Sabtu, 4 Februari 2012

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


AMBO ORANG KAMPUNG: ORANG KAMPUNG <b>PERUPOK</b> NAK <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2012 09:22 PM PST

Dalam suatu ketika dahulu, telah gempar tentang cerita adun yang gila seks menyimpan  gambar lucah di dalam telefon bimbitnya . Apo nak di kata akhlak pemimpin PAS ni. 
Kalau ada yang nak cuba mengenali adun ini, ni ambo sertakan gambarnya. 
YB Dato Hj Omar bin Mohammed
Adun Perupok N21 dari PAS
Dalam kesibukan rakyat Kelantan menghadapi musim banjir ini,  ambo dapati rata-rata tok wakil daripada PAS sedang sibuk memberi kebajikan pada bang AnuWar Ibrahim. Tahniah !!! perjuangan jihad ahli-ahli PAS sudah menjadi semakin unik dan di hiasi oleh fitnah dan janji-janji palsu.
Selama beberapa tahun lalu, tok wakil Perupok amat jarang sekali turun untuk menjengok bertanyakan khabar permasalahan penduduk Bachok khususnya Perupok. Walhal rakyat merintih sedih dan mengeluh kecewa setelah beberapa lama hujan tidak berhenti di Kelantan telah menyebabkan air bertakung akibat TIDAK ADA sistem perparitan yang sempurna di situ. Hal ini berlaku di kawasan di Masjid Perupok dan di sepanjang jalanrayanya . Amat menyedihkan kerana rakyat terpaksa melalui keadaan ini walaupun sedah beberapa hari negeri Kelantan tidak di landa hujan.  
Perkarangan Masjid Perupok Bachok. 
AOK di sini bukannya berpolitik sangat tapi bagi ambo satu persoalan yang timbul di fikiran  yakni Apakah PAS ini betul-betul menjaga kebajikan rakyat?? . Sedangkan perkataan kebajikan sendiri pun di lacurkan demi penipuan untuk mempertahankan kuasa memerintah negeri Kelantan dan rakyat Malaysia  . Akhlak Islamkah ini? Bila berjanji mungkir ... tidakkah ini merupakan salah satu tanda-tanda orang MUNAFIK. Maaflah ambo tok reti jugak agama ni , ambo bagi tahu ni setakat ambo tahu sahaja. Ko lagu mana?
Apakah orang yang berpolitik sekarang sudah lupa cara orang-orang dulu berpolitik. Apakah orang di namakan tok wakil tu? dan apakah kegunaan dia pada masyarakat? Apakah  fungsi tok wakil sekarang telah berubah dari menjaga rakyat kepada pendebat mantik  pencari skandal dan kesalahan orang lain bagi menutup kelemahan diri sendiri ? Fikir??? Tuhan bagi aqal untuk guna bukan untuk tidor atas jalan.

Dalam keadaan sedemikian rupa apakah kita masih membatukan hati bahawa keadaan ini adalah salah kerajaan Barisan Nasional atau salahkan Allah Taala yang menurunkan air hujan.? Pemimpin PAS hanya pandai bermain kata apatah lagi di saat-saat tibanya plihanraya. Semuanya di janjikan, semuanya di rayu atas nama Islam. Walhal kamu sendiri  adalah pendusta agama yang sebenarnya. Kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat , persoalan ambo apakah pemimpin yang sebegini rupa layak untuk mendapat syurga Allah Taala. Apakah dengan memangkah undi PAS telah menjadikan orang ini berada pada jalan  jihad fisabilillah?

Oleh yang demikian , kita ni selaku orang kampung yang serba kurang amat mengharap jika  kali ini puak-puak kita bersatu hati untuk pilih pemimpin tempatan yang buleh buat kerja. Buleh harap. Tanya khabar sokmo. Buleh buat Imam tapi kalau tak reti sekalipun jadi jong tadah doa pun sudah tidak apa satu yang penting kehadiran. Insyaallah . Rakyat akan buleh senyum sampai ke telinga.

Marilah kita semua orang kampung kali ni pakat berubah . Cukuplah kita selama 21 tahun ini kita di tabur dengan janji kosong dan gagal perlaksanaannya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sara 1Malaysia: Warga Miskin Kelantan Bakal Dapat Manfaat | Detik <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 04:59 AM PST

Datuk Dr Awang Adek Hussin

Oleh RAITINI RAHMAN
BACHOK – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Khamis lepas akan memberikan manfaat kepada sebahagian daripada 43,600 keluarga miskin di negeri ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) perlu memainkan peranan memberi penerangan kepada mereka tentang kebaikan skim itu.
"JKKKP juga perlu membantu dan membimbing mereka bagaimana untuk menyertai skim itu terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.
"Skim ini perlu diambil kesempatan oleh mereka yang layak bagi meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hamper kepada kanak-kanak Tadika di Perupok di sini, hari ini.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata mereka perlu yakin terhadap keupayaan Permodalan Nasiobal Berhad (PNB) yang sebelum ini telah dapat menguruskan pelaburan seperti itu dengan baik.
Katanya skim itu diwujudkan semata-mata untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan ini sudah tentu ia memberi pulangan yang lumayan.
"Ini bermakna pelaburan yang di buat oleh PNB adalah memberi keuntungan yang besar," katanya.
Najib, Khamis lalu berkata, skim itu akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan dan peserta diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 sama ada dalam bentuk simpanan atau pinjaman.
Beliau berkata, mereka dijamin akan memperolehi pulangan sebanyak RM134 sekiranya tidak membuat pinjaman dan jika meminjam mereka tetap memperolehi imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak bayaran balik pinjaman.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerabu Bersuara: Keyakinan UMNO Rampas Kelantan : Presiden <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 11:16 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tidak melihat sebarang perkembangan luar biasa di sebalik keyakinan UMNO untuk merampas balik Kelantan daripada penguasaan PAS di dalam pilihanraya umum yang akan datang sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein. Kenyataan beliau itu dilaporkan di halaman 3, akhbar Utusan Malaysia hari ini 25 Januari 2012. Bagi pihak DPPNK, keyakinan sebegini adalah perkara lumrah dan bukanlah kali pertama disuarakan oleh pimpinan UMNO samada di peringkat pusat mahupun negeri Kelantan.

Untuk rekod, sukalah DPPNK mengingatkan bahawa di dalam pilihanraya umum 2008, UMNO Kelantan di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa juga menyuarakan keyakinan yang sama bahkan lebih hebat lagi telah mengisytiharkan bakal Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Dr. Awang Adek sendiri yang pada hari ini sedang berdepan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima sejumlah deposit wang yang meragukan ke dalam akaun peribadi milik beliau.

Bagaimanapun, keyakinan UMNO Kelantan pada masa itu hancur berkecai apabila Awang Adek tewas di kedua-dua buah kerusi yang ditandingi iaitu DUN Perupok dan Parlimen Bachok manakala UMNO pula tewas di sebahagian besar kerusi yang ditandingi dan hanya mengekalkan enam kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Demikian juga dengan pilihanraya umum 1995, 1999 dan 2004, setiap kali menjelang pilihanraya umum pasti akan sentiasa keluar kenyataan pimpinan UMNO yang yakin dapat merampas Kelantan. Dalam keyakinan itulah, Kelantan terus kekal di bawah penguasaan PAS semenjak tahun 1990 sehingga ke hari ini.

Justeru, apabila keyakinan ini diulangi sempena lawatan Presiden UMNO ke Kelantan dua hari lepas, DPPNK melihat ia sebagai satu perkembangan yang biasa. Bahkan DPPNK mempelawa Presiden UMNO untuk bertanding di mana-mana parlimen di negeri Kelantan yang telah disifatkan oleh beliau sebagai 'winnable state'.

Dengan perkembangan krisis dalaman UMNO di peringkat negeri Kelantan serta di peringkat pusat ditambah sambutan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akhir-akhir ini, DPPNK yakin insya-allah, bukan sahaja Kelantan gagal ditawan oleh UNMO bahkan Putrajaya sekalipun akan bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 25 Januari 2012

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads