Selasa, 16 Ogos 2011

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


TV9 - Dari <b>Pasir Mas</b>, kini ke Kuala Kangsar dan Seterusnya ke Alor <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2011 09:00 AM PDT

Dari Pasir Mas, kini ke Kuala Kangsar dan Seterusnya ke Alor Setar

Setelah menjelajah ke Pasir Mas, Kelantan, kini 'Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan' yang dibawakan khas oleh TV9 dan Ayamas ini meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Kangsar, Perak. Kali ini Datuk Chef Wan akan berkonsgsi pula resipi istimewa bubur lambuknya bersama peminat setia beliau yang berada di Kampung Kota Lama.

Setiap kali menjelangnya Ramadan, aktiviti masak bubur lambuk antara selebriti TV9 dan penduduk kampung terpilih merupakan aktiviti tahunan stesen Nombor Dua Negara ini, sejak 5 tahun yang lalu. Tahun ini, TV9 amat bertuah apabila Ayamas di bawah naungan KFC Marketing berbesar hati untuk menaja buat kali keduanya program bubur lambuk yang diberi nama 'Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan'. Semestinya kehadiran duta Ayamas ini iaitu Datuk Chef Wan berjaya menambahkan lagi keceriaan acara ini.

Lokasi pertama bubur lambuk ini adalah pada 5 Ogos lalu, bertempat di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Di Kampung Kota Lama ini pula, dua selebriti TV9 iaitu Munir dan Danny X-Factor akan bersama-sama dengan Datuk Chef Wan menceriakan suasana gotong-royong menyediakan bubur lambuk yang bermula jam 2.00 petang.

Seperti di Pasir Mas, Datuk Chef Wan juga akan berkongsi resipi istimewanya iaitu 'Bubur Lambuk Siam' bersama penduduk Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar dan juga ketika berada di Dataran Gangsa, Alor Setar, Kedah kelak. Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk disediakan khas buat penduduk setempat, sementara 100 bungkus pula adalah menerusi resipi istimewa bubur lambuk siam.

'Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan' ini dianjurkan sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh penonton TV9 dan juga pembeli setia produk Ayamas. Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai juga telah membawa kejayaan kepada Ayamas menerusi produk 'Satay Ayamas dengan Kuah Kacang' yang telah dianugerahkan sebagai 'Product innovation Platinum Award 2011' Malaysian Institute of Food Technology baru-baru ini.

Penjelajahan Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan ini berakhir di Dataran Gangsa, Alor Setar, Kedah pada 11 Ogos.

Nantikan kehadiran kami di lokasi-lokasi ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads