ads

Sabtu, 3 September 2011

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


SUASANA RIANG RIA MENYERTAI KETIBAAN AIDILFITRI <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 10:13 AM PDT

Kalau kain songket yang dicari ...

WAKAF CHE YEH  -  26 Ramadhan:    Tiap kali tiba musim perayaan,   pusat-pusat perniagaan di Kota Bharu menerima kunjungan ribuan insan yang datang untuk meninjau keistimewaan membeli belah di Bandar Raya Islam ini.  Dan kebanyakan dari mereka datangnya dari segenap ceruk dan rantau negara.  Mereka ingin melihat dan mengalami sendiri suasana yang terdapat di kawasan-kawasan niaga ini.

Yang menjadi tumpuan perhatian,  bukannya komplek-komplek yang moden yang banyak terdapat di bandar ini,  dan bukan juga pekan-pekan di kawasan sempadan Malaysia-Thai seperti Rantau Panjang,  Pengkalan Kubur atau Bukit Bunga,  tetapi satu lokasi dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu … WAKAF CHE YEH.

Pendek kata nama Wakaf Che Yeh adalah sinonim dengan pelbagai jenis barangan yang disediakan untuk para pelanggan.

Pelbagai barangan menjadi pilihan ...

Kawasan ini memang sentiasa penuh sesak dengan pengunjung/pembeli.  Memang sukar kalau kita hendak bergerak di dalamnya.  Pada malam-malam perayaan terutamanya … kesukaran bergerak ini amat nyata.

Kalau kita datang berkereta,  terpaksalah berjalan kaki agak jauh juga dari kawasan letak kereta,  tambahan pula kawasan-kawasan lapang di sekitar 'pasar perayaan' ini sudah dipenuhi oleh pelbagai jenis kenderaan … bas, kereta, motosikal dan lain-lain lagi.

Atau kasut yang diidamkan ...

Ratusan gerai-gerai yang menjual barangan dari kasut,  pakaian, kain batik, kain songket,  seluar jeans,  kemeja tee,  telekung,  kain tudung  kepada barangan-barangan elektronik,  telefon bimbit,  dan tidak ketinggalan buah-buahan tempatan dan yang didatangkan dari negara seberang, dan sayur-sayuran.   Semua ada di sini.  Harga yang ditawarkan adalah munasabah.  Tawar menawar adalah satu perkara biasa.

Sudah banyak juga 'hotel-hotel budget' memulakan operasi di kawasan ini.  Kepada yang tidak mahu berjalan jauh,  maka di sinilah mereka menginap.  Dan ini juga membolehkan mereka meninjau pasar di Wakaf Che Yeh ini sepuas hati.

Ini secebis kisah 'pasar perayaan' Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, Kelantan.  Bak kata ramai pengunjung  'Kalau ke Kelantan dan tidak singgah di Wakaf Che Yeh,  maka tidak lengkap dan sempurnalah kunjungan itu'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved