Ahad, 3 Julai 2011

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Apa Ada <b>di</b> R&R <b>Gua Musang</b>, Kelantan?

Posted: 02 Jul 2011 05:12 PM PDT

Bila kita melakukan perjalanan yang jauh sudah tentu perlu berhenti sama ada mengisi petrol, makan, sembahyang, ke toilet atau macam-macam lagi. So kali ini nak bercerita mengenai kawasan rehat dan rawat (R&R) di Gua Musang, Kelantan. Kalau from KL t0 Kelantan, ianya terletak di sebelah kanan jalan raya so kenalah cross. Ianya lebih kurang 20 km selepas bandar Gua Musang.

Kawasan tempat letak kereta memang luas, tapi kalau musim perayaan memang sukar nak parking. Jangan risau beberapa ratus meter from R&R ni ada stesen minyak Shell so bolehlah refill petrol ya.

Kalau anak-anak ingin menghilangkan bosan dan penat boleh berehat di pondok dan juga makan. Di samping itu, taman permainan pun ada, mainlah puas-puas ya.

Sudah tentu, tempat makan pun ada. Inilah salah satu tujuan R&R, yalah untuk menghilangkan dahaga dan juga mengisi perut yang lapar selepas maybe 4 jam perjalanan. Lebih kurang ianya boleh memuatkan 200 orang pada setiap masa.

Ada lebih kurang 8 gerai @shoplots disediakan. Makanan ringan, air, coklat, makanan berat dan macam-macam lagi. Tapi satu aja sepatutnya suratkhabar dijual di sini.

Sebab tak nak makan heavy belilah laksam, memang murah @RM2.00 siap diisi dalam bekas ni. Rasanya so-so aja, bagi rating 7.6 out of 10. Tapi memang habis juga. kuahnya boleh tahan kepekatan tapi sedikit manis, maklumlah orang Kelantan kan, sambal lada sikit aja. Kalau nak dapat A kuah tu kena kurang manis dan sambal letak banyak sikit ya.

Surau sudah semestinya, memang luas dan tempat ambil wuduk pun selesa.

Ini juga penting, toilet, memang bersih dan dijaga. Banyak beza jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lepas. Di harap kebersihan ini dijaga bagi memudahkan pengunjung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads