03 di demit kelantan - Google Blog Search |
THE FLYING KICK: Benarkan <b>Kelantan</b> Laksana Hudud! Posted: 30 Sep 2011 02:00 AM PDT MPP pembangkang tidak akan laksana hukum hudud 29/09/2011 3:34am KUALA LUMPUR 29 Sept. — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya. "Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi. Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. — Bernama Satu yg tak jelas dlm keputusan yg dibuat..ianya tak sebut Kelantan boleh atau tidak laksanakan hudud.. Sultan dah setuju pun...lama dah!!! Atas semangat pakatan dan atas semangat kebajikan..PAKATAN kena biorkan Kelantan laksanakan hudud, demi kebaikan dan kebajikan rakyat Kelantan!! sekurang2nya memberi kesempatan kesemua rakyat dapat meihat keberkesanan hudud ni.. Jgn takut..Tok Guru ada tu..masa ada ler kena buat, jgn tunggu beliau mati lak...takut2 nanti diberi alasan bahwa Tok Guru dah tak der maka tak leh laksana hudud.. PAS kena tegas..dan zahirkan iltizam yg sungguh2..PAS kena zahirkan, bahwa PAS benar2 serius dan bukan anggap hudud satu prmainan politik atau helah brpolitik semata2..PAS kena buktikan bahwa selama ni perjuangan PAS adalah kerana ALLAH swt..bukan kerana kerusi dan kuasa..bukan kerana sesapa!! Kelantan mesti jadi "role m0del".."prototype"..PAS Kelantan kena benar2 serius!!! JANGAN UNDUR!!!! Bior semua negeri cemburu ngan kelantan kerana kebaikan yg besor lahir dari perlaksanaan hudud nanti!!walaupun dikalangan org2 kapir!! Jgn takbir sekadar kat lidah dan pengeras semangat semasa brkempen politik...tapi dalam hati langsung tiada hakikat takbir yg dilaungkan..apa tah lagi prtbuatan.. KELANTAN MESTI LAKSANAKAN HUDUD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
GELOMBANG WANGSA MAJU: BREAKING NEWS ... Syed Azidi <b>...</b> Posted: 01 Oct 2011 07:09 AM PDT Bagaimana perasaan Syed Azidi Syed Abdul Aziz a.k.a. Kickdefella, ditahan dibawah ISA, di rumahnya di Demit , Kota Bharu, Kelantan pada 17 September 2008 jam 5.00 petang , 2 jam sebelum umat Islam berbuka puasa di bulan Ramadan. Beliau dikatakan menghasut rakyat Malaysia pada 23 Ogos 2008 agar mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik. Polis Bukit Aman merampas laptop ketika beliau berada di rumah bersama isterinya Bariah Ishak. Waran tangkap tidak ditunjukkan ketika 3 polis berpakaian preman ke rumahnya. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan Syed Azidi ditahan dibawah Akta Hasutan. Soalan Bonus Minggu Ini ... 'Kelainan' bagaimanakah yang boleh dterimapakai dan boleh digunapakai sebagai tidak menyalahi Akta Hasutan? Membakulsampahkan lagu Negaraku? ... Anda mempunyai jawapan paling tepat? ... kerana GWM langsung tidak mempunyai jawapannya! |
You are subscribed to email updates from di demit kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan