03 di tumpat - Google Blog Search |
BN usaha daftar warga Thai mengundi <b>di Tumpat</b> | WarkahDaily Online Posted: 24 May 2011 07:52 AM PDT 10:52:00 PM | Posted by Admin PAS mengesyaki wujud usaha BN memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing di Tumpat, Kelantan bagi memberi undi kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) hari ini mendedahkan maklumat mengenai program yang dinamakan "program pelaksanaan operasi mydaftar" yang akan berlangsung Sabtu, 28 Mei ini. Menurut beliau, program tersebut diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat. Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat. Menurut maklumat yang diterima kata Kamarudin, program tersebut bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat negeri Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan. Ianya merangkumi lima perkara iaitu pendaftaran, kelahiran, kematian serta anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegaraan, khidmat nasihat semua urusan JPN, dan khidmat nasihat oleh Jabatan Imegrisen Malaysia. "Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor," kata beliau yang juga ahli Parlimen Tumpat pada sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini, PKR Selangor mendedahkan usaha Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13. Kamarudin tidak menolak kemungkinan mereka yang cuba didaftarkan sebagai warganegara itu ialah rakyat Thailand kerana kawasannya yang bersempadan dengan negara itu. "Kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersempadan dengan Thailand. Maka ramai rakyat Thailand adalah beragama Islam dan selalu keluar masuk ke negeri ini (Kelantan). "Ia dilakukan seolah-olah secara rasmi untuk mendaftarkan bukan rakyat Malaysia," katanya. Sehubungan itu, PAS mendesak program ini dihentikan kerana ia membantu kehadiran pengundi hantu seperti yang berlaku sebelum ini. Kamarudin berkata, PAS akan memantau program itu bagi memastikan tiada pemberian kad pengenalan segera seperti yang diwarwarkan itu. "Saya akan berada di sana Khamis sehingga Sabtu itu dan PAS akan pantaulah program berkenaan.Kita tidak mahu berlaku pemberian kewarganegaraan ini berlaku. Isu pemberian kada pengenalan di Sabah dulu pun masih diperkatakan," katanya. -Harakahdaily Posted by Admin on 10:52:00 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response |
You are subscribed to email updates from di tumpat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan