03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
Keluarga Pahlawan Tok Janggut Dipinggirkan Kerajaan PAS <b>Kelantan</b> Posted: 17 Sep 2011 06:37 PM PDT PASIR PUTEH: Cicit saudara pejuang kemerdekaan, Tok Janggut kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Darang Buaya, Gaal, dekat sini, akibat angin ahmar sejak dua tahun lalu tanpa mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan. Selain menderita sakit lumpuh separuh badan, Sulaiman Ismail, 80, dihimpit kemiskinan dan perlu memakai lampin pakai buang selepas isterinya, Halimah Muda, 74, semakin uzur untuk menguruskannya. Walaupun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata, dua anak saudara yang dipelihara sejak kecil, Wan Yusof Wan Ahmad, 24, dan Noriza Mamat, 39, membantu Halimah dalam menguruskan Sulaiman. Selain Sulaiman, abangnya, Hassan, 85, kini terlantar sakit tua di rumahnya di Kampung Batu Hitam, Gaal. Sulaiman berkata, dia dan Hassan tidak mahu dilabelkan sebagai 'penumpang populariti' datuk saudara mereka kerana arwah ayah mereka, Ismail, antara cucu saudara paling disayangi Tok Janggut. Katanya, sepanjang hayat ayahnya, ramai individu, pengkaji sejarah termasuk pihak muzium datang berkunjung ke rumahnya bagi mengkaji perihal kehidupan Tok Janggut, selain turut menjanjikan pelbagai bantuan. "Namun sehingga kini tiada bantuan dihulurkan, menyebabkan hidup kami berdua ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. "Dulu ketika masih gagah, saya menoreh getah bagi menyara kehidupan keluarga, namun sejak menderita sakit dua tahun lalu, saya tidak mampu melakukan kerja itu, menyebabkan kami bergantung hidup pada Noriza yang kini bekerja sebagai pembantu asrama sekolah," katanya. Menurutnya, RM300 diperlukan bagi membeli lampin dan juga ubat namun masih tidak mencukupi berikutan kenaikan harga barangan, menyebabkan dia terpaksa menggadaikan barangan kemas isterinya. "Pernah ada individu menawarkan untuk membeli sebilah keris pusaka milik Tok Janggut dengan harga mencecah puluhan ribuan ringgit, namun saya enggan menjualnya kerana diamanahkan arwah ayah supaya terus menjaganya sebaik mungkin. "Keris bermata lurus sepanjang 0.3 meter dengan berat 800 gram itu pernah digunakan Tok Janggut ketika menentang askar Inggeris, di mana sarungnya diperbuat daripada kayu Semeru Tunggal manakala hulunya dihasilkan daripada kima, iaitu sejenis spesies siput laut," katanya. Sementara itu, tinjauan di makam Tok Janggut di hilir Pasir Pekan, Tumpat mendapati hanya dua papan tanda arah iaitu di jalan utama dan jalan masuk ke makam diletakkan oleh pihak berwajib hinggakan pengunjung, terutama dari luar Kelantan, sering tersesat jalan. Kedudukan makam dari jalan utama dianggarkan sejauh 1.2 kilometer dan pengunjung perlu mendapat petunjuk jalan daripada penduduk kampung jika tidak mahu kenderaan kehabisan minyak. Jika sebelum ini makam Tok Janggut terbiar hingga kawasan sekitarnya dipenuhi semak, namun ia kelihatan terpelihara sejak pihak muzium membina pagar serta meletakkan batu hiasan di sekelilingnya. Mengikut fakta sejarah, Tok Janggut atau nama sebenarnya, Mat Hassan Munas dilahirkan di Kampung Saring, Jeram sebelum dibesarkan di Istana Raja Jeram oleh ayahnya yang juga Panglima Tengku Seri Maharaja Jeram. Tok Janggut mempelajari ilmu pendekar daripada Datuk Mingkong Bujur Legeh manakala didikan agama daripada Panglima Munas sendiri. Semangat menentang penjajah mendapat sokongan cicit pengasas kerajaan Kelantan iaitu Tengku Besar Jeram. Kehadiran sekumpulan pejuang dari Pahang yang menjadi buruan Inggeris pada 1890-an sebelum bersembunyi di Jeram turut menyemarakkan semangatnya menentang penjajah. Antara paling sensitif ialah pengenaan cukai kepala RM1 seorang setahun, pokok buah-buahan tiga sen setahun, kelapa tiga sen setandan dan sireh lima sen sejunjung. Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram diambil alih seorang pegawai tadbir British dari luar Kelantan dikenali sebagai Latiff bagi menggantikan Tengku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai terlalu lambat sehingga berlarutan tiga hari menyebabkan Tok Janggut enggan membayar cukai sebelum Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai Sarjan Sulaiman atau Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib bagi menemui Tok Janggut pada 29 April 1915. Dalam pertemuan itu, pergelutan berlaku yang menyaksikan Che Wan terbunuh, menyebabkan Tok Janggut dan pengikut setianya semakin bersemangat untuk 'menyerang' Latiff di Pasir Puteh. Namun, Latiff meloloskan diri ke Kota Bharu sebelum bantuan ketenteraan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dihantar ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Pertempuran sengit berlaku di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh pada 25 Mei 1915 menyaksikan kebangkitan Tok Janggut, menyebabkan Sultan Kelantan pada masa itu merasai dirinya terancam, selain menganggap pejuang kemerdekaan itu sebagai penderhaka. Bagaimanapun, Tok Janggut menemui ajal dalam pertempuran di Kampung Pupuh sebelum mayatnya dibawa ke Kota Bharu menggunakan kereta lembu yang memakan masa satu hari. Selepas digantung secara tergantung daripada kaki ke bawah selama beberapa hari di depan istana di Padang Bank atau Padang Merdeka, mayat Tok Janggut akhirnya dikebumikan di hilir Pasir Pekan. Sumber: Harian Metro Aduhai... Kasihan sungguh dengan nasib keluarga Pahlawan Tok Janggut (Allahyarham Haji Mohd Hassan) yang dipinggirkan Kerajaan Kelantan tanpa sebarang bantuan... Apa lagi ketika ini PAS sedang giat mengutip derma dari rakyat untuk PRU nanti yang dikatakan sebagai derma jihad... Tapi apakan daya... PAS lebih mengangkat komunis sebagai wira dan pejuang menentang penjajah berbanding Pahlawan Tok Janggut... Mungkin jika yang terlantar merempat ialah keluarga Chin Peng, Mat Indera atau Rashid Maidin, sudah pasti PAS Kelantan akan bantu dengan segera... Kepada Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia... eXception merayu agar Datuk Seri dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga Pahlawan Tok Janggut. Tak perlulah sampai menunggu keluarga Pahlawan Tok Janggut ini merayu-rayu di kaca tv memohon simpati... Sepatutnya Kerajaan Malaysia membantu keluarga Pahlawan Tok Janggut ini... Berapa sangatlah bantuan yang diberikan kepada keluarga Pahlawan Tok Janggut ini... Tidaklah sampai jutaan ringgit, cukuplah sekadar diberikan bantuan rawatan sewajarnya terhadap cicit saudara Pahlawan Tok Janggut serta bantuan kepada keluarga yang kesempitan dengan sewajarnya... Jika Kerajaan Malaysia mampu menghantar bantuan kemanusiaan ke Somalia, mengapa di Kelantan yang jaraknya lebih dekat dari Somalia tidak boleh? Di harap, bantuan sewajarnya segera diberikan. Sedikit-sebanyak kita menghargai perjuangan Pahlawan Tok Janggut menentang penjajahan... |
Hudud Dan <b>Kelantan</b> - Suara Pakatan Rakyat Posted: 25 Sep 2011 07:49 PM PDT SELEPAS melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai. Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan. 1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu. Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu. 2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan. Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud. 3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam. Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman facebook sendiri dan berdasrkan yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini. 4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang bukan Islam. Jadi apa masalah? Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri – Tun Salleh Abas – mendakwa berlaku kesilapan. Dan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini. Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya. 5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini. Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam. Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan. 6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP. Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu. Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu. Yang DAP lihat dari perspektif ini – sama seperti Umno, MCA dan Gerakan – mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan. Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan. Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat. 7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno. Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang. Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya. Apabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini. 8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Phimpun Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri. Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian. Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja. 9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang. Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan. 10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama. 11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata. Artikel Berkaitan: |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan