Khamis, 16 Jun 2011

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Kemalangan: Kemalangan <b>di Bachok</b>

Posted: 05 Jun 2011 10:45 PM PDT

Kemalangan di Bachok, Kelantan

BACHOK: Dua beradik, Nor Azura Mohd Saari, 18, dan Nor Aqilah Najiha, 14, yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, kelmarin, bagaikan tidak sabar untuk pulang ke rumah apabila mereka bersama-sama menghubungi ibunya kira-kira sejam sebelum terbabit kemalangan.

Kamariah Yusof, 49, berkata, dua anaknya itu menghubunginya menerusi telefon bimbit dan dalam nada gembira menyatakan akan pulang ke rumah selepas lima hari menghabiskan cuti sekolah di rumah sepupu mereka di Bandar Baru Gua Musang. "Memang menjadi kebiasaan, dua anak saya itu ke rumah sepupu mereka ketika cuti sekolah.


"Kira-kira jam 8.30 pagi ketika dalam perjalanan dari Gua Musang ke Bachok, mereka menghubungi saya dalam nada ceria. Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi saya terima panggilan daripada seorang sepupu, dua anak saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pantai Melawi, di sini, semalam.

Semalam, Metro Ahad melaporkan tiga sepupu termasuk dua beradik yang dalam perjalanan ke majlis kenduri kahwin, maut selepas terbabit kemalangan kira-kira jam 9.30 pagi. Selain Nor Azura dan Nor Aqilah Najiha, Norhasmalinda Halim, 24, turut maut selepas kereta Proton Wira dipandunya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Rexton.


Jenazah tiga bersaudara itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Melawi selepas Isyak, kelmarin.


Menurut Kamariah, dua anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bersikap seperti biasa.

Tag: Kemalangan,kemalangan di Kelantan, Kemalangan di Bachok

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads