03 di wakaf bharu - Google Blog Search |
Guna Pembesar Suara <b>di</b> masjid wajar dikaji – Nik Aziz <b>...</b> Posted: 13 Aug 2011 11:58 PM PDT Oleh : Hasnan Yahya KOTA BHARU, 14.Ogos – Tindakan penggunaan Pembesar Suara di masjid seharusnya dikaji semula bagi tidak menimbulkan kesulitan bagi semua pihak, demikian dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sidang media selepas merasmikan Pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad hari ini.Menurut beliau, isu penggunaan pembesar suara di masjid ini sudah sebati dengan masyarakat melayu dan ia seharusnya diperbetulkan. " Dalam Islam hanya laungan azan sahaja yang boleh dikuatkan, malah iqamat sendiripun hanya perlahan, namun kerana orang kita ni suka sangat pasang kaset mengaji Al-Quran sehinggakan mengganggu orang lain yang sedang tidur, mungkin ada orang sakit atau anak-anak kecil yang demam, oleh itu ia tidak sesuai"ujar beliau lagi. "Saya bukan tak setuju tetapi jangan salah gunakan pembesar suara tersebut, sensitiviti masyarakat perlu dijaga"katanya. Sementara itu ketika merasmikan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB), beliau menyeru agar rakyat negeri ini merebut peluang melabur kerana hubungan yang baik antara koperasi dan Permodalan Kelantan Berhad membolehkan koperasi melabur dalam perniagaan Ar-Rahn. " Saya amat berharap agar muslimat di negeri ini dapat melangkah lebih awal dalam pelaburan ini kerana mereka ini amat suka berniaga, oleh itu daripada memakai gelang emas yang banyak lebih baiklah dilaburkan dalam koperasi ini"katanya lagi. Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) yang ditubuhkan pada 21.Januari 2011 mensasarkan RM10juta dapat dipungut dari ahli pada permulaan ini untuk memudahkan pelaburan dalam perniagaan Ar-Rahn. Pengerusi Koperasi Haji Sabri Abdullah ketika ditemui berkata Ahli KRKB tidak perlu bimbang dalam urusan kewangan koperasi ini kerana KRKB telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) untuk membuat pelaburan dalam projek usahasama dan francais Ar-Rahn dan kerjasama antara kedua pihak ini akan memulakan pelaburan pertama di cawangan Ar-Rahn Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Bharu. "Antara kelebihan melabur dalam KRKB ini ialah pulangan dividen yang kompetitif serta saham minima sebanyak RM500 sahaja serta ahli diberi peluang untuk menambah dengan tanpa had dan pelaburan juga berasaskan syariah"katanya lagi. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan koperasi ini melalui talian 09-7414332 / 7432281 atau terus ke pejabat KRKB yang terletak di Pusat Pasar Borong Wakaf Che Yeh. . |
You are subscribed to email updates from di wakaf bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan