Isnin, 26 September 2011

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Larian CreaNova mewarnai Karnival Rakyat <b>di Jeli</b> dan Pesta <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 09:51 PM PDT

Sempena dengan penganjuran Karnival Rakyat dan Transformasi Halal MITI-HDC pada 15-17 September  2011, MPC telah berjaya melaksanakan aktiviti Larian CreaNova di kampus MRSM Jeli.  YB Dato Sri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah merasmikan pelepasan Larian ini yang dihadiri lebih kurang 500 peserta.  Acara ini merupakan acara kemuncak pada hari terakhir Karnival dan peserta-peserta adalah terdiri dari pelajar Sekolah Menengah, pelajar Kolej/IPTA/IPTS/Persatuan Belia serta wakil dari Jabatan/Agensi Kerajaan dan masyarakat tempatan.  Turut hadir dalam Majlis Pelepasan ini ialah YBhg Dato Abd Ghafar Musa, Pengarah Kanan MITI selaku Pengerusi Karnival dan En Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC.  Hadiah Pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC.  Pihak MPC juga telah di beri kepercayaan untuk memimpin 54 peserta Larian untuk membawa bendera Malaysia dan membarisi perarakan sempena dengan Sambutan Kemerdekaan kali ke 54 serta mengiringi ketibaan YB Menteri untuk Majlis Perasmian Penutup.

Pada hari keesokan juga, program yang sama di buat di Kampus Cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok.  Ia di jalankan sempena dengan Pesta Konvokensyen pertama UMK dan dianjur bersama dengan Jabatan Sukan dan Kebudayaan UMK.  Seramai 250 pelajar baru telah menyertai Larian ini.  Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Wilayah MPC Pantai Timur, En Kamaruzzaman Kassim.  Turut hadir sama ialah Pengarah Jabatan Sukan dan Kebudayaan UMK, En Ngadiso Darus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads