Sabtu, 24 September 2011

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Masalah Air <b>Kuala Krai</b> Tidak <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 05:00 AM PDT

24/09/2011 20:00:00

Aduan Rakyat malam ini merakam rasa tidak puas hati penduduk di beberapa kawasan di Kuala Krai, Kelantan yang berdepan dengan masalah bekalan air sekian lama.

Dakwa mereka, Air Kelantan Sendirian Berhad, AKSB, yang diamanah mengurus bekalan air di negeri itu sehingga kini gagal menyelesai masalah yang dihadapi.

Saksikan laporan yang disediakan wartawan Jaffry Azman.

Kehadiran Aduan Rakyat di Taman Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan, diundang penduduk.

Mereka yang ditemui mendakwa masalah air berlarutan lebih 10 tahun.

Catuan air yang dilakukan tidak menentu.

Yang paling ketara, 30 keluarga yang tinggal di kawasan tinggi perumahan ini.

Pengadu dakwa pelbagai alasan di beri AKSB bila aduan dibuat.

Sehinggakan ia bagai anjing menyalak bukit dan pengadu bosan dengan apa yang dialami selama ini.

Media pernah mengutara masalah mereka kepada AKSB sebelum ini namun tiada perubahan.
 
Malah paparan media mengenai keluhan rakyat gagal menarik perhatian kerajaan.

Pernah keadaan bekalan air berlarutan sehingga media melapurkan penduduk terpaksa makan roti.
 
M. Tangamah, Penduduk Taman Bukit Sireh: "Dobi tak ada sendiri tunggu air hujan. Kita orang mana pergi cari kerja. Pitih tak ada macam mana. (BJ: Baju kotor macam mana?) Tak ada masalah. Simpan 1 bulan, 2 bulan saja (BJ: Tak pergi cuci kat sungai ke?) Nak bawa dengan apa? Kita orang motor ada, kereta ada punya orang bersih sungai. Tak ada tunggu rumah la."

Samsiah Seman, Penduduk Taman Bukit Sireh: "Saya pernah makan hujan, saya pernah mandi air hujan, masalah air. Saya duduk sini bukan 2 tahun. Cucu saya saya sampai kursus lepas tingkatan 5 lagu ini. Goyak Kelantan air, goyak gitu je lah. Buat tawar air liur."

Zamzuri Ismail, Penduduk Taman Bukit Sireh: "Jadi berapa ramai kami perlu tadah air hujan. Kita nak negeri maju. Sekarang dia boleh lepas air. Hari ini you datang sebab dia tahu Aduan Rakyat nak datang, dia da bagi air da sampai atas bukit ada air. Mula Jumaat hari tu. Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, 4 hari boleh pulak sampai."

Berdekatan perumahan Bukit Sireh, penduduk kampung Che Wal juga merungut masalah sama.

"Air Kelantan dia sampai tu je masuk. Lepas tu tak ada lah. Masuk angin saja.. batang paip ini Air Kelantan lah. Air Kelantan tak boleh masuk mari. angin saja. (BJ: Da berapa lama dan ni?) Eehh bertahun da.

Penduduk di sini membelanja RM1,000 untuk membina telaga bagi memenuhi keperluan air mereka.

Di Pasar Borong Ghucil sama juga ceritanya.

Malah tandas awam juga berdepan dengan masalah kebersihan.
 
"Air tak ada kita tutup la. Tak buka. Ini buka ada air. Pagi sekejap ada, tengahari tak ada. Cuci tak angkut air. Tak cuci la. Esuk ada air baru kita cuci."

"Rumah saya di Kampung Ngah Nyior. Bulan puasa 3 hari je ada. Lepas tu tak ada air. Tiba-tiba bil sampai RM21.60 angin la. Jumpa dia, dia kata, "Bukan masalah saya." Suruh bayar."

Ikuti lapuran lanjut masalah air di Kuala Krai esok di Buletin Utama.

Jaffry Azman, Aduan Rakyat, TV3, ambil berat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads