Ahad, 12 Jun 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Gambar gelagat penyokong <b>Kelantan</b> vs Terengganu Final Piala FA <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2011 09:00 PM PDT

gambar berikut

para pemain Terengganu meraikan kejayaan merangkul Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

GELAGAT penyokong fanatik Pasukan Kelantan ketika tiba menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

GELAGAT penyokong fanatik Pasukan Terengganu mengecat muka dengan warna bendera Terengganu ketika tiba menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bola itu Bulat: Piala FA : <b>Kelantan</b>

Posted: 10 Jun 2011 08:48 PM PDT

'Kita kena fokus 100 peratus'
Oleh M Khairil S Iswan dan Ismail Muhamad
bhsukan@bharian.com.my
2011/06/11

KARATHU (kanan) memberi kata-kata semangat untuk bertarung kepada pemain Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Karathu tuntut Red Warriors waspada bendung Terengganu andai mahu menang

"FOKUS setiap saat pada perlawanan." Itulah teguran ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu kepada setiap anak didiknya apabila Kelantan turun menentang pasukan tetangga, Terengganu dalam final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Pengendali Red Warriors itu mengerti lawan pimpinan Irfan Bakti Abu Salim akan hadir dengan misi membalas dendam kekalahan 3-0 dalam Liga Super Isnin lalu dan dia mahu benteng pertahanan dan tengah yang dianggap kekuatan pasukan bakal berfungsi hebat.

"Kita kena fokus sepenuhnya kepada perlawanan berdepan Terengganu dalam final Piala FA dan pasukan yang bijak memanfaatkan peluang atau kurang melakukan kesilapan pasti membawa kejayaan.

"Jadi saya harap pemain dapat mempamerkan aksi terbaik mereka mengulangi pencapaian menewaskan Terengganu dalam pentas final Piala FA, sekali gus membawa pulang kejuaraan itu ke negeri ini," katanya ketika diminta mengulas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu, malam ini.

Seperkara lagi dituntut Karathu adalah kekuatan mental pada final ini yang dianggap elemen penting untuk kejayaan.

"Selain mental pemain Kelantan harus tunjukkan karektor masing-masing di padang dan jika ada peluang menjaringkan gol ia harus dikaut sebaik-baiknya kerana peluang ini jika terlepas boleh membawa padah.

"Saya percaya aksi konsisten dalam Liga Super akan dapat membantu cabaran kami tapi saya ingat pemain usah memandang rendah kemampuan pemain Terengganu kali ini," kata Karathu.

sumber : Berita Harian Online

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads