03 di demit kelantan - Google Blog Search |
DIMANAKAH KEADILAN ??? « MOHD NURI Posted: 08 Aug 2011 09:08 AM PDT Ogos 8, 2011 Salam perjuangan… Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan kerajaan Kelantan berhubung permohonan mencelah oleh kerajaan Malaysia dalam prosiding saman yang dikemukakan negeri itu berhubung tuntutan royalti minyak. Mahkamah turut menolak permohonan rayuan kerajaan Kelantan untuk membicarakan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Bahagian Perdagangan dan bukannya di Bahagian Sivil. Mahkamah juga memerintahkan Kelantan membayar kos sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua permohonan berkenaan kepada kerajaan persekutuan. Kelantan juga diperintahkan membayar kos dalam kausa kepada Petronas sekiranya pemohon berkenaan kalah dalam kesnya yang akan bersambung di Mahkamah Tinggi. Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh anggota panel Mahkamah Persekutuan – Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Suriyadi Halim Omar. Kerajaan Kelantan yang diwakili peguam Thommy Thomas mengemukakan hujah bahawa tuntutan royalti itu bukan dibuat ke atas kerajaan persekutuan, maka ia tidak berhak untuk menjadi defendan kedua. Kelantan juga memohon supaya kes berkenaan dibicarakan di bahagian perdagangan memandangkan kes berkenaan merupakan kes pecah kontrak. Kes tuntutan royalti minyak oleh Kelantan ini akan kembali didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Disember. Perbicaraan kes berkenaan sebelum ini ditangguhkan sehingga dua permohonan tersebut diputuskan di Mahkamah Persekutuan hari ini. |
PAPISMA <b>Kelantan</b>: Teruskan Memberi Khidmat... Posted: 17 Jul 2011 07:04 AM PDT Pada 16hb Jun bersamaan hari Sabtu yang lepas, PAPISMA Kelantan telah dijemput mengadakan khidmat kesihatan di 3 lokasi sempena program Cakna Rakyat. 3 lokasi tersebut ialah berdekatan Pasar Kedai Buloh (Kijang), Padang Tar Kg. Mentuan (Demit) dan di Padang Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki (Tanjong Mas). Sambutan dari pengunjung program amat memberangsangkan. Khidmat yang telah disediakan oleh PAPISMA adalah membuat pemeriksaan tahap tekanan darah (bp), gula dalam darah serta memberi khidmat nasihat gaya hidup sihat. Ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi melapangkan masa turun ke program khidmat kesihatan yang berlangsung seawal jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di demit kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan