Selasa, 4 Oktober 2011

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Negara Berkebajikan,! BN Sudah Tunai Janji Kempen PRK <b>Galas</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 10:32 AM PDT

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menunaikan janjinya untuk membawa projek pembangunan demi faedah seluruh rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ketika menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu November lepas, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusoff.

Beliau berkata pembangunan yang diberi tumpuan untuk faedah rakyat termasuk Projek Bantuan Rumah (PBR) bagi rakyat miskin, jalan raya berturap dan Projek Perumahan Rakyat membabitkan 1,500 unit.

"BN memberi fokus kepada pembangunan itu supaya rakyat tidak mudah keliru dengan tohmahan pembangkang yang mendakwa BN membuat janji-janji kosong," katanya ketika berucap pada majlis Juara Rakyat Bersama Penduduk Orang Asli di Pos Brooke, di sini, hari Isnin.

Ab Aziz, yang juga Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, berkata pembangkang memang suka memutarbelitkan isu semasa kerana mereka kecewa setelah gagal mempertahankan kerusi DUN Galas.

"Cukuplah separuh penggal DUN Galas dimenangi PAS pada pilihan raya umum lepas sebelum BN menang semula kerana bekas wakil rakyat mereka tidak pernah cakna kepada rakyat," katanya dan mengingatkan penduduk agar tidak mudah terpengaruh dengan janji pembangkang.

Ab Aziz berkata kerajaan BN akan melakukan apa sahaja untuk membela nasib kaum Orang Asli yang tetap setia menyokong BN pada setiap kali pilihan raya.

Beliau berkata kini hanya terdapat 30 peratus sahaja lagi penduduk Orang Asli yang belum memiliki rumah PBR terutama mereka yang tinggal di jauh pedalaman hulu Kelantan yang sedang dalam perhatian kerajaan.

o"Banyak lagi rumah-rumah PBR yang dalam pembinaan akan siap dalam masa terdekat ini dan menunggu masa untuk diserahkan kepada penduduk," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads