguna menikmati pemandangan 360 darjah waktu malam dan siang secara maksimum tanpa perlu keluar dari khemah berkenaan.

Ada juga model yang direka dengan lantai kayu dan secara khusus untuk kegunaan di pantai dan rimba.

Khemah Bubble Tree hanya perlu dipam dengan pengepam udara elektrik yang dibekalkan.

Pengepam udara itu juga didatangi dengan penuras udara yang menyebarkan udara segar.

Ia juga berfungsi mengekalkan tekanan udara dalam bentuk gelembung buih.

Pereka Bubble Tree yang berasal dari Perancis, Pierre Stephane Dumas berkata, khemah mewah Bubble Tree dihasilkan daripada konsep idea bola Zorbing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menyelam bersama jerung di Aquaria KLCC

Posted:

Menyelam bersama jerung di Aquaria KLCC

Menyelam bersama jerung di Aquaria KLCC

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.myGambar MUHAMAD IQBAL ROSLI


SHARKS in the City membolehkan mereka yang tidak mempunyai sijil atau lesen menyelam menikmati pengalaman berada di dasar laut.


Melalui aktiviti itu, penyelam akan duduk di dalam sebuah sangkar yang dinamakan sebagai Cage Rage. Setelah peserta duduk di dalam sangkar tersebut, mereka akan dibawa masuk ke dalam kolam mengandungi 2.5 juta liter air yang merupakan satu-satunya akuarium gergasi yang terdapat di pusat bandar raya.

Peserta boleh melihat ikan jerung daripada spesies sand tiger, yu harimau bintang, ikan pari dan pelbagai hidupan marin yang lain dengan lebih dekat.

Bagaimanapun, jumlah peserta agak terbatas dan hanya tiga peserta dibenarkan masuk ke dalam sangkar dalam satu-satu masa sambil ditemani penyelam profesional.

Pengarah Urusan Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong berkata, kebanyakan pelawat yang mengunjungi Aquaria ingin merasai pengalaman sebagai penyelam profesional masuk ke dalam akuarium untuk memberi makan kepada hidupan laut.

"Kini dengan adanya Cage Rage dan program Sharks in the City, pengunjung Aquaria berpeluang mencuba pengalaman menyelam di dalam persekitaran seakan-akan lautan sebenar tanpa sijil atau lesen menyelam," katanya.

Tambahnya, Cage Rage diperbuat daripada peralatan berteknologi tinggi dan mengikut garis panduan piawaian keselamatan menyelam antarabangsa.

Sharks in the City dibuka kepada semua pengunjung berumur 14 tahun ke atas dan mereka boleh mencuba aktiviti tersebut walaupun tidak mempunyai kelayakan menyelam yang khusus.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang disediakan, sila layari laman web www.aquariaklcc.com atau hubungi 03-23331973.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 26 Mar 2011 01:11 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Kuasa gadis

Posted: 25 Mar 2011 06:32 PM PDT

Ratu

Geetha mahu melihat projek dirancang kedua-dua anaknya mencapai matlamat.

Geetha mahu melihat projek dirancang kedua-dua anaknya mencapai matlamat.

Dua beradik komited bantu remaja sejagat bina kehidupan lebih baik

KETIKA teman-teman berseronok dengan aktiviti sampingan, dua beradik ini memanfaatkan masa terluang dengan merancang dan menyusun strategi Girl Effect - misi mereka untuk memulihkan taraf kehidupan remaja bernasib malang di seluruh dunia.

Biarpun masih mentah, kematangan pemikiran dua beradik, Apshyarah Dhiyanah Dhyan Vimal, 14, dan Aishwariyah Dhiyanah Dhyan Vimal, 15, yang mencetuskan idea mengumpul dana bagi disalurkan kepada remaja yang menghuni kawasan dilanda kemiskinan, wajar dikagumi. Inisiatif Girl Effect digerakkan hasil pemerhatian Aishwariyah yang mahu menjadi penyelamat remaja perempuan seusianya daripada menjadi mangsa kehidupan.

Membuka cerita, Aishwariyah yang bertindak sebagai pengarah projek Girl Effect berkata, semangatnya untuk memperjuangkan nasib remaja perempuan timbul sebaik dia mendapati kehidupan remaja seusianya di negara terpinggir tidak bertuah seperti dirinya. Hatinya meruntun melihat mereka bagai menempuh titik hitam dalam meneruskan kehidupan.

"Hasrat menubuhkan Girl Effect berputik ketika saya sedang melayari internet bagi menyiapkan kerja rumah. Secara kebetulan, saya terbaca petikan rencana yang menyatakan secara purata anak gadis negara miskin terpaksa dikahwinkan seawal usia 12 tahun dan menimang cahaya mata beberapa bulan selepas itu.

"Mereka juga tidak berpeluang pergi ke sekolah serta terpaksa memikul tanggungjawab sebagai suri rumah dan menjadi ibu seawal usia 12 tahun. Malah, ada juga yang terpaksa memikul tugasan berat menjadi penyumbang rezeki kepada keluarga besar dan miskin.
"Berbeza pula di Malaysia, kebanyakan kita bertuah menjalani kehidupan normal dengan melakukan aktiviti kegemaran. Malah kita disediakan kemudahan dan dimanjakan dengan pelbagai kemahuan. Ini cukup menyedihkan," jelasnya ketika ditemui sisipan Sabtu, baru-baru ini.

Aishwariyah turut meluahkan rasa kesal apabila menyedari kecenderungan remaja dari kawasan pinggiran dijangkiti HIV dan penyakit kelamin dengan kadar kes sangat tinggi. Malah, mereka terpaksa menjalani proses pengguguran kandungan kesan dari kegiatan pelacuran.

"Sayu rasa hati apabila mengenangkan semula nasib remaja perempuan yang terpaksa bergadai tubuh demi mencari sesuap nasi. Sedangkan kita yang bertuah ini tidak pernah menghargai apa yang dimiliki.

"Sakit deman kita, ada kemudahan disediakan. Tetapi ini tidak berlaku kepada remaja di negara miskin. Mereka terpaksa menanggung keperitan kerana tidak mampu membayar kos perubatan. Akhirnya, mereka menemui ajal jika penyakit dihidapi berlarutan," jelasnya lagi.

Remaja ini petah menjelaskan, menyedari keperluan memberi kesedaran mengenai nasib yang menimpa anak gadis dari negara mundur dan terbiar di seluruh dunia, Girl Effect merancang beberapa program bertujuan mengumpul dana dari golongan berkemampuan.

"Girl Effect menetapkan matlamat menaik taraf kehidupan anak gadis bernasib malang dari seluruh pelusuk dunia. Dengan menyampaikan maklumat dan bantuan diperlukan, mereka mampu menjalani kehidupan normal.

"Menerusi Girl Effect, masyarakat diharapkan dapat memberi kerjasama sekali gus berjuang menamatkan kegelapan yang terpaksa dihadapi oleh ramai anak gadis di luar sana. Ini sekali gus melenyapkan rawan di hati mereka," katanya.

Aishwariyah yang berpegang teguh dengan misi Girl Effect berkata, demi menjayakan hasrat murninya itu, dia menggunakan kebolehan menari yang dikuasai sejak kecil untuk mendekati masyarakat supaya dapat bersama memperjuangkan nasib anak gadis.

"Sebagai usaha meraih sumbangan dari masyarakat, saya bersama kakak merancang menggunakan tarian flashmop bagi menarik perhatian ramai terhadap kempen kami.

"Flashmop adalah sejenis tarian yang dilakukan secara spontan di khalayak ramai seperti di pasar raya. Tarian itu berakhir tanpa sebarang isyarat malah penari akan berlalu pergi seolah tidak mengenali satu sama lain.

"Selain itu, kami juga berkerja sama dengan beberapa syarikat swasta untuk mengendalikan ceramah berteraskan matlamat Girl Effect untuk mendapatkan lebih banyak lagi sumbangan dan tenaga sukarelawan untuk turut serta dalam program dirancang," katanya.

Sementara itu, kakaknya Apshyarah, pula meluahkan harapannya agar projek kebajikan digerakkan Girl Effect disokong masyarakat.

"Besar harapan kami untuk membantu dan mengubah nasib gadis miskin dari pelusuk dunia, Dengan adanya bantuan dan sokongan dari semua lapisan masyarakat, nescaya kita mampu memberi sinaran baru kepada mereka yang memerlukan.

"Selain memberi sumbangan, orang ramai juga diajak menjadi sukarelawan dan menjayakan setiap projek yang bakal dilaksanakan termasuk projek yang sedang dirancang.

"Keikhlasan yang diberikan anda mampu mengubah kehidupan gadis dari terus diperalatkan," katanya.

Ibu kepada dua beradik ini, Geetha Vimal juga menyatakan hasrat melihat projek yang dirancang kedua-dua puterinya mencapai matlamat.

"Setiap ibu pasti kagum dan bangga dengan semangat murni yang ditunjukkan anak-anak. Sebagai ibu, saya sangat berharap agar program ini dapat berjalan lancar hingga mampu mengubah nasib anak-anak malang," katanya.

Info
Girl Effect Power- program bantuan kebajikan yang mensasarkan gadis remaja dari seluruh pelusuk dunia yang menjadi mangsa kepada masalah sosial termasuk pelacuran, penderaan seksual, pengguguran, kahwin awal sebagainya.

Talian: 03-62587499 atau 012-2774826
email: aishy_dv@yahoo.com


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cinta taukeh bas

Posted: 25 Mar 2011 06:27 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Muhammad Hisham, Shaharumi komited dalam perkahwinan, bina empayar Sinarmas

KARAKTER mereka jelas berbeza. Yang lelaki nampak pendiam tetapi wanitanya pula begitu ramah berkata-kata. Namun perbezaan itulah yang mengikat cinta mereka. Bukan cinta pandang pertama tetapi ia adalah cinta yang bertunas dan semakin mekar kerana kerja.

Mula berkenalan sekitar 2005, Muhammad Hisham Abdullah, 36, dan Shaharumi Mohamad Yusof, 30, mengakui perniagaan yang dibina bersama sejak tiga tahun lalu sebagai operator syarikat pelancongan, mengukuhkan lagi cinta dan kasih sayang mereka sehingga disatukan sebagai pasangan suami isteri. Mengimbas kenangan lalu, Pengarah Urusan Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd, Shaharumi atau lebih mesra disapa Kak Umi itu berkata, ketika itu beliau bekerja di bahagian pemasaran sebuah agensi pelancongan manakala Hisham pula bekerja sebagai pemandu bas.

"Dia antara teman susah dan senang saya. Saya tertarik dengannya pun kerana dia jujur dan amanah dengan kerjanya. Jadi kalau saya beri amanah kepadanya untuk memandu bas sekalipun saya yakin dia mampu menjaganya sebaik mungkin termasuk nyawa yang dibawanya.

"Hati saya tertarik sejak dia jadi pemandu bas lagi. Dia seorang pemandu yang baik dan tak banyak kerenah. Malah pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat bas sebelum ini pun meletakkan syarat supaya dia jadi pemandu bas. Pelanggan sangat berpuas hati dengan prestasinya.

"Sehingga kini pun, selain memegang jawatan di Sinarmas sebagai Pengurus Operasi, Hisham masih setia memikul tanggung jawabnya sebagai salah seorang pemandu bas," kata Shaharumi lagi.
Menariknya, usia perkahwinan mereka sudah genap tiga tahun sekali gus menyamai usia pembabitan Sinarmas sebagai penaja pengangkutan rasmi untuk Jelajah Promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Boleh dikatakan sepanjang ABPBH menjalinkan kerjasama dengan Sinarmas, pasangan itu sentiasa kelihatan bersama.

Apabila Hisham membawa bas, Shaharumi pula berada di sisi memastikan penumpang sentiasa senang dan selesa dengan bantuan kakitangan yang lain. Baginya, ini saja masanya untuk berada di sisi suami kerana lumrah hidup bermadu.

"Selalunya, saya juga akan sama-sama menaiki bas menemani suami. Itupun kalau saya tidak mempunyai komitmen di pejabat. Saya juga sedar dan sama sekali tidak lupa mengenai natijah kehidupan bermadu. Kalau di pejabat, atas bas dan di rumah, suami menjadi milik mutlak saya.

"Sudah tertulis jodoh saya dengan Hisham dan perlu hidup bermadu. Saya juga rapat dengan dua anak tiri, Daniel (14) dan Danish (3). Sedikit sebanyak kehadiran mereka mengubati hati saya yang belum dikurniakan anak. Saya pernah keguguran sekali. Saya pasrah dengan ketentuan ini. Tapi ia tidak sesekali menoktahkan usaha saya dan suami untuk mendapatkan anak lagi," kata Shaharumi.

Wanita cekal ini juga mengakui pada mulanya terbit perasaan janggal dalam membezakan peranannya sebagai bos dan isteri kepada suami tercinta.

"Dulu sewaktu awal fasa perkahwinan, saya pernah terbawa-bawa jawatan bos hingga ke rumah. Lama kelamaan, perasaan janggal itu sudah terhakis. Saya mula menetapkan bahawa di rumah peranan saya hanya sebagai isteri. Tetapi apabila di pejabat, saya harus memainkan fungsi bos itu secara automatik.

Di waktu senggang, pasangan ini lebih gemar menghabiskan masa bersama. Menyedari minat Hisham yang mendalam terhadap bidang muzik, mereka membuka studio untuk sesi jamming di atas pejabat Sinarmas. Malah bakat Hisham disedari ketika rombongan ABPBH berada di Sungai Petani untuk jelajah promosi.

Ketika singgah di Medan Ikan Bakar Semilin untuk makan malam, rombongan dihiburkan dengan sesi jamming Hisham dan rakannya yang lain sehingga mengundang artis yang hadir seperti Along Cham, kumpulan Mirwana, Zizan Raja Lawak untuk turut menyanyi sama sambil Hisham bermain dram.

"Saya tahu minat Hisham yang mendalam dalam muzik. Selepas penat memandu bas, Hisham akan melepaskan 'geram' dengan dramnya," kata Shaharumi lagi.

Sementara itu, Hisham atau lebih mesra dengan panggilan Abang Sham berkata, tahun ini boleh dikatakan tahun kemuncak kepada legasi Sinarmas. Hampir setiap siri jelajah yang diikuti pada tahun ini, maklum balas yang diterima cukup membanggakan.

Hisham sambil berseloroh berkata, jika ABPBH mengangkat aspek popular di kalangan artis tempatan, Sinarmas juga barangkali boleh dinobatkan sebagai perkhidmatan bas paling popular di tanah air. Mengikut kontrak, ABPBH2011 menjadi kerjasama terakhir bersama Berita Harian.

"Tahun depan tahun terakhir kami. Diam tak diam, sekejap saja masa berlalu. Rasa terpisah dengan ABPBH itu macam sekejap saja. Alih-alih, ABPBH datang lagi. Sekalipun kontrak bakal berakhir tahun depan, kami tidak kisah untuk menyambung jalinan kerjasama ini.

"Itupun jika pihak Berita Harian berpuas hati dengan khidmat kami selama ini. Lagipun, selama adanya siri jelajah promosi ini, hubungan kami dengan kerabat Berita Harian termasuk wartawan dan artis sudah seperti adik beradik," katanya.

Guna bas berteknologi tinggi

DALAM semangat memberikan perkhidmatan yang terbaik, syarikat bas yang lebih cenderung kepada sewaan pelancongan dan jelajah ini juga turut menerima tempias buruk kesan nahas jalan raya terutama yang membabitkan bas dua tingkat.

Kata Hisham, sedikit sebanyak hal itu menjejaskan prestasi Sinarmas apabila ada pihak serta pengguna yang 'mengharamkan' terus untuk menggunakan bas dua tingkat miliknya. Kesempatan ini turut dimanfaatkan Hisham untuk memperbetulkan perkara sebenar.

"Disebabkan itu, permintaan untuk menaiki bas dua tingkat semakin berkurangan dan pengguna lebih suka menaiki bas satu tingkat. Orang ramai tidak boleh terus 'mengharamkan' penggunaan bas dua tingkat milik kami tanpa mengetahui status sebenar.

"Bas dua tingkat milik Sinarmas contohnya mempunyai spesifikasi dan piawaian sebenar yang diluluskan. Kami menggunakan enjin jenama Scania yang diimport dari Sweden. Sistem enjin yang mempunyai kelebihan dari aspek kecekapan dan keselamatan ini diselaras secara khusus supaya menepati struktur casis bas.

"Sistem sokongan dan inovasi Scania juga meningkatkan sistem maklum balas kenderaan selain maklumat serta ruang penglihatan pemandunya. Enjin ini juga memiliki sistem brek yang sofistikated, sensor penyeimbang elektronik dan unit paparan kamera bagi menunjukkan komitmen terhadap keselamatan jalan raya," katanya.

Shaharumi sempat mencelah, pihaknya sangat mengalu-alukan mana-mana pelajar universiti atau kolej yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di Sinarmas terutama dalam bidang pelancongan.

"Mereka yang berminat bukan saja berada di dalam pejabat menguruskan hal pentadbiran, sebaliknya diberi peluang melakukan pelbagai kerja menarik daripada kerja sebagai pemandu pelancong, pemasaran hinggalah membasuh bas.

"Alhamdulillah mereka yang sebelum ini datang menjalani latihan praktikal menerima keputusan yang cemerlang di samping dapat menimba pengalaman. Cuma sayangnya, jangka masa mereka menjalani latihan praktikal tamat sebelum siri jelajah ABPBH bermula," kata Shaharumi

Info menarik Sinarmas

  • Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan Sinarmas boleh diperoleh menerusi talian 04-4419545 dan faksimili 04-4418545
  • Facebook: sinarmas dlaguna
  • E-mel: sinarmas_dlaguna07@yahoo.com
  • Ibu pejabatnya beroperasi di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani
  • Penumpang bas juga boleh menggunakan ruang rehat dan santai di tingkat bawah kenderaan untuk merehatkan badan dan menenangkan fikiran. Turut disediakan ruang menonton TV dan berkaraoke.
  • Menawarkan ruang selesa dengan 42 tempat duduk di bahagian atas bas dan dilengkapi set televisyen dengan pelbagai filem pilihan memberi hiburan kepada penonton sekali gus dapat menghindarkan diri dari perasaan bosan kerana menempuh perjalanan jauh.
  • Keistimewaan lain yang terdapat dalam bas dua tingkat ini adalah bilik pantri dilengkapi ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik seandainya ada pengguna yang ingin menikmati minuman panas.
  • Turut menyediakan bilik persalinan, perkhidmatan telefon dalaman dan sambungan soket telefon bimbit atau komputer riba untuk kegunaan mereka yang selalu berhubung atas urusan perniagaan dan dilengkapi pembantu koc yang sedia membantu apabila diperlukan.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pendidikan

    Posted: 25 Mar 2011 11:30 PM PDT

    Utusan Online - Pendidikan


    Karnival Pendidikan Pontian

    Posted:

    Karnival Pendidikan Pontian

    Karnival Pendidikan Pontian

    PONTIAN 25 Mac - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dipelawa menghadiri Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Pesta Buku Pontian 2011 yang akan diadakan minggu depan.

    Program tiga hari bermula dari 29 Mac ini diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini bermula pukul 9.30 pagi hingga 9 malam.

    Sebanyak 22 gerai pameran daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta(IPTA/IPTS) mempromosikan pusat pendidikan masing-masing pada karnival anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pontian dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Cawangan Pontian bertujuan menyebar luas peluang kerjaya kepada orang ramai dan membantu mereka membuat pilihan yang tepat.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Horizon

    Posted: 25 Mar 2011 09:21 PM PDT

    Kosmo Online - Horizon


    Terbang di udara bersama motosikal

    Posted:

    Terbang di udara bersama motosikal

    Terbang di udara bersama motosikal

    Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA



    SEJAK awal pagi lelaki itu sudah keluar dari rumahnya yang terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

    Berpakaian sut lengkap seperti seorang pelumba motocross, dia memacu jentera Kawasaki KLX 150S miliknya melalui celah-celah kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

    Hanya satu perkara yang bermain di fikirannya ketika itu, mahu segera tiba ke destinasi yang bakal dituju iaitu kawasan Kemensah kemudian ke Hulu Langat, Selangor.

    Dia pasti, beberapa rakannya dari Kelab Dirt Addict X sedang menunggu kehadirannya. Lagipun itulah rutin mereka saban minggu, berkumpul sambil menguji skil masing-masing di lokasi yang digelar Trek Kemensah itu.

    Tekaannya tidak meleset, dari jauh lagi gegendang telinganya sudah menangkap deruman bunyi enjin motosikal yang nyaring. Dia sudah dapat membayangkan keseronokan rakan-rakannya menguji kemahiran di trek seluas lebih satu hektar itu.

    "Orang 'kuat' kita sudah sampai. Apa lagi, takkan nak tengok saja kot," usik seorang rakannya.

    Tanpa berlengah, Shamsul Azhar Abu Hazim, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Acoi memulakan aksinya. Dia memulas pendikit minyak jenteranya dan mula menjalar di atas trek.

    Seakan satu kepuasan pada dirinya apabila menunggang pada kelajuan tinggi melepasi selekoh tajam di samping melakukan beberapa aksi lompatan di udara.

    Padanya, sukan ekstrem berlitarkan jalan tanah dan debu itu merupakan permainannya sejak 17 tahun yang lalu.

    Acoi memberitahu, sejak di bangku sekolah lagi dia begitu meminati motosikal jenis scrambler dan motocross. Tidak hairanlah, pada usia 15 tahun dia sudah berkecimpung dalam sukan itu bersama rakan-rakan sekampungnya.


    BIARPUN masih baru Kelab Dirt Addict X kini semakin dikenali dalam arena sukan motorcross tempatan.


    "Motosikal pertama saya ialah Suzuki TS125 iaitu motosikal terpakai yang dibeli pada harga RM800. Bermula sebagai hobi saya mengambil keputusan untuk terus aktif dan mula menyertai pelbagai kategori pertandingan motocross yang diadakan di seluruh negara," kata lelaki itu ketika ditemui baru-baru ini.

    Ujarnya, sukan motocross bukan sahaja memerlukan keberanian, malah melibatkan kemahiran mengawal motosikal. Ia penting bagi membolehkan penunggang berhadapan dengan rintangan seperti laluan berbukit, tidak rata dan berlumpur.

    Setelah menguasai disiplin itu, barulah seseorang penunggang berkeyakinan untuk melakukan aksi yang lebih ekstrem seperti melompat tinggi di udara.

    "Ia tidak semudah yang disangkakan dan memerlukan disiplin tinggi serta latihan yang berterusan. Perkara itulah yang saya sering tekankan di kalangan ahli-ahli kelab terutama yang masih baru dalam sukan ini," jelasnya.

    Tambah Acoi, dengan modal sekitar RM6,000 hingga RM10,000, mereka yang berminat dengan sukan itu mendapatkan sebuah motosikal yang baik sebagai permulaan.

    Kos peralatan keselamatan seperti sut, perisai badan, topi keledar, sarung tangan, kasut pula di antara RM500 hingga RM1,000.

    "Biarpun kosnya agak tinggi, namun ia berbaloi memandangkan sesebuah motosikal mampu bertahan lama sekiranya aspek penjagaannya sentiasa dititikberatkan.

    "Selain merasai kepuasan sebagai penunggang motocross, mereka yang berbakat berpeluang menonjolkan diri lebih jauh dalam sukan ini melalui penyertaan dalam pelbagai pertandingan yang diadakan di seluruh negara," jelasnya.

    Mempunyai kira-kira 36 ahli berdaftar, Kelab Dirt Addict X ditubuhkan kira-kira awal tahun lalu.

    Sebahagian besarnya ahlinya berasal dari sekitar Lembah Klang dan terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

    Objektif penubuhan kelab itu bertujuan mempopularkan sukan motocross sebagai lokasi riadah di Kemensah.


    SIKAP saling membantu merupakan elemen penting perlu ada pada diri setiap penunggang.


    Wanita motorcross

    Sementara itu, salah seorang antara dua peserta wanita kelab itu, Hani Hafizanita Hamimi, 28, berkata, penglibatannya dalam sukan motocross bermula kira-kira empat bulan lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan melalui laman sosial Facebook.

    Biarpun dikelilingi ahli kelab yang sebahagian besarnya lelaki, namun ia tidak menghalang Hani yang berasal dari Hulu Selangor itu untuk terus aktif dalam sukan itu.

    "Saya akui, pengalaman kali pertama menunggang motosikal jenis ini agak mendebarkan, bentuknya yang tinggi dan besar seakan tidak sesuai dengan diri saya yang bertubuh kecil.

    "Bagaimanapun, selepas beberapa kali mencubanya saya jadi seronok. Dari situ saya mula belajar menunggang dan mempelajari beberapa teknik asas di trek di samping aspek penjagaan motosikal," katanya yang merupakan seorang kakitangan kerajaan.

    Minat yang mendalam juga mendorongnya mengeluarkan modal sekitar RM10,000 untuk membeli motosikal dan pelbagai peralatan keselamatan.

    Kata Hani, motocross merupakan satu riadah sihat yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Malah dia mengakui, sukan lasak itu banyak mengubah dirinya lebih berdisiplin dan sentiasa fokus apabila melakukan sesuatu.

    "Walaupun pulang ke rumah dalam keadaan comot, berlumuran selut dan letih, hati saya puas dengan cara ini. Tekanan yang ada dalam kepala akan dilepaskan pada motosikal," jelasnya.



    Bagi peserta termuda dalam Kelab Dirt Addict X, Muhd. Syahrul Fikry, 16, dia meminati sukan itu kerana sesuai dengan jiwanya yang lasak.

    Mewarisi bakat datuknya, Shamsuddin Arshad, 62, yang aktif di dalam sukan lasak itu suatu ketika dahulu, remaja itu berkata, dia mula belajar menunggang menggunakan motosikal motocross mini, sebelum beralih kepada motosikal sebenar.

    Katanya, pengalaman terjatuh ketika membuat lompatan di ramp sudah menjadi asam garam dalam hidupnya.

    "Sama ada di atas trek atau di dalam hutan, terjatuh adalah satu kemestian dan ia membantu penunggang agar tidak melakukan kesilapan yang sama sekali gus dapat memperbaiki tunggangan dan mengurangkan risiko mengalami kecederaan," jelasnya.

    Ujarnya, selain berlajar di Internet dan majalah, dia juga banyak mendapat tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang berpengalaman.

    Biarpun, sibuk dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan motocross saban minggu, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia tetap tidak mengabaikan pelajarannya.

    "Saya gembira kerana mendapat sokongan penuh keluarga. Saya bercadang untuk terus aktif di dalam sukan ini dan berpeluang mengharumkan nama negara pada masa hadapan," katanya yang menjadikan juara motocross dunia, James Stewart sebagai idola.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jejak keagungan Angkor Wat

    Posted:

    Jejak keagungan Angkor Wat

    Jejak keagungan Angkor Wat

    Oleh JOHANIS HASHIM


    FILEM Hollywood, Tomb Rider pernah menjalani penggambaran di sekitar kompleks Angkor beberapa tahun lalu.


    KEMBARA penulis ke bumi Kemboja untuk melihat keunikan Angkor Wat sebenarnya tidak dirancang. Idea itu hanya muncul selepas melihat promosi yang ditawarkan oleh sebuah syarikat tambang murah di Internet.

    Lantas apabila hasrat bercuti ke negara yang mempunyai populasi penduduk kira-kira 14.8 juta itu diajukan kepada seorang rakan baik penulis, ia dibalas dengan pelbagai persoalan.

    "Menarik ke tempat itu? Tak bosan ke kalau kita pergi sana nanti?" soalnya membuatkan penulis mengaru-garu kepala memikirkan jawapan.

    Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, selepas beberapa kali berbincang akhirnya kami sepakat untuk meneruskan percutian ke Kemboja.

    Kami cuba berfikir secara positif, pasti ada keistimewaan yang bakal ditemui nanti.

    Kali pertama menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Siem Reap membuatkan penulis berasa seperti melalui satu terowong masa.

    Ya, seperti yang dijangka bandar Siam Reap tidaklah segah bandar-bandar lain yang di negara ini, jauh sekali jika dibandingkan dengan bandar raya besar seperti di Kuala Lumpur.

    Melihat seni bina bangunan, kenderaan, jalan raya mengingatkan penulis ketika di zaman kanak-kanak, kawasan sekitar dan kehidupan masyarakatnya tidak ubah seperti negara kita ketika pada awal tahun 70-an dahulu.

    Perjalanan menuju ke hotel nyata agak kurang selesa kerana jalannya yang tidak rata dan berdebu menyebabkan kami terpaksa menutup hidung serta mulut.

    Sepanjang perjalanan, penulis perhatikan papan tanda menuju ke Angkor Wat boleh dilihat di mana-mana sahaja. Ia tidak menghairankan kerana kompleks itu merupakan antara tarikan utama pelancong ke Kemboja.

    Tiba di hotel, kami mula mendaftar masuk. Tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan hotel di Siem Reap menjanjikan keselesaan kepada pelancong-pelancong pada harga yang berpatutan.

    Matahari pagi Angkor Wat

    Kami diberitahu oleh pemandu pelancong bahawa perjalanan ke Angkor Wat hanya akan bermula pada jam 4 pagi. Katanya, panorama kuil itu pada waktu pagi sangat indah dan menarik.

    Justeru, masa yang terluang diambil untuk berehat dan melelapkan mata selepas penat melalui perjalanan yang panjang.

    Hati penulis seakan tidak tenteram, tidak sabar-sabar rasanya untuk melihat Angkor Wat yang terkenal dengan sejarah dan seni binanya yang begitu menggagumkan itu.

    Sebelum melelapkan mata, penulis sempat membuka televisyen di dalam bilik. Alangkah terkejutnya apabila ia turut menawarkan pilihan rangkaian televisyen di Malaysia seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Pastinya peluang itu diambil untuk melihat perkembangan mutakhir yang berlaku di dalam negara.


    WAJAH kanak-kanak yang menjual air minuman, snek dan cenderamata kepada pelancong yang bertandang di Angkor Wat.


    Tepat pukul 4 pagi, kami berdua bersiap-siap turun ke lobi hotel dan disambut oleh pemandu pelancong yang setia menunggu sejak dari awal lagi.

    "Ok, kalau semua sudah bersedia, kita akan berangkat sekejap lagi," katanya yang fasih berbahasa Inggeris.

    Jarak di antara hotel kami ke Angkor Wat tidaklah begitu jauh, hanya mengambil masa kira-kira satu jam sahaja. Sebaik tiba, suasana sekitarnya masih lagi gelap dan kelam.

    Bagaimanapun, kami agak terkejut kerana melihat begitu ramai pelancong yang telah tiba lebih awal semata-mata tidak mahu melepaskan peluang melihat kompleks bersejarah yang dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke-12 itu.

    Tatkala cahaya matahari mula menampakkan sinarnya, sayup-sayup kelihatan kelibat kuil itu di hadapan mata.

    Penulis begitu teruja, lantas kami berdua mempercepatkan langkah menuju ke bahagian pintu masuk.

    Sukar untuk mempercayai bahawa kewujudan Angkor Wat satu ketika dahulu hanyalah satu mitos. Jika ia tidak ditemui oleh seorang peneroka Perancis, Henri Mouhot pada tahun 1860, pastinya binaan agung itu terus menjadi misteri sehingga kini.

    Misteri monumen agung

    Melangkah masuk ke ruang dalamnya, penulis terpaku melihat kehalusan binaan kuil yang unik dan tersendiri. Di bahagian dindingnya dipenuhi pelbagai ukiran yang mempunyai melambangkan kepercayaan agama Hindu.

    Timbul persoalan apabila melihat banyak ukiran patung-patung wanita cantik di setiap sudut kuil itu, apa kaitannya dan motif yang tersembunyi di sebaliknya? Penulis cuba mencuri-curi dengar penerangan yang diberikan pemandu pelancong bagi mencari jawapan.

    Ia bukan imej dewa-dewi Hindu seperti yang penulis bayangkan, sebaliknya dayang dan penari istana yang dikenali sebagai Apsara.

    Bagaimanapun, ada lagi persoalan yang bermain di fikiran. Bagaimanakah kompleks seindah itu boleh lenyap begitu sahaja dalam sejarah manusia sehinggalah ia ditemui beratus-ratus tahun kemudian? Siapakah yang menghuninya dan apakah yang terjadi kepada mereka?

    Kepada pemandu pelancong diajukan soalan yang sama, namun jawapan yang diterima, "Kami tidak pasti."


    ANGKOR Wat tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong-pelancong yang mahu melihat keindahannya.


    Jeritan seorang kanak-kanak yang menjual air minuman menghentikan pencarian penulis. Dia merupakan antara puluhan penduduk di kawasan itu yang mencari rezeki dengan menjual makanan, minuman dan cenderamata kepada pelancong yang datang.

    Panggilan Hello Lady! boleh kedengaran di mana-mana. Biarpun bunyinya agak kasar dan kurang sopan, namun tiada apa yang boleh dilakukan, mungkin itu adalah budaya mereka.

    Harus penulis jelaskan, segala aktiviti jual beli dilakukan dalam mata wang dollar AS dan bukannya mata wang Kemboja, Riel. Tidak pasti mengapa, namun ia merupakan tip penting yang harus dikongsi bersama pembaca semua.

    Sambil berpusing-pusing di sekitar kawasan kuil, kami sempat menjengah ke lokasi di mana penggambaran filem aksi Hollywood, Tomb Rider diadakan beberapa tahun lalu. Terasa bayangan watak utamanya, Lara Croft yang dipegang oleh pelakon Angelina Jolie dalam misi pengembaraannya seakan-akan bermain diingatan.

    Ketika di hujung pengembaraan di kuil itu, barulah persoalan yang menghantui benak penulis sejak dari pagi tadi terlerai.

    Rupa-rupanya, kerajaan Angkor telah diserang oleh tentera Thailand dalam satu serangan besar-besaran pada kurun ke-14. Disebabkan itu, penduduknya telah meninggalkan kota itu dan lari ke daerah lain dengan harapan tentera Thailand akan menyerang mereka di tempat lain.

    Mereka turut meninggalkan batu-batu permata dan pelbagai harta yang sangat tidak ternilai harganya. Bagaimanapun, kebanyakan telah dirompak oleh pencari harta karun selain musnah akibat perang saudara pada zaman pemerintahan rejim Khmer Rouge.

    Agak mustahil untuk menghabiskan lawatan ke seluruh kuil ini dalam satu hari kerana ia terlalu luas. Namun, kami gagahkan juga untuk menyudahkan lawatan itu biarpun ia dilakukan secara tergesa-gesa kerana kesuntukan masa.

    Apa yang pasti, penulis berbangga kerana berpeluang sebahagian pelawat yang pernah mengunjungi kuil itu. Biarpun hanya sehari, namun keajaiban yang dilihat sukar digambarkan dengan kata-kata.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Masa untuk Redang!

    Posted:

    Masa untuk Redang!

    Masa untuk Redang!

    Oleh KARL SHAFEK IBRAHIM


    PANTAI Pulau Pinang yang landai, berair jernih dan pasirnya memutih.


    TERENGGANU sememangnya amat kaya dengan seni kebudayaan, makanan yang enak dan keunikan tata cara hidup masyarakatnya yang setiasa memanggil para pencinta agenda percutian.

    Dalam mempertaruhkan landskap semula jadi yang memukau, rangkaian pulau-pulau indah seperti Pulau Kapas, Lang Tengah, Perhentian mahupun Redang tidak terkecuali.

    Lokasi popular tersebut pasti dipenuhi pelancong domestik dan luar negara sepanjang Mac sehingga Oktober setiap tahun. Itulah waktu terbaik untuk menikmati keindahan permata-permata Terengganu itu selepas musim monsun berakhir.

    Pulau Redang merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau di Terengganu. Pulau terbesar itu adalah destinasi selaman skuba yang cukup terkenal selain menjadi tapak pemuliharaan penyu yang penting. Ia juga diwartakan sebagai Taman Laut di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

    Jeti Merang

    Untuk ke Pulau Redang, perjalanan menaiki bot dari Jeti Merang di Setiu mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja.

    Kewujudan Pulau Redang dikelilingi landskap tambahan dari pulau-pulau di sekitarnya iaitu Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling dan Pulau Pinang.

    Tidak lengkap acara bercuti di Redang kalau tidak menyertai aktiviti selam skuba! Antara tapak tumpuan penyelam skuba yang popular di situ adalah Tanjung Lang, Tanjung Tokong, Tanjung Gua Kawah, Pasir Panjang dan Batu Mak Cantek.

    Selain dapat menyaksikan keindahan batu karang dan hidupan marin, beberapa bangkai kapal bersejarah iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang karam di radius perairan Redang turut menjadi daya tarikan. Kehadirannya yang mengimbas kisah lara Perang Dunia Ke-2 memberi cabaran kepada penyelam yang mahu membongkar gambaran tepat tentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

    Selain selam skuba, pelancong juga boleh melakukan aktiviti santai seperti berenang di pantai, mencandat sotong, snorkeling mahupun memancing. Semuanya terpulang pada kemahuan dan jadual acara masing-masing.

    Tarikan penginapan

    Infrastruktur yang lengkap juga menjadikan Redang sebagai destinasi ideal untuk seisi keluarga merasai hembusan bayu Laut China Selatan. Puluhan hotel dan resort tersedia untuk menjadi tempat penginapan di sana.

    Masing-masing berlumba-lumba memberikan pakej dan perkhidmatan serta permandangan terbaik untuk tetamu mereka. Pilihan terletak di tangan pengunjung iaitu sama ada hanya mahu berkhemah mahupun tidur di hotel mewah!

    Pulau Pinang yang terletak berdekatan dengan Pulau Redang adalah permulaan bagi petempatan manusia di gugusan pulau tersebut. Pulau kecil itu dahulunya merupakan perkampungan nelayan sebelum penduduknya dipindahkan ke Pulau Redang.

    Jika ingin bersnorkeling, memadai jika berenang di bawah jetinya untuk disapa ratusan ikan karang yang bewarna-warni dan jinak! Kalau bernasib baik, pengunjung mungkin berpeluang melepaskan sendiri anak-anak penyu yang baru menetas ke laut.

    Kunjungan bersama keluarga di Redang perlu dipenuhkan dengan aktiviti riadah pantai. Semua itu dapat mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan yang mungkin terabai lantaran kesibukan jadual kerja di kota.

    Pantainya memang selamat untuk kanak-kanak dan sudah pasti si comel pun gembira berlari-lari di atas pasir yang putih bersih itu.

    Bagi sesetengah golongan muda yang gemarkan konsep percutian di bawah matahari, Pulau Redang bukanlah asing kerana kebanyakan yang berkunjung ke sini ialah golongan pengunjung berulang. Ketenangan dan kedamaian di Redang adalah penyuntik semangat untuk mengembalikan kesegaran minda.

    Biru bercahaya

    Mahukan pengalaman yang berbeza? Cubalah berjalan di gigi ombak pada waktu malam kerana ada sesuatu yang menarik menanti di tapak kaki ketika anda memijaknya.

    Di satu bahagian pantai yang dipanggil Blue Sand, ada sesuatu tarikan istimewa yang menjadi sebutan ramai. Pasir pantai itu akan kelihatan seperti mengeluarkan cahaya biru bersinar-sinar apabila ombak menghempas ataupun apabila dipijak.

    Ia sebenarnya adalah jutaan plankton Bioluminescent Ostracods yang akan memancarkan cahaya jika 'diganggu'.

    Ia memang sesuatu yang mengasyikkan sehinggakan penduduk setempat berseloroh bahawa pasir biru itu sangat digemari pelancong yang ingin memikat pasangannya. Lazimnya, si lelaki romantik akan menyerahkan pasir biru bercahaya itu ke tangan wanita yang diingininya!

    Sebelum meninggalkan lokasi percutian ini, apa kata singgah dahulu ke Kuala Terengganu yang cuma mengambil masa perjalanan kurang sejam dari Jeti Merang. Banyak lokasi pelancongan sehenti di sini termasuk Taman Tamadun Islam yang menempatkan replika bangunan-bangunan indah bercirikan Islam dari serata dunia.

    Oh ya, keropok lekor juga wajib untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Hati

    Posted: 25 Mar 2011 07:59 PM PDT

    Harian Metro: Hati


    Busana ringkas tetapi elegan

    Posted: 25 Mar 2011 07:57 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]PERALIHAN zaman dan pengaruh moden yang kian menular dalam budaya masyarakat hari ini turut memberi kesan kepada fesyen pakaian pengantin.

    Warna lebih lembut, tenang

    Posted: 25 Mar 2011 07:53 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]REKA bentuk beg tangan yang moden dan sofistikated sememangnya menjadi kegemaran wanita. Sebolehnya mereka akan mencari kelainan dalam setiap koleksi beg tangan pilihan.

    Utusan Online - Keluarga

    Posted: 25 Mar 2011 01:49 PM PDT

    Utusan Online - Keluarga


    Manisan halwa betik

    Posted:

    Manisan halwa betik

    Manisan halwa betik

    Oleh SITI AISHAH YUSOFF
    Foto MOHD. NOOR AMIN


    ROHAYAH MOHAMAD DAN


    SELALUNYA apabila disebut manisan, sudah pasti minda akan teringat gula-gula. Tetapi manisan halwa betik warisan tradisional yang tidak kurang menariknya.

    Halwa betik adalah warisan tradisional yang semakin hilang ditelan zaman. Ia menggunakan buah betik muda sebagai bahan utamanya, kemudian diproses menjadi pelbagai ukiran dan warna menarik, sangat signifikan untuk dijadikan bahan hantaran ataupun pemanis mulut dalam majlis perkahwinan.

    Pemilik Butik Azfa Su, Rohayah Mohamad Dan adalah antara yang masih mempertahankan warisan itu malah sudah hampir tujuh tahun membuka kelas pembuatan halwa betik.

    Menurutnya, pelbagai ukiran bunga seperti mawar, cempaka, kekwa dan tulip boleh dihasilkan menggunakan halwa betik.

    Gula pasir dan pewarna turut digunakan untuk diproses menghasilkannya.

    "Saya buka kelas membuat halwa betik dan gubahan sirih junjung untuk menghidupkan kembali warisan tradisional yang semakin hilang ditelan zaman," katanya.

    Menurut Rohayah, bagi corak bunga-bungaan disaluti gula untuk kelihatan cantik dan bersinar, kadang-kadang memerlukan berminggu-minggu atau sebulan.

    Katanya, ini bagi menunggu betik pelbagai corak bunga yang direndam dengan air rebusan gula, menjadi betul-betul kering.

    "Halwa betik perlu dijemur setiap hari pada suhu panas terik sehingga gula bersakar," katanya.

    Halwa betik bukan hanya menggunakan betik muda tetapi buah-buah lain seperti mangga, labu dan cermai.

    Menariknya, halwa betik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika disimpan di dalam bekas dan dijaga dengan elok.

    "Saya terima tempahan untuk majlis perkahwinan sebagai sebagai hiasan, cendera mata dan pemanis mulut kepada pasangan pengantin meliputi apa sahaja tema.

    Azfa Su kini beroperasi di No 1 Jalan 2/4F Bandar Baru Bangi. Maklumat lanjut hubungi 016-2511554 .

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mangsa ragut trauma, peragut tak diadili?

    Posted:

    Mangsa ragut trauma, peragut tak diadili?

    Mangsa ragut trauma, peragut tak diadili?

    MANGSA menggeletar ketakutan. Fikirannya buntu. Tiada siapa ambil tahu. Jaraknya hanya beberapa langkah dari deretan kedai di taman perumahan di Kuala Lumpur. Mangsa mencapai telefon yang terjatuh ke lantai kereta. Nasibnya baik telefon masih berfungsi. Dia terus menghubungi kawan.

    Nada suaranya menggigil dan terputus-putus memberitahu kawannya: "Habis dah, semua habis. Cermin kereta aku dipecah. Orang itu rampas beg berisi sampul duit RM13,000. Duit itu aku nak bayar pendahuluan kereta baru."

    Kawannya suruh bertenang. ''Cepat buat laporan polis." Arahan kawan diikutinya segera. Kemudian dia menelefon bosnya. "Tidak perlu datang kerja. Selesaikan masalah," kata bos yang perihatin.

    Mangsa sudah kehilangan sebahagian harta hasil titik peluhnya. MyKad, barang peribadi, kad ATM, buku bank, kad kerja dan kunci rumah. Semuanya dirampas oleh dua lelaki yang bermotosikal. Dia tidak cam mereka.

    Dia sempat melihat sekilas lelaki yang menumbuk pecah cermin Perodua Kancilnya. Orang itu berpakaian seragam pengawal keselamatan. Aku ceritakan kejadian ini sekadar untuk renungan pembaca.

    Mangsa itu aku sendiri. Aku manusia biasa yang diuji Allah SWT dengan kerugian, hilang harta, sakit dan pening. Kejadian itu berlaku empat tahun lepas. Namun, trauma ketakutan masih menghantui aku.

    Begitulah pengajarannya. Berwaspadalah apabila membawa beg berisi duit berlebihan atau barang berharga. Jangan bersantai-santai sebab kita diperhatikan mereka yang disangka baik tapi dek terdesak dalam kehidupan, adalah sebaliknya.

    Sebelum kejadian malang itu, sewaktu hendak keluar dari bank, hati aku tertanya-tanya mengapa seorang lelaki sungguh hormat membukakan pintu. Selepas kejadian baru aku terfikir rupa-rupanya ini satu isyarat kepada pelanggan bank ini bahawa dia bakal menjadi mangsa rompakan.

    Di balai polis, pegawai penyiasat bertanya sama ada aku boleh cam lelaki itu. Sayangnya, aku tidak ingat wajahnya. Maka pihak polis tidak dapat membantu dengan segera, sekadar meronda tempat kejadian. Kebetulan pada masa itu banyak kejadian curi, ragut, pecah rumah yang didakwa dilakukan geng Palembang.

    Senja baru aku pulang. Tiba-tiba, telefon bimbit berbunyi. Seorang wanita memperkenalkan diri sambil memberitahu bahawa pembantu rumahnya menjumpai sebuah beg warna hitam berisi barang serta MyKad, kad kerja atas nama aku dan juga ada nombor telefon.

    Menurut wanita itu, beg dijumpai di dalam tong sampah depan rumahnya. Kami berjanji untuk berjumpa esok hari.

    Pada keesokan harinya, anak lelaki wanita itu membawa beg ke rumah aku. Apabila dibuka beg itu, hati aku terkejut. Kenapa? Ya, hampir semua barang dan dokumen penting ada dan yang hilang hanya sampul surat berisi duit, sebatang pen Parker dan sikat rambut! Dan, terdapat juga sekotak rokok keretek dan pemetik api plastik.

    Aku menelefon pegawai penyiasat polis. Kata pertamanya ialah: "Alhamdulillah." Hati aku memujuk diri sendiri dengan mengatakan harta dan duit itu rezeki Allah.

    Namun, kesan ketakutan sebagai mangsa kejadian ini tidak akan hilang selama-lamanya. Aku tidak menaruh dendam tapi kadang kala hati menjadi tidak keruan terutama setiap kali aku berhenti kereta di persimpangan lampu isyarat. Dan, di sebelah kereta pula ada lelaki menunggang motosikal. "Tak usah buruk sangka," cetus hatiku.

    Rakan taulan pun turut mengalami ketakutan yang sama. Rakan yang aku panggil nama mesra Taj pula memberitahu, sekarang apabila keluar berjalan jika berdekatan rumah, dia hanya membawa kad ATM saja.

    Dia jarang membawa MyKad kerana takut disamun lagi. Apabila MyKad hilang, katanya, susah nak buat urusan. Taj trauma kesan disamun di depan rumahnya. Rantai emas, beg duit walaupun tidak banyak habis dilarikan.

    Ada seorang lagi rakan mengalami trauma selepas diragut ketika berjalan menuju ke perhentian bas. Lengan dan sikunya cedera. Dalam satu lagi kejadian rakan aku jadi mangsa samun ketika memandu untuk pulang ke rumah. Dia dipintas oleh seorang penunggang motosikal yang kemudian melarikan keretanya. Dia cedera kerana ditetak.

    Seorang rakan yang balik bertugas waktu tengah malam bulan lepas dilaporkan jadi mangsa samun kejam apabila keretanya dilanggar dari belakang. Kereta mewahnya dilarikan. Mangsa ini terkapai-kapai mencari pertolongan.

    Aku pernah meliputi kes samun di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, seorang suspek kena penjara 20 bulan dan dua kali sebatan selepas mengaku salah menyamun rakyat asing.

    Memetik satu kes lain, juga di Mahkamah Majistret, penganggur dipenjara setahun selepas mengaku salah meragut beg mangsa yang hanya berisi duit RM11. Dan seorang suspek lain pula dipenjara setahun selepas mengaku salah menyamun RM200 milik mangsa dengan menggunakan sebilah parang.

    Mahkamah dan pihak polis mengendalikan suspek yang didakwa melakukan jenayah ini menurut peruntukan undang-undang. Namun, kami sebagai mangsa tetap dalam ketakutan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    ads