Ahad, 24 Julai 2011

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pembinaan jambatan <b>Manek Urai</b> ikut jadual

Posted: 24 Jul 2011 04:01 PM PDT

KOTA BHARU 24 Julai – Pembinaan jambatan bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Baru yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, berjalan mengikut jadual ditetapkan.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tidak ada sebarang masalah yang timbul dalam pembinaan jambatan tersebut biarpun pada awalnya mengalami sedikit kesulitan disebabkan struktur tanah di sungai terbabit.

Beliau berkata, kos jambatan tersebut telah meningkat daripada penilaian awal sebanyak RM8 juta sehingga RM15 juta.

"Untuk makluman projek pembinaan jambatan Manek Urai berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan biarpun pada peringkat awalnya timbul sedikit masalah disebabkan struktur tanah," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) di Jabatan Pembangunan Persekutuan di sini hari ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads