di negeri kelantan - Google Blog Search |
Bilakah Hukum Hudud Akan DiLaksanakan <b>Di Negeri Kelantan</b> <b>...</b> Posted: 23 Sep 2011 07:47 PM PDT Semenjak negeri Kelantan diperintah oleh PAS dua puluh tahun lalu, kita sering tertanya-tanya samada hukum hudud ini akan dilaksanakan atau tidak di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. 20 tahun ia menjadi persoalan yang sekejap panas dan sekejap sejuk. Namun, hakikatnya ia tidak pernah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (mahupun digubal?) untuk dijadikan undang-undang di sana. Dan apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat dan mengumumkan pendirian bahawa negara Islam dan hukum hudud bukan lagi agenda utama mereka, maka ramai yang merasakan isu ini telah pun ditutup buat selamanya. Namun, tiba-tiba Mursyidul-Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba membuat kenyataan mengejut dan membangkitkan kembali isu ini. Menurutnya PAS komited dalam melaksanakan hukum hudud biarpun rakan parti dalam Pakatan Rakyat tidak menyokong mereka:
Agak menarik bila perkataan "implement hudud laws and turn Malaysia into a fully Islamic state, should it come into power" digunakan? Bukankah PAS telah lama berkuasa di negeri Kelantan? Beberapa tahun di Terengganu? dan kini di Kedah juga? Perlukah PAS memerintah Malaysia dahulu (which unlikely kerana tanpa DAP, peluang mereka memenangi banyak kerusi agak menjadi tipis), barulah Hukum Hudud akan dilaksanakan? Terdapat pelbagai pendapat tentang pelaksanaan Hukum Hudud di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Bagi mereka yang rajin membaca jurnal undang-undang, pastinya tahu apakah isu-isu yang dibangkitkan. Namun, persoalan ini cuma akan terjawab apabila ia diletakkan pada ujian yang sebenarnya iaitu membentangkannya di Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menjadikannya sebagai satu undang-undang negeri tersebut. Pastinya ada pihak yang akan menentang dan kerajaan negeri akan cuba mempertahankan bahawa ianya terletak di bawah kuasa negeri (Lihat Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan). Di sini mahkamah akan diberikan tugas untuk melihat samada perlaksanaan Hukum Hudud itu "ultra virus" dengan perlembagaan. Sebarang keputusan mahkamah harus dihormati, namun bagi PAS, tanggungjawab sudah terlaksana, usaha sudah dibuat dan bukan sekadar omongan kosong sahaja. Untuk cendiakawan Islam yang mahu melihat perlaksanaan hukum hakam Islam pasti boleh melihat ujian di atas dengan lebih positif dan idea yang jelas bagaimana untuk melaksanakannya di negara ini. Selagi ianya ditahap cakap-cakap kosong dan penuh dengan retorik politik semata, selagi itu ia akan jadi isu hangit yang semakin hangit dari sehari ke sehari. - Bilakah Hukum Hudud Akan DiLaksanakan Di Negeri Kelantan? Related posts: |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan