03 di bunut payong - Google Blog Search |
UMNO ARAH GURU KAFA TUKAR ALAMAT IC | Melayu Entertainment Posted: 13 Jun 2011 11:58 PM PDT Posted in category: Melayu hot at: June 14, 2011 by admin KOTA BHARU, 13 Jun: Impian Umno mahu merampas Kelantan rupa-rupanya berselindung di sebalik agenda sulit dengan memperalat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Difahamkan PPD diminta menyenaraikan nama-nama guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mengajar di sekitar Kota Bharu untuk ditukar alamat kad pengenalan (IC) ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong. Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman (gambar) berkata, seramai hampir 50 guru Kafa dilihat berada di sebuah wakaf dalam kawasan Wisma Persekutuan antara jam 9 hingga 11 pagi 28 Mei lalu. Katanya, seorang lelaki mengaku bertanggungjawab membekalkan borang pertukaran alamat kepada setiap guru Kafa yang datang. "Kemudian seorang demi seorang guru Kafa diminta lelaki terbabit naik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan borang yang telah diisi di wakaf. "Lelaki itu memberitahu alamat-alamat baru yang diisi guru Kafa terbabit menggunakan alamat milik anggota jawatankuasa Umno Kota Bharu yang tinggal di Dun Bunut Payong," katanya di sini. Menurutnya guru Kafa yang selesai urusan di pejabat JPN kemudian dilihat turun semula ke wakaf menemui lelaki terbabit. Difahamkan juga guru Kafa yang sedia menukar alamat diberi sedikit habuan. Sementara itu tinjauan Harakahdaily di perkarangan Wisma Persekutuan dan pejabat JPN pagi tadi tidak lagi kelihatan kelibat agen berkenaan. Difahamkan juga Umno cuba mempengaruhi pegawai di JPN bagi membolehkan pertukaran alamat dilakukan secara berkumpulan bagi mempercepatkan urusan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon. Satu sumber memberitahu pemimpin Umno terbabit datang merayu kepada pegawai kanan di JPN bagi membolehkan proses pertukaran alamat dipercepatkan. Bagaimanapun rancangan itu gagal memandangkan JPN Kelantan tidak melayan kerana menyalahi peraturan. Difahamkan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon hanya boleh dibuat di pejabat JPN bukan melalui agen tertentu. (ikuti pembongkaran sendikit tersebut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang) Dari Harakahdaily.net Nik Abdul Aziz Nik Mat | FacebookNik Abdul Aziz Nik Mat - Facebook Rasmi Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) - Religious Views: Islam - Work Info: a:0:{} - Education Info: a:0:{} | Facebook RAKYAT MARHAEN: Jumaat, 2010 Julai 23BERITA DARI SUMBER SEMASA DAN TERKINI - HUBUNGI KAMI DI wargamarhaen@gmail.com Dewan Pemuda Pas Kawasan MachangJika anda rasa anda mampu untuk berjuang, anda adalah seorang pejuang! Jika anda yakin anda seorang pejuang, anda adalah pejuang! Jika anda hanya duduk berangan-angan ... www.pemudapaspahang.blogspot.comALOR SETAR - Bijih besi tiba-tiba muncul di bumi Kedah dianggap rezeki rakyat negeri ini oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selepas tiga tahun menerajui ... DIALOG RAKYAT: Laman Facebook akan berakhir pada 15 Mac 2011???Wak di khabarkah bahawa Facebook akan ditutup operasi buat selama-samanya bermula 15 Mac 2011. Jika ianya benar maka akan menjadi satu masalah besar kepada ... |
You are subscribed to email updates from di bunut payong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan