Jumaat, 29 Julai 2011

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


20000 Sokong Umno <b>Di Pasir Puteh</b> Isyarat Rakyat Tolak Perhimpunan <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2011 04:57 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Puteh pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di sini hari ini memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong UMNO dan menentang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi.

Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau itu.

"Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita," katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya enguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Katanya keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintah hanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti.

Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Puteh untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai.

Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkan pertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara.

Katanya jika kacau-bilau berlaku, maka keadaan itu juga akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu yang telah berusaha keras membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini.

"Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai. Ambiga nak rosakkan ini semua," katanya.

Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang di perintah PAS kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai.

"Ambo pelik macam mana perhimpunan begitu ramai datang di bumi yang diperintah PAS di negeri Kelantan. Angin perubahan sedang bertiup kencang di bumi kelantan," katanya.

Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jika rakyat Kelantan memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya umum nanti.

Selepas majlis itu, Najib bertemu dengan veteran UMNO dan menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di sini sebelum bertolak ke Machang.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads