Sabtu, 3 September 2011

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b>

Posted: 10 Nov 2010 01:10 AM PST

KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.

Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.

Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.

Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.

Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.

Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.

Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.

"Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.

"Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.

"Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.

"Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya.

Pas <b>Kelantan</b> tidak mampu : N9 Kini

Posted: 01 Sep 2011 05:24 PM PDT

JELI 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan dilihat tidak mampu untuk membina lebuh raya sendiri sepanjang 63 kilometer dari Kuala Krai ke Kota Bharu kerana ia memerlukan kos yang tinggi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana pendapatan kerajaan negeri terlalu kecil jika dibandingkan dengan kos pembinaan lebuh raya tersebut sebanyak RM2 bilion.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menyokong penuh hasrat rakyat negeri ini yang mahu jalan utama dari Kuala Krai ke Kota Bharu dilebarkan bagi menampung jumlah kenderaan yang kian meningkat terutama pada musim perayaan.

"Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri.

"Tidak pernah berlaku di mana-mana negeri yang membina jalan utama sendiri, itu kefahaman saya," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan majlis kesyukuran sempena perkahwinan dua anaknya di kediamannya, Darul Falah di sini semalam.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu-Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pentadbiran Pas di sini.

Pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanja RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, UMNO Kelantan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melobi kerajaan Persekutuan supaya jalan utama dari Kuala Krai ke Kota Bharu itu dilebarkan menjadi empat lorong.

"Kita sudah berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi untuk pembinaan jalan di negeri ini dan keutamaan adalah Jalan Kuala Krai-Kota Bharu. Kita harap diberi pertimbangan bukan jalan itu sahaja, malah jalan-jalan lain juga seperti Machang-Tanah Merah juga perlu dinaik taraf.

"Ini adalah jalan Persekutuan, jadi cadangan memang banyak kita terima bukan sahaja dari kerajaan negeri, yang penting kita berusaha. Cadangan yang baik kita alu-alukan dan kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melobi untuk jalan ini," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads