Sabtu, 25 Jun 2011

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Dunia Baru: Warga <b>Tanah Merah</b> dpt Tiket Free - Piala FA

Posted: 05 Jun 2011 07:08 PM PDT

p/s: sungguh tok adill.....warga pasir puteh lagu mana?

3,000 tiket percuma Piala FA untuk warga Tanah Merah

KUALA LUMPUR - UMNO bahagian Tanah Merah akan mengedarkan tiket percuma perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dengan Terengganu mulai hari ini.

Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz berkata, sebanyak 3,000 tiket akan diberikan kepada warga Tanah Merah di luar Kelantan khususnya di Lembah Klang yang telah mendaftar sebagai pengundi di kawasan Parlimen Tanah Merah.

''Pemberian tiket percuma ini membuktikan komitmen berterusan UMNO Bahagian Tanah Merah dalam memberikan sokongan padu kepada pasukan Red Warriors.

''Pada tahun lalu UMNO Bahagian Tanah Merah juga memberikan tiket percuma bagi warga Tanah Merah menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang menyaksikan pasukan Red Warriors muncul juara,'' katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, langkah UMNO Bahagian Tanah Merah memberikan tiket percuma perlawanan akhir Piala FA adalah satu keistimewaan dan pengiktirafan kepada warga Tanah Merah, yang terpaksa mencari rezeki di rantau orang.

''Selain itu ia juga sebagai menghargai sokongan anak-anak Kelantan khususnya dari Tanah Merah kepada pasukan Red Warriors.

''Melalui pemberian tiket percuma ini, ia diharapkan bukan sahaja akan memeriahkan lagi perlawanan akhir itu tetapi juga akan memberikan semangat kepada pasukan Kelantan untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan Piala FA berada dalam genggaman,'' katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa semua warga Tanah Merah untuk merebut peluang keemasan ini, memandangkan pemberian tiket tersebut adalah terhad dan berasaskan kepada konsep 'siapa cepat, dia dapat'.

Beliau berkata, tiket-tiket boleh diambil mulai pukul 12 tengah hari di Perodua Noble Twin (M) Sdn.Bhd, Lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

''Warga Tanah Merah yang layak juga dibenarkan membeli satu tiket tambahan dengan harga RM30,'' katanya.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-42510955 atau hubungi Encik Zulkifli di talian 0192599909.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads