Rabu, 31 Ogos 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan Negeri</b> Paling Miskin?

Posted: 28 Aug 2011 02:14 AM PDT

BACHOK – Kelantan merupakan negeri paling miskin di negara ini berdasarkan bancian, dakwa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Dakwa beliau, bancian juga menunjukkan seramai 43,376 rakyat Kelantan terutama golongan petani dan nelayan yang masih berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan tidak melebihi RM1,000 sebulan.

"Manakala jajahan yang termundur di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok. Kerajaan pusat tidak akan mengabaikan nasib golongan petani serta nelayan terbabit dan kita akan beri perhatian pada jajahan mundur berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembahagian dividen kepada 70 petani yang menyertai projek tanaman cendawan secara bersepadu anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gunung di sini hari ini.

Awang Adek mendakwa, kemiskinan itu berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri Kelantan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat walaupun diberi peluang memerintah selama 21 tahun.

Malah dakwanya, tiada apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang ditadbir parti PAS bagi mengubah situasi itu kecuali melaksanakan projek-projek kecil yang hanya terbatas di kalangan penyokong mereka sahaja.

Justeru, katanya, Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (Risda) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) antara agensi yang akan membantu meningkatkan taraf hidup 43,376 rakyat Kelantan terlibat.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut membiayai elaun sara hidup RM200 sebulan kepada setiap nelayan yang tinggal di Tumpat, Kota Baharu dan Pasir Puteh selain memberi bantuan peralatan menangkap ikan, bot dan pukat.

Jelasnya, kerajaan pusat banyak mengeluarkan peruntukan kepada kedua-dua agensi itu untuk melaksanakan pelbagai projek pertanian seperti menternak lembu dan ayam kampung masing-masing bernilai RM10,000 seorang. – mynewshub.my

Berita Berkaitan:

Tol <b>Di Kelantan</b>: Belum Pun Memerintah Dah Mungkir Janji <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 04:20 AM PDT

PAS sudah memerintah Kelantan selama 21 tahun, bukan satu jangka masa yang singkat tu ya.  Bayi yang lahir pada tahun Nik Aziz angkat sumpah buat pertama kali sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1990, kini sudah berusia 21 tahun, dan masih menatap wajah Nik Aziz sebagai Menteri Besar.

Arus pembangunan yang begitu pesat di negeri-negeri selain Kelantan sepanjang tempoh tersebut begitu pesat sekali, Kelantan terpinggir dan tidak banyak berubah.  Termasuk yang tidak berubah itu ialah Menteri Besarnya yang kita yakin sekali akan pegang jawatan tersebut hingga mati!

Tapi bukan itu yang nak penulis kongsikan hari ini.

Tulisan penulis hari ini adalah merujuk kepada kenyataan Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan beberapa hari lepas mengenai cadangan pembinaan lebuhraya bertol 4 lorong menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Kerai sejauh 63km, agak sedikit mengelirukan penulis.  Keliru kenapa?  Kejap lagi penulis terangkan.

Kata Husam, lebuhraya tersebut akan dibina oleh pihak swasta melalui konsep penswastaan (tiru kerajaan BN) setelah kerajaan pusat tidak meluluskan peruntukkan untuk membina lebuhraya tersebut yang dijangka bernilai RM 1.9 billion.

Disini yang penulis keliru tu sebab Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS beria-ia nak hapuskan tol di seluruh Malaysia kalau berjaya memerintah kerajaan persekutuan besok.  Janji ini dinyatakan secara jelas dalam buku Jingga yang dikeluarkan mereka.

Tapi PAS pulak nak membina lebuhraya bertol?  Macam mana sekejap kata nak hapuskan tol di seluruh negara tapi buat lebuhraya baru di Kelantan, kena tol?  Ini bukan penulis sorang saja yang keliru, rakyat jelata turut keliru sama.

Apa justifikasi Husam nak mengenakan tol?  Bukankah kerajaan PAS kerajaan berkebajikan kononnya, bagi free sajalah.

Untuk pengetahuan pembaca, dalam soal peruntukkan tidak diluluskan ini, tidak timbul soal tidak adil atau balas dendam kerana memang kerajaan persekutuan tidak pernah membelanjakan duit rakyat untuk tujuan membina lebuh raya dimana-mana negeri pun (termasuk yang diperintah BN).

Semua lebuhraya di Malaysia adalah dibina oleh pihak swasta melalui konsep penswastaan yang sekarang nak ditiru oleh PAS.  Sekadar menyebut beberapa, lebuhraya utara selatan dibina oleh pihak PLUS, Lebuh Raya Pantai Timur oleh MTD Prime Sdn Bhd dan LEKAS oleh Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd

Memang sekarang PLUS dimiliki kerajaan melalui Khazanah, tapi itu hanya berlaku pada 2002 (setelah lebuhraya siap), sebelum itu PLUS dimiliki oleh Kumpulan Renong milik Tan Sri Halim Saad.  Bila ambil alih, bukan aset saja yang dimiliki kerajaan tapi hutang juga, maka itu kutipan tol untuk lebuhraya utara selatan diteruskan.

So, apa cerita sekarang?  PAS bina lebuhraya dengan kerjasama pihak swasta, boleh kutip tol, kerajaan BN tak boleh?  Itu hal yang pertama, apa hal pulak dengan janji nak menghapuskan tol dalam buku Jingga tu?

Petikan Buku Jingga Mengenai Tol

Ini untuk rakyat nilaikan tahap kebolehpercayaan puak-puak ini.  Macam-macam yang negatif dituduh kepada kerajaan BN dalam isu tol ini tapi rupanya depa pun buat perkara yang sama juga, bukan setakat itu saja, justifikasi yang digunakan pun sama macam kerajaan BN (penswastaan).

Ini belum lagi kita sebut soal kemampuan kewangan, kebolehan, keupayaan, syarikat mana dan sebagainya ya, baru cerita tol saja ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads