Selasa, 26 Julai 2011

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search

Jengka 19: SH

Posted: 23 Jul 2011 09:03 AM PDT

Tinggal sehelai sepinggang

Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tinggal sehelai sepinggang KUALA KRAI - Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka hangus manakala sebuah lagi keluarga mengalami kerugian kira-kira RM50,000 pada kebakaran melibatkan empat rumah di Kampung Batu Jong, dekat sini, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 4 petang itu, tiga rumah musnah sama sekali dan sebuah rumah lagi hanya terbakar pada bahagian dua tingkat yang menempatkan dapur dan bilik namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang mangsa, Mohammad Abdullah, 42, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri tiada di rumah manakala empat anaknya sedang mandi di sungai berhampiran menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

"Saya dalam perjalanan balik selepas menghantar isteri ke satu program di Sungai Sok, Manek Urai apabila dimaklumkan mengenai kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Seorang lagi mangsa, Hamidah Wook, 51, yang tinggal bersama dua anaknya di rumah itu berkata, dia sedang dalam perjalanan ke Manek Urai untuk program sama sebelum dimaklumkan seorang jiran mengenai kebakaran tersebut.

Katanya, selain peralatan rumah, barang kemas, wang tunai dan dokumen penting, kebakaran turut memusnahkan bahagian hadapan rumahnya yang baru siap dibina kira-kira sebulan lalu.

"Saya keluarkan RM12,000 duit simpanan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk sambung bahagian hadapan rumah tetapi sekarang semua musnah," kata Hamidah.

Sulaiman Jusoh, 64, pula berkata, dia bersama seorang anak saudaranya yang berusia 52 tahun berada di ruang tamu apabila diberitahu mengenai api di bahagian tepi dinding rumahnya.

"Bila saya bangun nak tengok, api sudah marak, jadi kami berlari keluar tanpa sempat menyelamatkan apa-apa barang dalam rumah," katanya yang turut kehilangan wang tunai RM3,000 dan barang kemas akibat kejadian.

Seorang lagi mangsa, Wan Rani Wan Yaakob, 50, bagaimana pun lebih bernasib baik apabila hanya bahagian dua tingkat rumahnya yang menempatkan dapur dan bilik musnah pada kejadian itu.

Beliau yang tinggal di rumah itu bersama isteri dan empat anak berusia 10 dan 23 tahun berkata, dia berada di rumah Sulaiman ketika kejadian sebelum terdengar jeritan mengatakan ada kebakaran.

"Ketika kejadian, dua anak saya berada dalam rumah tetapi sempat menyelamatkan diri kerana waktu itu api masih belum sampai ke rumah saya," katanya yang menganggarkan kerugian kira-kira RM50,000 akibat kejadian.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Fauzi Abdul Latiff berkata, seramai lapan anggota dan dua jentera dengan bantuan enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

"Tiga rumah pertama musnah sama sekali manakala rumah keempat terbakar kira-kira 70 peratus sebelum api dapat dipadamkan sepenuhnya.

"Kami menggunakan air sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kebakaran untuk operasi memadam api kerana tekanan air rendah," katanya memberitahu, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads