03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
- KONVENSYEN BLOGGER UMNO PERINGKAN <b>KELANTAN</b> <b>...</b>
- mulutmelayu-REALITI: Cukuplah <b>Kelantan</b> ditipu PAS
- Perlawanan Persahabatan – Harimau Malaya belasah <b>Kelantan</b> 5-0 <b>...</b>
KONVENSYEN BLOGGER UMNO PERINGKAN <b>KELANTAN</b> <b>...</b> Posted: 01 Feb 2012 06:17 PM PST Tarikh : Sabtu, 4 Feb 2012, Nampaknya UMporNo habis-habisan berusaha menawan Kelantan untuk kesekian kalinya... difahamkan pada Sabtu ini 4 Feb semua blogger pencacai angkat najis UMporNo akan mengadakan KONVENSION MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA, PERINGKAT NEGERI KELANTAN bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kota Bharu., Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kelantan. Dengar cite ahli Panel Forum /Moderator/Pembentang terdiri dari Haji Md Alwi Che Ahmad, Ust. Fathul Bari, Prof. Ramlah Adam, En. Rafi Awang Kechik, dan beberapa lagi blogger seperti papagomo dan parpukaripap Untuk menarik lebih ramai lagi hadir Cabutan Bertuah juga turut disediakan...Samsung Galaxy Tab 10.1 dan lain lain tue....HUHUHUHUHU Full content generated by Get Full RSS. |
mulutmelayu-REALITI: Cukuplah <b>Kelantan</b> ditipu PAS Posted: 02 Feb 2012 09:32 PM PST Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan PAS, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini. Muhyiddin berkata janji-janji PAS pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu PAS perlu ditolak pada pilihan raya umum nanti. "Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah 'belawok' (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong? "Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada PAS. Ini bukan cakap besar atau sombong," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru Khamis. Turut hadir isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin. Bernama melaporkan lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu. Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan untuk BR1M kepada 15,494 penerima di jajahan tersebut. Beliau juga turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2.2 juta bagi membaik pulih cerun bukit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chai. "Ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada sekolah ini untuk membaiki cerun bukit itu. "Sekolah Cina ke atau Sekolah Tamil ke semuanya sekolah kita dan kerajaan akan bantu semuanya," katanya. Beliau berkata tidak seperti PAS yang pada satu ketika pernah berjanji untuk memberikan RM100 kepada semua warga emas yang kini tinggal janji sahaja. "Pada pilihan raya kecil Manik Urai pada 2009, saya ke Masjid Temalir yang dimaklumkan kerajaan negeri tidak berupaya untuk membesarkan masjid dan atas keperihatinan kita telah memperuntukkan RM600,000 bagi membesarkan masjid itu," katanya. Muhyiddin juga berharap semua pihak bersedia untuk memastikan kemenangan B Ndi Kelantan. "Walaupun tarikhnya saya tidak tahu bila tetapi apakah rakyat Kelantan masih mahu kepada PAS lagi dan saya harap tinggallah PAS dan pilihlah BN," katanya. Sementara itu Mustapa berkata BN telah menunaikan segala janji pada pilihan raya kecil Manik Urai dan dakwaan pembangkang BN gagal berbuat demikian adalah satu fitnah. "BN telah membesarkan Masjid Temalir, telah membina jambatan baru berharga RM14 juta serta pembinaan pusat belia di Kuala Krai dan semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan BN kembali menguasai Kelantan pada pilihan raya umum ini," kata beliau. Full content generated by Get Full RSS. |
Perlawanan Persahabatan – Harimau Malaya belasah <b>Kelantan</b> 5-0 <b>...</b> Posted: 01 Feb 2012 05:08 PM PST
Join Petronas Reimagining Energy Photo Contest and win some Ang Pows! #PetronasCNY> Saya baru sahaja mendapat tahu bahawa semalam ada berlaku perlawanan antara pasukan Harimau Malaya menentang Juara Liga Super 2011 dan juga sedang mendahului Liga Super 2012 sekarang. Nampaknya, Kelantan bukan saingan untuk skuad Harimau Malaya apabila dibelasah dengan 5-0. Mana tidaknya, semua pemain super pasukan kelab dan pasukan negeri dalam satu pasukan dan pastinya Kelantan gagal mengekang kemaraan para pemain. ————————– HARIMAU Malaya nyata bukan tandingan sebenar, Kelantan apabila menang mudah, 5-0 ke atas juara Liga Super itu dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Lima gol skuad kendalian Datuk K Rajagobal terhasil menerusi Mohd Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36, Shahurain Abu Samah (42), S Kunanlan (65), Abdul Hadi Yahya (78) dan Mohd Izuan Salahudin (90). Skuad Harimau Malaya kini berkumpul dan berlatih sebagai persiapan awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini. – Berita Harian Ohcikgu: Saya harap dalam Skuad senior Harimau Malaya akan terus berusaha untuk mempertahankan Kejuaraan Piala Suzuki AFF nanti. Berlatih dengan sebaiknya dan saya harap Safee Sali akan dapat bersama dalam kejohanan ini nanti walaupun sudah bermain bersama Pelita Jaya untuk 2 tahun lagi. Tahniah juga pada Safee sali kerana merupakan pemain Malaysia yang menerima bayaran paling mahal setakat ini jika dibandingkan dengan pemain Malaysia yang lain. Ps: All is well. Baca juga artikel ini..Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan