Ahad, 24 Julai 2011

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


ISU DAN CADANGAN AWAL PEMBANGUNAN RTJ <b>TANAH MERAH</b> |

Posted: 13 Jun 2011 09:31 PM PDT

Penyediaan RTJ Tanah Merah bermula pada September 2010 dimana MNF Associates telah dipertanggungjawabkan sebagai perunding bagi menjalankan kajian ini. Kawasan kajian Rancangan Tempatan Jajahan tanah Merah ( RTJTM ) meliputi keseluruhan empat (4) daerah iaitu Daerah Kusial, Daerah Hulu Kusial, Daerah Jedok, dan Daerah Sokor dengan keluasan 87,153 hektar atau 5.48% daripada keseluruhan Negeri Kelantan.

Kawasan RTJTM ini disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di bahagian utara, Jajahan Jeli di bahagian barat, Jajahan Kuala Krai di bahagian selatan dan Jajahan Machang di bahagian timur. Bagi Jajahan Tanah Merah, taburan dan keluasan guna tanah utama adalah kawasan pertanian yang meliputi kawasan seluas 52,856.79 hektar (60.65%) daripada keseluruhan keluasan Jajahan Tanah Merah. Diikuti oleh kawasan rizab hutan yang merangkumi kawasan seluas 23,652.49 hektar (30.58%). Manakala kawasan tepu bina hanya melibatkan kawasan seluas 4,798.63 hejtar (5.51%). Isu-isu pembangunan Jajahan Tanah Merah boleh digariskan sepetri berikut :

Isu Berimpak Tinggi ('Key issues / strategic issues')

  1. Kesesakan dan gangguan sistem perhubungan Bandar Tanah Merah kesan dari lintasan rizab keretapi
  2. Tahap pencapaian hierarki petempatan yang masih lagi rendah dan tidak mempunyai identiti, tema dan imej bandar yang jelas

Isu Teras/ Kritikal ('Core / Critical issues')

  1. Tapak pelupusan sampah yang sudah tepu dan sementara
  2. Sistem pembentungan yang tidak komprehensif
  3. Sistem perparitan yang tidak komprehensif dan kurang berkesan
  4. Masalah bekalan air yang kurang memuaskan
  5. Pembangunan pelancongan yang kurang menonjolkan potensi setempat dan tiada imej yang jelas
  6. Peningkatan bilangan penternakan burung walet di dalam Jajahan Tanah Merah
  7. Integrasi bersepadu antara mod-mod pengangkutan awam masih lagi rendah

Isu Sokongan ('Support')

  1. Tapak pelupusan sampah yang sudah tepu dan sementara
  2. Sistem pembentungan yang tidak komprehensif
  3. Sistem perparitan yang tidak komprehensif dan kurang berkesan
  4. Masalah bekalan air yang kurang memuaskan
  5. Pembangunan pelancongan yang kurang menonjolkan potensi setempat dan tiada imej yang jelas
  6. Peningkatan bilangan penternakan burung walet di dalam Jajahan Tanah Merah
  7. Integrasi bersepadu antara mod-mod pengangkutan awam masih lagi rendah

Komponen cadangan awal pembanguan Tanah Merah (2011-2020) adalah seperti berikut :

  1. Jalan Lingkaran Bandar Tanah Merah
  2. Cadangan Lebuhraya Timur – Barat (Kuala Terengganu – Tanah Merah – Bukit Bunga – Jeli / Pasir Mas – Kota Bahru) / dari Jalan Pasir Mas-Tanah Merah melalui Pulau Raya menuju ke arah Bandar Machang (34.0 km)
  3. Cadangan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Baru Tanah Merah (Lee Rubber)
  4. Pembangunan Bukit Bunga sebagai Pusat Pelancongan Bandar Sempadan – pembangunan sistem perhubungan utama, infrastruktur, kemudahan utama dan zon bebas cukai)
  5. Mencadangkan sebahagian Tanah Hutan Kerajaan yang berpotensi untuk dijadikan Hutan Simpan Kekal selaras dengan cadangan Central Forest Sphine (CFS)
  6. Cadangan Naik taraf jalan dan jalan baru antara bandar dan bandar serta antara bandar dan desa
  7. Cadangan meningkatkan imej dan kualiti bandar melalui cadangan landskap dan kawasan taman bandar / taman permainan
  8. Cadangan pembangunan rumah mampu milik (dianggarkan keperluan tambahan sebanyak 1,836 unit / 153 ekar – densiti rendah @ 46 ekar – densiti tinggi) di Tanah Merah dan Bukit Bunga
  9. Cadangan loji rawatan kumbahan berpusat seluas 6.4 hektar / 15.8 ekar di Bandar Tanah Merah dan 4 hek/ 10 ekar di Bukit Bunga.
  10. Cadangan tapak pelupusan sisa pepejal di Kg. Bendang Keladi seluas 10.5 hektar / 26 ekar
  11. Cadangan pembaikan sistem perparitan dan tebatan banjir bagi Sg. Maka, Sg. Alor Jaba, Sg. Kepat, Sg. Manal, Sg. Tualang Bah dan Sg. Kelantan A.
  12. Cadangan kemudahan tambahan bagi kawasan pusat petempatan kecil, pusat pertumbuhan desa dan beberapa perkampungan utama melibatkan tambahan sekolah menengah, klinik kesihatan, perpustakaan awam, balai bomba, balai polis dan dewan serbaguna.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads