Ahad, 3 Julai 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Biaqpila: Dianiaya..Peneroka <b>di</b> Bukit Tandak, <b>Kelantan</b> saman <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2011 03:00 PM PDT

RANTAU PANJANG, 30 Jun: Pada 1970 sekumpulan lebih 70 penduduk dari Gual Ipoh, Tanah Merah dan beberapa tempat lain meneroka tanah di Bukit Tandak di sini untuk dijadikan kebun.

Bagaimanapun selepas kerajaan PAS tewas pada 1978 kawasan yang diteroka itu disertai lebih ramai lagi peneroka lain sehingga menyebabkan berlaku perebutan.

Namun Timbalan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Hussien Ahmad meminta peneroka terbabit menyerah tanah yang diteroka kepada Felcra untuk diurus bagi menyelesai pertelingkahan.

Malangnya kumpulan kedua yang datang kemudian difahamkan berjaya mendapat geran kebun seluas tiga ekar, sedangkan peneroka awal diketepikan.

Dan lebih malang lagi sejak tanah tersebut diserah kepada Felcra peneroka tidak mendapat sebarang dividen daripada agensi kerajaan pusat terbabit seperti dijanjikan.

"Pakcik amat sedih kerana kita mengharap tanah yang diusaha menjadi sumber rezeki namun tidak menjadi kenyataan kerana Felcra enggan membayar sebarang dividen.

"Keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa mencari kerja lain termasuk menoreh pawah di kebun getah milik orang lain.

"Kita sudah habis ikhtiar mendapatkan semula hak ke atas kebun yang diserah kepada Felcra namun tidak berjaya. Cuma sekarang kerajaan negeri berusaha menyelesaikannya," kata Abdullah Mustapha, 69.

Beliau antara generasi pertama meneroka tanah di kawasan itu bersama Muhamad Muhd Kassim, 63 yang dilantik sebagai ketua bagi kumpulan peneroka terbabit.

Sebahagian besar daripada 180 peneroka di Kampung Rahmat Felcra Bukit Tandak menghadiri perjumpaan bersama anggota Exco, Datuk Husam Musa dan wakil rakyat malam tadi.

Hadir sama Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang, Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Kadok, Azami Mohd Nor, peguam, Helmi Abdullah dan seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur, Datuk Maarof.

Sebelum majlis penerangan bermula mereka menunaikan solat hajat di rumah Mohamad. Peneroka yang hadir serius mendengar penjelasan diberi anggota Exco dan peguam.

Mohamad juga masih menyimpan segala dokumen berkaitan bagi mengesahkan mereka merupakan peneroka awal tanah tersebut sebelum dimajukan Felcra.

Tanah diurus Felcra di Bukit Tandak dianggap kerajaan diteroka secara haram kerana tidak mempunyai sebarang geran hak milik.

Ekoran itu kerajaan negeri mengambil balik semula tanah tersebut daripada Felcra pada 2008 bagi membolehkan peneroka asal diberi semula hak mereka.

Muhamad berkata, pada peringkat awal Felcra menjanjikan mahu membayar dividen kepada peneroka namun sehingga 2008 tiada bayaran dibuat.

"Saya sebagai mewakili peneroka menuntut Felcra membayar RM100 juta memadangkan sepanjang tempoh 30 tahun tiada satu sen pun dibayar kepada peneroka," katanya.

Pada majlis itu juga Mohamad menyerahkan segala dokumen berkaitan kepada peguam untuk membolehkan kes tuntutan terhadap Felcra dibawa ke mahkamah sekiranya notis bayaran tidak diendahkan.

Husam berkata, kerajaan negeri berusaha menyelesaikan masalah yang begitu lama berlarutan di Felcra Bukit Tandak bagi membolehkan peneroka awal mendapat hak mereka

sumber: www.husammusa.com

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ajijoi: Najib ditipu atau menipu <b>di Kelantan</b>?

Posted: 02 Jul 2011 07:39 PM PDT

TAPAK STESYEN TEKSI PASIR PUTEH TIDAK PERNAH DIJUAL: PM SALAH MAKLUMAT

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini.

Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.

Kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh. Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

Apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

YAB Perdana Menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata.

Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga YAB Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau.

Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Selain itu, ia juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.

Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.

Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan.

Saya yakin Kerajaan Negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. Buktinya, semuanya 'dipakaikan' baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang 'berjemput' siap 'beruniform'.

Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah 'ditawan' oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu.

Ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan dan jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau.

Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Husam Musa

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan

Naib Presiden , Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1 Sya'aban 1432

2 Julai 2011

nota : sebahagian kenyataan di atas adalah maklumbalas kepada laporan berikut;-

02 Julai, 2011 14:28 PM

PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.

Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.

"Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru," katanya ketika berucap selepas melakukan tinjauan mesra di sini termasuk bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh hari ini.

Selain pertemuan dengan Persatuan Kereta Pemandu Sewa, Najib yang dalam lawatan sehari ke Kelantan, turut melawat Pasar Lama Pasir Puteh dan bertemu para peniaga kaum Tionghua di pasar itu dengan meluangkan masa selama setengah jam selepas menghadiri taklimat Umno Bahagian Pasir Puteh selama 45 minit.

Seramai 2,000 rakyat mengambil kesempatan bertemu dengan Perdana Menteri dalam tinjauan mesra itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perdana Menteri juga kesal kerana kerajaan negeri tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat berhubung pemberian tapak perhentian teksi itu.

Beliau berkata seharusnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar, kerajaan PAS Kelantan harus menghormati pemberian tanah perhentian teksi itu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Katanya perhentian teksi itu telah diberikan kepada persatuan berkenaan sewaktu pemerintahan BN di Kelantan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hussein Ahmad.

Beliau berkata sewaktu pemerintahan BN, pemindahan hak milik tidak sempat dibuat kepada persatuan teksi berkenaan kerana kerajaan PAS Kelantan mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 1990 dan tidak mengiktiraf penyerahan hak milik itu.

Ia menyebabkan tanah itu menjadi hak milik kerajaan negeri dan diserahkan kepada PKINK untuk dijual dengan harga RM150,000.

-- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Info BolaSepak Malaysia: PM suntik semangat The Red Warriors

Posted: 02 Jul 2011 06:42 PM PDT

  NAJIB  menerima jersi skuad Kelantan yang tertulis namanya daripada   Annuar  pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors    di Kota Bharu, semalam.

NAJIB menerima jersi skuad Kelantan yang tertulis namanya daripada Annuar pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Kota Bharu, semalam.

 

Najib umum pembinaan stadium baru andai BN berjaya rampas kembali Kelantan

THE Red Warriors mendapat suntikan semangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan stadium bola sepak baru di negeri itu andai Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Saya berjanji, jika BN berjaya rampas Kelantan daripada PAS pada sebelah malam, esok paginya akan diumumkan mengenai pembinaan stadium baru di negeri ini," katanya ketika merasmikan Akademi Al-Hamra (ARMY) di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang I, di Kota Bharu, semalam. Najib juga dinobat sebagai peminat nombor satu The Red Warriors atas sumbangan yang dilakukan dalam membantu pasukan itu sehingga menjadi antara gergasi bola sepak digeruni dalam persada Liga Malaysia.

Perdana Menteri turut menyumbangkan kira-kira RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membangunkan bola sepak di negeri ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin serta Pengerusi MCA Kelantan, Datuk Dr Ng Yen Yen.

Sementara itu, Annuar berkata, ARMY yang ditubuhkan awal tahun ini mengumpul lebih 300 bakat baru berusia bawah 16 selepas menapis kira-kira 6,000 permohonan.
"Sehingga kini, tujuh pasukan di bawah kendalian jurulatih B Sathianathan sedang giat menjalani latihan sebagai antara usaha KAFA mencari pelapis baru di negara ini.

"Seperti sedia maklum, Perdana Menteri mula menyokong KAFA sejak empat tahun lalu di mana beliau menyumbangkan kira-kira RM2 juta setahun secara senyap-senyap kepada persatuan ini selepas gagal mendapat tajaan daripada kerajaan negeri.

"Kami berbangga pemimpin nombor satu negara sudi hadir dan merasmikan ARMY hari ini serta berjanji setiap peruntukan yang diberi akan digunakan sebaik-baiknya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads