Rabu, 29 Jun 2011

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Pas Kelantan Kian Memuncak <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 09:24 AM PDT

Hari ini, hampir 2,000 anak muda dari seluruh negeri ini yang lengkap berbaju merah dan bermotosikal 'menziarahi' tugu peringatan pembinaan Jambatn Palekbang – Kampung Cina yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas Kelantan hampir 20 tahun lalu.

Tugu peringatan yang dicacah oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu kini tidak ubah seperti batu nisan yang tidak pernah dipedulikan oleh waris-warisnya. Tujuan anak-anak muda ini menziarahi batu nisan itu tidak lain hanya mahu mengingatkan waris mereka tentang janji yang dibuat selama ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang melepaskan konvoi tersebut berkata, batu asas itu kini umpama batu nisan yang sudah lama ditinggalkan malah tarikh yang tertulis pada batu asas itu juga sudah tidak kelihatan.

"Pemuda di negeri ini mahu mengingatkan Kerajaan Pas Kelantan mengenai janji-janji mereka yang tidak pernah ditunaikan sejak 1990 malah di sini umpanya yang tinggal hanyalah batu nisan.

"Ini merupakan antara janji terawal Pas Kelantan untuk menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat jadi kita sudah banyak kali diberi janji kosong," katanya.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, banyak janji yang ditaburkan itu adalah untuk membawa kemajuan kepada rakyat negeri ini bagaimanapun sehingga hari ini tidak tertunai.

"Di Rantau Panjang pada tahun 2003 juga diadakan majlis untuk membina beberapa ribu buah rumah, mahu buat pusat komersil, pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan macam-macam lagi.

"Dibuat juga majlis di Kelaboran untuk membangunkan bandar baru begitu juga dengan rancangan pelabuhan darat di Kuala Krai. Semua ini janji kosong," tegas beliau.

Mengulas mengenai konvoi tersebut katanya, ia digerakkan oleh anak-anak muda kerana mereka adalah golongan yang akan menentukan masa depan negara ini.

"Mereka adalah orang yang menuntut hidup yang lebih baik di Kelantan.

Mereka mahukan peluang pekerjaan dan pembangunan di tempat mereka," tambahnya.

5.958700 102.146872

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads