03 di pasir puteh - Google Blog Search |
UMNO Online - Kira-kira 20000 Ahli UMNO Sambut PM <b>Di Pasir Puteh</b> 2 <b>...</b> Posted: 21 Jun 2011 10:52 PM PDT Kategori Berita LainKira-kira 20,000 Ahli UMNO Sambut PM Di Pasir Puteh 2 Julai IniPASIR PUTEH, 22 Jun – Kira-kira 20,000 ahli UMNO Bahagian Pasir Puteh dijangka menyertai program lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke jajahan ini dalam rangka lawatan kerja beliau di Kelantan sehari pada 2 Julai ini. Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata selain itu badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutama golongan belia, peniaga, petani dan nelayan akan turut serta pada majlis berkenaan. "Lawatan ini julung kali diadakan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menyandang jawatan Perdana Menteri," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata Perdana Menteri akan menemui peniaga di Pasar Pasir Puteh dan pemandu kereta sewa yang dilantik sebagai "duta kecil" untuk membantu kerajaan dalam usaha menyampaikan konsep 1Malaysia kepada masyarakat umum. Katanya selepas majlis berkenaan, Najib akan ke Sekolah Kebangsaan Seri Aman untuk menemui anggota parti termasuk pegawai-pegawai kerajaan persekutuan terutama kaum pendidik dan akan menyampaikan amanat penting kepada mereka. Zawawi berkata pada kesempatan itu beliau akan menyampaikan hasrat penduduk Pasir Puteh yang mahukan kerajaan pusat menyegerakan pembinaan sebuah institusi pengajian yang berasas kejuruteraan laut yang dicadangkan dibina di Tok Bali. Perdana Menteri kemudiannya akan menemui Veteran UMNO di Masjid Pulai Lima dan menunaikan solat yang kemudiannya ke Machang dan sebelah malamnya pula di Kota Baharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Berita Bertarikh 22 June 2011 Pada 1:52 PM Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di pasir puteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan