03 di pengkalan chepa - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Tukar nama Jalan <b>Pengkalan Chepa</b> kepada Jalan Tok <b>...</b> Posted: 10 Jul 2011 04:01 PM PDT You are here: Home / Wilayah / Tukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru dipersoal KOTA BHARU 10 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru. Ketuanya, Rosmadi Ismail berkata, tiada sebab nama jalan tersebut ditukar kerana ia telah dikenali sejak turun temurun dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada orang ramai. Beliau berkata, penukaran nama tersebut dilihat bermotif politik bagi mempromosikan parti dan individu tertentu. "Kita mahu tahu kenapa nama jalan ini ditukar dan tok guru mana yang dimaksudkan oleh MPKB-BRI. Kalau hendak ditujukan kepada tok guru pondok, di sepanjang jalan ini tidak ada pondok. "Sekiranya ia ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namakan terus Jalan Tok Guru Nik Aziz. Tetapi lazimnya untuk mengenangkan nama tokoh ia hanya diberi selepas tokoh itu bersara atau pun meninggal dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan majlis perbandaran tersebut menukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru. Penukaran nama jalan tersebut hanya disedari orang ramai apabila papan tanda nama jalan tersebut telah ditukar. Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin berkata, pihak berkenaan sepatutnya terlebih dahulu menyatakan rasional dan sebab-musabab nama Jalan Pengkalan Chepa hendak ditukar kepada Jalan Tok Guru. "Kalau seandainya nama jalan itu bukan dirujuk kepada Nik Abdul Aziz, kewajaran juga perlu difikirkan kepada tok guru berkenaan. Biasanya, nama diberikan secara khusus, tetapi pertukaran itu tidak dinyatakan sebab musabab dan tidak diperincikan," soalnya. Sementara itu, Penolong Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd. Daham ketika dihubungi berkata, pertukaran nama jalan tersebut belum diwartakan lagi. "Saya tidak boleh komen lanjut, mungkin dalam masa seminggu dua lagi selepas mesyuarat ahli majlis, ia akan diwartakan," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di pengkalan chepa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan