Rabu, 21 September 2011

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Ribuan rakyat Kelantan berhimpun <b>di Tumpat</b> | :: cina islam | 2011 ::

Posted: 21 Jul 2011 07:30 PM PDT

20 Syaaban 1432H. [MOD] -
TUMPAT, 22 Julai: Ribuan rakyat Kelantan mulai memenuhi pantai Geting, menyaksikan pasca Bersih merebak ke Pantai Timur. Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan diadakan bermula pagi ini menghimpunkan petugas PAS dari seluruh Kelantan.
Ribuan memenuhi perkarangan pantai Geting, tempat rehlah tidak jauh Pekan Tumpat. Program tersebut diadakan sebagai persiapan awal menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Program dimulakan dengan bacaan al Quran johan tilawah al Quran peringkat Asean 2010, Mohd Najib Nasuruddin. Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas merupakan anak kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.
Pantai Geting yang terletak tidak jauh dari pusat perkelahan terkenal, Pantai Sri Tujuh menjadi tumpuan sejak awal pagi lagi.
Malah petugas ijtimak bertungkus lumus sejak malam tadi. Sebanyak 13 lembu dikorbankan sebagai jamuan peserta ijtimak. Dijangka kira-kira 20,000 petugas pilihan raya dari seluruh Kelantan berhimpun pada program sehari ini.
Ketua Penerangan PAS Negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan mengalu-alukan kedatangan peserta pada perhimpunan, sebagai kesungguhan membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Datuk Ahmad Yakob berkata, banyak isu yang dibangkitkan pihak lawan sebelum ini termasuk berkaitan Ladang Rakyat kini mulai reda.
"Usaha pihak lawan membangkitkan pelbagai isu bagi menghodohkan wajah kerajaan negeri ternyata gagal apabila rakyat mulai faham isu sebenar yang berlaku," ujarnya.
Perasmian ijtimak sedang berlangsung sekarang disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama seluruh pimpinan PAS Negeri dan wakil-wakil rakyat.
M Faqih I Foto Rizal Tahir

BN Cuba Daftar Rakyat Thailand <b>Di Tumpat</b>, Dakwa PAS

Posted: 24 May 2011 03:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 MEI : Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar".

Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.

Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.

"Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

"Proses daftar sebagai warganegara satu hari siap dan ini pertama kali operasi seperti ini dijalankan di sana (Tumpat), jadi kita desak supaya operasi ini dihentikan kerana ia jelas untuk wujudkan pengundi-pengundi hantu," katanya pada sidang media di sini.

Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat percaya warga asing yang akan didaftarkan sebagai rakyat Malaysia dipercayai dari Thailand kerana kedudukan dekat dengan Kelantan.

"Kita bersempadanan dengan negara Thailand, ramai rakyat Thailand boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam, saya yakin urusan ini seolah-olah rasmi dan mengikut undang-undang memberikan kewarganegaraan kepada warga asing ini.

"Saya yakin operasi ini akan berjalan, masih berjalan dan terus berjalan kerana operasi ini baru pertama kali berlaku dan operasi mendaftarkan kewarganegaraan siap dalam satu hari pertama kali berlaku," katanya.

Sebelum ini, PKR Selangor mendakwa Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Malah kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan akan mengadakan satu program pelaksanaan operasi "MyDaftar" pada 28 Mei ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat naihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.

Kata Kamaruddin, pihaknya akan memantau program itu bagi mengelakkan pendaftaran kewarganegaraan warga asing.-The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads