Khamis, 11 Ogos 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Blog Penyokong The Red Warriors: <b>Kelantan</b> terus buru pemain pinjaman

Posted: 09 Aug 2011 05:43 PM PDT

KOTA BHARU - Selepas mendapatkan Azammuddin Mohd. Akil, Kelantan kini menginginkan seorang lagi pemain pinjaman untuk berdepan cabaran mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, Kelantan memerlukan seorang lagi pemain yang boleh beraksi di posisi penyerang tengah untuk memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan.
Apa pun, katanya, keputusan muktamad sama ada berjaya mendapatkan pemain itu hanya dapat diumumkan pada hari terakhir pendaftaran pemain (hari ini).
"Buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan identiti pemain tersebut daripada pasukan mana. Kemungkinan Solehin Kannasian Abdullah tidak boleh beraksi dalam kempen Piala Malaysia kali ini atas faktor kesihatan.
"Untuk itu kita melihat keperluan mengambil pemain di posisi tersebut. Bagi saya pemain pertahanan kita sudah cukup bagus. Tinggal lagi di bahagian tengah dan serangan yang harus kita perkemaskan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Colek dan Penyampaian Bonus Kejayaan Menjuarai Piala Presiden 2011 kepada skuad Piala Presiden Kelantan di FZ Jati Conner dekat sini, semalam.
Mengulas mengenai keputusan mendapatkan khidmat penggempur berbisa pasukan Tok Gajah iaitu Azammuddin, Annuar memberitahu, keputusan tersebut tepat untuk menambahkan lagi sengat di barisan serangan Kelantan.
"Berdasarkan pemerhatian, kita lihat dia mempunyai 'track record' bagus dengan kemampuan mengawal bola beserta larian yang baik. Jadi kita akan menggandingkan dia dengan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian jentera serangan Kelantan.
"Kita berharap kehadiran dia dapat memantapkan serangan pasukan kita. Selain itu kita ada Muhammad Ramzul Zahini (Adenan) yang juga boleh diharapkan. Prestasi dia agak baik, namun dia perlu diberi pendedahan dalam banyak perlawanan memandangkan usia dia masih muda," tegasnya.
Mengulas tahap kecederaan yang dialami Norshahrul Idlan, Annuar menjelaskan, kecederaan yang dialami pemain tersebut tidak begitu membimbangkan dan boleh turun menjalani latihan pada bila-bila masa.
Sementara itu, pasukan The Red Warriors akan menjalani latihan di ibu negara selama seminggu bermula minggu depan dan mengadakan tiga siri perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur pada 14 Ogos, Selangor (17 Ogos) serta sebuah pasukan lagi yang akan ditentukan kemudian. -Utusan
Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads