Kosmo Online Posted: 26 Mar 2011 07:40 AM PDT “Earth Hour” Planetarium Negara dapat sambutan Posted: "Earth Hour" Planetarium Negara dapat sambutan"Earth Hour" Planetarium Negara dapat sambutan 26/03/2011 9:28pm KUALA LUMPUR — Kempen "Earth Hour" yang dijalankan di Planetarium Negara mendapat sambutan menggalakkan terutama dari kalangan generasi muda yang belum memahami apa yang dimaksudkan sebagai pencemaran cahaya. Kebanyakan mereka yang datang ke Planetarium Negara di sini menyatakan rasa teruja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan termasuk pencerapan matahari, lawatan ke balai cerap, tayangan filem mengenai sistem solar serta aktiviti "Earth Hour Lantern", "Earth Hour Glow in the Dark" dan "Light Shield". Ketua Pengarah Planetarium Negara, Dr. Mustafa Din Subari berkata, kempen yang diadakan oleh pihaknya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar daripada kemusnahan akibat aktiviti harian manusia. "Saya berharap agar masyarakat mampu menjaga bumi kerana itu adalah tanggungjawab kita semua sebagai panghuninya," katanya. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Rumah panjang terbakar, 27 keluarga terjejas Posted: Rumah panjang terbakar, 27 keluarga terjejasRumah panjang terbakar, 27 keluarga terjejas 26/03/2011 5:14pm SIBU — Sebuah rumah panjang Iban Rh. Bala anak Angan, di Sungai Buloh, kira-kira 3 km dari bandar Selangau di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi, menyebabkan 27 keluarga hilang tempat tinggal. Dalam kejadian yang berlaku pada 8 pagi itu, seorang lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan apabila cuba menyelamatkan barangannya dan kini dirawat di Hospital Sibu. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pantau kelewatan bina Kampus UMK Jeli - Mustapa Posted: Pantau kelewatan bina Kampus UMK Jeli - MustapaPantau kelewatan bina Kampus UMK Jeli - Mustapa 26/03/2011 5:14pm JELI — Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai kelewatan menyiapkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli. Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, jika pemaju terbabit gagal menyiapkan pembinaan kampus itu seperti yang dijadualkan, ia boleh menyebabkan kelewatan kemasukan staf pada Jun ini dan 800 pelajar pertamanya pada Sept akan datang. Mengikut jadual kampus bernilai RM60 juta itu sepatutnya siap dalam masa dua bulan lagi. "Justeru itu saya akan bertemu Kementerian Pengajian Tinggi untuk meminta agar proses pembinaan kampus itu dipantau," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kampus itu di Gemang di sini, hari ini. Ketika ini UMK beroperasi sementara di Taman Bendahara, Kota Baharu dan selain kampus Jeli, kampus induknya pula terletak di Bachok yang juga dalam proses pembinaan. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Mutakhir Posted: 26 Mar 2011 07:29 AM PDT Earth hour di Dataran Merdeka Posted: 26 Mar 2011 06:37 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Karnival dan Konsert Terima Kasih Sempena 20 tahun Harian Metro turut menyokong kempen Earth Hour apabila Dataran Merdeka bergelap selama lima minit sebelum konsert dimulakan. | UPP rampas daging babi hutan Posted: 25 Mar 2011 10:43 PM PDT PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas lapan tan metrik daging babi hutan yang telah diproses di sebuah stor haram di Kampung Kolam, di sini, semalam. Komander UPP Padang Besar, ASP Noor Janihan Nanyan, berkata rampsan itu dilakukan selepas sepasukan anggota UPP yang melakukan rondaan terserempak dengan kegiatan pemunggahan barangan yang mencurigakan daripada sebuah lori ke dalam premis itu kira-kira pukul 3 petang. Hasil pemeriksaan, UPP mendapati premis itu dijadikan tempat simpanan daging itu manakala pemilik premis, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun gagal mengemukakan lesen premis itu. "Apabila meminta pemilik premis mengemukakan lesen, kami mendapati lesen itu sebenarnya beralamat di lokasi lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan oleh Jabatan Perhilitan.
Noor Janihan berkata nilai rampasan bagi kesemua daging itu dianggarkan RM40,000 manakala sebuah lori bernilai RM60,000 yang digunakan bagi membawa daging itu turut dirampas. Menurutnya berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai memperolehi bekalan daging itu daripada pembekal di Perak untuk dijual di pasaran tempatan dan juga pasaran Thailand. Suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 46(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali. Beliau berkata kesemua daging yang dirampas itu akan dilupuskan. Noor Janihan berharap kerjasama berterusan daripada orang ramai supaya melaporkan setiap kegiatan yang mencurigakan di kawasan Padang Besar dengan menghubungi talian 04-9490624 atau 9490625 untuk tindakan segera. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 26 Mar 2011 03:42 AM PDT 11,824 DVD, CD haram dirampas Posted: 11,824 DVD, CD haram dirampas 11,824 DVD, CD haram dirampas Oleh AZELI ALI azeli.ali@utusan.com.my
|
Penguat kuasa KPDNKK merampas DVD cetak rompak bernilai lebih RM60,000 dalam serbuan di sebuah premis di Lebuh Naning, Georgetown, kelmarin.
|
PULAU PINANG 25 Mac - Seorang penjaga sebuah stor mengedar cakera padat digital (DVD) cetak rompak tergamam ketika diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri petang semalam. Bagaimanapun, dalam serbuan itu, tiga pekerja lain sempat meloloskan diri melalui pintu belakang premis di Lebuh Nanning di sini. Serbuan dilakukan sepasukan 15 anggota yang diketuai Pegawai Kanan Penguat Kuasa, Wan Mohd. Marzuki Wan Abdul Kadir kira-kira pukul 5 petang. Ketika serbuan dilakukan, beberapa orang tonto yang menggunakan alat penghubung walkie-talkie dilihat berulang-alik di hadapan premis tersebut. Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Seelan berkata, pihaknya membuat pemantauan selama sebulan di premis itu dan percaya bahan optik tersebut dijual di sekitar Georgetown. "Hasil serbuan, kami merampas sebanyak 11,454 keping DVD filem Melayu, Inggeris, Cina dan kartun serta 370 keping cakera padat (CD) lagu pelbagai tajuk yang dianggarkan bernilai RM60,000. "Lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai penjaga premis itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Guna Seelan menambah, pihaknya sedang mengesan pemilik asal premis tersebut dan menyiasat sama ada DVD itu dibawa masuk dari luar Pulau Pinang atau diproses di sini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Perhilitan rampas tenggiling, ular sawa, biawak Posted: Perhilitan rampas tenggiling, ular sawa, biawakPerhilitan rampas tenggiling, ular sawa, biawak TELUK INTAN 25 Mac - Jabatan Perhilitan Perak merampas dua ekor tenggiling, seekor ular sawa batik dan lima ekor biawak dalam serbuan di dua premis berasingan di sini hari ini. Penolong Pengarah Perhilitan Perak, Mohd. Zaki Mohd. Rahim berkata, dalam serbuan pertama pihaknya menahan seorang lelaki di perkampungan Orang Asli Redang Punggor, Cenderong Balai dekat sini kerana memiliki tenggiling seberat tiga kilogram. Beliau berkata, serbuan kedua yang dilakukan di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan pula, dua lelaki ditahan atas kesalahan sama memiliki haiwan dilindungi tanpa kebenaran. "Di kedai tersebut kami merampas lima ekor biawak dan seekor ular sawa batik. Ketiga-tiga lelaki berkenaan pula ditahan untuk soal siasat," katanya di sini hari ini. Mohd. Zaki berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut ditahan di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Katanya, harga tenggiling yang meningkat mendadak di pasaran sehingga mencecah RM300 sekilogram menyebabkan haiwan tersebut menjadi buruan. Beliau menambah, pihaknya akan meningkatkan risikan dan operasi bagi menghalang haiwan tersebut diseludup bagi memenuhi permintaan luar negara khususnya dari China. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Indeks jenayah Kedah turun 8.49% Posted: Indeks jenayah Kedah turun 8.49%Indeks jenayah Kedah turun 8.49% ALOR SETAR 25 Mac - Usaha polis dengan kerjasama pelbagai pihak berjaya mengurangkan 8.49 peratus indeks jenayah di negeri ini bagi tempoh Januari lalu hingga pertengahan bulan ini. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, polis turut berjaya menurunkan kadar jenayah jalanan sebanyak 29.9 peratus bagi tempoh sama. Beliau berkata, kejayaan itu juga merupakan hasil daripada pelaksanaan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah yang diperkenalkan kerajaan. "Walaupun indeks jenayah turun, usaha memerangi jenayah di semua peringkat akan terus diperhebatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 Kontinjen Kedah di sini hari ini. Abdul Ghafar berkata, kerjasama yang lebih erat antara warga polis dan masyarakat mesti dimantapkan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengurangkan jenayah. Katanya, komunikasi dua hala antara polis dan masyarakat dapat membantu kepada penurunan indeks jenayah yang memberangsangkan. "Tanpa kerjasama daripada masyarakat yang memberi maklumat, sudah pasti misi polis untuk memerangi jenayah menjadi agak sukar," ujar beliau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 26 Mar 2011 03:42 AM PDT Perkeso buat kejutan Posted: Perkeso buat kejutanPerkeso buat kejutan Oleh NAZARUDIN SHAHARI nazarudin.shahari@utusangroup.com.my
|
Pegawai Perkeso memeriksa salah seorang pekerja pusat hiburan di Seremban, kelmarin.
|
SEREMBAN 25 Mac – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri buat pertama kalinya melakukan operasi ke atas pusat hiburan di sekitar daerah ini malam tadi bagi mengesan majikan dan pekerja yang belum berdaftar dengan pertubuhan itu. Dalam operasi itu, sebanyak lapan kompaun dikeluarkan ke atas majikan dan pekerja yang tidak berdaftar dengan pertubuhan itu yang kesemuanya berjumlah RM4,500. Operasi Kesan Perkeso itu yang bermula mulai pukul 8.45 malam itu tertumpu kepada pusat hiburan termasuk karaoke, pub dan kafe siber di Taman AST, Lobak, Temiang dan Templer. Pengarah Perkeso negeri, Chan Hood Cheng yang mengetuai operasi itu berkata, daripada lapan majikan itu, tiganya didapati gagal mendaftarkan perusahaan masing-masing manakala selebihnya kerana gagal mendaftarkan pekerjanya. Beliau berkata, mereka yang melakukan kesalahan itu dikenakan kompaun mengikut Akta Keselamatan Sosial 1969. "Di bawah akta itu, majikan yang gagal berdaftar dengan Perkeso boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah," katanya di sini malam tadi. Menurutnya, sebanyak 32 kakitangan dan pegawai Perkeso negeri ini dengan dibantu lima pegawai dari ibu pejabat terlibat dalam operasi berkenaan. Beliau memberitahu, sejak operasi itu dilaksanakan mulai 8 Mac lalu, pasukan penguat kuasa Perkeso telah memeriksa sebanyak 591 majikan di daerah ini, Jelebu, Gemas dan Tampin. Jelasnya, sebanyak 32 majikan didapati tidak berdaftar dengan Perkeso manakala 70 majikan tidak mendaftar pekerja mereka dengan pertubuhan itu. "Kesemua mereka dikenakan kompaun yang keseluruhannya berjumlah RM61,000," katanya. Hood Cheng berkata, operasi itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan majikan termasuk premis yang dibuka pada waktu malam seperti pusat hiburan, restoran dan pusat penjaja supaya berdaftar dengan Perkeso. Katanya, amat penting bagi melindungi pekerja mereka yang terdedah kepada risiko kemalangan di tempat kerja atau semasa pergi atau pulang dari bekerja. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Peniaga enggan patuh arahan Posted: Peniaga enggan patuh arahanPeniaga enggan patuh arahan MELAKA 25 Mac - Kira-kira 95 peratus premis di pusat perniagaan Taman Melaka Raya di sini didapati tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna, sebaliknya menyalurkan terus sisa tersebut ke dalam longkang. Keadaan tersebut sekali gus menyumbang kepada masalah kebersihan seperti kaki lima berminyak dan kotor selain bau busuk akibat longkang yang tersumbat. Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd. Yusof Hassan berkata, masih ramai di kalangan pengusaha premis perniagaan enggan mematuhi atau tidak tahu cara yang betul untuk menyelenggara dan memasang sistem pembentungan di premis mereka. "Kita kesal kerana tidak sampai dua jam longkang dibersihkan, ia kembali dipenuhi pelbagai sisa minyak dan gris sedangkan ia tidak akan berlaku sekiranya pemilik premis memasang sistem pembentungan yang sempurna. "Kami dapati hampir semua premis makanan di sini menyalurkan terus sisa masakan ke dalam longkang," katanya selepas mengetuai operasi pembersihan longkang sekitar Taman Melaka Raya, di sini baru-baru ini. Menurut Mohd. Yusof, kebanyakan longkang di hadapan dan belakang premis Taman Melaka Raya dipenuhi air sisa buangan sedangkan kontraktor dilantik membersihkan kesemua longkang di 33 lorong taman berkenaan berdasarkan rekod jadual kerja serta bukti bergambar. Katanya, dalam operasi itu, pihaknya mengeluarkan notis kepada pengusaha premis supaya menyediakan sistem pembentungan yang sempurna dalam tempoh 14 hari dan jika gagal mematuhinya boleh dikenakan denda sebanyak RM500 atau berdepan tindakan mahkamah. Kata beliau, tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 171 Seksyen 69 dan 70, Akta Parit Jalan dan Bangunan 1974 Seksyen 55 atau Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | IPD Nilai bakal diwujudkan - Abd. Manan Posted: IPD Nilai bakal diwujudkan - Abd. MananIPD Nilai bakal diwujudkan - Abd. Manan SEREMBAN 25 Mac - Sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) akan dibangunkan di Nilai dalam tempoh terdekat sebagai usaha meningkatkan perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd. Manan Mhd. Hassan berkata, kewujudan IPD Nilai itu perlu memandangkan kawasan tersebut kini pesat membangun terutamanya di kawasan Enstek dan sekitar Nilai dengan peningkatan bilangan penduduknya. "Buat sementara waktu, anggota yang diserapkan ke IPD Nilai kini ditempatkan untuk sementara waktu di Balai Polis Mantin yang sedang diubah suai," katanya selepas hadir pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 peringkat Kontinjen Negeri Sembilan, di sini hari ini. Kata Abd. Manan, apabila siap kelak, seorang ketua polis daerah akan ditempatkan di IPD itu, selain penambahan anggota dan operasinya tidak lagi diletakkan di bawah IPD Seremban sebagaimana sekarang. Anggota yang diserapkan ke IPD Nilai juga bakal diambil di kalangan mereka berkhidmat di IPD Seremban. Ditanya mengenai lokasi IPD Nilai, beliau memberitahu, ia sedang dikenal pasti, sama ada di bandar Enstek atau berhampiran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). "Kita berharap dengan adanya IPD Nilai itu nanti, indeks jenayah di kawasan tersebut dapat dikurangkan serta pemantauan keselamatan terus jadi perhatian pasukan di situ," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 26 Mar 2011 03:37 AM PDT Masa depan Pas terancam akibat tindakan Hadi Posted: Masa depan Pas terancam akibat tindakan HadiMasa depan Pas terancam akibat tindakan Hadi KUALA LUMPUR 25 Mac – Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, boleh menyebabkan masa depan parti itu terancam. Malah, cita-cita Pas untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti nasionalis Islamik juga semakin kabur dan tidak menentu kerana, pemimpin mereka sendiri tidak berminat untuk mengetahui kebenaran, walaupun skandal itu menggoncang keyakinan rakyat terhadap Pas. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, tindak-tanduk Abdul Hadi merupakan manifestasi krisis keyakinan diri akibat terlalu terpesona dengan karakter dan karisma hebat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam yang dinamik. Katanya, Abdul Hadi secara tidak langsung mengulangi kesilapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gagal menduga sikap sebenar Anwar ketika membawanya masuk UMNO suatu ketika dahulu, dengan harapan untuk melumpuhkan Pas tetapi akhirnya UMNO yang hampir dilumpuhkan. "Maka sebab itu, orang ramai tidak seharusnya merasa hairan bila pemimpin Pas seperti Abdul Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) juga terpengaruh dan terus mempercayai Anwar dalam apa juga keadaan. "Sedangkan Tun Mahathir dan Daim (Tun Daim Zainuddin) yang begitu pintar juga boleh terpesona dan terlalai dengan perwatakan serta karisma hebat yang dimiliki Anwar," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Mengulas lanjut tindakan Abdul Hadi itu, Zainuddin berkata, beliau percaya Pas kini sudah mula merasai kesan akibat kesilapan besar mereka bekerjasama dengan Anwar, walaupun perkara itu tidak mahu diakui oleh pucuk pimpinan parti. Jelasnya, ini terbukti apabila terdapat beberapa bahagian seperti Pas Bahagian Batu yang menyokong dan mendesak agar Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi membolehkan ketulenan rakaman video seks tersebut dikenal pasti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Video seks: Zaid Ibrahim sedia beri keterangan jika dipanggil Posted: Video seks: Zaid Ibrahim sedia beri keterangan jika dipanggilVideo seks: Zaid Ibrahim sedia beri keterangan jika dipanggil SUNGAI PETANI 25 Mac – Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim bersedia memberi kerjasama jika dipanggil polis untuk merekodkan keterangannya berhubung rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang. Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbuat demikian memandangkan isu tersebut kini melibatkan kepentingan rakyat dan kredibiliti pemimpin politik negara. "Kalau polis panggil berlandaskan undang-undang, kita kena jawab. Saya terpaksalah memberikan keterangan tentang apa yang saya lihat daripada video itu. "Tetapi kalau polis panggil, janganlah saya seorang, kena panggil juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dan rakan-rakannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KITA cawangan Kedah di sini hari ini. Zaid berkata, beliau sebenarnya menonton rakaman video tersebut untuk mendapatkan gambaran lebih jelas sebelum membuat sebarang ulasan kepada umum. "Datuk T tidak jemput, tetapi saya sendiri minta untuk melihat. Ini penting kerana sebelum saya buka mulut, saya perlu lihat dahulu. Bukan seperti kebanyakan pemimpin yang hanya bercakap dahulu dan fikir kemudian. "Daripada apa yang saya lihat, saya memang tiada keraguan tentang rakaman itu," katanya. Ditanya sama ada menonton rakaman video tersebut merupakan satu kesalahan, Zaid berkata, sebagai pengamal undang-undang beliau bersedia menerima hukuman. "Namun pada saya, ia bukan kesalahan kerana bukan bahan lucah, ia lebih kepada dokumentari. Kalaulah mereka yang dikatakan menonton itu salah, apa pula dengan pemimpin politik yang melakukan perbuatan dalam video itu, apakah dia tidak bersalah," soalnya. Zaid seterusnya mengulangi pendiriannya agar kerajaan dapat menyegerakan proses siasatan termasuk mewujudkan suruhanjaya bebas atau melantik pakar forensik asing. "Ini satu isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan rakyat berhak tahu kebenaran. Mungkin boleh muat naik ke dalam Youtube untuk membolehkan rakyat tahu, tetapi kerajaan kena pastikan video itu tulen terlebih dahulu atau sebaliknya," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Haram tonton video seks – Mufti Posted: Haram tonton video seks – MuftiHaram tonton video seks – Mufti PUTRAJAYA 25 Mac - Video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan mahkamah untuk disiasat kesahihannya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, penyebaran video seks berkenaan untuk tatapan umum adalah haram dari segi hukum syarak. "Perbuatan ini (menyebarkan kepada umum) adalah berlandaskan satu fitnah sedangkan yang jelas dituntut oleh syarak ialah menegakkan keadilan dengan disertakan bukti-bukti. "Sebaiknya, kita serahkan kepada pihak berkuasa, tidak kiralah polis atau mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 26 Mar 2011 03:31 AM PDT Banjir di Kerian beransur pulih Posted: 26 Mar 2011 03:15 AM PDT [unable to retrieve full-text content]IPOH: Keadaan banjir di Daerah Kerian beransur pulih dengan hanya 258 penduduk masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan petang ini. | UMNO Kuala Kedah kecewa dengan sumbangan terhadap mangsa banjir Posted: 26 Mar 2011 01:54 AM PDT Mutakhir ALOR SETAR: UMNO Bahagian Kuala Kedah kecewa dengan komitmen dan sumbangan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS terhadap mangsa banjir di kawasan Anak Bukit dan Kubang Rotan di Kuala Kedah, November lalu. Ketuanya, Datuk Latt Shahriman Abdullah, berkata kerajaan negeri seharusnya lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat yang menghadapi bencana.
Katanya UMNO Kuala Kedah mengeluarkan sebanyak RM200,000 dana parti dan UMNO negeri lebih RM300,000 untuk membeli keperluan bagi mangsa banjir di kawasan itu. "Saya menerima banyak rungutan tidak puas hati mangsa banjir terhadap kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 222 sukarelawan banjir 2010 zon Alor Janggus di Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun, dekat sini, hari ini. Latt Shahriman, yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri, mendakwa ramai mangsa banjir di kedua-dua kawasan sedih kerana Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak mengunjungi untuk melihat masalah mereka.
Kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit dan Kubang Rotan dalam Parlimen Kuala Kedah itu dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2008. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 26 Mar 2011 03:11 AM PDT Pengedar amatur masuk jerat Posted: 25 Mar 2011 11:53 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KLANG: Cubaan seorang pengedar dadah amatur untuk menipu polis dengan menyimpan bahan terlarang itu dalam beberapa kotak biskut tidak menjadi apabila polis menemui lebih dua kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Juara, di sini, awal pagi kelmarin. | Tembak bunga api 10 minit Posted: 25 Mar 2011 11:30 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Pertunjukan bunga api selama 10 minit bermula jam 11.50 malam hingga 12 tengah malam akan menjadi antara acara yang dinanti-nantikan pada Konsert Terima Kasih Harian Metro (HM) di Dataran Merdeka, malam ini. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 26 Mar 2011 01:16 AM PDT Di manakah Anwar Ibrahim? Posted: Di manakah Anwar Ibrahim?Di manakah Anwar Ibrahim? Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA pengarang@utusan.com.my Keratan blog http://novandri.blogspot.com
KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan? Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut. Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter. Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan. Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan. "Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com. Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar. Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan. "Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya. Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..." Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Video seks: MT UMNO serah kepada kerajaan Posted: Video seks: MT UMNO serah kepada kerajaanVideo seks: MT UMNO serah kepada kerajaan KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO menyerahkan kepada kerajaan mengenai keputusan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kesahihan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin kanan pembangkang. Menurut Presiden UMNO, ini kerana perkara itu tidak boleh diputuskan oleh parti itu meskipun ia dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 2011 yang diadakan malam ini. "Apa yang ingin kita tegaskan ialah UMNO tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan pada masa sama kita juga ingin mengetahui kesahihan dan kebenarannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 2011 tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Najib menambah, UMNO juga berpegang kepada prinsip bahawa keutamaan ketika ini ialah mencari kebenaran mengenai video seks itu dan bukannya mengalih kepada perkara-perkara lain. Katanya, kebenaran itu pula mesti ditentukan oleh polis menerusi siasatan yang rapi dan profesional dan perkara itu boleh ditentukan oleh mereka yang pakar dalam hal tersebut. "Soalnya kenapa UMNO yang perlu dipersalahkan kerana perkara pokok ketika ini ialah untuk menentukan sama ada kes (video seks pemimpin pembangkang) itu benar atau tidak, yang akan ditentukan menerusi siasatan polis," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bukti rakaman percepatkan siasatan Posted: Bukti rakaman percepatkan siasatanBukti rakaman percepatkan siasatan Oleh ANGELINA SINYANG, SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM dan ILAH HAFIZ AZIZ pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 25 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin siasatan kes rakaman video seks melibatkan pemimpin pembangkang dapat diselesaikan secepat mungkin berikutan bukti- bukti yang telah diperoleh pasukan itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, berdasarkan maklumat dan bukti-bukti tersebut, siasatan pihaknya nanti akan bertumpu kepada dua perkara. "Perkara pertama yang akan lihat adalah siapa yang berada dalam video itu dan yang kedua, bagaimana video ini boleh muncul. "Kita juga percaya ada perkara-perkara lain yang boleh membantu selepas siasatan lanjut nanti," katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini hari ini. Setakat ini, maklumat yang diperoleh oleh polis adalah menerusi dua individu yang telah menyerahkan rakaman video berkenaan setelah mereka dan seorang lagi individu membuat pendedahan mengejutkan baru-baru ini. Selain itu, polis juga menjalankan siasatan di tempat kejadian iaitu hotel yang mana rakaman itu dilakukan. Hari ini, puluhan wartawan dan jurugambar berkumpul di luar pekarangan sebuah hotel apartmen yang terletak di Jalan Ampang Hilir berikutan dakwaan bahawa lokasi rakaman itu dijalankan di situ. Namun, kumpulan media itu hampa kerana tiada kelibat pasukan polis atau mana-mana pihak berkuasa dilihat berada atau keluar masuk di premis itu. Ismail dalam pada itu berkata, siasatan dilakukan secara menyeluruh dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan yang menimbulkan salah faham. Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ke Ibu Pejabat Bukit Aman semalam, Ismail mengesahkan mereka berdua dipanggil untuk memberi keterangan. Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan telah menahan dua individu dan memperoleh beberapa barang bukti daripada mereka. "Salah seorang individu juga telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku. Polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian bersama unit Forensik PDRM," kata Setiausahanya, Datuk Ghazali Md. Amin. Ghazali berkata, kedua- dua individu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan kes itu masih diteruskan. Sementara itu, Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim ketika dihubungi mengaku telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan petang ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 26 Mar 2011 01:09 AM PDT 324 mangsa dipindah Posted: 324 mangsa dipindah324 mangsa dipindah Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI utusanterengganu@utusan.com.my
|
Sebahagian mangsa banjir kilat berada di pusat pemindahan sementara di SK Tok Jembal, Kuala Terengganu, semalam.
|
KUALA TERENGGANU 25 Mac - Seramai 324 orang daripada 74 keluarga di sekitar Gong Badak dan Tok Jembal dekat sini berpindah ke tiga pusat pemindahan setelah rumah mereka dilanda banjir kilat malam tadi. Menurut Majlis Keselamatan Negeri (MKN), 263 mangsa daripada 60 keluarga dari Taman Uda Murni dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal. Sementara itu, jurucakapnya memberitahu, 52 mangsa daripada 12 keluarga dari Kampung Pak Tuyu pula ke SK Tanjung Gelam serta sembilan mangsa daripada dua keluarga dari Taman Jati dipindahkan ke Dewan Sivik Gong Badak. Katanya, hujan lebat sejak pukul 8 malam hingga pukul 4 pagi tadi menyebabkan kawasan perumahan di kampung berkenaan dinaiki air antara 0.5 meter sehingga 1 meter. Bagaimanapun, katanya, tiada laluan ditutup dan kenderaan masih boleh menggunakan jalan terbabit. "Kebanyakan mangsa mula berpindah bermula 12 malam hingga 2 pagi tadi ekoran bimbang rumah ditenggelami air, namun jika keadaan kembali pulih mereka dibenarkan pulang ke rumah pada bila-bila masa sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Dalam pada itu, menurut Jabatan Meteorologi negeri, taburan hujan luar biasa iaitu 260 mililiter dalam tempoh lapan jam menyebabkan kawasan berkenaan dilanda banjir kilat. Jurucakapnya memaklumkan, taburan hujan berkenaan adalah sangat luar biasa. "Kita menjangkakan taburan hujan 260 mililiter untuk tempoh sebulan bagaimanapun ia berlaku dalam tempoh lapan jam sahaja," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Premis niaga dipenuhi selut Posted: Premis niaga dipenuhi selutPremis niaga dipenuhi selut KUALA TERENGGANU 25 Mac - Hujan lebat yang turun selama lapan jam bermula 8 malam semalam menyebabkan beberapa buah kedai di hadapan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini ditenggelami air sedalam 0.5 meter. Difahamkan, banjir kilat itu berlaku ekoran masalah sistem saliran dan perparitan yang tidak diselenggara. Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terbabit mendapati, pekerja beberapa buah premis sedang giat membersihkan kedai mereka yang dipenuhi selut dan sampah-sarap. Menurut seorang pemilik kedai gambar, Eyong Hang, 26, masalah tersebut berlarutan sejak hampir 20 tahun lalu. Katanya, walaupun perkara itu beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa tempatan namun ia masih tidak dapat diatasi. "Setiap kali hujan lebat berterusan selama satu jam, kami terpaksa bersiap sedia untuk berniaga dalam air kerana setiap kali itulah kedai ini akan ditenggelami air," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Menurutnya, dia dan beberapa lagi peniaga sekitar kawasan itu tidak menafikan punca utama banjir kilat di situ disebabkan oleh longkang yang sempit dan tidak berfungsi dengan baik. Katanya, banjir kilat berkenaan turut menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya yang teruk selain dipenuhi sampah selepas air surut sehingga mengakibatkan bau busuk dan mencemarkan pemandangan. Katanya, walaupun kejadian itu hanya menyebabkan sedikit sahaja kerugian namun ia menjejaskan operasi perniagaan. "Kami bersedia dari awal dengan mengalihkan barangan dan peralatan elektronik ke tempat lebih tinggi, namun jika perkara ini sering berlaku akan menjejaskan imej kedai kami dan pastinya bandar raya ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | PulanglahNorbayah - Ibu Posted: Pulanglah Norbayah - IbuPulanglah Norbayah - Ibu
|
Mek Wok Mohamed memegang gambar anaknya, Siti Norbayah.
|
KOTA BHARU 25 Mac - "Pulanglah Norbayah. Mak sakit, mak rindukan kamu sangat-sangat. Mak tak marah," demikian rayu seorang warga emas, Mek Wok Mohamed, 69, ketika meminta anak bongsunya kembali ke pangkuannya selepas 13 tahun menghilangkan diri. Mek Wok ketika ditemui di rumahnya di Kampung Puteh, Telipot di sini dalam nada sebak memberitahu, anaknya itu, Siti Norbayah Harun menghilangkan diri sejak 1998 ketika berumur 15 tahun. Katanya, Norbayah merupakan seorang pelajar pintar apabila mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1998, tetapi terlalu ikutkan perasaan dan dia mungkin telah memilih jalan yang salah. Jelasnya, pada waktu itu, anak bongsu daripada 10 beradik itu mempunyai ramai kawan di kalangan orang berada menyebabkan hatinya memberontak untuk menjadi seperti rakan-rakannya. "Dia mahu duduk asrama dengan kawan-kawan yang kaya tapi saya tidak mampu tunaikan, begitu juga soal keperluan seperti pakaian dia mahu yang mahal. "Sebab itulah dia selalu memberontak dan setiap kali ditegur oleh kakaknya dia melawan sehinggalah bertindak menghilangkan diri," katanya sebak. Menurut Mek Wok lagi, dia bagaimanapun sudah memaafkan kesilapan anaknya itu dan setiap hari berdoa agar mereka diberi peluang berjumpa terutama memikirkan usianya yang semakin tua dan pernah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) baru-baru ini kerana masalah kesihatan. Jelasnya, sebelum menghilangkan diri, Siti Norbayah memberi alasan mahu keluar rumah dan mengambil ujian kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 26 Mar 2011 01:06 AM PDT Sinar hidayah buat nyah Posted: 25 Mar 2011 11:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua puluh tahun dahinya tidak pernah mencecah sejadah dan kehidupan dipenuhi maksiat, namun program khas anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini membuka pintu hati seorang mak nyah untuk bertaubat dengan harapan mampu kembali menjadi lelaki normal. "Hampir 20 tahun saya tidak pernah menunaikan solat, menyebabkan cara wuduk dan banyak bacaan dalam sembahyang saya terlupa.
"Selepas menyertai kursus ini, saya semakin insaf terhadap kesilapan lampau dan banyak mempelajari ilmu agama untuk memulakan hidup baru sebagai lelaki sejati," katanya hanya mahu dikenali sebagai Shasa, 35.
Menurutnya, biarpun sekian lama menjalani hidup sebagai mak nyah dengan penampilan lebih 95 peratus seperti perempuan, namun jauh di sudut hati dia sedar tidak boleh meneruskan kehidupan sebegitu hingga ke akhir hayat.
"Sebelum ini, niat untuk berubah memang ada kerana saya memang menyimpan hasrat untuk mati sebagai lelaki Islam.
"Sebab itulah bila dapat tahu Jakim menganjurkan program seperti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya kerana saya memang ingin meninggalkan kehidupan sebagai mak nyah yang penuh dengan dosa," katanya.
Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Sayang, 30, pula berkata, dia baru menjalani pembedahan implan payudara, namun secara tiba-tiba terbuka pintu hati untuk menyertai 16 `rakan sejenisnya' dalam program pemulihan itu.
"Saya baru beberapa hari pulang ke tanah air selepas melakukan pembedahan implan payudara dan hidung di Thailand, namun saya terpanggil untuk menyertai program ini apabila mengetahuinya melalui kawan-kawan.
"Saya sendiri tidak pasti mengapa membuat keputusan ini. Mungkin Allah membuka pintu hati untuk saya kembali ke pangkal jalan dan bersyukur di atas hidayah-Nya," katanya.
Menurutnya, selepas menjalani pengisian program anjuran Jakim itu, hatinya begitu tersentuh dan insaf terhadap perjalanan hidupnya selama ini jauh terpesong daripada landasan Islam.
Program selama tiga hari di sebuah lokasi rahsia di Jelebu, Negeri Sembilan itu dihadiri 17 mak nyah dan ia diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk kuliah agama, kaunseling, latihan lasak serta bimbingan kerjaya supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan hidup sebagai lelaki normal.
Ketua Penolong Pengarah Sosial Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai berkata, program itu diatur rapi sejak dua bulan lalu dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Aids Malaysia serta Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
"Program ini bertujuan mendekati golongan mak nyah yang sering dianggap jelik oleh masyarakat dan mengubah persepsi umum terhadap jabatan agama yang dianggap hanya cenderung menahan mereka apabila melakukan maksiat.
"Dengan terlaksananya program ini, ia membuktikan jabatan agama sebenarnya turut bertanggungjawab membimbing mak nyah supaya mereka kembali ke pangkal jalan," katanya.
Zakuan berkata, dalam program itu pihaknya sama sekali tidak memaksa mak nyah terbabit mengubah penampilan atau bertaubat, sebaliknya mereka dididik secara lembut dan tersirat melalui pelbagai program yang menyeronokkan.
"Ia lebih kepada dakwah secara halus. Malah, kami juga tidak memaksa mereka mengerjakan solat atau mengikut sesi tazkirah kerana kami mahu mereka melakukannya dengan sukarela atas keikhlasan hati masing-masing," katanya.
Menurutnya, selain memberi didikan rohani, mak nyah terbabit turut diberi bimbingan kerjaya dengan mendedahkan mereka mengenai peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan dan perhotelan yang diatur dengan bantuan Pusat Giat Mara.
"Selain itu, program ini juga diharap dapat mengurangkan penularan penyakit Aids serta penyalahgunaan dadah," katanya yang berharap aktiviti itu menarik lebih ramai penyertaan golongan mak nyah untuk ia diadakan lagi pada masa depan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bangun pagi anak jadi arwah Posted: 25 Mar 2011 11:34 AM PDT KUALA TERENGGANU: "Apabila tengok anak bongsu tiada di sisi ketika bangun tidur, saya bingkas mencarinya dan hati mula berdebar. Sebaik membuka pintu depan, luluh hati saya apabila nampak dia terapung dalam air dengan sebelah tangannya memegang anak tangga." Demikian kata Norazilawati Ibrahim, 30, yang kematian anak bongsunya, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, 13 bulan, yang lemas apabila pekarangan rumah mereka di Kampung Raja Baram, Chendering di sini, dinaiki air sedalam kira-kira 0.2 meter, kira-kira jam 8 pagi semalam.
Norazilawati berkata, sebaik melihat anaknya dalam keadaan menyayat hati itu, dia terus mengangkat bayinya dan memanggil suami, namun usaha mereka menyelamatkan anak bongsu daripada dua beradik itu dengan memberi pertolongan cemas tidak berjaya.
"Kebiasaannya saya terjaga daripada tidur dengan dikejutkannya, tapi hari ini (semalam) hari paling malang kerana saya pula yang terkejut apabila mendapati dia tiada di sisi apabila bangun tidur," katanya.
Menurutnya, mangsa sebelum ini bersikap pelik apabila kelihatan gembira malah selera makannya bertambah selain sempat bergurau dengan bapanya, Zaidi Mamat, 32, seorang nelayan kira-kira jam 10 malam sebelum tidur.
"Malam tadi (kelmarin) dia sempat bermain telefon bimbit bapanya. Biasanya suami menegur tetapi semalam (kelmarin) pelik apabila dia hanya tengok dan tidak cakap apa-apa.
"Sebelum ini, dia seperti tunjuk tanda pelik kerana mesra dengan semua ahli keluarga dan nak bersalam dengan mereka, sedangkan sebelum ini dia agak pemalu," katanya.
Norazilawati berkata, sebelum kejadian dia bersama anak dan suami tidur di ruang tamu berhampiran pintu depan kerana khuatir air bertambah naik selepas perkarangan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang kelmarin.
Menurutnya, kira-kira jam 2 pagi dia terjaga dan mengalihkan Nur Hasniatul Nabila daripada buaian untuk tidur di sebelahnya sebelum anaknya itu merengek meminta susu kira-kira jam 4 pagi.
"Saya tidak sangka itu kali terakhir melihat wajah anak yang menangis mahukan susu sebelum menemuinya terapung dalam air pagi tadi (semalam)," katanya.
Datuk mangsa, Mamat @ Muhammad Muda, 62, membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Chendering dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Pandak, Chendering di sini, kira-kira jam 3 petang selepas solat Jumaat, semalam.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Khazahari Che Amat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 26 Mar 2011 01:03 AM PDT Jumpa rakyat dalam kunjungan mesra di bandar Muar Posted: 25 Mar 2011 11:32 PM PDT MUAR, 26 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dalam lawatan kerja ke bandar ini, hari ini mengadakan kunjungan mesra bertemu rakyat khususnya peniaga di pusat bandar Muar. Perdana Menteri dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba pada pukul 9.35 pagi, untuk beramah mesra dengan rakyat di bandar Maharani. Turut serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam dan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek. Sejurus tiba di Jalan Meriam dan Jalan Sayang, Perdana Menteri dan rombongan disambut mesra oleh rata-rata peniaga yang tidak putus-putus menghulurkan salam kepada beliau dan isteri. Najib turut melihat carta proses bagi mengatasi banjir kilat serta menaiktaraf sistem perparitan dalam kawasan bandar Muar. Dalam kunjungan mesra itu, Perdana Menteri turut berkunjung ke gerai perniagaan dan pinggir bandar di Jalan Sisi dan Jalan Abdullah sebelum melawat pondok kawalan polis yang disediakan di situ. Cuaca panas membuatkan Perdana Menteri dan rombongannya tidak melepaskan peluang untuk menikmati cendol di sebuah gerai berdekatan sebelum beredar ke Pasar Awam Maharani dan Terminal Bas dan Perhentian Teksi Bentayan, untuk berjumpa peniaga di kawasan berkenaan. Bagi peniaga cendol, Shamsu Bibi Hassan, 55, kunjungan Perdana Menteri dan rombongan ke gerai cendol miliknya adalah sesuatu yang tidak diduga. "Siapa sangka Perdana Menteri dan isteri sanggup mencuba cendol di sini. Terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri. Saya sangat gembira hari ini," katanya yang berniaga di gerai berkenaan bersama suaminya Abdul Nasir Miras, sejak 30 tahun lepas. Seorang pekerja kedai cat yang hanya mahu dikenali sebagai Bala, 56, berkata kunjungan Perdana Menteri di kawasan pusat bandar diharap membawa kebaikan terutamanya bagi menyelesaikan isu perparitan. "Ini pertama kali saya lihat Datuk Seri Najib dari dekat. Tentang masalah longkang, memang ada bau busuk, kita harap ianya dapat diatasi," katanya yang bekerja di kedai tersebut sejak lima tahun lepas. Bagi seorang wanita, yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 36, kunjungan Perdana Menteri ke Muar adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk melihat pemimpin nombor satu negara dengan lebih dekat. Lim yang tinggal di Jalan Haji Jaib di sini berkata dia bersama suami yang mahu dikenali sebagai Soo, 40, dan dua anak perempuan mereka Soo Jia Ling, 8, dan Soo Jia Yi, 3, sanggup ke menunggu ketibaan Perdana Menteri sejak pukul 8 pagi. "Kita jarang dapat peluang macam ini. Anak-anak saya pun sangat gembira dapat bersalam dengan Perdana Menteri, isteri dan beberapa orang kenamaan lain," katanya. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | MPP gesa UM tarik balik gantung wakil pelajar, bekas calon Posted: 25 Mar 2011 09:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 Mac — Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia (UM) mendesak pengurusan pusat pengajian tinggi menarik balik keputusan menggantung dua penuntut satu semester atas alasan memalsukan sijil sakit. Ini kerana jelas Yang Dipertua MPPUM Mohd Syahid Mohd Zaini, kedua-dua penuntut itu tidak sewajar dikenakan hukuman sedemikian kerana tidak mendapat keadilan. "Kita nak UM menarik balik keputusan itu sebab keputusan yang dibuat tidak telus, UM tidak meminta penjelasan daripada penuntut dan penuntut juga tidak dibenarkan membela diri dan membawa saksi. "Kita mahu keputusan itu dibuat secara adil, biar kedua-dua penuntut ini membela diri masing-masing, bawa saksi dan bukti mereka baru nampak adil," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kedua-dua penuntut itu dikatakan berbuat demikian ketika pemilihan kampus bulan lalu. Kedua-dua pelajar terbabit adalah penuntut tahun kedua dengan masing-masing menuntut di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sastera. Kata Mohd Syahid, langkah pengurusan UM menggantung kedua-dua penuntut itu tanpa bukti yang sah adalah satu tindakan yang "zalim." "Macam mana kata palsukan surat sijil sakit? Apa bukti yang kata ia adalah palsu? Mereka berdua ada resit dan surat sijil sakit, macam mana kata ia palsu? "Ini adalah hukuman yang agak zalim... tiga hukuman dijatuhkan serentak, selain digantung mereka juga perlu membayar denda dan telah diberikan amaran... sedangkan tidak bukti mengatakan mereka menipu. "Sebab itu kita nak UM tarik balik keputusan ini, kenapa baru sekarang buat keputusan? Kenapa tidak ketika penamaan dan kempen pemilihan dulu?" katanya. Semalam, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UM Prof Dr Rohana Yusof mengesahkan dua penuntut pusat pengajian tinggi digantung pengajian selama satu semester atas kesalahan tersebut. Jelas beliau, salah seorang penuntut tersebut telah ke klinik swasta untuk mendapatkan sijil sakit tetapi pada 15 Februari iaitu tiga hari selepas kursus penerangan itu diadakan. "Kursus penerangan ini kita buat pada 12 Februari tapi penuntut ini berikan sijil sakit bertarikh 15 Februari selepas saya meminta surat tunjuk sebab kenapa tidak hadir. "Yang seorang lagi tidak berjumpa doktor tapi dapat surat sijil sakit, yang saya percaya ia mungkin dibeli dari klinik swasta itu," katanya. Kata Rohana, bagi penuntut yang memenangi kerusi umum Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM selain digantung satu semester dia juga digugurkan daripada menganggotai badan tersebut. MPPUM adalah antara pemilihan kampus dikuasai oleh kumpulan pelajar Pro Mahasiswa pada pilihan raya kali ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 25 Mar 2011 11:37 PM PDT Bukan konspirasi UMNO: Najib Posted: 25 Mar 2011 02:55 PM PDT Nasional
NAJIB bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, malam tadi. Siasatan rakaman video seks untuk tentukan kesahihan, perlakuan mungkar KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi menolak dakwaan bahawa rakaman video aksi seks dipercayai membabitkan seorang pemimpin pembangkang adalah konspirasi politik dan menafikan UMNO terbabit dalam rakaman berkenaan.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, berkata apa yang penting sekarang ialah menyiasat ketulenan rakaman video itu kerana ia adalah perkara pokok, manakala keputusan sama ada mahu membentuk suruhanjaya bagi menyiasat perkara berkenaan terletak pada kerajaan. "Ada pihak yang condong untuk bangkitkan soal konspirasi atau sebagainya. Ia sebenarnya mengalihkan daripada soal pokok. Perkara pokoknya adalah berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakam atau tidak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini. Najib berkata, polis perlu bertindak secara profesional berhubung perkara itu, termasuk mendapatkan bantuan pakar bagi menyokong siasatan dan kemudian membentangkan hasil laporan yang meyakinkan rakyat.
"Kalau ada perbuatan mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak `doctored' (ubah suai) video ini, ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya.
Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada polis.
Mengenai mesyuarat MT, Perdana Menteri berkata, mesyuarat berkenaan antara lain membuat keputusan melepaskan penggantungan ke atas bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Japlin Akim yang sebelum ini digantung tiga tahun bermula Mac 2009 atas kesalahan politik wang.
Katanya, MT juga bersetuju mengadakan majlis Ulang Tahun Ke-65 UMNO pada 11 Mei ini selain mengesahkan jumlah keahlian parti setakat 3 Mac lalu mencecah 3,233,568 orang.
Sementara itu Najib berkata, menyelesaikan masalah rakyat melalui tindakan kreatif serta berkesan menjadi antara ciri utama model baru politik Barisan Nasional (BN) dalam kesungguhan mentransformasi parti supaya terus relevan dan lebih dinamik serta bersemangat.
Perdana Menteri berkata, usaha mencari dan melaksanakan penyelesaian tepat itu bertitik tolak daripada komitmen BN merasai denyutan nadi rakyat dengan memahami persekitaran, jangkaan, aspirasi serta permasalahan dihadapi mereka.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, ini berbeza dengan pendekatan lama yang memberi tumpuan kepada soal intrapolitik, yakni sibuk dengan urusan cawangan dan bahagian parti, dan hanya membuat usul serta desakan terhadap kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat.
"Sebab itulah saya menasihati Pemuda BN supaya mengadakan makmalnya. Dalam makmal itu, kita dapat mencungkil dan membuat kesimpulan permasalahan dihadapi rakyat, terutama generasi baru. Selain itu, ia juga supaya kita tidak melakukan pendekatan lama.
"Perbezaan dalam model baru (politik) ini ialah kita bukan saja memahami jangkaan, cita rasa dan permasalahan rakyat, malah kita juga boleh mencari penyelesaian efektif, sekali gus mengambil tindakan ke arah menyelesaikan masalah yang mereka hadapi," katanya melancarkan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 turut mencatat sejarah tersendiri pada majlis itu apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai karnival kerjaya terbesar di Malaysia setakat ini.
Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu menawarkan sebanyak 40,430 peluang pekerjaan membabitkan sebanyak 650 gerai peserta, dan dijangkakan dihadiri seramai 500,000 pengunjung.
Najib berkata, penawaran sebanyak 40,000 jawatan melalui karnival itu membawa mesej bahawa ekonomi negara bukan saja berkembang, tetapi pertumbuhan positif itu bersekali dengan peningkatan peluang kerjaya.
Sambil menjelaskan ada ekonomi yang tumbuh namun tanpa peluang kerjaya, beliau berkata, perkembangan di Malaysia bukan berlaku dengan sendirinya, sebaliknya adalah kejayaan usaha dijalankan kerajaan BN yang memberi galakan, hala tuju jelas serta keyakinan kepada pelabur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | PM, rakan Facebook interaksi melalui video Posted: 25 Mar 2011 02:53 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kalinya berinteraksi dengan rakan sosial Facebook beliau melalui rakaman klip video dan disiarkan di laman blog peribadinya semalam. Rakaman video selama dua minit dua puluh enam saat itu adalah sebagai maklum balas terhadap komen Keith Ng's di laman Facebook beliau berhubung pengiktirafan kerajaan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan 9,239 memperoleh keputusan semua A dan menjadikannya terbaik dalam tempoh empat tahun. Dalam ucapannya itu, Najib mahu lebih banyak sektor swasta tampil menyalurkan bantuan kepada pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kerana ia satu pelaburan akademik yang menjamin keuntungan di masa depan. Saranan itu juga selaras dengan usaha untuk mencapai status bangsa maju dengan kepelbagaian pola ekonomi, pelaburan akademik berkenaan harus dimulakan daripada sekarang.
Selain itu, katanya, kerajaan sentiasa memberi sokongan termasuk biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Tahun lalu saya sudah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang memperoleh 9A + atau lebih, tanpa memandang etnik atau kaum," katanya dalam laman blog peribadinya semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 25 Mar 2011 11:31 PM PDT Helah dan ilusi di tangan pakar Posted: Helah dan ilusi di tangan pakarHelah dan ilusi di tangan pakar Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periswamy@kosmo.com.my
BEBERAPA kad terup dilihat dilekat menggunakan pita lutsinar membentuk kipas. Sekeping kad bernombor lapan dilekatkan di bahagian tengahnya. Tangan kanan yang memegang kad tersebut diserongkan sedikit ke bawah sementara tangan kiri perlahan-lahan melepaskan kad itu. Ini diikuti tangan kanan. Mimik muka si pelakunya kelihatan serius memberi tumpuan pada siri kad yang sudah terapung tanpa dipegang. Bagi ahli silap mata itu, Arif Muazzim Abdul Rahman atau Amar, muslihat yang dilakukannya itu tidak menggunakan kuasa tertentu. Menurutnya, silap mata adalah permainan helah, ilusinasi dan mentalisme. Bagi lelaki berusia 30 tahun itu, silap mata mengapungkan sesuatu objek mahupun diri sendiri sama sekali tidak memerlukan bantuan kuasa luar biasa. Amar yang berlatar kerjaya sebagai peguam itu memberitahu, sesiapa pun mampu membuat helah itu dengan mudah jika rajin berlatih. "Ia sebenarnya skil meyakinkan orang untuk berfikir dan percayakan sesuatu melalui ilusinasi. Itu sahaja," kata Amar yang turut dikenali sebagai penyanyi nasyid. Sementara itu, seorang lagi ahli silap mata, Mohd Hafidz Osman, 39, juga memberikan jawapan yang hampir sama, bagaikan melindungi kerahsiaan kerjaya menarik itu. "Silap mata tiada kaitan dengan sihir. Ia hanya ilusinasi, ibarat menonton filem dengan efek khas. Mata sering ditipu," katanya yang menjaja nama Hafizz The Wizzard. Hafidz yang ditemani adik iparnya, Mohd Yusni Hafis Younus, 27, yang juga berkongsi minat yang sama banyak menyimpan muslihat daun terup. "Semua ini hanya helah. Tiada apa yang boleh dibongkar kerana kami sendiri banyak belajar, berlatih berkali-kali dan memastikan ia benar-benar memberi impak ilusi sebelum dipersembahkan kepada khalayak. "Tentang bantuan kuasa luar biasa, saya tidak pasti!" Kata Hafidz apabila terus diasak mengenai penggunaan jin atau kuasa lain dalam sesebuah persembahan silap mata. Begitupun, dia akhirnya mengakui akan kemungkinan sesetengah ahli silap mata yang menggunakan bantuan dari dimensi lain tersebut. Namun, bantuan itu bukan untuk melakukan silap mata tetapi untuk memastikan persembahan dikawal. Sekadar cabang hiburan Khususnya di Malaysia, silap mata atau magik adalah salah satu bidang hiburan yang masih belum mendapat pengiktirafan sebagaimana bidang nyayian, tarian mahupun lakonan. Ia masih terikat dengan persepsi bahawa kemahiran tersebut berhubung kait dengan ilmu sihir atau kuasa luar biasa dan bukannya bakat.
|
BIARPUN bermula lewat, Hafidz sudah banyak menguasai kemahiran silap mata dalam tempoh kurang 12 tahun.
|
Mereka yang mampu membuat silap mata ibarat mempunyai kelebihan namun perwatakan yang ditonjolkan seseorang ahli silap mata turut menjadi penentu sama ada mereka senang didekati khalayak atau sebaliknya. Bagi Amar, seorang ahli silap mata yang kemas berpakaian sut tuksedo atau santai tanpa tali leher seperti dirinya lebih mudah didekati berbanding personaliti pelik, berunsur misteri atau lain-lain elemen negatif yang cuba dipapar oleh seseorang ahli silap mata. "Saya mahu orang memandang saya dengan rasa selesa. Mungkin itu sebab mereka kerap memilih saya untuk membuat persembahan dalam majlis kanak-kanak atau sekolah," terang Amar. Begitupun bagi Hafidz, pemakaian mengikut konsep Hafizz The Wizzard adalah salah satu pelaris persembahannya. "Jubah ini wajib dipakai semasa membuat persembahan. Namun, ada kalanya saya akan memakai pakaian kemas, mengikut permintaan. Saya bergerak dan membuat persembahan mengikut konsep dan ia diterima penonton," ujarnya. Hafidz dan Amar adalah antara ahli silap mata tempatan yang melihat dunia mereka sebagai satu bidang yang berpotensi besar dan mempunyai masa depan namun masih belum diterokai sepenuhnya di Malaysia. Minat dan impian "Saya terlibat dalam bidang ini semasa berusia 28 tahun dan dapat belajar dengan cepat, iaitu kurang daripada 12 tahun. "Awalnya saya hanya suka-suka mencuba helah. Semasa sedang bekerja dalam bidang produksi, saya berpeluang menemui seorang ahli silap mata yang membantu saya memperkenalkan kelab silap mata Magic Ring di Berjaya Times Square," kata Hafidz yang melanjutkan pengajian dalam bidang itu sehingga memperoleh diploma daripada Persatuan Ahli Silap Mata Antarabangsa pada tahun 2007. Menurut bapa kepada seorang anak berusia lapan bulan itu, keluarganya juga kebetulan meminati persembahan silap mata malah isterinya, Yusniza Mohd. Younus, 37, bertindak sebagai pengurusnya. Hafidz memulakan karier sebagai ahli silap mata jalanan dan jarak dekat sebelum dia menambah keyakinan untuk membuat persembahan pentas, iaitu kira-kira empat tahun yang lalu. "Pada bulan pertama saya membuat persembahan pentas, saya menerima bayaran sekitar RM4,000. Kini, pendapatan itu semakin meningkat sekali gus menggambarkan peluang cerah dalam bidang ini," katanya. Hafidz percaya, skil silap mata adalah satu bakat yang telah lama wujud dan dari semasa ke semasa ia dilaksanakan mengikut teori dan kaedah yang diperbaharui. BAGI Kyle, silap mata adalah seni yang bersifat misteri, berupaya menyelami minda seseorang dan mampu menghasilkan keajaiban melalui ilusi.
"Impian saya pada masa akan datang adalah untuk menghilangkan Tugu Negara, sama seperti pakar ilusi David Copperfield yang menghilangkan monumen Statue of Liberty. Saya hanya menunggu masa dan penajaan kerana ia memerlukan kos yang tinggi," ujarnya penuh berharap. Ingin jadi Copperfield Bagi Amar pula, penglibatan dalam dunia silap mata bermula sejak dia masih kecil iaitu sewaktu dia berusia lapan tahun. "Zaman itu, zaman populariti David Copperfield dan saya teringin untuk memiliki kuasa sepertinya," kata Amar. Tambahnya, dia belajar beberapa helah daripada bapa dan abangnya, di samping bertukar-tukar kemahiran dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Selain itu, dia turut didedahkan dengan buku, cakera padat video dan lain-lain bahan yang boleh membantu menambahkan muslihat silap matanya. Apabila ditanya mengenai ilusinasi yang mengapungkan sesuatu, Amar menjelaskan, ia sama ada menggunakan kuasa magnetik yang mungkin tidak dapat dilihat mata kasar atau dengan bantuan stooges, pembantu yang menyimpan rahsia bersama ahli silap mata. Kosmo! berkesempatan menemubual seorang ahli silap mata dari Singapura, Kharthik Ravindran atau nama pentasnya, Kyle Ravin. Baru berusia 22 tahun, Kyle tidak pernah menyesali memilih dunia helah dan ilusinasi magik sebagai kerjayanya. "Kita semua membina persekitaran melalui sesuatu yang diminati sejak kecil. Ada yang mengumpul setem, menyanyi, menangkap labah-labah dan lain-lain. Ia sesuatu yang semua kanak-kanak akan lakukan pada waktu kecil. "Saya pula sukakan silap mata sejak berusia 7 tahun. Ia bermula dengan membaca sebuah buku yang saya perolehi semasa di pameran sekolah. Keluarga dan kawan-kawan pula memberikan saya sokongan. Jadi saya teruskan," katanya pemegang Diploma Lanjutan Komunikasi Massa dari Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat itu. Tiada mentor
|
DAUN terup menjadi antara item wajib dalam persembahan ahli silap mata.
|
Mungkin kerana negara Asia Tenggara kurang dikenali sebagai rantau yang menghasilkan ramai ahli silap mata, Kyle tidak mempunyai mentor. Dia hanya mendapat peluang mengembangkan bakatnya tujuh tahun kemudian. "Silap mata ialah kemahiran dan seni secara sendirinya. Ia adalah bakat untuk menyampaikan silap mata dengan penuh sifat misteri, menyelami minda seseorang dan terus menghasilkan keajaiban," jelas Kyle. Kyle mengakui, silap mata bukan sahaja mengenai bakat. Ia juga mengenai keajaiban dan rahsia yang disampaikan dengan ilusi serta helah. "Ia adalah mengenai menghasilkan ilusi keajaiban. Minda hanya mendaftar dengan susunan ABCDEF tetapi silap mata ialah mengenai merangkaikan susunan itu menjadi ABCEFD!" Ujarnya. Bagi pasaran Singapura, Kyle memberitahu, ahli silap mata boleh memulakan persembahan dengan bayaran bermula S$200 (RM480) bagi 30 minit dan bertambah mengikut kepakaran, populariti dan permintaan. Ia satu trend yang biasa dilihat di mana-mana. "Saya ingin melakukan sesuatu yang lebih besar dan memenangi lebih banyak anugerah bertaraf antarabangsa. "Saya juga memasang impian untuk memiliki tempat yang lebih luas untuk orang ramai menyaksikan persembahan silap mata selain mengajar lebih ramai orang tentangnya," katanya yang kini menjalankan program televisyen, MagicNOW, yang berkongsi helah-helah mudah untuk penonton. Kyle, sama seperti Amar dan Hafidz, berkongsi satu keseronokan yang sama. Mereka akan berasa cukup puas apabila dapat melihat keceriaan pada wajah audiens yang menyaksikan persembahan mereka. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 25 Mar 2011 11:19 PM PDT Pemuda BN sedia biasiswa RM16.5 juta Posted: Pemuda BN sedia biasiswa RM16.5 jutaPemuda BN sedia biasiswa RM16.5 juta Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 25 Mac – Biasiswa Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BN) (YES) yang dilancarkan hari ini menerima sumbangan RM16.5 juta daripada 12 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, YES akan memberi peluang kepada lebih 200 pelajar cemerlang yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan dan kurang upaya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi pada tahun ini. Katanya, Pemuda BN akan menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai ahli akademik untuk menilai dan mempertimbangkan permohonan yang dibuka kepada semua pelajar di seluruh negara. "Mereka yang berminat boleh membuat permohonan itu secara dalam talian di laman web www.bnyes.com.my bermula minggu depan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya BN (BNYJF) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Dalam perkembangan lain, Khairy memberitahu, kira-kira 500,000 pencari kerja dijangka membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang berlangsungnya BNYJF selama tiga hari bermula hari ini. Ujarnya, BNYJF kali ini akan menawarkan 40,000 peluang pekerjaan daripada kira-kira 650 syarikat terdiri daripada syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat swasta dan agensi kerajaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Saham bumiputera boleh ditingkatkan semula - Awang Adek Posted: Saham bumiputera boleh ditingkatkan semula - Awang AdekSaham bumiputera boleh ditingkatkan semula - Awang Adek BACHOK 25 Mac - Pemilikan saham syarikat-syarikat bumiputera yang cuma tinggal RM2 bilion masih boleh ditingkatkan semula sekiranya pemegang saham kembali menjana ekonomi mereka. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pada masa sama, golongan bumiputera yang berkemampuan boleh menebus semula saham yang dijual, seterusnya menjana semula saham itu bagi mendapat keuntungan. Beliau berkata, pemilik saham juga perlu diberi pendidikan ekonomi supaya mereka boleh menjana keuntungan tanpa perlu mengharapkan sokongan dan bantuan kerajaan secara berterusan. "Peluang untuk menjana semula kedudukan saham bumiputera hanya boleh dilakukan menerusi usaha menebus semula saham yang dijual oleh pemilik terbabit dengan menggunakan sumber kewangan hasil perolehan jualan saham mereka sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Gunung dekat sini hari ini. Awang Adek diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang mendedahkan pemilikan saham syarikat bumiputera tinggal RM2 bilion iaitu penyusutan sebanyak RM52 bilion berbanding jumlah asal bernilai RM54 bilion. Perdana Menteri berkata, penyusupan nilai itu berlaku disebabkan sikap negatif masyarakat bumiputera sendiri yang tidak menghargai dan mengoptimum peluang diberi, sebaliknya lebih gemar terperangkap dalam soal hak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 25 Mar 2011 11:16 PM PDT Taktik baru guna nelayan seludup dadah Posted: Taktik baru guna nelayan seludup dadahTaktik baru guna nelayan seludup dadah KUALA LUMPUR 25 Mac - Setelah cubaan menyeludup dadah menggunakan gadis tempatan sebagai kurier sering gagal, sindiket dadah antarabangsa kini dikesan mengubah taktik dengan mengupah nelayan tradisional untuk membawa bahan larangan itu ke luar negara. Menurut sumber, taktik terbaru iaitu menyorok dadah dalam tong ikan bersama longgokan ais oleh nelayan itu terbongkar hasil kejayaan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia memberkas dua lelaki rakyatnya dan seorang lelaki warga Itali bersama 44 kilogram syabu dan 40,000 pil amphetamin bernilai lebih RM2 juta pada Sabtu lalu. Beliau berkata, siasatan ke atas suspek mendapati, dadah itu diseludup dari negara ini menggunakan khidmat bot-bot nelayan tradisional. "Dadah terbabit dipercayai dibawa oleh nelayan Malaysia sebelum diserahkan kepada nelayan di negara jiran berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sumber berkata, selain sukar dikesan kerana tidak perlu melalui pemeriksaan kastam dan imigresen, taktik baru digunakan ini juga dianggap menguntungkan sindiket disebabkan kos lebih murah. Menurutnya, dadah yang diseludup akan dibawa ke pelabuhan atau jeti nelayan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jangan ghairah kurus guna syabu Posted: Jangan ghairah kurus guna syabuJangan ghairah kurus guna syabu MARANG 25 Mac — Kebanyakan wanita di Terengganu yang menagih dadah jenis syabu menggunakan dadah jenis itu untuk menguruskan badan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Roslan Abdul Wahid. Roslan berkata, golongan wanita dikesan menggunakan dadah jenis syabu sebagai pil menguruskan badan paling cepat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan. "Ia bukan sahaja diambil oleh wanita yang berkerjaya malah pelbagai peringkat umur dikesan mengambil bahan larangan itu sebagai jalan mudah untuk menguruskan badan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-204 peringkat Terengganu hari ini. Roslan berkata, sebahagian daripada kira-kira 10,000 penagih dadah yang ditahan pada tahun lalu terdiri daripada golongan wanita. "Ada yang sanggup berbelanja RM1,000 untuk membeli satu gram syabu manakala bagi yang kurang berkemampuan, mereka menggunakan pil kuda berharga antara RM25 hingga RM30 sebiji," katanya. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 25 Mar 2011 07:46 PM PDT Beng Hock muram, resah Posted: Beng Hock muram, resahBeng Hock muram, resah Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 25 Mac - Teoh Beng Hock dilihat muram dan banyak mengeluh semasa percakapannya dirakam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 12 jam sebelum Setiausaha Politik Exco Selangor itu ditemui mati pada 16 Julai 2009. Penolong Penguasa Kanan SPRM Selangor, Mohd. Nazri Ibrahim yang bertanggungjawab merakam percakapan itu berkata, saksi bagi siasatan kes penyelewengan peruntukan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan itu dilihat resah serta menarik nafas panjang pada peringkat awal proses tersebut. ''Semasa dia datang dekat saya, saya nampak air mukanya agak muram dan serius. Saya tengok dia resah dan banyak mengeluh dengan menarik dan menghela nafas panjang semasa mula-mula duduk. ''Saya terfikir mungkin dia tertekan, sebab itu saya tanya sama ada boleh rakam percakapan dan dia kata boleh. Semasa percakapan sedang dirakam, saya juga ada bertanya sekiranya dia penat kita boleh berhenti. Dia kata teruskan, kita habiskan malam ini juga,'' jelas beliau. Menurut Mohd. Nazri, walaupun tidak terlibat dalam operasi tersebut, beliau tidak mahu bersikap lepas tangan dan mengambil tanggungjawab merakamkan percakapan Beng Hock apabila diarah oleh Ketua Unit Siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah untuk berbuat demikian. Selain dimaklumkan secara ringkas oleh Hairul Ilham, beliau juga diserahkan empat set dokumen berupa baucar, invois, dokumen tuntutan, borang A, borang B dan gambar oleh pegawai penyiasat kes tersebut, Mohd. Anuar Ismail untuk rakaman percakapan itu. Kata Mohd. Nazri, beliau tidak bertanya lanjut kerana sudah biasa merakam percakapan untuk kes tuntutan palsu dan terus memanggil Beng Hock di sofa ruang tamu Bahagian Pendidikan Masyarakat (Pen Mas) selepas menyemak dokumen-dokumen tersebut. ''Saya tidak tahu apa kaitan Beng Hok dengan syarikat dalam dokumen tersebut dan saya tidak bertanya Mohd. Anuar. Sebab itu saya tanya Beng Hock sendiri apa kaitannya. ''Semasa proses rakaman, Mohd. Anuar ada datang bertanya kami 'Ok ke tidak' . Beng Hock juga ada pergi ke tandas selepas itu. Pada penghujung, dia sudah kurang mengeluh, tetapi banyak menguap,'' katanya. Menjawab soalan pegawai pengendali, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Mohd. Nazri mengaku rakaman percakapan itu bukan 100 peratus kata-kata Beng Hock kerana beliau terpaksa membuat ayat lengkap berdasarkan jawapan ringkas dan ia diperbaiki serta dipersetujui oleh saksi sendiri. Beliau juga mengaku meninggikan suara kepada Beng Hock semasa bertanya mengapa dia tandatangan pada tempat yang tidak sepatutnya iaitu cop nama ketuanya, Ean Yong Hian Wah sedangkan perkataan 'bagi pihak' tidak ditulis pada bahagian tersebut. Sebagaimana saksi-saksi SPRM yang lain, Mohd. Nazri juga kerap ditegur dan diberi 'syarahan' oleh ahli-ahli Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock apabila beliau tidak dapat mengingati dengan jelas raut wajah serta keadaan Beng Hock pada masa-masa tertentu. Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Hian Wah itu ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini. Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung Isnin ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pemandu teksi dipenjara 9 tahun, 20 sebatan Posted: Pemandu teksi dipenjara 9 tahun, 20 sebatanPemandu teksi dipenjara 9 tahun, 20 sebatan SHAH ALAM 25 Mac - Seorang pemandu teksi dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan 20 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki ganja seberat 524.6 gram, tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memerintahkan Hellmi Yahya, 32, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 23 Mac tahun lepas. Hellmi dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan 10 kali atas tuduhan memiliki ganja seberat 191.6 gram di Jalan Sungai Buaya, Sungai Jarom, Kuala Langat dekat sini, kira-kira pukul 8 malam, 23 Mac tahun lalu. Dadah itu ditemui di dalam teksi milik tertuduh iaitu di atas alas kaki bahagian hadapan tempat duduk pemandu. Tertuduh juga dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan 10 kali atas satu lagi tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 333 gram di E4-11, Apartmen Seri Trompet, Lingkaran Sri Kembangan, Seksyen BB7, Bukit Beruntong dekat sini, kira-kira pukul 12.15 tengah malam keesokan harinya. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Hellmi didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan. Mahkamah memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan secara serentak. Hellmi sebelum ini mengaku tidak bersalah mengedar ganja seberat 333 gram mengikut Seksyen 39B(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Tertuduh bagaimanapun menukar pengakuannya selepas pertuduhan pilihan ditawarkan kepadanya. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zainal Azwar Kamaruddin sementara Hellmi diwakili peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 25 Mar 2011 07:34 PM PDT Terima surat penghargaan Posted: Terima surat penghargaanTerima surat penghargaan Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM utusanpahang@utusan.com.my
|
Fatimah Ghazali menyampaikan sijil penghargaan kepada orang awam sempena sambutan Hari Polis Ke-204 di IPK, Kuantan, semalam.
|
KUANTAN 25 Mac – Lebih 30 anggota polis dan orang awam menerima surat penghargaan sempena sambutan Hari Polis Ke-204 peringkat negeri di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini. Sambutan yang bermula pukul 8 pagi itu menyaksikan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di hadapan warga PDRM negeri. Turut hadir, Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Riduan Hashim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran. Pada sambutan sama, pelbagai acara diadakan termasuk perbarisan, penyampaian sijil penghargaan kepada orang awam yang membantu polis dan pemakaian lencana pangkat kepada anggota. Sementara itu, seorang peniaga dari Brinchang, Cameron Highlands, Abdul Nasser Abdul Azim, 40, yang menerima surat penghargaan berkata, dia sangat teruja dengan pengiktirafan yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia. Menurutnya, penghargaan itu diperoleh selepas dia bersama beberapa penduduk menyelamatkan seorang pelajar warga Korea yang sesat di Gunung Irau, Cameron Highlands pada 22 Mac lalu. "Selepas mendapat berita kehilangan pelajar itu kira-kira pukul 8 malam, saya dan beberapa penduduk bergegas masuk ke hutan. "Setelah mendaki kira-kira empat jam, pasukan kami memulakan operasi mengesan dan mencari pelajar itu dan kira-kira pukul 4.45 pagi, mangsa ditemui di tengah-tengah hutan sambil duduk kepenatan," katanya. Seorang lagi penerima, Abd. Rahman Abd. Hamid, 48, memberitahu, dia turut terlibat dalam operasi mencari pelajar terbabit. "Apa yang dibimbangkan ialah binatang buas seperti harimau atau singa, waktu itu pula malam dan cuaca sangat gelap. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ibu, anak dakwa hilang wang dalam akaun bank Posted: Ibu, anak dakwa hilang wang dalam akaun bankIbu, anak dakwa hilang wang dalam akaun bank TEMERLOH 25 Mac - Seorang ibu dan anak lelakinya mendakwa kerugian kira-kira RM6,101.41 apabila duit simpanan mereka dalam tiga bank lesap tanpa diketahui punca pengeluaran wang simpanan itu, baru-baru ini. Natrah Aziz, 43, mendakwa, dalam kejadian pada 6 Mac lalu, dia mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM200 di sebuah bank di bandar ini dengan baki sebanyak RM1,451.41. Bagaimanapun, katanya, pada 14 Mac lalu, dia sekali lagi mahu mengeluarkan wang simpanannya tetapi terkejut apabila melihat baki di dalam akaunnya hanya RM150. "Saya terus bertanya kepada pihak bank ke mana perginya wang simpanan saya sedangkan selepas 6 Mac lalu saya tidak mengeluarkan wang. ''Saya begitu terkejut dan meminta pihak bank itu menunjukkan tarikh transaksi duit itu berlaku. Saya masih simpan resit lama dan menunjukkan baki sebenar yang sepatutnya ada dalam akaun saya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Desa Murni, Kerdau, dekat sini, semalam. Natrah memberitahu, daripada penyata dan siasatan yang dilakukan pihak bank, menunjukkan terdapat ada bank lain yang mengambil wang daripada akaunnya. ''Saya tiada hutang dengan bank lain atau hutang kad kredit. Saya begitu kesal dengan perkara ini hingga menyebabkan kepercayaan saya pada pihak bank semakin pudar," katanya. Nasib sama juga menimpa anak lelakinya, Fakhrul Razi Ahmad Khairi, 21, yang kehilangan wang simpanan sebanyak RM4,800 walaupun baru sehari membuka akaun di salah sebuah bank di bandar ini baru-baru ini. Fakhrul Razi mendakwa, dia amat kecewa dengan pengurusan bank terbabit kerana keselamatan wangnya tidak lagi terjamin. ''Apabila saya bertanya kepada pihak bank mengenai kejadian itu, mereka menjawab saya sengaja menayangkan nombor pin kepada orang lain. "Dalam hal ini saya minta pihak bank memberi perhatian serius mengenai kejadian kehilangan wang simpanan secara tersembunyi seperti ini. Mungkin ada orang lain yang senasib dengan saya dan ibu saya," katanya. Berikutan kejadian itu, tambahnya, dia dan ibunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Judi Internet: 197 komputer dirampas Posted: Judi Internet: 197 komputer dirampasJudi Internet: 197 komputer dirampas KUANTAN 25 Mac - Polis menahan seramai 88 lelaki dan merampas 197 buah komputer riba bernilai RM500,000 dalam 24 serbuan dalam usaha menggempur kegiatan judi Internet di sekitar bandar ini sejak awal tahun sehingga kelmarin. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, hasilnya, kesemua 88 individu itu yang berusia antara lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan, melibatkan pelanggan dan penjaga premis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam. Menurutnya, keseluruhan nilai rampasan sejak 2010 hingga semalam ialah kira-kira RM3 juta termasuk sebanyak 1,000 unit komputer. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Malaysiakini :: Berita Posted: 25 Mar 2011 07:09 PM PDT Ceramah Anwar diganggu FRU, tiga ditahan Posted: 25 Mar 2011 12:24 PM PDT Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam tadi. Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan. Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR. Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan. Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan. Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan. Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ. Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang. Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku. Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya. [Baca berita penuh] Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Video seks: Umno tak terlibat, kata Najib Posted: 25 Mar 2011 11:13 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan bahawa Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks yang yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang. "Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara. "...sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya, jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya. Najib yang juga presiden Umno berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan. Mengenai desakan pihak tertentu agar suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video tersebut, Najib berkata perkara itu terpulang kepada kerajaan. Beliau berkata polis perlu membuat siasatan rapi dan profesional bagi menentukan ketulenan video itu agar rakyat yakin dengan laporan hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada kerajaan nanti. "Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka," katanya. Ketika ditanya mengenai persepsi yang mengatakan bahawa polis tidak adil dalam menjalankan siasatan, Najib berkata polis perlu bertindak secara profesional dan menggunakan khidmat pakar bagi menyiasat sama ada video itu diubah secara teknikal atau tidak. "Kalau ada perbuatan untuk mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak 'ubahsuai' video ini ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya. Semalam bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis. Dalam pada itu Najib berkata mesyuarat pada malam ini juga berbincang mengenai jumlah keahlian terkini Umno yang mencapai 3,233,586 orang. Mengenai hukuman penggantungan yang dikenakan kepada ADUN Usukan di Sabah, Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu. "Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada Umno dengan hak sepenuhnya sebagai anggota," katanya. Selain itu, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulangtahun ke-65 Umno pada 11 Mei ini. "Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Solat Isyak seterusnya Umno akan mengadakan satu majlis makan malam serta upacara menaikkan bendera," katanya.
- Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 25 Mar 2011 03:17 PM PDT Cabaran BN di Sarawak Posted: Cabaran BN di SarawakCabaran BN di Sarawak Oleh PEKAN RAMLI PENULIS ialah Pensyarah (Komunikasi) Universiti Teknologi Mara (UiTM). NAMPAKNYA tidak putus-putus negara terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi menghadapi beberapa pilihan raya. Setakat ini sudah 15 pilihan raya kecil diadakan. Sedangkan perjalanan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 masih lagi jauh. Kalau kerajaan bercadang membubarkannya lebih awal sekalipun, realitinya hasrat itu bakal terbantut. Ini kerana kerajaan pakatan pembangkang di beberapa negeri yang kelihatannya masih belum puas memerintah hampir pasti tidak akan mengikut jejak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Apa pun suasana di Sarawak kini sudah jelas. Dewan Undangan Negeri sudah dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sudah memperkemaskan operasinya. Kira-kira RM50 juta telah diperuntukkan bagi menguruskan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-10. Apakah 67 kerusi DUN yang dimenangi oleh Barisan Nasional pada 2006 mampu dikekalkan? Atau jumlah kerusi yang menang semakin bertambah? Paling merisaukan sekiranya ia semakin mengurang. Lebih menakutkan dan pasti menjadi igauan buruk ialah kalau Sarawak terlepas ke tangan pembangkang. Di Sarawak, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) sebenarnya rapat dengan masyarakat. Pemimpin tertinggi negara dan negeri kerap mudik ke hulu untuk bersama rakyat di pedalaman. Namun jangan pula lupa kepada mereka di hilir dan di muara. Mereka di hulu diakui sememangnya masih dahagakan kemajuan dan pembangunan. Namun di hilir dan di muara Sarawak, plot ceritanya mudah benar berubah atau diubah. Bagaikan seiring dengan pasang surutnya air. Segala kemajuan dan pembangunan kini sudah mereka rasai. Mereka sudah terlalu matang untuk menyisihkan segala rupa bentuk aliran yang mengalir ke daerah mereka. Baik yang secara semula jadinya datang dari hulu atau dari mana-mana daratan mahupun yang dihanyutkan hujan atau diterbangkan angin, atau datangnya sememang dijemput manakala pulangnya tidak pernah diusir. Hakikatnya mereka di hilir dan di muara bukan lagi 'survival' untuk hidup tetapi mereka ingin terus hidup untuk 'survival'. Soal siapakah yang menerajui kerajaan negeri bukan lagi persoalan penting buat mereka di hilir dan muara. Tetapi yang penting siapakah yang boleh menjanjikan kegembiraan buat mereka. Kalimat 'mengenang jasa' bagi mereka di hilir dan muara sudah tidak wujud lagi. Yang ada cuma kalimat 'orang memberi, kita merasa' tanpa perlu membalasnya. Gambaran akan petanda kurang baik ini sudah diberikan rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006. Begitu juga beberapa keputusan di beberapa buah kawasan Parlimen sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Kebetulan saya sebenarnya amat mengikuti senario politik negeri Sarawak kerana terbabit bertugas pada dua pilihan raya umum dan satu pilihan raya negeri. Pengalaman ini cukup menginsafkan betapa sukarnya untuk mentadbir sebuah negeri sebesar Sarawak. Saya pernah ke beberapa rumah panjang yang mengambil masa beberapa jam menaiki kenderaan kemudian beberapa jam lagi menaiki 'bot panjang' dan beberapa jam lagi terpaksa berjalan kaki merentasi hutan rimba kerana air sungai ke hulu yang cetek dan setelah seharian perjalanan baru sampai ke rumah panjang terbabit. Bayangkan pula bagaimana anak-anak rumah panjang ke pra-sekolah yang terpaksa berjalan kaki hampir dua jam pergi dan balik. Ibu-ibunya pula turut sama-sama berjalan kaki menghantar anak mereka untuk menimba ilmu. Bangun tidur pukul 5 pagi dan selepas menghantar anak langsung pulang semula ke rumah panjang. Pada sebelah tengah harinya pula kembali berjalan kaki untuk menjemput anak-anak mereka pulang dari sekolah. Soalnya bukan kerana perancangan untuk memperbaiki taraf hidup mereka di pedalaman khususnya rumah panjang ini tidak dilakukan oleh kerajaan, tetapi ia tidak dapat dilakukan secara mendadak dan memerlukan perancangan strategik membabitkan pelbagai faktor lain yang lebih mendesak. Apa pun itu bukan isu utama yang boleh menjadi titik-tolak yang boleh merubah keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak. Pemerhatian di beberapa kawasan pedalaman Sarawak membuktikan hanya pemimpin-pemimpin kerajaan dan agensi-agensinya sahaja yang mampu sampai ke kawasan itu dan berbakti serta berbudi kepada masyarakatnya. Sebab itu hingga saat ini, BN kekal utuh di hati mereka masyarakat luar bandar. Namun beberapa isu ditimbulkan di Sarawak menjelang pilihan raya negeri kali ini boleh memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada BN jika tidak ditangani dengan baik. Antaranya soal pemimpin yang sudah terlalu lama, bersifat kronisme dan masalah parti-parti komponen BN Sarawak seperti SUPP, PRS dan SPDP. Isu-isu ini perlu diberi perhatian berbanding isu kenaikan harga minyak, isu tanah dan lain-lain yang seringkali dimanipulasi parti pembangkang. Ini kerana isu-isu sejagat itu mampu ditangani oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan. Tetapi isu kepimpinan boleh diibaratkan api dalam sekam. Sukar dilihat, tidak disedari, diam-diam ia boleh membakar dan meleburkan segala impian. Hakikat ini sememangnya disedari kepimpinan tertinggi Barisan Nasional dan juga Ketua Menteri Sarawak. Pengumuman Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau akan berundur selepas pilihan raya negeri kali ini selepas 30 tahun memerintah dilihat satu langkah paling tepat dan bijak. Siapa pengganti beliau? Persoalan ini tidak perlu dirisaukan oleh rakyat Sarawak kerana Abdul Taib sudah pasti telah mengenal pasti calon yang layak. Yang penting Langkah Abdul Taib itu perlu diikuti oleh pemimpin-pemimpin BN negeri yang lain terutama yang berada dalam kategori 3R - tidak lagi relevan, referred dan respected. Ini antara perkara yang perlu dilihat bagi memastikan kemenangan mutlak memihak kepada BN. Beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini seperti di Galas Kelantan; Tenang di Johor; Merlimau, Melaka dan Kerdau di Pahang telah menunjukkan aspek positif kepada BN. Namun kejayaan itu bukan petunjuk bahawa BN akan menang mudah di Sarawak. Pada pilihan raya kecil segala kekuatan BN tertumpu ke sana. Tetapi senario pada pilihan raya negeri Sarawak ini sudah tentu berlainan dan memerlukan pendekatan berbeza. Lagi pula, isu-isu tempatan di Sarawak seperti hal berkaitan tanah adat memerlukan pendekatan berbeza untuk diselesaikan. Sebab itu pendekatan kempennya juga perlu berbeza dan perlu peka dengan keperluan sensitiviti penduduknya. Ini merupakan cabaran yang perlu diharungi BN dalam memastikan kejayaan lebih besar pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Urus sebuah yayasan pun tak pandai! Posted: Urus sebuah yayasan pun tak pandai!Urus sebuah yayasan pun tak pandai! Oleh AZIM AZMAN YAYASAN Selangor mengalami kerugian hampir RM7.41 juta sehingga November 2010. Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman dipecat apabila diberi notis 24 jam pada mesyuarat khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor pada 17 Februari lalu. Walaupun demikian Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki masih diberi kepercayaan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Walhal laporan audit pada 18 Mac lalu turut mencadangkan supaya Pengurus Besar Yayasan Selangor sekarang ditamatkan kontrak perkhidmatannya kerana kerugian berlaku semasa di bawah pimpinannya . Kerajaan PKR negeri mencanangkan slogan "Merakyatkan Ekonomi Selangor" tetapi satu demi satu masalah melanda negeri maju ini. Malah sebuah yayasan juga turut mengalami kerugian. Apabila kepincangan pengurusan Yayasan Selangor ini ditanya kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar, dengan mudah beliau menyatakan pihak yang sepatutnya meletakkan jawatan ialah Menteri Besar Selangor. "Sebab yang pertama, Menteri Besar ialah Pengerusi Lembaga Pengarah yayasan itu. Bila dia memerintah, dia sudah masukkan unsur politik. "Mana-mana orang UMNO termasuk Pengurus Besar yang lalu, dan pihak yang dilihat menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan ditukar atau diberhentikan. Itu hak dia," kata Noh. Tetapi yang dipertikaikan Noh ialah cara pemilihan Pengurus Besar Yayasan Selangor. Menteri Besar ingin menunjuk dia telus, dan mengikut peraturan untuk melantik pengurus besar di mana dia tubuh panel temu duga yang turut dianggotai Exco kerajaan negeri, Dr. Halimah Ali. Pada mula panel ini telus dengan menyenarai 41 calon untuk ditemu duga. Selepas ditapis tinggal 8 calon. Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu lagi, dalam senarai calon itu nama Ilham antara yang terpilih untuk ditemu duga. Bagaimanapun panel temu duga telah mencalonkan nama orang lain sebagai Pengurus Besar dan ada nama calon simpanan. "Jika Menteri Besar telus, dia kena menghormati pemilihan panel temu duga. Mengapa Khalid tidak melantik calon yang sudah ditemu duga dan dipilih oleh jawatankuasa itu? "Tetapi sebaliknya MB menukar keputusan yang dibuat dengan melantik Ilham sebagai Pengurus Besar. Di mana ketelusannya? Dia melantik kroni sedangkan dahulu dia menuduh BN mengamalkan kronisme tetapi sekarang siapa yang terang-terang melakukan salah guna kuasa itu? Kedua-dua Pengurus dan Timbalan Pengurus ialah kroni Menteri Besar," kata beliau. Sebagai Pengerusi Yayasan Selangor, Khalid lebih percaya kepada kroninya. Sebab itu berlaku tadbir urus yang tidak ikut peraturan. Dan mengurus perbelanjaan seperti wang sendiri. Badan yang ditubuh untuk menjaga kebajikan pendidikan anak negeri itu mengalami kerugian akibat perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah. Pengurusan tidak berhemah, antara lain kos sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu mencecah hampir RM1 juta, dengan syarikat pengurus sambutan itu dibayar upahnya walaupun aktiviti belum dilaksanakan. Dahulu Noh sudah mendedahkan bahawa perbelanjaan untuk menyambut ulang tahun Yayasan Selangor itu ialah hampir RM800,000 bukan RM300,000. "Pada ketika itu Menteri Besar cabar saya, dan beliau nafikan. Tetapi kini apabila laporan audit didedahkan ternyata dakwaan saya adalah benar. "Terdapat pula pihak Pejabat Menteri Besar mendakwa berlaku kesilapan kerana perkara itu berlaku semasa pentadbiran BN," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu. Tetapi bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor mendedahkan bahawa semasa diserahkan kepada pengurusan baru pada 2008, dalam akaun badan itu ada RM80 juta. Bagaimana dalam tempoh tiga tahun berlaku defisit. Hasil laporan audit itu turut mengesan banyak perbelanjaan yang tidak mengikut prosedur dan tanpa perancangan sehingga Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta. Antaranya salah laku pemberian elaun-elaun yang tidak patut dibayar kepada Ahli Mesyuarat. Malah antara tindakan yang menunjukkan tadbir urus korporat yang tidak baik pula ialah seramai 18 warga kerja berhenti kerja dan 50 lagi ditukar antara Mac hingga November 2010. Jika Menteri Besar mengikut keputusan panel temu duga dahulu mungkin perkara kerugian ini tidak berlaku. Jadi penubuhan panel temu duga itu hanya semata-mata untuk 'main wayang' sahaja. Lebih baik Menteri Besar guna kuasanya sahaja untuk melantik kroni. Tertanya-tanya apa tujuan dan kenapa Khalid tubuh panel temu duga itu? "Hakikatnya, kalau kerajaan PKR Selangor hendak mengurus sebuah yayasan pun tak pandai bagaimana pula mentadbir sebuah negeri?" kata Noh. Sebab itu dapat dilihat di Selangor tidak nampak apa-apa pembangunan dilaksanakan kerajaan campuran pembangkang. Sebaliknya mereka senang-senang hendak menyalahkan Kerajaan Persekutuan pula kononnya tidak memberi peruntukan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 25 Mar 2011 01:17 PM PDT Tunggu pakar sahkan aktor seks Posted: Tunggu pakar sahkan aktor seks Tunggu pakar sahkan aktor seks Pasukan khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melakukan siasatan berhubung rakaman video seks ekoran Anwar membuat laporan polis menafikan lelaki dalam video itu melibatkan dirinya. Gambar atas Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur yang turut terlibat dalam penyiasatan tersebut.
KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang. Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T. Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar. "Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka). "Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan)," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam. Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu. "Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu. Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tidak tahu serbuk kopi bercampur gelatin babi Posted: Tidak tahu serbuk kopi bercampur gelatin babiTidak tahu serbuk kopi bercampur gelatin babi Oleh RADIAH SAORI dan NASRI JAMALUDDIN berita@kosmo.com.my JOHOR BAHRU - "Kami tidak tahu apa-apa. Kami tidak dapat sebarang surat atau maklumat daripada Jabatan Kesihatan atau Jabatan Agama Johor (JAJ)." Demikian tegas seorang pengusaha kopitiam terkenal di sebuah daerah di Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong apabila diajukan soalan mengenai laporan bahawa premisnya dikatakan menghidangkan kopi bercampur gelatin babi. Menurutnya, dia telah menerima banyak khabar angin termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet mengenai isu tersebut sejak beberapa hari lalu. Sehubungan itu, Ah Chong memberitahu, dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kluang pada Rabu lalu mengenai penyebaran perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan nama baik perniagaannya. "Hari ini (semalam) kakitangan Jabatan Kesihatan dari Johor Bahru telah datang ke premis kami dan beberapa kedai lain untuk mengambil sampel baru," katanya ketika dihubungi semalam. Menurut Ah Chong, keputusan ujian sampel tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya sebelum keputusan dikeluarkan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Penganggur 'kaya' tertangkap Posted: Penganggur 'kaya' tertangkapPenganggur 'kaya' tertangkap Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF megat@kosmo.com.my
|
MOHAMAD (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang penganggur di Klang semalam.
|
KLANG – Kegiatan licik seorang lelaki yang disyaki pengedar pelbagai jenis dadah di sekitar daerah Klang berakhir apabila dia ditahan di rumah sewanya di Taman Juara di sini Rabu lalu. Penganggur berusia 33 tahun itu diberkas pada pukul 6.30 pagi bersama dadah jenis heroin seberat 915 gram, syabu (629 gram), ketamin (249 gram) dan pil eramin sebanyak 1,000 biji. Kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai RM160,000. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ketika serbuan dilakukan ke atas rumah teres setingkat itu, suspek yang berada di luar rumah tidak sempat melarikan diri. Menurut beliau, lelaki terbabit kemudian dibawa masuk ke dalam premis tersebut untuk menunjukkan lokasi dadah yang disorok. "Pihak kami menemui dadah disorok di dalam sebuah bilik di belakang rumah dan ada beberapa bungkus dadah seberat dua gram setiap satu disimpan dalam kotak biskut bagi mengelakkan daripada dikesan," katanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 25 Mar 2011 11:24 AM PDT RM6 juta senggara kenderaan Posted: RM6 juta senggara kenderaanRM6 juta senggara kenderaan Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 25 Mac - Selepas dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta, tindakan Yayasan Selangor membelanjakan RM6 juta hanya untuk menyelenggara sembilan buah bas dan enam kereta miliknya bagi tempoh 11 bulan menimbulkan tanda tanya. Menurut blog Selangor Daily.Com, perbelanjaan itu bagi tujuan menukar alat ganti, menyelenggara dan membaiki kenderaan milik organisasi itu bermula Januari hingga November tahun lalu. Kata blog itu, melalui laporan audit dalaman yang dilakukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini dan disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, didapati pada November sahaja, sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan oleh yayasan itu untuk tujuan tersebut. "Adalah sangat-sangat tidak logik RM6 juta dibelanja untuk tujuan itu. Lebih baik jual semua kenderaan lama dan kemudian beli kenderaan baru jika sebanyak itu perlu dibelanja untuk membaiki kenderaan sedia ada," kata blog tersebut. Sementara itu, penulis blog Ruangbicarafaisal pula mendedahkan, Yayasan Selangor secara puratanya membelanjakan sekurang-kurang RM36,000 sebulan bagi menyelenggara sebuah kenderaan miliknya. Justeru dia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat perkara itu dengan serius dan mengambil tindakan terhadap penyelewengan yang berlaku di dalam Yayasan Selangor. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Polis serbu rumah teres stor dadah Posted: Polis serbu rumah teres stor dadah Polis serbu rumah teres stor dadah
|
Mohamad Md. Yusof (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang, semalam.
|
KLANG 25 Mac - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM160,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres yang dijadikan stor dan tempat pembungkusan dadah di Taman Juara di sini awal pagi kelmarin. Dadah yang dirampas ialah heroin seberat 0.92 kilogram, syabu (0.63 kilogram) ketamin (0.25 kilogram) dan 1,000 biji pil Eramin 5. Dalam serbuan pukul 6.30 pagi, seorang lelaki berusia 33 tahun yang menginap di rumah tersebut dan dipercayai pengedar dadah turut diberkas. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan pihak polis yang memantau kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lalu. "Sebelum serbuan, polis telah menahan suspek di kawasan rumahnya dan menemui sejumlah dadah jenis syabu bersamanya. "Sepasukan polis kemudian memeriksa rumah tersebut dan menemui pelbagai jenis dadah yang disorokkan dalam sebuah bilik di rumah tersebut," katanya kepada pemberita hari ini. Menurut Mohamad, siasatan awal percaya suspek telah beberapa bulan menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar daerah ini. Beliau berkata, suspek yang didapati positif dadah kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga 31 Mac depan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Perhimpunan aman desak Pengurus Besar Yayasan Selangor dipecat Posted: Perhimpunan aman desak Pengurus Besar Yayasan Selangor dipecatPerhimpunan aman desak Pengurus Besar Yayasan Selangor dipecat SABAK BERNAM 25 Mac - Hampir 100 penduduk kawasan Sungai Besar di sini mengadakan perhimpunan aman di pekarangan Masjid Parit 4, Sungai Haji Dorani bagi mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS). Perhimpunan itu disertai oleh anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar, 12 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka menganggap tindakan itu perlu kerana Ilham dikatakan punca kepincangan kewangan YS ekoran defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November tahun lalu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi yang mengetuai perhimpunan itu berkata, pihaknya telah muak dengan pentadbiran kerajaan PKR Selangor yang dilihat seolah-olah 'menutup mata' terhadap penyalahgunaan kewangan dan urus tadbir yayasan itu. "Yayasan Selangor merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab membantu pendidikan golongan miskin di negeri ini. Apakah kerajaan negeri mahu merosakkan institusi yang telah banyak berjasa kepada rakyat Selangor sejak ditubuhkan pada 1970. "Apakah mungkin kerana politik atau kroni, pimpinan negeri terus membiarkan amalan salah tadbir urus berlaku dalam Yayasan Selangor dengan terus mengekalkan Ilham sebagai Pengurus Besar sedangkan beliau gagal menguruskan yayasan dengan baik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan keputusan mengekalkan Ilham sebagai Pengurus Besar YS meskipun menerima pelbagai desakan agar beliau ditamatkan kontrak Ekoran itu, ia seolah-olah dilihat mengetepikan laporan audit dalaman terhadap YS yang dikeluarkan pada 18 Mac lalu yang turut mengesyorkan agar Pengurus Besarnya ditamatkan kontrak perkhidmatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: MukaDepan Posted: 25 Mar 2011 09:42 AM PDT Frasa rasis gugur Posted: 24 Mar 2011 03:22 PM PDT MukaDepan Penulis setuju diganti 'golongan yang sama'KUALA LUMPUR: Kontroversi mengenai novel Interlok selesai apabila frasa sensitif bagi kaum India dalam novel yang dijadikan teks komponen sastera (Komsas) Bahasa Malaysia Tingkatan 5 itu diganti dengan frasa 'golongan yang sama.' Kata sepakat itu dicapai oleh Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok dan cadangan menyunting frasa berkenaan dari novel itu dipersetujui oleh penulisnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, selaku pemegang hak cipta. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu menyelesaikan isu pokok berhubung penggunaan perkataan yang merujuk kasta kaum India yang didakwa bersifat rasis dan menyinggung perasaan mereka sehingga menimbulkan bantahan beberapa kumpulan sejak itu dibangkitkan pada Disember tahun lalu. Katanya, dalam mesyuaratnya kelmarin, panel berkenaan juga mengenal pasti hanya 19 perkara daripada 106 cadangan pindaan dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India di negara ini. Beliau juga berkata, semua cadangan pindaan yang dikemukakan kepada kerajaan oleh wakil masyarakat India dalam panel berkenaan tiada kaitan dengan isu pokok tetapi meliputi perkara mengenai fakta, bahasa dan tatabahasa, termasuk koma, noktah dan tanda soal. "Ini bermakna 87 perkara lagi tidak berkaitan dengan isu pokok. Ini termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel, ejaan `tali' dipinda kepada `taali', `papa' ditukarkan `appa', dan `cawat' diganti `dhoti'. "Justeru, semua ahli panel, termasuk wakil masyarakat India, bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit membuat suntingan wajar kepada novel itu dalam cetakan akan datang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam. Muhyiddin berkata, panel bebas yang dipengerusikan Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, sudah bersidang empat kali dan mengadakan dua pertemuan dengan beliau. Mengenai 19 perkara dalam Interlok yang boleh dianggap sensitif, beliau berkata, tiga daripadanya adalah berkaitan penggunaan perkataan kasta yang kini selesai selepas penulis bersetuju menggugurkannya. Tiga perkara lagi berkaitan fakta lembu sebagai binatang suci Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga selesai selepas panel dengan persetujuan wakil masyarakat India, memutuskan ia tidak menyentuh sensitiviti kaum itu. "Daripada 13 perkara berbaki, tujuh sudah dapat diselesaikan apabila panel bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan errata (senarai kesalahan dan pembetulan) dalam novel itu bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan serta keagamaan masyarakat India. "Enam perkara lain juga dapat diselesaikan kerana penulis bersetuju meminda perkataan `tuhan' kepada `dewa' dan menggugurkan frasa `orang berkulit hitam'," katanya. Selain itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan menyediakan satu glosari untuk memperjelas beberapa frasa serta konsep dalam Interlok bagi memudahkan pelajar memahami teks dan konteks novel berkenaan. Katanya, penyelesaian secara baik isu Interlok, terutama kesediaan penulisnya membuat pindaan menunjukkan tiada isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan semangat musyawarah, muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima. Berikutan itu, beliau mengingatkan pihak yang ada kepentingan politik sempit jangan sesekali cuba menangguk di air yang keruh atau mengeksploitasi isu itu untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan mencetuskan porak-peranda di negara ini. "Ini adalah perbuatan sia-sia yang pasti akan ditolak oleh rakyat. Saya yakin majoriti rakyat adalah rasional dan akan menerima keputusan yang adil dan munasabah," katanya sambil menyifatkan keputusan penulis membantu kerajaan menyelesaikan kontroversi Interlok adalah sumbangan amat besar kepada negara. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Rahim, Shazryl serah video seks kepada polis Posted: 24 Mar 2011 03:19 PM PDT MukaDepan KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, semalam tampil ke Bukit Aman menyerahkan rakaman video seks lelaki yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita muda warga asing. Turut diserahkan jam tangan yang dikatakan milik Ketua Pembangkang yang didakwa ditemui dalam bilik perlakuan itu dirakamkan. Mereka tiba di Bukit Aman kira-kira jam 5 petang secara berasingan sebelum Abdul Rahim dilihat keluar jam 10 malam selepas polis selesai mengambil keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan. Difahamkan, seorang lagi kumpulan Datuk T yang membawa maksud Trio, iaitu Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dikatakan akan memberi keterangan pagi esok (hari ini) di Bukit Aman. Rahim ketika ditemui berkata, beliau sudah memberi keterangan penuh selama lima jam kepada polis serta menyerahkan semua bahan bukti dan berharap ia mampu membantu mempercepatkan siasatan polis. "Apa yang penting, seluruh masyarakat akan tahu perkara sebenar siapakah aktor dalam video seks berkenaan. Segala bahan bukti termasuk rakaman video dan jam tangan milik Anwar sudah diserahkan dan tidak perlulah saya menceritakan dengan terperinci kerana boleh mengganggu siasatan polis," katanya. Rahim juga berharap bahan bukti yang diserahkan itu disiasat secara forensik bagi memastikan video berkenaan betul atau sebaliknya. "Walaupun ada pihak menafikan bahan bukti yang diserahkan bukan miliknya, namun saya yakin dengan kepakaran yang ada, ia mampu membuktikan kebenaran. Jangan terlalu banyak menafikan sesuatu perkara, sebaliknya perlu akur dengan kedaulatan," katanya yang enggan mengulas lokasi sebenar video itu dirakam. Beliau turut dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kenyataan yang diberikan itu sudah mencukupi, namun bersedia jika dipanggil lagi selepas ini. Isnin lalu, satu kumpulan diketuai Datuk T menayangkan rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media di Carcosa Sri Negara, di sini. Beberapa jam selepas ditayangkan, Anwar pada satu sidang media di ibu pejabat PKR menafikan lelaki yang dirakamkan dalam adegan seks itu adalah beliau. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen dato Imran Setiap perbuatan mesti ada balasan.akan tetapi kenapa seseorang pemimpin dikaitan dengan pelbagai karenah bangsa sendiri..bagi menegakkan keadilan dalam perundangan ISLAM gunakan sepenuhnya.jangan rekacipta setiap perbuatan orang tetapi perbuatan sendiri mungkin lebih hina lagi... Gill apa yang sudah jadi dengan kita??????? ABDUL RAZAK RAKYAT TIDAK AKAN MUDAH PERCAYA KEPADA SSEORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN SECARA BERTUBI TUBI SETELAH PENGALAMAN YANG LALU ,JANGAN JADIKAN POLITIK LUCAH,TUKARKAN KERAJAAN LEBIH BAIK.TQ keris melayu lapuran dah dibuat,bahan bukti dah ada,tunggu siasatan Suntik Tuin Pendedahan seperti ini jika untuk keadilan dan intergreti negara dan individu sepatutnya dibuat secara berhemah dan bermaruah dan bukannya disebarkan seperti ini. Imej negara kita sudah negara Islam sudah cukup tercemar di pwersada dunia dengan skandal seks melibatkan orang Islam seperti ini. Berapa banyak rakaman seperti ini dan kes seperti ini berlaku dinegara kita, kenapa kes ini dihebahkan gah seperti ini....? Avenger Osiris Tggu dah lihat... =D Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan